
masih lagi bunga-bunga ini menjadi teman setia menghadirkan diri dan sudi menyerikan hidup ku

miski kembangnya sementara namun kehadirannya tetap ku sanjung setiap kali kau hadir menjengahku

indah mu seindah janji-janji yang tertunai.. semanis senyuman bidadari

ketulusan kembang mu menjadikan hadir mu sentiasa ikhlas untuk ku miliki

tak akan ku sunting mu ..kerana layu mu pasti terlalu cepat bila dalam gengamam ku...

ingatlah wahai kembangku..hadir mu hanya untuk dirimu...aku cuma menumpang kenikmatan sirna mata ini..

whai kembang... kau bukan milik ku sahaja.. kau milik insan yang mengerti erti keindahan..

kepada ilahi ku bersyukur kerana memberi ku kenikmatan keindahan yang kau miliki

pasti satu masa kau akan layu namun keindahan mu ku abaadikan terus disni untuk dinikmati bersama teman yang sudi

seperti kamu kita tetap sementara.. namun hadir mu menjadi bukti kekuasaan dan kesempurnaan ilahi
1 comment:
nide...aku kena p umah ko gak la...okid ko buat aku gila gak..cantik wooo....really nide...
kalau ko ade benih benih yg nak buang tu abgi la nide
Post a Comment