Tuesday, July 14, 2009

... udang dan ketam...

nide tengah buat house keeping dalam komputer nide, terjumpa pula gambar-gambar yang tak sengaja dilupakan ... rasanya gambar-gambar ni sesuai untuk di blogkan sebagai kenangan perjalanan nide..

masa gi singapura itu hari .. berpeluang melihat ketam dan udang yang di rencanakan di Discovery channel 551 astro..


sebenarnya gambar-gambar ni dirakam
di sebuah restoran makanan laut yang executive di kotaraya singapura


ketam merah yang besar berasal dari kanada




agak berat juga untuk di jinjing sebelah tangan
kat belakang tu en zamri






udang kara yang di air flown dari kanada



ketam-ketam yang bertimpa-timpa dalam tangki simpanan..
hidup lagi tau..


ketam lagi..


udang galah yang diikat penyepitnya.. kalau tidak bergaduh pula nanti..
tercedera.. maka harga nya akan turun


ketam yang manis dan lazat..

... teratai di Holiday Villa Cherating ...

terpandang serumpun teratai yang menghiasi landskap di hotel tersebut.. tiba-tiba terusik hati mengenang lagu teratai layu di tasik madu...

namun keindahan bunga-bunga teratai ini mengamit nide
untuk bersyukur akan kebesaran Illahi


hari ini aku terus melangkah
dalam kepahitan resah yang nikmat
agungnya Kudus mencipta sebuah rasa yang jarang dikurnia
kepedihan adunan sebak dan sesal
fidiyah cinta ku yang semakin alpa
neraca kini untuk yang semalam dan kelmarin...


Syukur Ilahi atas anugerah ini





entengnya kau nide
terlalu yakin
pada cinta mu
tanpa ocehan sayang
tanpa sapaan kabar
membiar teratai jadi sepi..
lalu
dalam tak sedar kau menangis




p/s satu lagi cacatan perjalanan hidup ku.. dalam seribu kepahitan yang nikmat

.... holiday villa Cherating ...

6-8 Jul 09
Holiday Villa Cherating
Mesy Pegawai Kanan Kawalan Trafik Udara


pemandangan matahari terbit
semasa menikmati juadah pagi


aktiviti penuh dalam bilik mesyuarat
nama jer pergi holiday
keluar bilik mesyuarat dah pukul 12 malam
hampehh...






p/s nak makan durian beserah pun tak dapat.. dok kat holiday.. tapi tak holiday hehehehehehe

Thursday, July 09, 2009

.... note for nide ....

9 Jul 09

.... hari ini dapat tahu bersama bukti bercetak dan rakaman suara yang nide ni ....





di TIPU

&

di BR
ENGSEK kan


cempedak itu nangka rupanya


p/s... berbulan dahhh.... halamak... kah kah kah.. budus u rosh.



Friday, July 03, 2009

... epi bday dato' ....



mudik-mudik ke hulu membawa durian,
bodek-bodek dahulu,
senang-senang kemudian..


heheheheheheheheheh
epi bday Dato' Nasa



Thursday, July 02, 2009

.... durian ...

1 Jul 09
exit tol kajang

musim durian sekarang, nide ada gak bercerita pasal durian nih kat laman, nak dating ngan abgbest, kak tam dan tun sambil berpesta durian.. tapi responnya cam tak berapa elok jer asyik tertangguh menanti hari yang sesuai (dengar kabar nak tunggu adik ipar dari jb) ... ada gak ym ngan BB Jehan pasal durian nih.. tapi almaklumm melayu mata biru.. tak makan durian ler pulak.. hehehehe spoil tul..

so.. apa lagi .. makan sengsorang jer laaa.. dah orang ajak sorang pun tak sudi..


dari pengalaman nide, kalau nak makan durian yang sedap dan merasakan puas hati.. beli ler durian yang mahal sikit.. durian kat atas ni harganya 8 ringgit sekilo... mahal kan??.. belum mahal algi beb.. durian kat bawah ni 20 ringgit sekilo.. lagi mahal tapi kualitinya tidak dapat ditandingiii...
isinya seperti warna emas..



sebenarnya nide selalu beli durian di tepi tol kajang nih.. kualiti buahnya memang terjamin dan
tak ada ulas durian pun yang busuk.. duriannya segar.. tak kecut atau merekah seperti yang dijual berlonggok..


nyamm.. nyammm tapi sebelum dimakan ambil dulu gambarnya..
.. saja nak sakitkan hati pelawat blog nih..
..hehehehehehehehehe...

teringat lak pada durian Beserah..
minggu depan ni nide gi cherating..
boleh kot pawww.. zzzz yang hensemm..
dengar kabar df demam lepas makan durian..
sure dia dah serik..
boleh ler nide makan bahagian df lak..
wakakakakakakkaka


nide beli 3 bijik jer.. dapat hadiah sebijik lagi.. harganya cuma rm50 jer semua..
3 bijik beso-bes0 dan satu lagi sederhana besar..
apek tu nak rm70.. nide tawar selamba jer.. kasi rm50..
tawar mesti tawar beb..
..tapi rasa durian tetap maniss...



durian kg awah ada tak pak liasss??..
mana ler tahu stok terlalu banyak..
buat ler kenduri durian..
jemput kengkawan cyber nihh...
kita orang bayar ler sekepala dalam 10 ringgit gitu..
kalau ko kasi free... kitaorang doakan moga ko panjangg umur











... ayat kursi ....

nide terima email dari zalina_omar@aicsemicon.com yang patut diwar-warkan dan diambil fadilah bersama


SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt Sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya
serta
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

(Dari Abdullah bin 'Amr r. a. )

Tuesday, June 30, 2009

..... tag ....

nide di tag oleh tulipkasih374.blogspot.com





10 perkara tentang nide.

1. ?
2. ??
3. ???
4. hmmm?
5. hmmmm apa ek?
6. errr....
7. issskhh.. apa kebenda nihh??
8. haaaaaaa.. ler lupa lak..
9. blank aaa...
10. ........ ?


korang jer la tolong jawabkan.. boleh ek?.. beritahu apa-apa tentang nide.. samada yang buruk atau yang baik.. tapi rasanya tak payah ler puji nide.. beritahu apa yang buruk tentang nide dan cadangkan penambahbaikannya...

p/s lepas ni sapa lak yang nide nak tag... sapa ek??

... persamaan yang tiada kaitan...



ini cuma GURAUAN saja.. jangan marah yer..
kalau TERSINGGUNG harap maaf...
dan
N3 ini tidak sah untuk dijadikan bukti dalam kes saman menyaman ok bro & sis




agak-agak muka dia ni cam siapa ek??
mungkin adik kepada abgsyg..
hehehehehehehehehe

ampunnnn



peringatan ::

my bodyguard has been trained to protect me..
any undesirable intents or responds
will be deal with brutality!


this is my beloved orang kuat

Thursday, June 25, 2009

.... Bukit Ibam, here i come...

23 dan 24 Jun 09
Skn 322 TUDM Bukit Ibam..

akhirnya seperti yang dijanjikan tiba lah nide ke Istana Pak Aliasss,...


diperkenalkannnnnnn
Pakk Liasssssss yang machooooo

di ruang legar Istana Pak Alias...
i know pak alias ni dari kedet lagi..
sama sama kena tourcher dulu....
sama-sama kena ragging
tapi tak sama bila kena dera ngan nanyian
mula-mula ke BATA kemudian ke Sekolah sambil tekan tubi..


di pintu gerbang bukit ibam..


ni ler gambar executive muda
Zamri TM
Babby Darling dah tempah dia dahh..
tapi rasanya Rinnnnss dah reject dia ni dahhh..

hehehehehehehehe



bangga dengan pak liasss nihh.. landskapnya perhhhhh cantikkk..
banyakk betul landskap yang dibenanya..
cantik-cantik betul...

p/s... terima kasih kepada Kolonel Alias terhadap hospitaliti yang diberikan...
((sapa nak kenalan dengan dia.. sila tinggalkan pesanan di sini...))

.... gajah ...

24 Jun 09
on the way to kompleks (@#*%** ) Bukit Ibam (tempat sensitif perlu diedit)

(bila berbicara tentang gajah teringat nide tentang gembala gajah dari sudan.. sudah lama tak dengar kabar berita dari im... almaklum dah jadi orang kaya si im nih.. makan anggor hari-hari heheheheheheheh..)


dalam perjalanan mendaki bukit ibam ke kompleks peralatan di bukit ibam.. nide bersama pegawai memerintah di sana (dalam staf car dia..) terlihat kelibat sekumpulan gajah melintasi jalan.. menurut kata pegawai memerintah yang telah 2 tahun 8 bulan di sana, nide amat bertuah dapat melihat kawanan gajah tersebut kerana dia pun 1st time nampak gajah di situ...

agak malang kerana tak sempat nak set hp kepada digital camera..
cuma ini saja yang dapat dirakam...



bukti kehadiran gajah... betul nide tak tipuuuuuu
najis gajahhh....


masa mengambil gambar tu.. terbau fresh bau gajah..
mengikut kata pegawai memerintah bukit ibam kesan najis ni dah lama..
tapi nide percaya yang bau yang dihidu bukan bau najis tapi bau gajah yang berada hampir dengan jalan raya

Wednesday, June 24, 2009

... tembak nuts dulu ...

sebelum nuts tembak nide.. baik fikir 2 kali... ko nak nide tembak ko ngan peluru apa???
wakakakakkakak



Monday, June 22, 2009

... watch out !!!!!!! ...

20 dan 21 Jun 09
Lapang Sasar Pangkalan Udara Kuala Lumpur...




ini adalah gambar sasaran...
ada rupa BBD sikit.. kihh kihhh kihhh



gambar on 20 Jun 09
my wife dengan serius berlatih menembak...
untuk ujian kemahiran menembak pada 21 Jun...
agak-agak dia bayangkan sapa ek masa menembak...


nide tak berani ambik gambar dari hadapan..

tu ler bie naper ko amik dan post gambar bogel nide...
... my wife hangginnn nanti....
mati ko kena pistol pistolan dia..
wakakkakakakakakakak


tahniah kepada my wife kerana menduduki tempat ketiga
dalam ujian kemahiran menembak..

Friday, June 19, 2009

...baby darling from Singapore...

on 16 malam lepas habis itenary dah pukul 10 malam baru check in kat Hilton Singapura... try call BBD.. huh perempuan simpanan dia jer yang menjawabnya.. tenangkan hati i tinggalkan pesan pada dia.. nasib ler kalau dia terima.. tak terima pun ok... dah malam sangat mungkin dia tengah sebok meromen dan diromen.. wakakakakka.. nide peluk bantal jer laaa... penat maaa seharian berjalan dan berdiri... buat dating appointment esok petang.. harapannya moga boleh ikut sama dinner dan river curise...


pemandangan atas kapal persiaran ..
sebuah landmark di singapura..
merlion...
mermaid dan lion..
ikan duyung dan singa terkacuk
huh camner ler leh dua binatang ni beromen... gersang kot dua dua...


limpahan cahaya yang indah..
teringat kat lia.. kalau pinjam kamera digital slr dia kan bagus
tapi ok gak hp china nide yang berkemera nihh...


kapal berhias yang ada kat sungai singapura sebagai tarikan pelancung di sana..
beee... mind your hand plse...
nanti orang perasan ko raba nide..
malu tauuu...


beeee... kan dah bergegar gambar nihhh...
nide stim nanti susahhh beee...
(((dah ler mulut tak reti diamm... tangan dia lagi celupar aaaaa)))
tabahkan iman kuuuu....


biasa ler kan... nide dah belanja makan..
ko jadi bibikkk ler pulakkkkkk
wakakakakakkakakaka

(((whoiiiiiiii... swwitch on ler cerek tu... kiamat pun tak masak air tu kalau gini.))))

... communicasia 2009..

16 -18 Jun 09
Changi, Singapore

baru jer balik dari expo communication kat singapore.. hebat dan very educative..
ada 9 hangar menempatkan beratus syarikat kommunikasi terkemuka di dunia baik dalam bidang kommunikasi mahu pun dalam bidang penyiaran..

ni tempat registrations..
kenapa amik gambar cam nak tak nak jer.. disebabkan tengah merokok..
merokok hanya dibenarkan 5 meter dari astray yang disediakan..
siot.. tengah panas lak tu..




miniture satelite.. berangan nak jadi jurutera kapal angkasa..
nak jadi mr spock...



.. procduct dari france...



bersama receptionis dari ariane space..
yang gelaknya lepas nide bergambar ramai yang nak tumpang sama..
next on line ler kononnya..
but receptionis tu tak mahu dahhhh



bersama receptionis dari thuraya..
syarikat telefone satelite dan sewaktu dengannya..

nama syarikat cam hantu raya..
wakakakakakakak



product ni entah dari mana..
(lupa sebab tergamam)
berbagai cara syarikat mengiklankan product yang berjenama..






ni pun terlupa nak tanya dari mana...
ada nide bergambar bersama mereka..
tapi malu aaaa nak publish..
dia orang tak pakai bra...
dan.. tangan nide masa tu nakal sikit...
heheheheheheheh


(((jangan marahhh aaaaa..)))


Monday, June 08, 2009

.... halamakk .....


07 Jun 09
petang 1600
Exit LEKAS arah Kajang...

konon-kononnya nak elak jem so exit kat Nilai Tol arah utara....
memang ler LEKAS tak jem best jer drive kat situ..
terniat lak nak test berapa lajuu... wakakakkakakakak

halamak.. berhenti ler kat touch & go lane... tit tot..
mampus lak engin kereta..
bila start jer.. cam ni bunyi enginnya...

"kecepesssss... kecepessss..." uikk tak mau hidupp..
"naimmm... tolak plse... (nasib baik ada bela orang kuat.. hehehehehehe)




penyelesaiannya.. call AAM .. (kad AAM yang diberi percuma oleh Tun Sri Lanang)..
En Zamhuri kata (pada jam 1645) area tu tak masuk tanggung jawab AAM... halamakk...
tapi dia cakap dia ada kawan dekat situ.. nanti kawan tu datang tow my lovely car nihh...
kena bayar cashh.... (((duit.. duit)))


lama gak ler tunggu.. sempat ler habis main SUDOKU dua table... lepak ler tiga beranak kat wakaf tepi tol tu.. angin pulak tu sepoi-sepoi bahasa.. layu jer mata.. akhirnya tiba ler tow truk nihh... wife ngan naim dok dalam kembara sakti ku.. sebelum tu turunkan dulu tingkap-tingkap cermin separuh ((cermin-cermin tingkap ker tingkap-tingkap cermin??)))... agar tak kepanasan..


dalam perjalanan tu... singgah lak isi minyak tow truk.. pastu jalan lagi slow-slow... singgah lagi kat maybank.. tit tot tit tot sikit... pastu pusing balik nak masuk highway SILK... dalam pada tu terperasan lak orang jual ketam nipahhh... sampai tol bukit kajang.. korang caya tak bila kereta kena tow... kena bayar 3 kali ganda maaa... tol seringgit jadi 3 ringgit... haw waauuu tul ler.. tak patut.. sungguh tak patut.. dah ler kereta rosak satu beban.. makin dibebankan pula oleh pengurus lebuhraya... cuba korang bayangkan kalau kena bayar tol dari jalan duta ke ipoh.. mahu dekat beratus bayar tol...

p/s.. bayaran towing cuma rm 70... (tak jauh aaaa... dah nak dekat sampai rumah dahh)))

p/s.. selesai masalah.. pinjam kereta ipar.. gi tempat orang jual ketam nipahh tu... sekilo 35 ringgit.. dapat tawar 30 ringgit ... semuanya rm 100.00

Friday, June 05, 2009

....Zainul......

Khamis 4 jun gi makan kat zainul... kari kepala ikan.. lunch date with manager Johnson & Johnson dan seorang usahawan muda pereka dalaman yang terkenal... dan tersohor yang ada hutang ngan nide.. wakakakakakaka bukan hutang sebenarnya.. tapi wang terlebih bayar..

Buat plan lunch date hari Selasa lagi.. tapi tak ada sambutan... ada seorang awek tu kasi alasan pening kepala.. muntah-muntah... (((alasan yang nak kena kutukan dewaata.. wakakakaka)))


kepala ikan yang telah setengah dimakan

dah tinggal sikit dahh..

tinggal tulang jer...
p/s sapa suruh balik keningau... tengok jer laaaa... wakakakakakakakkaka



... 6 Jun 2009 ....

06/06/09

ada 3 peristiwa penting

* perarakan panji-panji diraja

* jalinan sebuah pernikahan di sandakan

* ikatan sebuah pertunangan seorang teman di Taman Pelangi JB - 8 jun 09



p/s selamat pengantin baru..
selamat menjadi buah pinang.. hehehehehehe (frustnya akuu...)
(sanggup ek ko jadi adik ipar dia.. tak takut kena ragging ker???)

p/s kacip kat tepak sirih tu nide punya tau.. sila pulang balik sebab ianya harta pusaka.. almaklu
m

Tuesday, June 02, 2009

.. my pa and me ..

di majlis anugerah anak-anak cemerlang

... asam pedas...



nide suka sangat dengan asam pedas, selalu sangat makan asam pedas, malangnya tak pernah dapat ambil gambar asam pedas yang dihidangkan.. sebab.. tak ingat dah nak amik gambar.. dalam kepala hotak ni nak cepat jer menyuap nasik dengan asam pedas yang ada tu...
hoittt... bukan gelojoh aaaa... ni betul-betul bukan cobaaannn..

p/s.. gambar ni amik dari blog baby tembam.. cam merampas ler jugak tak minta izin pun.. wakakakakakkaakakak

Monday, June 01, 2009

... ulang tahun perkawinan 31 mei 09...





happy 22nd anniversary to me






... kencing manis dan gaut....

kadang kala pengubatan secara tradisional amat mudah dan insyallah berkesan dengan sedikit tawakal dari NYA, penyakit morden masa kini kencing manis dan gaut serasa cam dah penyakit normal bagi kita ni.. jadi diperturunkan ilmu untuk pengubatan alternatif selain dari kaedah saintifik...


petua 1 - Kencing Manis yang dah berkudis

Kulit batang duku,
Kulit batang manggis,
Kulit batang jambu bol (jambu kulit warna maroon.yg mahal tu)
Bahan-bahan ini di rebus
Air Rebusan di minum setiap hari.



petua 2 - Kencing Manis Yang Belum Berkudis

7 - 8 biji air kelapa
Kulit batang mata kucing
Masak kedua-dua bahan dan minum 3 x sehari.



petua 3 - Gaut

Ambil betik muda 1 biji.
diletakkan (salai) atas api dapor.
Jangan belah betik tu.
Bila betik itu panas, gelekkan di kaki/tempat yang sakit.
Kat tumit tu pijak buah betik tu macam mesin refleksi tu.
Betik ni sumpahan gaut. Tiada pantang makan.


p/s Insya-allah boleh sembuh