Saturday, April 29, 2006

okid terkini

banyak membebel lak i... ni selingan

bunga-bunga ni i ambil sebaik saja balik dari pekanbaru
banyak pula yang kembang...
dancing Lili

warna ungu muda
cantik maaa

Thursday, April 27, 2006

Sejarah hitam cambodia

Kisah sedih genocide oleh pemerintahan Polpot suatu masa dulu adalah perjalanan yang sejarah yang amat memalukan dan menjadi sejarah hitam yang tak akan dilupakan dunia. Siapakah Polpot??.. Polpot adalah singkatan “Political Potential” mereka ini adalah rakyat Cambodia yang dipengaruhi oleh fahaman komunis dari aliran Negara china. (Vietnam pada masa itu dipengaruhi oleh fahaman marksis/Lenin. Manakala Cambodia fahaman Mao Tze Tong).

Mengapa terjadinya genocide (pembunuhan beramai-ramai)??.. untuk itu kita perlu memahami tanggapan polpot terhadap fahaman mao dan keadaan semasa semasa itu. Setelah negara Cambodia dijajah oleh Perancis yang mana telah mengkucar kcair kan ekonomi Cambodia, kemerdekaan di perolehi dari perjanjian Paris… namun begitu pada waktu awal pemerintahan..pemimpin termasuk raja nya berpaling kepada amerika yang mereka anggap maju… keadaan social menjadi semakin buruk dengan meniru fahaman barat yang mementingkan kebebasan dan system kapatilis…. Pemimpin terbuai dek mimpi kemewahan hinggakan rakyat menderita….terbiar papa.
Polpot mengambil alih kuasa dengan sokongan rakyat dan setelah memiliki pemerintahan mula mengikis fahaman barat dengan cara yang radikal. Apa-apa yang melambangkan kebaratan perlu dibuang dan dihapuskan kerana barat adalah setan. Ini bersesuaian dengan fahaman mao yang menyatakan rakyat perlu disucikan dari sebarang pengaruh asing. Maka berjuta rakyat yang terpelajar hasil dari pendidikan perancis dan barat dihapuskan. Semua rakyat dikumpulkan dan dihantar untuk dibahagi-bahagikan pekerjaan dan disebabkan masalah makanan..hampir semua dikerah untuk bekerja di sawah-sawah...
Kekuasan membuatkan pengikut polpot menjadi kejam dan tidak bertimbang rasa tidak kira bayi hingga ke nenek tua... yang tidak berdaya dibunuh agar tak membebankan pemerintah.... anak-anak dipisahkan dan ditanamkan dengan fahaman mao yang radikal ala cambodia... anak-anak ini di latih menjadi ganas dan tak berperikemanusiaan.. mereka tidak mengenali ayah ibu mereka dan beranggapan hanya mereka saja saudara sesama mereka dan perlu dilindungi... (behaviour conditioning)

Tempat tempat penyeksaan bercambah atas alasan menjaga disiplin dan kiling field juga tidak kurang banyak.... cukup dulu sampai sini..((email untuk coment))

permata dari cambodia

lembah pailin merupakan pengeluar batu permata yang terbesar di cambodia.. namun begitu banyak lagi tempat permata di lombong di cambodia...
bagi org ppuan yang datang melawat cambodia...sedia kan credit card .. teknik menawar adalah seperti berikut..
tawar lah hingga 60% dari harga asal... selalunya harga akan ditawarkan dalam USD tak megapa...tawar dulu dalam USD.. kemudian minta penjual convertkan ke Cambodia Reial (matawang Cambodia)..tawar lagi kat situ... jadi dua kali tawar... ok

Friday, April 21, 2006

Sejenak dipekan baru indonesia

yessssss... akhirnya korang dapat tengok aku memakai uniform.. hhehehe..
jangan ingat aku nak berlagak lak..ok.
rezeki di tangan Allah...
bersama pangkat lebih banyak amanah yang di pertanggungjawabkan. Nide sama saja dengan kamu semua... tak ada maknanya pangkat dan darjat dalam dunia cyber..
permandangan indah di malam hari dari hotel jatra pekanbaru..tempat penginapan semasa di sana... pemandangan di siang hari tak sempat diambil... bilik hotel cuma tempat untuk tidur dan rehat di malam hari..

Siang kerja maaa....
kerjaaa lahhhh
bukan gaduhhhhh

Wednesday, April 19, 2006

Pemandangan di Kingdom of Cambodia

Tetakala tamadun barat belum terbentuk terdapat satu tamadun yang telah gemilang di tanah ini. Mengapa nide kata begitu adalah kerana semasa itu kerajaan silam tersebut telah memperolehi kepakaran dalam bidang pembenaan (akitek) dengan terbenanya angkor-angkor di serata negara. Sebenarnya kita hanya mengenali Angkor watt sahaja disebabkan kompleks tersebut adalah kompleks Angkor yang terbesar di Cambodia ini.

Namun begitu terdapat banyak lagi angkor yang lain seperti angkor thom (besar), angkor bayon dan lain-lain lagi. Angkor-angkor tersebut bukan lah sebenarnya melambangkan sebuah kuil seperti yang nide sangkakan tetapi lebih merupakan istana maharaja dan raja-raja pemerintah kerajaan tersebut.
Sesebuah masyarakat dikira bertamadun apabila masyarakat tersebut mempunyai sistem sosial mereka sendiri. Maksudnya masyarakat mempunyai kepakaran kerja seperti masyarakat petani, masyarakat tukang kayu, nelayan dll. (masyarakat berprofesion) Tamadun juga merujuk kepada adanya sistem pemerintahan seperti rakyat jelata, masyarakat pertengahan, pentadbir, ulamak (paderi/priest) dan dalam konteks cambodia raja-raja. Masyarakat juga dianggap bertamadun sendiri jika mempunyai bahasa pertuturan dan tulisan sendiri.(tulisan khmer). Mereka juga punya undang-undang sendiri.


Namun begitu tamadun ini dipengaruhi oleh dua ugama yang jelas.. pada awalnya dipengaruhi oleh ugama hindu dan kemudiannya oleh fahaman buddha. Ukiran-ukiran di kompleks tersebut banyak membuktikan pengaruh tersebut. Jangan salah sangka bahawa ukiran di dinding tersebut adalah mentera-mentera ugama...(sangkaan nide pada mulanya). Setelah diamati hampir semua ukiran di dinding adalah kisah perjalanan kerajaan tersebut. Maksudnya gambar yang diukir adalah kisah-kisah peperangan dan kejayaan kerajaan Khamer purba pada masa itu.
Ke mana menghilangnya kerajaan yang begini hebat???..nide akan ulas bila nide senang di lain masa. sekarang nide mahu terangkan bahawa ketika itu pastinya rakyat di kerajaan ini amat bijak dalam bidang matematik dan falak. Mereka juga pastinya mempunyai teknologi yang hebat sehingga berjaya membena salah satu benda yang ajaib di dunia. ((diperingatkan.. europe belum mempunyai tamadun lagi. kalau ada pun mungkin kerajaan Rom... agaknya lah... amerika...???hehehhehe)))

Wednesday, April 05, 2006

orignally sajak ni i terima dari seorang chatters.. i cuba perbaiki sikit hehehe ((harap tak jadi tikus memperbaiki labu)) penghargaan untuk chatters tersebut... dan empunya sajak jangan marah erk..


Pada suatu tika yang tersurat...
Pastinya lamaran tak tertolak..
Tak tertangguh lagi akad yang dijanjikan..
Melaksanakan pertunangan sejak dilahirkan..
Untuk roh meneruskan perjalanan..
Jasad yang perlu dipulangkan...


hantaran bukan harta yang dijunjung..
tepak sirih adalah nazak nafas menghirup
lafas indah adalah kesakitan perih yang teramat...
Senyuman maut pasrah menanti...
Sekujur tubuh di pembaringan
Untuk sebuah perkahwinan..

tamu bertandang mempersembahkan esak tangis..
takala pengantin kaku bersiram di tahta.....
sebak biduanda menahan air mata..
dihiaskan baju cantik berbalut putih.....
wangian gaharu dan cendana......

Keranda jadi pelaminan.....
pengantin bersanding sendirian.....
diarak dijunjung kelilling desa menuju ke pusara......
diiring surah al ikhlas sepanjang perjalanan..
dinyanyikan tasbih dan kalimah kudus.....

akad nikahnya bacaan talkin.....
berwalikan liang lahat.....
saksi pula nisan-nisan.....
siraman air mawar...
keluarga terdekat menepung tawar...
menabur bunga yang juga layu..

tiba masa pengantin.....
menunggu sendirian.....
malam pertama bersama KEKASIH...
dikamar bertilamkan tanah....
dan dia menuntut janji....
sucikah kita tatkala berpadu....
pernahkah taubat sepanjang hayat.....
atau terkubur bersama dosa-dosa..
dan dia KEKASIH itu.....
menetapkanmu ke syurga...
atau melemparkan dirimu ke neraka.......

Tuesday, April 04, 2006

menjejaki islam di China..

menuruni tembok besar
pemandangan yang luas di China
indahnya ciptaan tuhan..
kemahiran manusia yang dianugerah tuhan...

tinggi di permatang bukit...
teringat stategis peperangan clauswitz.. napolean