Wednesday, August 09, 2006

perang

Isu hangat sekarang… ramai orang berbicara tentang peperangan tercetus di antara Israel dan Lubnan masa kini. Sentimen anti yahudi dan amerika amat tebal di kalangan mereka di pertontonkan dengan tunjuk perasaan, rapat dan tindakan-tindakan bantahan bukan sahaja melibatkan umat islam tentunya tetapi juga semua insan yang cintakan kedamaian.

Apa itu peperangan?? Memang secara mudahnya adalah konflik yang melibatkan pertelagahan bersenjata antara dua atau lebih negara yang bermusuhan. Mengapa berperang?? Bagi menjawab soalan tersebut nide akan membaa anda semua ke satu tahap pemikiran yang lebih sedikit daripada biasa ok.. Ulasan nide jangan percaya sangat hehehehe..ianya pendapat nide sendiri atau lebih tepat pendapat jari nide..otak tak leh type maaa.. hasil dari bertahun-tahun jadi askar....


Peperangan adalah disebabkan oleh kegagalan sistem diplomasi dalam pelaksanaan dasar luar sesebuah negara. Bukan satu negara tapi kedua-dua negara. Tiada negara yang mahukan peperangan ok. Termasuk Isreal. Dalam sesebuah negara teras matalamat kewujudannya adalah ’national interest’.. kepentingan negara. Semua negara adalah sama dalam persoalan ini. Apa saja kepentingan negara yang tersenarai akan dipertahankan dan di survival kan oleh rakyat/pemerintah negara tersebut. Tidak kira bagaimana caranya sekalipun. Memang pada dasarnya kaedah diplomasi dan perbincangan menjadi titik tolak penyelesaian konflik sebab itulah tertubuhnya PBB (United Nation) sebagai forum diplomasi disamping bantahan diplomatik dan lain-lain kaedah yang serupa. Pertubuhan lain termasuklah seperti NATO, pakatan WARSAW (pakatan ketenteraan) NAM, ASEAN dan lain-lain pertubuhan sebagai platform kepada diplomasi untuk penyelesian konflik.

Namun begitu, sesebuah negara juga mempnyai satu lagi cara dalam mengelakkan daripada peperangn dan bagi menegakkan kedaulatan negara tersebut iaitu menggunakan kaedah yang dinamakan ’deterence’. Ianya bermaksud ’menghalang’ tanpa menggunakan kekerasan. Kaedah ini secara terang-terang bagi sesebuah negara menunjukkan atau mempamirkan kekuatan yang dimiliki dalam konteks ini military power negara tersebut. Istilah ’deterence’ ini dipersembahkan dengan cara ’show of force’ iaitu semasa latihan-latihan tentera yang diberi publisiti meluas termasuklah persembahan seperti ‘five power demo’ dimana attache tentera dan diplomat asing di negara tersebut dijemput hadir bagi menyaksikan keupayaan tembakan dari pesawat atau kapal atau dari artilery (meriam) dan kereta kebal. Satu lagi acara dalam pelaksanaan ’deterence’ adalah menunjukkan kehadiran dimana kawasan yang dipertikaikan diletakkan sumber manusia seperti di Pulau Layang-layang, Sipadan, Ambalat dan Pulau Perak (contoh dari Malaysia) istilah ini dinamakan ’show of present’.

Jadi anlisa mengapa Israel menyerang Lubnan adalah disebabkan kepentingan negaranya dan keupayaan ketenteraannya. Kepentingan negara disebabkan oleh ancaman oleh Hisbullah terhadap negara tersebut. Kita tahu Hisbullah adalah sebuah organisasi yang amat lengkap, teratur dan mempunyai vision dan sebagai musuh Israel mereka adalah ancaman yang paling besar. Bagi Israel Hisbullah tidak boleh dibiarkan untuk terus menjadi kuat dan perlu dihapuskan.

Sebagai seorang perajurit kita tahu bahawa untuk melakukan ofensive (serangan) memerlukan kekuatan melebihi 3 kali kekuatan musuh, namun begitu untuk ’sustaine offensive’ memerlukan sokongan berganda lagi. Israel mempunyai semua keupayaan tersebut jadi mereka mengisytiharkan perang kepada Lubnan sebab Lubnan itu lemah dalam bidang ketenteraan. Memang selama ini kita tahu Lubnan amat bergantung kepada Syria dan kesilapan pemerintahan Lubnan yang menghalau tentera Syria dalam kes pengeboman Rafik Harare keluar dari negara itu menjadikan negara tersebut seperti sasaran yang mudah ’candy without owners’.

Tiada lagi tentangan dari Lubnan yang sememangnya tiada keupayaan untuk mempertahankan kedaulatannya. ’Sourvenity of Nation’ unable to be protected. Bagi Israel Lubnan perlu diambil (ditakluki) agar menjadi ’buffer zone’ untukk Negara mereka. Buffer Zone ini akan digunakan sebagai zone peperangan ‘war zone’ akan datang bila tindak balas dari Syria atau Iran yang mereka jangkakan. Ini adalah salah satu dari dasar pertahanan Negara Israel ‘Forward Defence’. Mereka berperang bukan dalam wilayah mereka dan mengurangkan kesan ‘colateral damage’ bagi negara Israel. Biarlah Lubnan musnah menjadi medan peperangan dari wilayah Israel sendiri yang termusnah.

Mungkinkah Syria membantu Lubnan? Kemungkinannya ada tapi lambat sikitlah sebab setelah dihalau keluar, Syria juga merasakan bahawa Lubnan perlu diberi pengajaran. Nide pelik kemana menghilangnya orang-orang yang menyokong Syria keluar dari Lubnan. Adakah mereka ini talibarut Israel?

Pengajarannya, sesebuah Negara perlu mantap dalam ketenteraan agar dapat mempertahankan kedaulatannya. Boleh menjaga souverenity yang ada dan dapat bertahan bila diserang. Jika itu tidak mampu, sebolehnya dapatkan keahlian dalam pakatan ketenteraan seperti yang Malaysia ada (FPDA) Five Power Defence Aggrement.

Memang negara kita adalah semenanjung emas, namun begitu tanpa kekuatan rohani, mental dan fizikal juga ekonomi kita akan menjadi mangsa dan habuan serakah musuh kita. Harap-harap pemimpin negara tidak menjadi bodoh atas sebab patriotik yang cuma di bibir, patroitik yang hanya di laung-laungkan, patroitik yang menggunakan hanya kalimah Allah hu Akbar, tanpa membuat persediaan membena kekuatan insan, persenjataan, kekuatan dan jati diri rakyat. Laungkan Allah hu Akbar di dalam hati dulu jangan membuta tuli merasakan diri mu kuat dengan kalimah itu. Tanpa latihan, dengan sebilah pedang dan hanya berbekal semangat kalimah tersebut.. bukan saja kita yang jadi mangsa peluru musuh.. malah keluarga kita nanti diperhambakan. Nak mempertahankan Islam tanpa kekuatan adalah berdosa kerana kekalahan pasti dalam tangan. Kita masih lemah, kurang persenjataan, peralatan masih diimport, peluru pun tak cukup dan tiada keupayaan mandiri dalam peperangan dan masih miskin (miskin?). JPA masih menganggap pertahanan kita membuang duit, keupayaan persenjataan tidak perlu dan HR dalam tentera membebankan dan tak berfaedah. Ingatlah dimasa peperangan kekayaan tidak bermakna lagi.

No comments: