Wednesday, October 31, 2007

.. anak laman...


siapa tak kenal Anne??.. sapa tak kenal Ajim?? siapa pula tak kenal fit3..?? dan chatters biasa pasti kenal adik dan kakak anak zzzz... hehehehehe yang direbutkan untuk dijadi kan menantu.. wakakkakakaka.. dan siapa tak tahu siapa itu Qaisara Qistina.. dan ada yang kenal siapa itu Haikal dan Tika yang pandai bercakap english dan mandrain dengan lancar dan mengkagumkan...





nide persembahkan... anak-anak laman...








adik dan kakak.. berasal dari kuantan.. yang cute dan ayu..juga melucukan

...yana.. anak sapa ek... dari area Subang/Kelana Jaya






Qaisara Qistina .. anak kawan kepada Eric Casa Impian.. hehehehe








Fit3.. balik kampong kat Kelantan..









Anne dan Ajim dari JB..







adik (Wan Afina Balqis), kakak (Wan Afina Batrisya)... Haikal dan Tika







Haikal yang fasih berbahas inggeris dan mandrin.. suka makan gulai daging salai lemak cili padi...














Tuesday, October 30, 2007

..confirm spare aaa...

kan spare tu.. hehehehe

Monday, October 22, 2007

ada berani???

nexts...

spare saja.. ada berani??? just set the time and name the place...

Friday, October 05, 2007

women & men

nide terima email dari seorang teman, dan ingin share apa yang ada dalam email tu dengan semua.. ironinya pemikiran dua jantina yang dipaparkan begitu tulus dan jujur

.. perempuan begitu obses dengan paras rupa walaupun bentuk badan fisikal mereka telah mencapai taraf perfect namun tetap tak puas hati, pemandangan mata perempuan selalunya ke arah negatif.. ((pakai helmat full face sebelumm kena panggggg))

bagi lelaki pula.. heheheheehhe.. begitu bangga diri dengan penampilan mereka disebabkan mata mereka terlalu berpandangan positif..

yang ni cam nide, kerja sikit heboh sekampong -(se dunia cyber -- macam komen anonymus dalam post yang lepas) - wakakakakakaka.. terima kasih kerana mengingatkan nide kepada keburukan sifat 'riak'.. alhamdullilah dan terima kasih.. itu lah tugas seorang insan yang baik

kalau sahabat marah pun jangan ler sampai cam ni erk...

Tuesday, October 02, 2007

bukit tinggi


tak sangka masa puasa ni kena pergi ke Bukit Tinggi.. pukul 0630 pagi lagi dah bertolak dar Kuantan.. kena buat presentation kat commander conference.. yang agak tak sedap tu i ni kena tangkap muat buat presentation tu..aduhaiii..

semasa sedang meeting di Mindef semalam dapat sms dari bos.. nak nide memberikan presentation tersebut.. dia tak puas hati dengan presentation yang telah disediakan untuknya oleh seseorang.. dia suruh nide ambil alih... aduhaiiii.. masalahnya tak sampai 24 jam pun dia bagi masa... tak tidor malam nide jadinya.. berdesupppp ler virago balik ke Kuantan tenghari semalam.. dan preparation siap kul 3 pagi siap dengan hand out..

so far so good, persembahan ok.. slide ok.. cuma malasalah typo..biasak elr.. huruf e sebok nak keluar dulu wakakkakkakaka nasib typo cuma atas skrip.. bukan kat slide..

Friday, September 28, 2007

Selamat hari raya aidil fitri

hari ke 14 puasa.. masing-masing sebok merancang percutian.. masing-masing sebok shoping raya.. beli baju raya, beli bahan buat kuih.. atau tengah kumpul kuih raya..(( tunjuk-tunjuk..simpan, sembunyikan, agar bertahan hingga hari raya.. kalau tak suami dan anak-anak sure habiskan.. hehehehe)

Dalam kesibukan persediaan hari raya, pasti kita lebih banyak memandu.. jadi hati-hati di jalanraya ek.. kalau dah semua memandu.. pasti jalan sesak, pasti jem dan kita pula nak cepat mengejar masa untuk mendapatkan apa yang perlu.. puasa memang ler puasa.. tapi kesabaran kita pasti ada hadnya... jadi kawal sikap gelojoh kita tu.. berperaturan di jalanraya.. ok..

masa puasa ni hantu kena ikat.. tapi masa 1 syawal tu hantu dah terlepas..jadi hantu pun beraya.. ingat jangan beraya dengan hantu atau lebih tepat jadi hantu raya.. hehehehehe

pakai tali pinggang keladar atau sabuk keselamatan kata orang indon.. tak kira walaupun dekat semasa memandu.. memang ler u tak langgar orang.. tapi kemungkinan orang lain langgar u tu besar.. jaga keselamatan... dan selamat hari raya ok.. muahhhhhhhh

Friday, September 21, 2007

cerita satu malam

nikmati lah cerita satu malam dari nide untuk semua blogger yang datang berkunjung.. kalau boleh jangan tengok cerita ni pada waktu malam hari.. boleh mendatangkan gerun... hihihihi..

kisah ini merupakan peristiwa biasa bagi insan-insan seperti nide yang sering bermusafir dengan motorsikal... aduhai virago ku... besar jasa ko kepada ku... walaupun ada kengkawang yang mengidamkan ko dibuat asam pedas.. percayalah virago ku, i tetap bersama u...

Tuesday, September 18, 2007

..berbuka puasa..

sekadar renungan..
untuk keinsafan




..................... dah bayar zakat lummm???

..nikmat berpuasa...

resepi ramadan

Agar-agar kelapa muda @ agar-agar nyok muda @ lengkong the-gan (versi jawa)

bahan-bahannya

Nyiok muda 1 biji
1/2 mangkuk agar-agar (mangkuk Corell atau sewaktu dengannya)
1 mangkuk air

caranya

Rebus kedua-dua plus daun pandan
Campur Gula satu senduk (ikut suka takat manis yang kita mau)
Nyiok ambik semua air dan isi. Dan campor ke dalam agar-agar yang mendidih tadi.
Tutup api. Tuang ke dalam bekas. Masuk ke dalam peti sejuk.

((((kechyooooo beb.. ek azooo ek ))))

=====================================================
2nd resepi ni dari mama azura

Kerabu Mangga


Bahan2nya

Mangga muda
Cili padi (kalau dapat cili kg)
Bawang merah
Sotong kering/ udang kering / ikan bilis
Halia
Belacan (Jika suka)
Kacang tanah
Fish sos
Gula


Cara2nya

Basuh mempelam dan hiris memanjang. Jgn kasar dan jgn halus sgt. Sederhana. Goreng sotong/atau ikan bilis/ udang kering. Ketepikan.
Hiris bawang besar dan halia serta cili.
Tumbuk belacan hingga lumat
Tumbuk udang kering kasar2 (jika guna udang kering) jika guna sotong hiris halus
Jika guna ikan bilis belah 2 saja
Kacang tanah digoreng dah ditumbuk kasar
Campurkan kesemua bahan.
Perah ngan limau nipis.

Amaran.. hehehehehe

  • Jika guna ikan bilis.... masa nak menghidang baru gaul sebab nanti ikan bilis kalau serap kuah kerabu jadi liat.
  • Bubuh gula secukup rasa tak payah bubuh garam sebab sos ikan dah masin.
  • Ingat jangan terlalu banyak kuah Biar sama serap.

..tukar baju...

ni tengah testing letak video.. andai kata sepantas ini wanita bersalin baju.. alangkah indahnya .. tak ler penat menunggu.. hehehe

..tulips lagi...

sementara menunggu nasi masak untuk besahur jam 0218 pagi hari ke 6 berpuasa..

seorang teman yang melawat Holland mengirim email tentang keindahan bunga tulips di sana...
paparan ini untuk semua teman nide yang mengenali nide sama ada secara realiti atau pun sehingga kini secara maya saja..


salahkan kerajaan kalau tahun ni tak ada duit raya.. jangan rayu, jangan paksa dan jangan bawa kes duit raya ni ke mahkamah rayuan.. (kes disahkan tiada prima facie) sebagai gantinya.. nah secara free.. bunga-bunga tulips untuk mu sahabatku

pada sesiapa yang nide dah sakitkan hatinya samada secara tak sengaja.. tapi selalunya dengan sengaja, nide mohon maaf dan terima lah bunga-bunga ini sebagai permohonan maaf.. nide tahu nide seorang yang kasar kerana sememang nya nide dilatih bergitu.. selalunya kebenaran tu menyakitkan.. terima nide seadanya ok

sepak terajang dalam kata-kata nide adalah perkara biasa kerana nide memang kurang ajar sikit.. tak boleh diajar dan tak pernah mengambil peduli sensitifviti perasaan orang.. tapi nide ni kuat merajuk lak tu kalau kena batang hidung sendiri.. wakakakakkaka..

pada sesiapa yang klaim brutal sorry gak ler kalau nide bercerita tentang mati.. harapan nide agar kita terus beramal banyak-banyak agar lengkap ibadah kita bila di kunjungi oleh izrail..
terima lah bunga-bunga ini sebagai ganti sementara menunggu bunga-bunga di surga nanti yang keindahannya tak terbayang..

bunga ini bukan hanya untuk teman wanita saja ek.. untuk teman-teman lelaki nide juga sebagai ucapan terima kasih kerana menghiasi hidup nide selama ini.. alam cyber adalah salah satu alam kehidupan bagi nide..



sekali lagi ampun maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki tak bermaksud nide mengecilkan hati sesiapa, melukakan perasaan, menipu (cam df kata) dan bersikap kasar terhadap teman-teman nide.. i love u all

yesssssss the flowers is for u all...

Thursday, September 13, 2007

.. islam & murtad ..

hmmm awal ramadan terjumpa lak isu orang islam nak tukar ugama.. hmmm lama dah nide fikirkan masalah ini.. setengah pihak amat sensitif bila memperkatakannya.. bagi nide kalau orang tu dah tak nak jadi islam.. lantak dia ler.. silakan saja masuk neraka nide tak menghalangnya..
di satu pihak lain kegagalan kita sebagai masyarakat islam perlu diakui kerana kita tak dapat meyakinkan orang orang itu akan kebenaran ugama islam...
ada apa-apa komen??.. kalau boleh jangan hina orang tu ek.. kita muhasabah diri kita sendiri agar tak menjadi seperti mereka..


Wednesday, September 12, 2007

.. empangan di KKB ..

keindahan panorama empangan di KKB amat mengasyikkan.. best sangat.. cantik sangat permandangan berlatarbelakangkan gunung ganang dan keindahannya setanding dengan pemandangan di Danau Toba..

patut lah buyie orangnya tenang.. manakan tidak dengan panorama sebegini dalam kehidupan harian pasti hidupnya begitu indah meniti hari.. alangkah nikmatnya jika hidup nide setenang dan sehening di sini..


secantik lukisan ... terasa damainya suasana mengamit nide untuk datang lagi ke sini..


bukan nide sekeluarga saja yang berhenti di tepi lebuhraya ini.. ramai yang turut serta termasuk pelancung dari luar negara yang begitu asyik merakam gambar kenangan di sini..


seperti nide katakan di atas.. keindahannya setanding dengan pusat pelancungan di luar negara..


.. kebesaran tuhan ada di mana-mana .. hanya kita saja yang perlu sejenak waktu untuk merenung dan mensyukuri ke Esaan Nya... jangan ko lupa nide!!!!

Friday, September 07, 2007

Bukit Fraser

31 Ogos hingga 02 Sep 07




Wednesday, August 29, 2007

... merdeka!!!!... merdeka!!!!! merdekaa

Catatan 50 tahun kemerdekaan malaysia. .....

hmmmm apa kah fikiran kita sudah merdeka??? fikirian yang tidak terjajah.. hanya kita saja yang dapat menjawabnya.. maksud penjajahan minda juga amat luas mungkin Gab atau izariza atau mungkin ixora tiara dapat mengulas atau mengupasnya.. mereka dari golongan akedemik yang mengkajinya.. dan kemerdekaan minda juga amat luas maksudnya.. kadangkala bagi sesetengah insan dengan angkuh mengaku telah merdeka namun begitu perlakuan mereka membuktikn sebaliknya.. manakan tidak.. rasuah seolah satu cara hidup tanpa rasa bersalah..baik yang memberi atau yang menerima.. melakukan maksiat menjadi satu prestasi yang gah dan kebanggaan tanpa sedikit pun rasa malu.. yess maybe itu lah makna kemerdekaan bagi mereka..bebas untuk melakukan apa saja... kubur masing-masing..


merdeka pada umumnya adalah kebebasan dari dijajah... bebas memilih apa yang terbaik dan bebas menolak apa yang dibenci... merdeka juga adalah kebebasan dari ugutan dan tekanan semasa membuat keputusan... bebas merancang kejayaan, bebas memilih hala tuju, bebas menjana kebahagian.. dan bebas beribadah.


tapi kalau kemerdekaan menjadi bencana seperti di bosnia, di serbia dan di kawasan sekitarnya adakah itu kemerdekaan yang dimahukan.. meski kemerdekaan dari soviet seperti kemerdekaan yang besar namun semasa dijajah tidak ada pula istilah etnik cleansing... hmmmm.. i wonder..
p/s... Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 50... hargai kebebasan, syukuri perpaduan, kekalkan kedamaian, hormati kesusilaan... pasti malaysia bahagia, cemerlang dan terbilang..
p/s.. the only united nation in the world is malaysia.. we have malay, chiness, indian, punjabi, and other races (bangla, pakistani, indon, vietnam, myanmar, philipinos etc) in one country yet live, work and enjoying life in harmonie ever after...

Mesjid Terapong

Akibat promosi oleh izariza, dan terkesima terhadap keindahan mesjid tersebut, keindahan tersebut nide rakamkan di sini merenung masa yang berlalu, sementara menuju ke destinasi yang satu, menghitung kefakiran pahala dan kemewahan dosa..... tanpa suffaat mu kekasih Allah tidak layak diri ini bersama mu di firdaus nanti...

.. moga solat ku di mesjid ini diterima walau pun ku tahu amat tidak sempurnanya ibadah ku di sisi Mu berbanding nikmat Mu yang diberikan pada ku selama ini...

.. aku hanya makhluk mu...
sepanjang jalan kenangan ini, mengajar nide betapa kejujuran selalunya menyebabkan diri dibenci namun tiada kesalan di hati.. walalupun pahit ia nya realiti.. nide tak ingin hidup dalam hipokrasi dan terus bersembunyi di sebalik tabir yang pastinya terungkap yang kononnya rahsia...


Tuesday, August 21, 2007

selamat hari jadi

selamat hari jadi

pada sesiapa yang sambut hari jadi nya

pada hari ini

21 ogos, 22 ogos dan 25 ogos

Monday, August 06, 2007

pesta makan durian

4 & 5 Ogos 2007.. sama hari ngan gathering kat dorani.. tapi nide tak boleh pergi disebabkan komitment keluarga.. apa nak buat kan.. namun begitu sempat juga meluangkan masa setelah terbaca iklan dari 'sireh lipat' kat laman ada pesta makan durian di taman warisan putrajaya.. jadi apa lagi.. nide pergi pada 4 ogos hari sabtu.. masa tu tengah demam teruk, selsema, batuk semuanya lah... tapi nide gagahkan gak ler..

manggis juga dijual dengan banyaknya dan selepas puas merasa buah manggis baru nide beli heheheheeh
buah cempedak juga menjadi satu hasil jualan yang murah

lihatlah betapa segarnya buah pulasan yang amat jarang dipasarkan kerana buah pulasan ini sensitif cepat rosak..
buah nangka yang begitu best jadinya.. yang ni kita tak boleh rasa sebelum beli.. kena beli dulu baru rasa.. orang lain sebok beli.. nide sebok makan..
adegan merasa buah pulasan sehingga kenyang.. harganya cuma rm 5 ringgit jer boleh campur ngan buah mangga dan buah jambu batu
tempat tetamu yang telah membeli kupon rm 5 ringgit makan durian sepuas-puasnya


disebabkan terlalu ramai orang nak makan durian nide mengalah dan biarkan saja dia orang berebut rebut makan durian.. lagi pun masa tu nide demam teruk.. dapat bau jer ok lah tu..

p/s balik singgah klinik jumpa dr..