Wednesday, October 10, 2012

..Bahrain..

Pergolakan seterusnya adalah di Bahrain, kebangkitan Syiah yang menjadi majoriti menentang pemerintah dari kerabat Arab Saudi (Sunni).  Namun pergolakan atau konflik ini agak berlainan sedikit dari Syria kerana kehadiran pangkalan United States Navy's Fifth Fleet yang menyokong kerajaan pemerintah.

Kita tunggu dan lihat apa tindakan dunia terhadap konflik Bahrain ini yang mempunyai landasan yang serupa dengan Syria iaitu demi 'National Interest' dan mengekalkan pemerintahan..

Tuesday, October 09, 2012

... istana negara ...

23 Sep 12
Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera



menjunjung kasih Tuanku

Friday, October 05, 2012

Syria 2

“Pihak Syria mengaku melancarkan serangan itu dan meminta maaf,”


Analisis

Mengapa Syria melakukan serangan tersebut? Untuk mengatakan ianya satu kesilapan anggota pasukan meriam yang menembak sesuka hati adalah satu kesilapan yang jelas. Tindakan Syira mempunyai motif tersendiri demi menjamin kedaulatan sempadan Syria yang semakin tiris dengan kemasukan pejuang-pejuang luar dan bantuan logistik perang yang menggunakan sempadan Turkey samada disedari oleh Turkey atau tidak disedari (covert ops) oleh negara tersebut dengan sewenang-wenangnya.

Dengan membuat provokasi tersebut, harapan Syria semoga Turkey akan menempatkan ketumbukan tenteranya di sempadan justeru dengan tindakan tersebut sempadan Syria/Turkey menjadi kawasan ‘high security alert’ dan terjamin dari pencerobohan baik dari Syria mahupun dari pihak Turkey.

Seandainya harapan Syria tidak menjadi kenyataan dan wilayah Turkey masih menjadi tapak untuk pejuang-pejuang luar dan bantuan logistik perang penetang asad, maka pastinya Syria akan menggunakan media menyerang dan memalukan Turkey sebagai pelopor terrorisem.

Pastinya Turkey tidak mahu dilabel sebagai pembantu kumpulan terroris (al kaeda dan lain-lain) di mata dunia dan pasti juga Turkey dapat dijadikan sebagai saksi terhadap aktiviti bantuan (haram) dari pihak barat dalam konflik di Syria.

Wednesday, October 03, 2012

Syria

Syria


Mengapakah pergolakan di Syria mengambil masa terlalu lama berbanding Arab Spring yang melanda negara-negara arab lain sebelum ini? Dari pembacaan saya, saya menganggap bahawa konflik di Syria bukanlah diketegorikan sebagai sebahagian dari Arab Spring (menukar pemerintah) tetapi lebih merupakan satu konflik yang tersembunyi lebih besar dari yang dijangkakan.

Sesuatu yang menarik, pergolakan di Syria sekarang yang mana telah membuktikan dan menzahirkan penggunaan kumpulan-kumpulan perjuang luar dalam konflik tersebut samada di pihak kerajaan mahu pun di pihak yang satu lagi.

Kehadiran pejuang-pejuang Hezbollah dari Palestine, Revolutionary Guards Iran, Chechnians, penjihad dari Salafi, Wahabi dan Sunni telah sahih dan terbukti bertempur di medan pertempuran di jalan-jalan di Syria. Kemungkinan besar dalam konflik ini juga bakal menjemput relawan dari Rusia terlibat sama. Tidak mustahil juga pejuang dari bangsa Kurdis bakal terlibat sama dalam konflik di sini seandainya pihak Kurdis yang pro Assad mengambil langkah memainkan peranan yang lebih besar dalam menyokong pihak kerajaan. Maka tidak dapat tidak Turkey akan diheret sama menyebelahi pihak anti kerajaan. Seperti yang kita tahu Syiah telah mendominasi Iraq dan pastinya akan bersekutu dengan Iran dan Assad yang mempunyai fahaman yang sama.

Buat pertama kalinya, dalam konflik di sini tiada pihak yang mengawal kumpulan-kumpulan islam ini yang bermusuhan disebabkan mazhab sejak dulu lagi bertempur dan berbunuhan sesama sendiri di pihak yang mereka pilih.

Jadi di sebalik konflik di Syria, konflik yang lebih besar sebenarnya sedang/akan terjadi lebih melibatkan konflik bersenjata penganut mazhab dalam islam itu sendiri yang pada dasarnya tidak melibatkan pemerintahan kerajaan secara langsung tetapi disokong oleh negara-negara berlainan mazhab. Antara Syiah dengan Sunni secara umumnya. Syiah diwakili oleh kerajaan Assad, Iran (RG), Hezbollah, Iraq dan mungkin Kurdis dan Sunni pula oleh Wahabi, Salafi, Chechnians (?), Pejuang Islam Rusia dan Sunni sendiri.

Konflik di Syria pada jangkaan saya akan menjadi semakin teruk memandangkan peglibatan atau sokongan dari kerajaan-kerajaan Suni dan pemerintah-pemerintah Syiah di Timur Tengah. Ini belum lagi campurtangan dari Kelompok EU dan US disatu pihak dan juga dari Rusia dan China dipihak yang lain.

Samada Asad menang atau kalah ianya akan mempengaruhi intergriti negara-negara berfahaman Sunni atau Syiah. Pastinya konflik ini akan terus berterusan dalam jangka masa yang lama.