kalau nak post sekali semua agak memboringkan jadi nide akan guna kan sebagai hiasan semata-mata.. . untuk kali ini nide hadiahkan jambakan bunga ini kepada semua pelawat blog nide .. ramai dah nide kasi id blog nide.. termasuk lah yang terbahru.. sukie.., suria (penuntut tahun akhir bioscience uia).. untuk pelawat lain sila ler tinggalkan komen agar nide dapat mengalukan kedatangan ke blog ini dan dapat nide ucapkan terima kasih kerana kesudian melawat..
thanks pB..
agaknya memang nide dah ditanam dengan perasaan rendah diri sejak dari kecil... mungkin berkesan juga guru agama kat johor yang mengajar nide tentang tasauf berkenaan sifat riak dan sifat-sifat lain lagi.. nide tak akan menonjolkan diri, namun sekiranya keadaan memaksa nide akan memikul tugas yang orang lain tak mahu membuatnya disebabkan kesukaran, kekotoran atau kerja yang tak glemer..
sifat yang paling ketara hingga mendatangkan effect pada fizikal nide adalah merendah diri.. guru nide mengajar nide agar tak meninggi diri.. selalu tunduk merenung bumi.. itu ler sebabnya nide agak bongkok sedikit.. melengkong kata orang.. dulu nide amat kurus.. sekurus mat pit dan tidak kurang juga orang menyangka nide ni tergolong dari golongan ini.. nide tak salahkan dia orang sebab semasa nide remaja ramai kawan nide yang tergolong dari golongan tersebut.
nide juga dinasihati guru agar tidak memilih kawan.. belajar dari kepayahan orang lain dan alhamdulilah nide masih dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.. ramai antara kawan nide yang meninggal kerana over dos.. alfatihah untuk mereka... ramai juga sebelum pemergian mereka menasihati nide agar tidak sekali-kali mengambil benda-benda terlarang... bayangkan nide janji nide kepada penagih dadah semasa nazak mereka...
2 comments:
Cantiknya! Bunga anggerik kegemaran saya.
Bunga mampu saja mencetus rasa kasih dalam jiwa.
Salam Maulidul Rasul :)
Salam Maulidul Rasul juga untuk bunga rampai...
added value..
bunga-bunga diracik halus dan dijadikan bunga rampai agar keharumannya berpanjangan...
Post a Comment