...terjumpa article dari sebuah laman web yang nide rasa berguna untuk kita semua..
Setiap kali perisian dalam kategori Perisian Utiliti dipasang di dalamkomputer, kemungkinan besar ianya akan disetkan untuk dimulakan secara automatik setiap kali komputer dimulakan.Walaupun kemudahan memulakan perisian secara automatik ini memudahkan pengguna, namun ianya akan memanjangkan masa untuk komputer dimulakan. Lebih-lebih lagi jika perisian terbabit tidak lagi diperlukan. Kebanyakaan perisian yang dimulakan secara automatik ini boleh dilihatdi dalam kawasan 'System Tray', di sebelah kanan bawah Task Bar. Jika banyak perisian yang sudah dimulakan, maka akan panjanglah senarai ikon di dalam 'System Tray' sesebuah komputer itu.
Sebenarnya terdapat kemudahan yang mana kita boleh mengawal perisian-perisian yang muncul di dalam senarai 'System- Tray' daripada dimulakan secara automatik semasa komputer dimulakan. Untuk mencapai kemudahan pengawalan perisian yang muncul di dalam'System Tray', ikuti langkah berikut:
1. Pilih Menu Start > Run >Taip: MSCONFIG Gambar Tip1
2. Pilih Tab Startup Gambar Tip2
3. Klik diatas perisian yang kita tidak ingin dimulakan secara automatikapabila komputer dimulakan. Tekan OK apabila selesai.
4. Untuk pilihan terkini diaktifkan, komputer anda perlu dimulakansekali lagi. Tekan 'restart'.
5. Mesej peringatan akan dipaparkan setiap kali anda memulakankomputer selepas senarai diubah.
6. Jika anda ingin mengubah senarai perisian semula, ulangi langkah seperti di atas.
Selepas memendekkan senarai perisian yang akan dimulakan apabila komputer dihidupkan, anda akan dapati komputer anda boleh digunakan semula dengan lebih cepat berbanding sebelum itu. Ia juga akan mengurangkan pengunaan memori, seterusnya akan membolehkan komputer anda beroperasi dengan lebih cekap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
thnks for the tip nide...
friends...
Post a Comment