Wednesday, August 09, 2006

lagi-lagi bunga

anggrek kembang berbau harum
berwarna unggu sedap dimata
diseri segar dedaun yang hijau
rerama hinggap mesti dihalau

lagak mu bunga bukan di pinta, cantik mu sayang bukan di solek, puji mu bunga bukan dipaksa, hadir mu sayang bukan dipinta
putih mu bunga tidak berdosa, mengamit kumbang datang bertandang, bukan kerana ego mu sayang, hanya menjadi lumrah alam
unik mu sayang tiada duanya, menjadi ilham para pujangga, dinyanyi orang memuja-muja, menjadi siulan tua dan muda
hadir mu cuma hanya seketika, untuk sidara kiranya sudi, hadiah teruna menaggih janji, menjadi saksi cinta sejati
sekuntum bunga menjadi saksi, kesetian dan sayang yang dikorbankan, menjadi ikatan sesama insan, menyeri hidup agar berkekalan
tiada harum yang kau berikan, cuma yang hadir setangkai cuma, indahmu juga pada sederhana, untuk insan yang menilainya
jingga pula menjadi tanda, hasrat hati ingin bersama, beraninya ia untuk bersama, menempuh cerita suka dan duka
hasrat cinta ku, hasrat cinta mu, subur mekar cinta kita, bak bunga-bunga
apa lagi aaaaa...sekuntummm bunga larangann...sapa petik kena potonggggg tangannn...heheheehe
merahhh cam cili merah..sapa petik kena marah

No comments: