(((( Innaa'kthoina'kalkautsar ))))) (((((( fashallilirabbikawanhar )))))
(((( innashania'ka huwal abtar ))))
Surah Al-Kautsar adalah surah yang paling pendek dalam al quraan, ianya hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan kepada rasulluah di Makkah. Surah ini memberi gambaran terhadap sebahagian kecil suasana syurga ia itu keadaan sungai di syurga. Ianya juga mengambarkan keadaan kolam takungan dari sungai tersebut yang diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik. Surah ini juga menyatakan bagaimana rasa air di syurga yang dijanjikan lebih manis daripada madu, warna air tersebut pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih dan bermuram durja ke atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu putra baginda Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat dan munafaat yang terkandung di dalam surah ini seperti yang terkandung dalam semua surah-surah yang lain dan boleh kita amalkan dengan yakin.. namun begitu harus diingat bahawa ayat-ayat (surah) tersebut bukannya dapat memberi kesan, yang berkuasa adalah Allah Subhawataala :-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata, akan sembuh.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. Insya'allah kita dalam lindungan Allah.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. Insya'allah.
6) Jika rajin membacanya, insya'allah hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.Insya'allah.
nota kaki-kaki (heheheh footnote)::
terima kasih atas email yng dihantar oleh.. teman kita ini..
hensemmm oooooo