Tuesday, May 22, 2007

...Duriansssss.....



nide terima email dari seorang chatters.. anderian haziq.. berkaitan dengan duriannn.. terima kasih ek Zzzzz...



bermacam jenis durian di Malaysia nihh.. untuk semua peminat durian nide persembahkan .. the durianssssss....
memula kita kena ler kenal nama-nama durian ni... ok... yang di bawah ni bermula dengan abjad D diikuti dengan nombor

yang di atas ni adalah jenis D 11



ini pula adalah jenis D 17






D 600





D 604




D 700

ini pula durian yang mempunyai nama-nam pelik.. tapi durian ni tetap best.. unik maa nama dia.. kebanyakanya nama dari kaum cina.. orang cina memang suka sangat durian.. pasti itam dengan adotcomm tak terkecuali ek..

durian ini dinamakan


Ang heh - red prawn





Ang jin - Red yoke durian..

durian yang kat bawah

(((bukan anjing tau.. hehehehehe))




di bawah ini pula namanya adalah


Ang sim - Red heart


ini ada lagi duiran...


jemput lah makan lepas makan bayar aa sendiri


hehehehehe


Chaer phoy - green skin durian




durian di atas ni nama mat saleh lak namanya Coupling



hoh lor - water gourd durian



'Kun poh' apa ek maknanya






in fong hijauini lagi best.. nama-nama durian yang exotic

hehehehehehehehehe yang kang - Centepede durian...

hehehehe (bukan kangkang tau...))



xio hung - little red durian


oii kyou - tumeric durian


bak eu - pork fat durian


dan yang paling sensasi..


save for last is...




jommm durian jommmm...

gaji dah naik nihhh..

tq ek govt..


p/s ((pilih lah nak yang mana satu.. yang tak suka durian.. tutup jer ler hidung.. jangan muntah depan kita orang.. we all nak melantak.. heehehehehe??))))



Thursday, May 17, 2007

naik pangkat lagi..



membaca watikah kenaikan pangkat.. di mulai dengan bismillah..


bertambah tinggi pangkat, bertambah tanggungjawab.. melangkah lagi menapak arah kerjaya

Tahniah untuk ketiga-tiga anak buah nide yang dinaikkan pangkat.. moga ditambahkan rezeki dan menjadi lebih bersyukur kepada Ilahi..


menjaga amanah allah... memberi rezeki kepada anak dan isteri dan berbakti kepada negara dengan melaksanankan tanggungjawab dengan sempurna mungkin


my PA.. Haryati cekap dan bijak mengurus segala urusan harian nide.. di sini nide merakamkan ucapan tahniah dan ucapan terima kasih atas tugas yang yati laksanakan selama ini..

moga lepas ni dikurniakan anak pulak ek yati.. hehe













p/s aku bila ler nak naik pangkat.... hmmmm

Friday, May 11, 2007

kemboja

hai bloggers...
tolong nide boleh??
tolong hantar sajak berkenaan kemboja-kemboja ini.. nide nanti publish kan

((teknik untuk hapdet blog.. hehehehehe)))

hari ibu... selamat ek pada semua ibu-ibu... moga terus dapat membimbing keluarga dengan sebainya.. kepada semua isteri-isteri yang juga seorang ibu selamat juga nide ucapkan, especially kepada mak na'im.. kepada bapa-bapa yang mengambil alih tugas ibu akibat suratan takdir.. nide doakan selamat juga moga tanggungjawab keibuan dapat dilaksanakan..

((nide ada buat komen kat blog mineral seperti yang dipastekan dibawah ni.. sebuah persoalan..))

hmmmmm...ramai isteri yang bermusuh ngan mak mentua... naper ek?

naper ek ramai siteri tak mengizinkan suaminya balik kampung berjumpa ibunya??

ramai juga yang masam muka bila tahu suami memperuntukkan sejumlah wang untuk ibunya??

..sedangkan isteri itu adalah seorang ibu??.. mengapa isteri tidak memahami hati ibu suaminya.. tapi mahu anaknya lelaki mengingatinya...

.. ramai yang tahu tanggangunjawab kepada ibu melebihi dari tanggungjawab kepada isteri.. cerita zaman nabi.. tentang anak yang hendak dibakar sebab melebihkan isteri dari ibu.. semua orang tahu... tapi mengapa isteri tetap merasa iri hati pada ibu mertua??


masih mencari jawapan dari dahulu sehingga kini.... ((tolong jawab plse))

Selamat Hari Ibu

gambar di cilok dari... "norasiah jamil" aishah_garden@yahoo.com

Thursday, May 10, 2007

Mengecilkan Perut Nan Memboroi

nide dapat email dari seseorang berkenaan mengecikan keboroian... lelaki kalau boroi rasanya tak dipedulikan sangat.. kalau ppuan perut naik sikit jer dah susah hati..
jadi nide perturunkan ilmu ini untuk menjaga atau merawat perut yang boroi itu...

((untuk yang mengandung tu.. tak yah ler nak kecilkan keboroiannya.. hehehehehe))
Siapkan straw. Potong 5 cm.
Ratakan salah satu hujung straw.
Tutup separuh lubang straw dengan selophan tape


Tarik nafas dalam-dalam, lalu tiup straw dengan kuat selama 5 saat.
Lakukan selama 3 minit sehari.

Yang pentingnya di sini, meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat.


Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berhasil mengecilkan perut. Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas.
Tak percaya!? Cubalah!
Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, kesan penggunaan otot perut menjadi berlipat kali ganda.




p/s.... selalunya orang yang main trompet tu perut dia montel jer... i wonder.. hehehehe

Friday, May 04, 2007

... cuti...

rupanya banyak cuti bulan apr dan awal mei.. hampir setengah bulan nide bercuti.. cuti ke mana??.. tido jer kat rumah.. hehehehehehe.. kalau tak kerja maknanya nide tak ler bercyebr.. jadi lama ler tak memblog.. atau berchatting.. miss u all..

ayat ayat baru di penbendaharaan kata

bercyber
memblog
berchatting..

panggggggggg.. heheheheheh
brb= be right back
btw= by the way..

panggggggggg
(sambung plse...)

Monday, April 23, 2007

...tanggungjawab...

tahniah nide ucapkan pada m573.... kerana dinaikkan pangkat dari leftenan ke kapten pada jumaat 13 apr lalu... di kesempatan ini moga m akan terus berjaya dalam kerjaya..


nide hanya menjalankan tugas memakaikan pangkat untuk menandakan tanggungjawab yang bakal dipikul akan bertambah berat.. seberat gaji yang diberi... seberat rezeki allah yang dikurniakan dan bertambah amanah yang digalas... amanah yang tak tertunai menjadi dosa.. ingat tu..
bangga sangat nide kerana anak buah nide berjaya dinaikan ke pangkat kapten.. kalau tak berkaliber masakan layak ek..

menjawat pangkat kapten maknanya u all kena lah melatih anggota bawahan.. bukan hanya berkerja untuk diri sendiri lagi.. u all kena mengurus pekerja.. menentukan kualiti kerja anggota bawahan.. membuat keputusan yang tepat sebilang masa.. dan tidak mengharapkan lagi tunjuk ajar dari nide lagi... u make keputusan please tell me ok...

thaniah juga ek puteri.., faiz, raniza dan fidel

...doa..

.... hmmm takat 4 orang nak mendoakan nide agar kehadiran senja nan merah tekala nide di kajang.. hentikan jer laaa... nide pimpin ramai orang untuk mem block doa korang.. wakakakakkakakakakak

Thursday, April 12, 2007

bola panggg

nide main bola tampar sejak umur 14 tahun lagi... pernah mewakili atm ke peringkat tertinggi dan pernah menjawat jawatan setiausaha persatuan bolatampar atm.. dolu-dolu ler..

best main bola tampar nihhh... boleh lepas gerammm... hehehehhehehe..
panggggggg the ungandian girls.... wakakakakkakaka
pangggggggg df
pangggggggggg andelia... al kacc
pangggggggggg yana....
panggggggggg haniedew sekali ler.... wakakakakkakakakakak
sapa lagi nak????.... mehhhh sini...

shark.. nak ker??
iza... hmmm nide rela di panggggg


Monday, April 09, 2007

Merompak Allah

hmmm tersentuh dengan berita mesjid dipecah masuk dan barangan di curi.. dan terpanggil untuk mencatatkan sesuatu di blog ini bila terbaca komen dalam dada akhbar berkenaan perkara ini.. mesjid rumah Allah dimasuki pencuri??. Quraan dibakar.. Tabung derma dipecahkan!!!

Mengapa hingga bergini sekali hilangnya rasa hormat insan terhadap rumah Allah?? sedihnya bila merasakan bergini rendahnya keperabadian insan-insan sekarang ini sehingga sanggup melakukan kemunkaran sebegini rupa terhadap rumah ibadah.. nide percaya bahawa orang yang melakukannya adalah dari orang islam (?) sendiri... orang yang mengaku islam.. tapi tak mengamalkan islam..
pada hari ahad lepas juga nide terbaca komen seorang ulamak di akhbar berkaitan fungsi mesjid dalam masyarakat sekarang ini.. memang dari dulu lagi nide dah berfikir tentang mesjid yang pada pandangan nide under used atau tidak berfungsi dengan tanggungjawabnya yang sebenar.. mungkin kita harus persalahkan pada majlis ugama islam dan masyarakat ulamak juga yang menepikan fungsi mesjid yang hanya digunakan sebagai tempat beribadah semata-mata.. padahal pada zaman Rasullah mesjid merupakan pusat pemerintahan..
sejarah telah membuktikan bahawa mesjid menjadi pusat terhadap pemerintahan islam dimana segala masalah berkaitan dengan masyarakat setempat diselesaikan di sini.. baitulmal juga terletak disini.. pusat pembelajaran ugama dan sains juga bertapak disini.. malahan taktik dan perancangan peperangan juga dibuat didalam mesjid apatah lagi pendidikan akhirat dan duniawi juga sepatutnya seiring dan disebarkan disini.. nide sangat setuju dengan komen penulis pojok akhbar yang menyatakan mengapa ustaz geography atau ustaz matematik atau ustaz biology malah ustaz IT menggunakan mesjid untuk penyebaran ilmunya..

renungkan... sepatutnya institusi mesjid menjadi pendidik moral (ketuhanan) tetapi kini insan disekelilingnya mempunyai moral yang amat rendah hingga sanggup merompak mesjid itu sendiri...
mungkin maksud mengimarahkan mesjid perlu dipandang secara sejagat (global) dan sepatutnya mesjid bukan hanya merupakan tempat beribadah semata-mata dan menjadi tempat tradisi menyambut perayaan ugama.. mungkin juga sikap kita yang bergitu bermusuh dengan anak-anak yang hadir di mesjid kerana kebisingannya patut kita hindarkan agar nanti semasa remaja mereka tidak janggal menjejak kaki di rumah allah ini... wallallahhualam...

..(gambar-gambar hiasan dari taman orkid kuala lumpur.. di Taman Tasik Perdana)

ada cadangan camner nak perbaiki keadaan??..

Thursday, April 05, 2007

bunga dan kita

rakaman digital ini diambil di taman orkid kuala lumpur. terdapat lebih 30 gambar yang nide ambil di sana dan akan di post kan dari masa ke semasa..

kalau nak post sekali semua agak memboringkan jadi nide akan guna kan sebagai hiasan semata-mata.. . untuk kali ini nide hadiahkan jambakan bunga ini kepada semua pelawat blog nide .. ramai dah nide kasi id blog nide.. termasuk lah yang terbahru.. sukie.., suria (penuntut tahun akhir bioscience uia).. untuk pelawat lain sila ler tinggalkan komen agar nide dapat mengalukan kedatangan ke blog ini dan dapat nide ucapkan terima kasih kerana kesudian melawat..

thanks pB..

nide suka pada keindahan... keindahan dapat diserikan dengan warna-warna.. kombinasi warna seperti oren dan hijau dapat menghasilkan foto yang cantik.. malang nya nide sendiri tak suka pakai warna cerah.. cukup dengan warna hitam, biru, hijau, kelabu asap dan warna-warna pudar...
agaknya memang nide dah ditanam dengan perasaan rendah diri sejak dari kecil... mungkin berkesan juga guru agama kat johor yang mengajar nide tentang tasauf berkenaan sifat riak dan sifat-sifat lain lagi.. nide tak akan menonjolkan diri, namun sekiranya keadaan memaksa nide akan memikul tugas yang orang lain tak mahu membuatnya disebabkan kesukaran, kekotoran atau kerja yang tak glemer..

sifat yang paling ketara hingga mendatangkan effect pada fizikal nide adalah merendah diri.. guru nide mengajar nide agar tak meninggi diri.. selalu tunduk merenung bumi.. itu ler sebabnya nide agak bongkok sedikit.. melengkong kata orang.. dulu nide amat kurus.. sekurus mat pit dan tidak kurang juga orang menyangka nide ni tergolong dari golongan ini.. nide tak salahkan dia orang sebab semasa nide remaja ramai kawan nide yang tergolong dari golongan tersebut. kalau nide tak keluar dari masyarakat nide masa tu... entah apa agaknya jadinya nide sekarang.. hmmm

nide juga dinasihati guru agar tidak memilih kawan.. belajar dari kepayahan orang lain dan alhamdulilah nide masih dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.. ramai antara kawan nide yang meninggal kerana over dos.. alfatihah untuk mereka... ramai juga sebelum pemergian mereka menasihati nide agar tidak sekali-kali mengambil benda-benda terlarang... bayangkan nide janji nide kepada penagih dadah semasa nazak mereka... itu lah erti persahabatan walaupun dalam keadaan nazak dan dalam keadaan hina sempat menasihati nide agar tak menjadi seperti mereka.. pengajarannya.. ingat lah penglibatan dengan dadah amat sukar untuk sembuh, kesengsaraan akan dijanjikan sehingga nafas terakhir.. hindari dadah.. benci dadah tapi sayangi mangsa dadah.. mereka perlukan sokongan dari masyarakat .. kasihani mereka kerana telah menjadi hamba kepada dadah dan hanya segelintir kecil saja yang berupaya dan berjaya memerdekakan diri darinya..

lawatan teman

03 april 07
dinner bersama seorang teman yang datang bertandang ke kuantan..
Dinner di sebuah restoran bernama sara thai..
menu sea food..
abang yang terhensem kat situ yang bayar.. wakakakkaka
terima kasih ek...

jauh dia datang.. driving dari utara.. dengan mazda astinanya.... 9111

kononnya lepas makan nak main bowling.. nak pratices dulu sebelum 8 hb kat ampang point tapi nasib tak menyebelahi.. cuma datang tengok orang main jer kat parkson fully book ada tournement... kat berjaya mall... semuanya occupied.. tunggunyer tunggu... terlalu lama..jadi cancell...