Wednesday, August 29, 2007

... merdeka!!!!... merdeka!!!!! merdekaa

Catatan 50 tahun kemerdekaan malaysia. .....

hmmmm apa kah fikiran kita sudah merdeka??? fikirian yang tidak terjajah.. hanya kita saja yang dapat menjawabnya.. maksud penjajahan minda juga amat luas mungkin Gab atau izariza atau mungkin ixora tiara dapat mengulas atau mengupasnya.. mereka dari golongan akedemik yang mengkajinya.. dan kemerdekaan minda juga amat luas maksudnya.. kadangkala bagi sesetengah insan dengan angkuh mengaku telah merdeka namun begitu perlakuan mereka membuktikn sebaliknya.. manakan tidak.. rasuah seolah satu cara hidup tanpa rasa bersalah..baik yang memberi atau yang menerima.. melakukan maksiat menjadi satu prestasi yang gah dan kebanggaan tanpa sedikit pun rasa malu.. yess maybe itu lah makna kemerdekaan bagi mereka..bebas untuk melakukan apa saja... kubur masing-masing..


merdeka pada umumnya adalah kebebasan dari dijajah... bebas memilih apa yang terbaik dan bebas menolak apa yang dibenci... merdeka juga adalah kebebasan dari ugutan dan tekanan semasa membuat keputusan... bebas merancang kejayaan, bebas memilih hala tuju, bebas menjana kebahagian.. dan bebas beribadah.


tapi kalau kemerdekaan menjadi bencana seperti di bosnia, di serbia dan di kawasan sekitarnya adakah itu kemerdekaan yang dimahukan.. meski kemerdekaan dari soviet seperti kemerdekaan yang besar namun semasa dijajah tidak ada pula istilah etnik cleansing... hmmmm.. i wonder..
p/s... Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 50... hargai kebebasan, syukuri perpaduan, kekalkan kedamaian, hormati kesusilaan... pasti malaysia bahagia, cemerlang dan terbilang..
p/s.. the only united nation in the world is malaysia.. we have malay, chiness, indian, punjabi, and other races (bangla, pakistani, indon, vietnam, myanmar, philipinos etc) in one country yet live, work and enjoying life in harmonie ever after...

5 comments:

Anonymous said...

merdeka merdeka merdekaaaaa nideeee!!!!!

p/s mcm best jek nick ixora tiara tu, anak sape la tu.......
huh, x pasai2 lak aku kena bg komen..

aruZi

Izariza said...

Salam Nide,

Seperti tahu-tau apa yang bermain di fikiran saya ... otak saya sedang berbicara monolog tentang sambutan kemerdekaan ke-50 Malaysia, negara tercinta .. (sehingga hampir saya membuka entri baru tentang isu ini tetapi terbatal niat itu kerana sebab tersendiri hehe)

Sungguh ironi sekali (Bunga Rampai .. setujukah kamu?) sambutan kemerdekaan negara kita saban tahun. Naik muak. Naik jelek. Naik rimas. Naik panas.

Sungguh jahil pengertian merdeka. Sungguh dangkal penghayatan merdeka. Ah . malas sungguh mengupas kerana buat hati saya cawas.

Rasanya semua orang yang berfikir (ulul albab)tahu hakikat itu penghayatan merdeka yang 'semkal' (sempit+dangkal) .. perayaan yang tidak ke mana. Perabih boreh.

Untungnya Malaysia yang merdeka jika punya anak bangsa yang ada kemerdekaan kognitif. Ada jatidiri Melayu.Yang tahu membeda antara bejat dan sihat.

Oh oh .. Nide maafkan saya ... ini bukan wadah terbaik untuk saya kupas isi kepala. Cukuplah.

Doa saya agar negara Malaysia kekal makmur, rakyat kembali kepada ajaran Allah yang hak.

Salam.

arZOoo said...

erkk...terkesima dgn ayat bombastik mek..erkkk lagi..wakkakakakak

ermmm...nide..cam dah bertambah kebesaran jek nide nih..ermmm...hi10 pipi..wahahahahah

jaketbiru said...

aruzi...
terkesima dengan ixora tiara dan email-emailnya.. best sangat

hidup dalam dua nafas saja..
nafas naik,
nafas turun.

izariza..
thanks kepada kesedaran yang diberikan..
amin moga kita terus makmur dalam taqwa..

arzoo...
tembam ek nide???
cam ni nak puasa sebulan lahh..
salam ramadan semua

Anonymous said...

izariza.....ehmmmm.....
hus juga naik jemu dengan perayaan kemerdekaan setiap tahun..
Merdeka kah kita sebenarnya....
Iman dan tawakkal yang menentukan adakah kita benar-benar merdeka...

tq nide...bagi peluang jugak kat hus untuk comment kat blog nide...

MERDEKA...((( MERDEKAKAH KITA )))