hmmm tersentuh dengan berita mesjid dipecah masuk dan barangan di curi.. dan terpanggil untuk mencatatkan sesuatu di blog ini bila terbaca komen dalam dada akhbar berkenaan perkara ini.. mesjid rumah Allah dimasuki pencuri??. Quraan dibakar.. Tabung derma dipecahkan!!!
Mengapa hingga bergini sekali hilangnya rasa hormat insan terhadap rumah Allah?? sedihnya bila merasakan bergini rendahnya keperabadian insan-insan sekarang ini sehingga sanggup melakukan kemunkaran sebegini rupa terhadap rumah ibadah.. nide percaya bahawa orang yang melakukannya adalah dari orang islam (?) sendiri... orang yang mengaku islam.. tapi tak mengamalkan islam..
pada hari ahad lepas juga nide terbaca komen seorang ulamak di akhbar berkaitan fungsi mesjid dalam masyarakat sekarang ini.. memang dari dulu lagi nide dah berfikir tentang mesjid yang pada pandangan nide under used atau tidak berfungsi dengan tanggungjawabnya yang sebenar.. mungkin kita harus persalahkan pada majlis ugama islam dan masyarakat ulamak juga yang menepikan fungsi mesjid yang hanya digunakan sebagai tempat beribadah semata-mata.. padahal pada zaman Rasullah mesjid merupakan pusat pemerintahan..
sejarah telah membuktikan bahawa mesjid menjadi pusat terhadap pemerintahan islam dimana segala masalah berkaitan dengan masyarakat setempat diselesaikan di sini.. baitulmal juga terletak disini.. pusat pembelajaran ugama dan sains juga bertapak disini.. malahan taktik dan perancangan peperangan juga dibuat didalam mesjid apatah lagi pendidikan akhirat dan duniawi juga sepatutnya seiring dan disebarkan disini.. nide sangat setuju dengan komen penulis pojok akhbar yang menyatakan mengapa ustaz geography atau ustaz matematik atau ustaz biology malah ustaz IT menggunakan mesjid untuk penyebaran ilmunya..
renungkan... sepatutnya institusi mesjid menjadi pendidik moral (ketuhanan) tetapi kini insan disekelilingnya mempunyai moral yang amat rendah hingga sanggup merompak mesjid itu sendiri...
mungkin maksud mengimarahkan mesjid perlu dipandang secara sejagat (global) dan sepatutnya mesjid bukan hanya merupakan tempat beribadah semata-mata dan menjadi tempat tradisi menyambut perayaan ugama.. mungkin juga sikap kita yang bergitu bermusuh dengan anak-anak yang hadir di mesjid kerana kebisingannya patut kita hindarkan agar nanti semasa remaja mereka tidak janggal menjejak kaki di rumah allah ini... wallallahhualam...
..(gambar-gambar hiasan dari taman orkid kuala lumpur.. di Taman Tasik Perdana)
ada cadangan camner nak perbaiki keadaan??..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
teringat sekali tu pegi semayang jemaah kat masjid. waktu pegi pakai selipar asadi baru warna biru. balik dari masjid pakai terompah kayu ketung ketang tang...
nice flowers.
Salam...
memang tak takut hukum Allah lah tu...
cantek2 orkid tu...maklang tengah mabuk orkid ni....
hai maklang selamat datang...
kuantan gak ek maklang.. leh tukar anak benih orkid ler cam tu..
hai nbb..
tq for comming.. rasa honoured bila nbb ngan maklang hadir di sini
p/s salah sapa ek bila hati kita tak gerun pada Allah??
Post a Comment