
Tuesday, December 11, 2007
MANAGEMENT LESSON

Thursday, November 29, 2007
... teka - teki...

Teka-teki ni original.. dari pengamatan nide sendiri.
Adalah satu masa tu, anak sedara nide yang bersekolah sedang membuat kerja sekolah di rumah... soalan math.. kira-kira.. nide sedang tengok tv masa tu dekat sofa.. dia duduk kat belakang sofa atas lantai baring sambil buat latihan matematik.. bersepah buku dan alat tulis nya.. (biasa aaaa) sambil menulis dia membaca apa yang ditulisnya..begini...
11 campur 13 jadi 1
25 campur 35 sama dengan 1
48 sama dengan 2
20 campur 15 campur 25 sama dengan 1
168 adalah sama dengan 7
40 campur 40 sama dengan 1.20
halamakkkkkk kira-kira apa nih semuanya salah... nide pun cakap kat kakak budak tu.. cuba ko tengok adik ko buat kerja tu.. semuanya salah.... kakaknya pun gi ler tolong... pastu dia beritahu nide yang semua kerja yang dibuat adiknya betul semua...
soalan: adik dia tengah kira apa??
haaaaaaaaa jawabbb... uji minda anda..
Tuesday, November 27, 2007
..jangan ambil mudah...
motor yang paling best nide pernah naik adalah scooter.. senang bawaknya.. pulas jer jalan.. pickup pun ok.. kalau kat traffic lite tu motor lain makan asap ler..hehehehehe.. kebaikan scooter ni mudah di handel.. semua orang bloleh bawak.. makcik ker.. pakcik ker.. budak-budak pun boleh bawa.. consumption minyak pun sikit jer.. boleh bawa laju ler juga.. takat 120km no hal.. kesimpulannya memang ramai yang suka scooter dari motor lain.. nide kalau diberi pilihan kalau nak operate kat KL memang ler scooter nide pilih..
disebabkan mudahnya mengendalikan scooter ni.. kita sering terlupa akan implikasi keselamatannya.. kejadian dalam video ni mungkin terjadi pada kita... ambil iktibar ok..
Tuesday, November 20, 2007
... baca dan senyum lah..
Sepasang pengantin baru sedang bersiap menghadapi malam pertama mereka. Pengantin perempuan berkata,”Bang Berahim, saya masih anak dara sunti, segar bugar dan tidak tahu apa-apa tentang seks. Bolehkah abang Berahim menerangkan terlebih dahulu secara terperinci sebelum kita melakukannya?”.
”Hubungan asmara itu senang saja sayang.. kita ni umpama penjara, yang sayang punya tu selnya dan yang abang punya umpama penjahatnya. Di penjara, penjahat harus dimasukkan ke dalam sel”, terang pengantin lelaki itu. Pengantin perempuan tersenyum dan mengangguk-angguk tanda paham. Lalu mereka terus bercumbu dan mengharungi lautan asmara...
Setelah selesai, si pengantin lelaki berbaring dan memejamkan matanya, si pengantin perempuan pula berkata, ” abang berahim penjahatnya terlepas..”.
Pengantin lelaki mulalah lagi memasukkan ”penjahatnya”. Rupanya pengantin perempuan dah syok sangat dengan hubungan asmaranya yang baru pertama kali yang dirasakannya. Setiap kali selesai dia selalu mengatakan bahawa penjahatnya lepas atau penjahatnya telah melarikan diri dari selnya. Setelah beberapa kali selesai, pengantin lelaki dengan nafas termengah-mengah berkata:
”Sayang... penjahat yang ini bukan kena hukuman penjara se umur hidup” sambil terbaring lemah..
p/s nide taip sambil gelak.. sakit oooo perut...
.. new info to share..
Untuk memulakan pencarian anda sila klik :http://www.sat- gps-locate. com/english/ index.html
Friday, November 09, 2007
...upin dan ipin -espisod 3 ...
..waaa cabar lu.. penakut
hehehehe.. kemungkinan video upin dan ipin episod 2 rosak ada.. dah 3 kali nide upload.. tapi ada error bersabar lah.. episod ke 3 pun ada... nanti nide uploadkan lagi.. rosak pun rosak lah.. pedulik apa nide.. ni kan blog nide apa yang nide nak buat suka hati nide lah..
nak OSA kan nide.. sila lah.. nide cabar .. kalau besar sangat kuasa sampai boleh menjejaskan kehidupan nide atau kerjaya nide gunakan lah..sebab nide ni bukan penakut yang nak bersembunyi di balik nick anonymous atau apa-apa nick sekalipun.. hati-hati chatters dan bloggers lain.. ini lah dikatakan kawan makan kawan.. kalau dah tahu dan hadir di blog nide ni maknanya dia adalah kawan nide.. tapi kalau kawan yang menghina kawan sendiri dan menghina isteri nide atau menghina kawan dan keluarga kawan nide.. rasanya itu bukan kawan malah satu penyakit kusta dalam persahabatan, lebih hina dari penyakit Aids... jenuh nide berfikir apa salah nide padanya.. sehingga hati nya menjadi busuk bernanah hingga terbau kehanyirannya di alam cyber.. apakah ko dengki dengan status kerjaya nide?? adakah ko sakit hati sangat dengan kejayaan nide???.. atau ko benci kerana semua chatters mesra dan sayang pada nide?? .. nide nasihatkan pada ko.. niat ko tu biar lah mulia..baru lah orang lain memuliakan ko.. kalau chatting kerana nak dapat kan habuan sex.. nide faham kenapa ko jadi begini... hidup tak berkah..nide bangga kerana dari gelandangan nide dapat menjadi pemimpin yang dihormati... nide bongkak?? itu nide punya pasal.. ini nide punya blog!!!!.. nide punya suka lahh... nide tak berdosa pada mu.. hanya Allah yang mengira dosa pahala nide ok..
aku cabar ko penakut.... jangan ingat diri ko pandai..
nak ambil tindakan ke atas nide??? cermin ler diri ko sendiri.. kau belum tahu siapa aku... sebenarnya semua orang tahu ko tu .. bodo dan sifat ko amat hina... memang ko bukan salah seorang anak yang soleh yang bakal mendoakan ayah dan ibu ko.. kesian jerih perih ibu melahirkan mendapat anak yang sebegini hina... jangan sampai keturunan mu mewarisi kebiadaban dan kehinaan ko.. suruh jer bibik yang mengasuhnya...
wes cilik dok iso modarr.. wes tuek menyusakay wong
Monday, November 05, 2007
..upin dan ipin..
.. sepetang ramadan di Parit Sulong..
kalau tak silap kueh dalam bekas tu 3 balang sepluh ringgit kot... nide tak pilih pun kueh-kueh tu.. nide tukang bayar jer..
kuih-kuih kering yang bermacam jenis dan murah.. pasti IKS di sini berkembang dengan pesat yang bakal membasmi kemiskinan seperti yang di war-warkan dalam dasar ekonomi baru..
pecah beling

Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik. Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%).
Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus yang diaruh diabates atau kencing manis.Sunday, November 04, 2007
..Kawal perisian ketika proses start-up..
Setiap kali perisian dalam kategori Perisian Utiliti dipasang di dalamkomputer, kemungkinan besar ianya akan disetkan untuk dimulakan secara automatik setiap kali komputer dimulakan.Walaupun kemudahan memulakan perisian secara automatik ini memudahkan pengguna, namun ianya akan memanjangkan masa untuk komputer dimulakan. Lebih-lebih lagi jika perisian terbabit tidak lagi diperlukan. Kebanyakaan perisian yang dimulakan secara automatik ini boleh dilihatdi dalam kawasan 'System Tray', di sebelah kanan bawah Task Bar. Jika banyak perisian yang sudah dimulakan, maka akan panjanglah senarai ikon di dalam 'System Tray' sesebuah komputer itu.
Sebenarnya terdapat kemudahan yang mana kita boleh mengawal perisian-perisian yang muncul di dalam senarai 'System- Tray' daripada dimulakan secara automatik semasa komputer dimulakan. Untuk mencapai kemudahan pengawalan perisian yang muncul di dalam'System Tray', ikuti langkah berikut:
1. Pilih Menu Start > Run >Taip: MSCONFIG Gambar Tip1
2. Pilih Tab Startup Gambar Tip2
3. Klik diatas perisian yang kita tidak ingin dimulakan secara automatikapabila komputer dimulakan. Tekan OK apabila selesai.
4. Untuk pilihan terkini diaktifkan, komputer anda perlu dimulakansekali lagi. Tekan 'restart'.
5. Mesej peringatan akan dipaparkan setiap kali anda memulakankomputer selepas senarai diubah.
6. Jika anda ingin mengubah senarai perisian semula, ulangi langkah seperti di atas.
Selepas memendekkan senarai perisian yang akan dimulakan apabila komputer dihidupkan, anda akan dapati komputer anda boleh digunakan semula dengan lebih cepat berbanding sebelum itu. Ia juga akan mengurangkan pengunaan memori, seterusnya akan membolehkan komputer anda beroperasi dengan lebih cekap.
Wednesday, October 31, 2007
.. anak laman...
Tuesday, October 30, 2007
Monday, October 22, 2007
Friday, October 05, 2007
women & men
.. perempuan begitu obses dengan paras rupa walaupun bentuk badan fisikal mereka telah mencapai taraf perfect namun tetap tak puas hati, pemandangan mata perempuan selalunya ke arah negatif.. ((pakai helmat full face sebelumm kena panggggg))bagi lelaki pula.. heheheheehhe.. begitu bangga diri dengan penampilan mereka disebabkan mata mereka terlalu berpandangan positif..
yang ni cam nide, kerja sikit heboh sekampong -(se dunia cyber -- macam komen anonymus dalam post yang lepas) - wakakakakakaka.. terima kasih kerana mengingatkan nide kepada keburukan sifat 'riak'.. alhamdullilah dan terima kasih.. itu lah tugas seorang insan yang baik
kalau sahabat marah pun jangan ler sampai cam ni erk...
Tuesday, October 02, 2007
bukit tinggi
tak sangka masa puasa ni kena pergi ke Bukit Tinggi.. pukul 0630 pagi lagi dah bertolak dar Kuantan.. kena buat presentation kat commander conference.. yang agak tak sedap tu i ni kena tangkap muat buat presentation tu..aduhaiii..
semasa sedang meeting di
so far so good, persembahan ok.. slide ok.. cuma malasalah typo..biasak elr.. huruf e sebok nak keluar dulu wakakkakkakaka
Friday, September 28, 2007
Selamat hari raya aidil fitri
hari ke 14 puasa.. masing-masing sebok merancang percutian.. masing-masing sebok shoping raya.. beli baju raya, beli bahan buat kuih.. atau tengah kumpul kuih raya..(( tunjuk-tunjuk..simpan, sembunyikan, agar bertahan hingga hari raya.. kalau tak suami dan anak-anak sure habiskan.. hehehehe)
Dalam kesibukan persediaan hari raya, pasti kita lebih banyak memandu.. jadi hati-hati di jalanraya ek.. kalau dah semua memandu.. pasti jalan sesak, pasti jem dan kita pula nak cepat mengejar masa untuk mendapatkan apa yang perlu.. puasa memang ler puasa.. tapi kesabaran kita pasti ada hadnya... jadi kawal sikap gelojoh kita tu.. berperaturan di jalanraya.. ok..
masa puasa ni hantu kena ikat.. tapi masa 1 syawal tu hantu dah terlepas..jadi hantu pun beraya.. ingat jangan beraya dengan hantu atau lebih tepat jadi hantu raya.. hehehehehe
pakai tali pinggang keladar atau sabuk keselamatan kata orang indon.. tak kira walaupun dekat semasa memandu.. memang ler u tak langgar orang.. tapi kemungkinan orang lain langgar u tu besar.. jaga keselamatan... dan selamat hari raya ok.. muahhhhhhhh
Friday, September 21, 2007
cerita satu malam
nikmati lah cerita satu malam dari nide untuk semua blogger yang datang berkunjung.. kalau boleh jangan tengok cerita ni pada waktu malam hari.. boleh mendatangkan gerun... hihihihi..
kisah ini merupakan peristiwa biasa bagi insan-insan seperti nide yang sering bermusafir dengan motorsikal... aduhai virago ku... besar jasa ko kepada ku... walaupun ada kengkawang yang mengidamkan ko dibuat asam pedas.. percayalah virago ku, i tetap bersama u...
Tuesday, September 18, 2007
..nikmat berpuasa...
Agar-agar kelapa muda @ agar-agar nyok muda @ lengkong the-gan (versi jawa)
bahan-bahannya
Nyiok muda 1 biji
1/2 mangkuk agar-agar (mangkuk Corell atau sewaktu dengannya)
1 mangkuk air
caranya
Rebus kedua-dua plus daun pandan
Campur Gula satu senduk (ikut suka takat manis yang kita mau)
Nyiok ambik semua air dan isi. Dan campor ke dalam agar-agar yang mendidih tadi.
Tutup api. Tuang ke dalam bekas. Masuk ke dalam peti sejuk.
((((kechyooooo beb.. ek azooo ek ))))
=====================================================
2nd resepi ni dari mama azura
Kerabu Mangga
Bahan2nya
Mangga muda
Cili padi (kalau dapat cili kg)
Bawang merah
Sotong kering/ udang kering / ikan bilis
Halia
Belacan (Jika suka)
Kacang tanah
Fish sos
Gula
Cara2nya
Basuh mempelam dan hiris memanjang. Jgn kasar dan jgn halus sgt. Sederhana. Goreng sotong/atau ikan bilis/ udang kering. Ketepikan.
Hiris bawang besar dan halia serta cili.
Tumbuk belacan hingga lumat
Tumbuk udang kering kasar2 (jika guna udang kering) jika guna sotong hiris halus
Jika guna ikan bilis belah 2 saja
Kacang tanah digoreng dah ditumbuk kasar
Campurkan kesemua bahan.
Perah ngan limau nipis.
Amaran.. hehehehehe
- Jika guna ikan bilis.... masa nak menghidang baru gaul sebab nanti ikan bilis kalau serap kuah kerabu jadi liat.
- Bubuh gula secukup rasa tak payah bubuh garam sebab sos ikan dah masin.
- Ingat jangan terlalu banyak kuah Biar sama serap.
..tukar baju...
ni tengah testing letak video.. andai kata sepantas ini wanita bersalin baju.. alangkah indahnya .. tak ler penat menunggu.. hehehe
..tulips lagi...
sementara menunggu nasi masak untuk besahur jam 0218 pagi hari ke 6 berpuasa..seorang teman yang melawat Holland mengirim email tentang keindahan bunga tulips di sana...
paparan ini untuk semua teman nide yang mengenali nide sama ada secara realiti atau pun sehingga kini secara maya saja..

salahkan kerajaan kalau tahun ni tak ada duit raya.. jangan rayu, jangan paksa dan jangan bawa kes duit raya ni ke mahkamah rayuan.. (kes disahkan tiada prima facie) sebagai gantinya.. nah secara free.. bunga-bunga tulips untuk mu sahabatku
pada sesiapa yang nide dah sakitkan hatinya samada secara tak sengaja.. tapi selalunya dengan sengaja, nide mohon maaf dan terima lah bunga-bunga ini sebagai permohonan maaf.. nide tahu nide seorang yang kasar kerana sememang nya nide dilatih bergitu.. selalunya kebenaran tu menyakitkan.. terima nide seadanya ok
sepak terajang dalam kata-kata nide adalah perkara biasa kerana nide memang kurang ajar sikit.. tak boleh diajar dan tak pernah mengambil peduli sensitifviti perasaan orang.. tapi nide ni kuat merajuk lak tu kalau kena batang hidung sendiri.. wakakakakkaka..
pada sesiapa yang klaim brutal sorry gak ler kalau nide bercerita tentang mati.. harapan nide agar kita terus beramal banyak-banyak agar lengkap ibadah kita bila di kunjungi oleh izrail..terima lah bunga-bunga ini sebagai ganti sementara menunggu bunga-bunga di surga nanti yang keindahannya tak terbayang..
bunga ini bukan hanya untuk teman wanita saja ek.. untuk teman-teman lelaki nide juga sebagai ucapan terima kasih kerana menghiasi hidup nide selama ini.. alam cyber adalah salah satu alam kehidupan bagi nide..
sekali lagi ampun maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki tak bermaksud nide mengecilkan hati sesiapa, melukakan perasaan, menipu (cam df kata) dan bersikap kasar terhadap teman-teman nide.. i love u all
yesssssss the flowers is for u all...
Thursday, September 13, 2007
.. islam & murtad ..
di satu pihak lain kegagalan kita sebagai masyarakat islam perlu diakui kerana kita tak dapat meyakinkan orang orang itu akan kebenaran ugama islam...
ada apa-apa komen??.. kalau boleh jangan hina orang tu ek.. kita muhasabah diri kita sendiri agar tak menjadi seperti mereka..

Wednesday, September 12, 2007
.. empangan di KKB ..
secantik lukisan ... terasa damainya suasana mengamit nide untuk datang lagi ke sini..
bukan nide sekeluarga saja yang berhenti di tepi lebuhraya ini.. ramai yang turut serta termasuk pelancung dari luar negara yang begitu asyik merakam gambar kenangan di sini..
seperti nide katakan di atas.. keindahannya setanding dengan pusat pelancungan di luar negara..
.. kebesaran tuhan ada di mana-mana .. hanya kita saja yang perlu sejenak waktu untuk merenung dan mensyukuri ke Esaan Nya... jangan ko lupa nide!!!!








