Friday, December 01, 2006

bunga orkid di MAHA06

sabtu november berapa ek..lupa aaa nide pergi ke Maha06 kat serdang dengan kak ani korang.. banyak benda yang menarik kat sana..tapi pastinya kehadiran bunga orkid jadi tumpuan kami.. banyakkk oooooo... rambang mata nak beli.. tapi masalahnya cam mana nak bawa??.. orang ramai sangat.. kereta tak boleh masuk.. kena naik bas yang sendat ngan orang ramai..
p/s nide tak ada gambar..cam tun gak..tukang ambil jer


uniknya okid ni..

nide parking kat pintu dua laluan pejabat.. tunggu lama aaa bas yang nak angkut kita orang.. hemmm penghabisan nide jalan kaki jer gi tempat pameran dekat 2.5km ler jauhnya... tak apa excercise pepagi tu... peluh gak ler.. tambah hitam nide jadinya..wakakakakakaka

p/s.. ni bonzai tau..bukan orkid..

ini orkid yang dipertandingkan.. nide suka pada bunganya yang menjalar diatas daun.. nampak kelainan dari yang lain
yang ni bukan pokok orkid.. ni pokok lada yang dah nak layu hehehehehe..
kasihan nide tengok terlayu akibat lama dah dipamerkan.. ingat nak petik buat ulamm..tapi orang ramai aaaa.. hehehehe
satu lagi orkid yang kalau tengok cam biasa jer dilihat..tapi yang ni kuntumannya besar aaaa..lawa beb..
yang jenis ni lagi best..bunga di pangkal pokok..cuba tengok yang dibelakang tu warna cam putih kemerahan.. teringat kat sleep... putih merahhh slurrrrrrppp
species ni juga dipertandingkan dan nide 1st time tengok orkid jenis ni...
orang kata ini orkid liar... orkid hutan.. nide ada tanam tapi tak berapa jadi dan subur..bunganya tak sepanjang bunga di orkid nih.. agaknya berlainan specis kot..
susah nak cerita orkid ni... bunganya dihujung..tapi yang menariknya tangkainya tu yang cantik menjalar.. ni pun nide tak pernah lihat sebelum ni
yang ni pun ada class tersendiri..juga dipertandingkan.. entah dapat nombor berapa ek.. nide tak kisah sebab bagi nide semuanya pemenang




nak tau..ayang mas ada call masa nide dah sampai kat maha06 tu.. hehehehe sorry ek ayang.. nide tak sanggup nak pusing balik amik ko kat putrajaya..
jemmmm ooooo nak masuk serdang.. orkid yang anda lihat juga amatcantik dan unik..dari segi warna dan bentuknya..

p/s lain kali buat ler appointment betul-betul dan awal-awal..

MAHA06

nide post gambar orkid yang unik saja (((unik pada nide))) yang nide tak pernah lihat..
yang biasa juga banyak dan cantik-cantik.. tapi nide tak ler post kat sini..
post dalam otak nide jer..
sesiapa yang ada tanam dan punya benih orkid-orkid ni dan sudi menderma kepada nide jangan ler memalu nak bagitahu nide.. nide rela pergi walau ke mana juga.. ((tak leh ikutpojiahh..dia selalu sangat travelling)))
satul agi kelainan dari orkid-orkid yang lain.. heran mana dia orang ni dapat??.. kat taman orkid DBKL pun tak pernah lihat.. kelainan cam rose93
orkid ni cam orkid kat ranting resort cherating.. tapi yang ini lagi lebat bunganya.. ni juga bukan orkid yang dinamakan sempena nama PM>> ((PM nya cam orkid biasa jer warna merun)) cam executive jer orkid ni.. sama cam koler peanuts the nuts
adehhhh terpegun nide tengok orkid ni.. bila nakbeli dia kata tak jual..
hampehhhhhhhhhh.. minta sikit anaknya penjual tu senyum jer..
senyum pahit yang bererti..tak boleh ler..
cam ixora-tiara (kolera) gak
yang ni pun diaorang tak nak jual..tak jual tak apa.. nide ambil gambar jer.. memang cantik..tapi cuma boleh dipandang tak boleh dipegang..cam aryana gak.. wakakakakakakak
yang ni mahal sangat..tapi nide dapat beli anaknya.. nide nak bela baik-baik agar dapat menghasilkan bunga seperti ibunya
yang ni pun unik... cantikk sangat.. teringat kat usen ngan itamm.. bunga di batang pokok.. hmmm tak jual gak..
yang ni cam komen nide kat atas.. belum disenyawakan dan berasal dari hutan..

hak yang ni pun cantik dan unik... hmmm nide dapat free anak dia.. jenuh membodek..

Monday, November 27, 2006

berjayakah nide menitiskan air mata chatters??

hmmmm kali ni nide nak menguji chatters yang mengelarkan dirinya brutel.. agaknya tahan tak airmata bila selesai baca kisah ni... kisah ini nide dapat dari email seorang kawan.. kalau dah terbaca email ni lebih dahulu anggap jer lah yang kisah ni untuk nide sorang jer..

kisah kasih sayang.......cube hayatinye... .....

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. “Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

“Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”
Malam itu,emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!” Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, ”Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
”Tapi apalah maknanya bang...!” aku terdengar ibu teresak-esak.
”Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
”Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

”Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

”Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
”Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti.”
Tiada siapa yang menyangka,dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .”Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
”Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
”Pemuda kampung?” bisikku. ”Siapa?”
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
”Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab, ”Akak lihatlah pakaian adik ni.
Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar & tidak, aku bersuara,”Akak tak peduli apa orang lain kata.” Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, ”Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.” Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

”Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
”Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
”Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
”Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”
Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

”Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
”Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”
”Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk. ”Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, ”Siapakah orang yang paling anda sayangi?”
Spontan adik menjawab, ”Selain emak, kakak saya....”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
”Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki kesekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”

”Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria
.

Wednesday, November 22, 2006

Genting 15th to 18th

the picture proof that i was there with my bike yang tayar dah botak..
layan corner, cilok kanan, cilok kiri... tetiba... keris potong.. cehhhh.. ingat dah laju dahhh..

wakakakkaka.. nak sedapkan hati.. ala keris tu terdesak nak buang air ler tu...
lagi pun i enjoyed apa dengan keindahan pemandangannya..

note : memang i dilahirkan bukan utk merempit walaupun geng i banyak yang mat rempit..
footnote:

never take any risks that dangerous and served no purpose

Monday, November 20, 2006

Istimewanya Ranting Resort

1st time tengok bunga orkid jenis cam nihh... banyak tangkai lak tu

warna orkid ni berbeza ngan okid yang biasa.. bila nide tuan punya resort dia kata okid ni jenis orkid dari hutan yang belum dicemari dengan perkawinan campur..((lum dikacukkan)
orkid ini pun unik keranan bentuk bunganya berjejari.. mana nak dapat kat kedai bunga cam nih.. kalau ada pun mau makan ribu ringgit

jenis orkid ni sekali pandang cam dancing lily.. tapi bila diamati ianya walaupun dalam kaum dancing lily..tetapi bentuk bunganya berbeza.. memang unik.. rasa cam nak curi jer balik rumah.. tapi camner nak bawa...nak motor maaaaaaaa.........
seperti biasa keunikan resort ini adalah keunikan orkidnya

why we gathered??






the pictures tells the thousand words why we gathered.. so what if people say otherwise.. janji we happy.. heheheheheh

aktiviti sampingan di cherating


.... cam ni punya colour leh dapat no dua... saya bantah yang ariff.... yang ariff pasti tak ariff.... apa??? ((bayangkan nide nyer lukisan yang tak dapat nombor... mesti lagi terukk wakakakaka))) tahniahhh jer laaa... hehehehehehe muahhhhhhhhhh

.....
banyak aktiviti sampingan yang dijalankan semasa gathering tempoh hari.. seumur hidup nide tak pernah melakukan aktiviti sebegini.. sebelumm aktiviti melepaskan penyu.. ada tayangan video tentang penyu yang di kategorikan sebagai haiwan yang hampir pupus
p/s nak lepaskan anak penyu dalam mulut.. hehehehehe


aktiviti melepaskan anak penyu ke laut... ramai yang berani-berani takut .. tiap seorang chaters yang hadir termasuk kaum keluarga dapat seekor seorang untuk dilepaskan ke laut
gambar pelepasan tak dapat diambil... lampu tak dibenarkan dipasang jadi tak ada ler camera yang dapat merakamkan nya..

walaupun kegelian.. terutama kepada chatters perempuan..tapi dek malu terpaksa berlagak macho.... nide kagumi insan-insan yang melawan rasa kegelian tersebut untuk turut serta dalam aktivti tersebut ...wakakakakakakak

yang ini aktivit wajib... makan dan terus makan
kami juga berkesempatan menjamah makanan pantai timur seperti akok.., satak, keropok lekor dan ikan yang di pais.. sedap sungguh.. berebut beb..
di tempat itu jugalah kami bershoping ikan kering, keropok kering dan keropok lekor... cicah yang dijual dalam botol pun ramai yang dibeli ... nide tengok jer.. camner nak bawa balik.. naik motor maaaa...uwaaaaaaaaaaaaaahhhh



lawatan ke tempat batik dibuat.. atau dilukis..
ada chaters yang amat berbakat dalam menchanting almaklum terra chatting ...

tun jadi kuli...
ayang pun kuli gak...
nani jet supervisor bebbb..

aktiviti di cherating

ladies futsal 4 orang lawan 5 ... 4 orang menang... tahniahhh
man futsal.. ditentukan dengan tendangan penalti... adehhhhhh..tak ada gol keeper pun tendang tak masukk.... mental-mental... mentol hehehehe

door gift... dari sponsor
dadu.... langkah cam askar german
ko kata muka aku tak hensemmm???....... nahhhh aku dah pakai bedakkk... hensemmm takkk??


bawa bola pingpong pakai sudu yang digigit...
pemenang dikehendaki menelan bola pingpong....







makan... pagi ... lunch... dinner... bbq...
hadiahhh..hadiahhh...hadiahhh.dan hadiahhh
games...games...games..gamesss
lawatan dan shoping... batikkk..tshirt... selendang... kain batikkk..
penyuuuu... penyuuuu...penyuuuuu
mandi lautttttttttttt.....
alamakkk itammm aku..

Sunday, November 19, 2006

Cherating



ni buat takat ni.... ini saja chatters yang sudi datang.. oh ya... ada beberapa orang lagi chatters yang tak masuk dalam gambar... rose93 dan airahman (datang bersama isteri dan anak sedara yang cungggggg... dan slurrrrrrpppp rasa cam nak gigit-gigit ... heheheheheheh

Friday, October 20, 2006

Maaf Zahir Batin

catitan perjalanan

sekembalinya dari pulau samosir nide dapati penjual minuman di dalam feri mempunyai gitar.. jadi nak lepaskan boring nide alunkan sebuah sebuah dua lagu sebagi menghiburkan hati..
ehmm lupa nak mention..lagu dealova dengan lagu my heart.. yang lain lagu mimpi dalam mimpi dan lagu mimpi yang tak sudah..
oh ya ... gitar tu out of tune..jadi nide buat tunning ler.. patut ler budak-budak tu tak main gitar.. tak tahu tune gitar rupanya.. pas penat main gitar.. berebut mamat-mamat kat situ main gitar yang dah di tune tuh..
perjalanan dari danau toba ke pulau somasir memakan masal sejam lebih..
ni nide gambaran dengan dua petugas yang nak ganti shif petugas di pulau samosir.. nide naik 1st feri of the day.. bersaing dengan orang pergi kerja .. kul 7 pagi wib (waktu indonesia barat)
hehehehehe mencuba-cuba nak buat wajah hensem... tak hensem ler juga...
permandangan indah lanskap berastagi
penonton dan peminat nide semasa nanyi... ramai kan ..heheheheheh
..nasib feri tak diland ribut petir atau taufan.. wakakakakakak

anak-anak kecil menuntut ilmu di mana saja... keriangan mereka mengamit kenangan indah nide semasa seusia mereka... anak-anak orang batak di pulau samosir