Wednesday, April 19, 2006

Pemandangan di Kingdom of Cambodia

Tetakala tamadun barat belum terbentuk terdapat satu tamadun yang telah gemilang di tanah ini. Mengapa nide kata begitu adalah kerana semasa itu kerajaan silam tersebut telah memperolehi kepakaran dalam bidang pembenaan (akitek) dengan terbenanya angkor-angkor di serata negara. Sebenarnya kita hanya mengenali Angkor watt sahaja disebabkan kompleks tersebut adalah kompleks Angkor yang terbesar di Cambodia ini.

Namun begitu terdapat banyak lagi angkor yang lain seperti angkor thom (besar), angkor bayon dan lain-lain lagi. Angkor-angkor tersebut bukan lah sebenarnya melambangkan sebuah kuil seperti yang nide sangkakan tetapi lebih merupakan istana maharaja dan raja-raja pemerintah kerajaan tersebut.
Sesebuah masyarakat dikira bertamadun apabila masyarakat tersebut mempunyai sistem sosial mereka sendiri. Maksudnya masyarakat mempunyai kepakaran kerja seperti masyarakat petani, masyarakat tukang kayu, nelayan dll. (masyarakat berprofesion) Tamadun juga merujuk kepada adanya sistem pemerintahan seperti rakyat jelata, masyarakat pertengahan, pentadbir, ulamak (paderi/priest) dan dalam konteks cambodia raja-raja. Masyarakat juga dianggap bertamadun sendiri jika mempunyai bahasa pertuturan dan tulisan sendiri.(tulisan khmer). Mereka juga punya undang-undang sendiri.


Namun begitu tamadun ini dipengaruhi oleh dua ugama yang jelas.. pada awalnya dipengaruhi oleh ugama hindu dan kemudiannya oleh fahaman buddha. Ukiran-ukiran di kompleks tersebut banyak membuktikan pengaruh tersebut. Jangan salah sangka bahawa ukiran di dinding tersebut adalah mentera-mentera ugama...(sangkaan nide pada mulanya). Setelah diamati hampir semua ukiran di dinding adalah kisah perjalanan kerajaan tersebut. Maksudnya gambar yang diukir adalah kisah-kisah peperangan dan kejayaan kerajaan Khamer purba pada masa itu.
Ke mana menghilangnya kerajaan yang begini hebat???..nide akan ulas bila nide senang di lain masa. sekarang nide mahu terangkan bahawa ketika itu pastinya rakyat di kerajaan ini amat bijak dalam bidang matematik dan falak. Mereka juga pastinya mempunyai teknologi yang hebat sehingga berjaya membena salah satu benda yang ajaib di dunia. ((diperingatkan.. europe belum mempunyai tamadun lagi. kalau ada pun mungkin kerajaan Rom... agaknya lah... amerika...???hehehhehe)))

No comments: