tapi post kali ni lain aaa dari masalah orang melayu.. ni masalah antara dua hati kekasih.. ingin nide rakamkan sejuta terima kasih kepada ixora tiara yang mengemailkan kepada nide.. banyak dah ek ixora de kolera .. eh silap ixora tiara hantar email yang bagus sekali. thanks muahhhhhhh slurrrrrrppp ix..
ni nasihat untuk kita.. hayatinya dengan tenang ok..

Bagaimana utk menyayangi seseorang
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
p/s nasihat yang ni nide tak faham kerana nide tak dapat bezakan apa itu hati dan apa itu perasaan.. bagi nide semua emosi dan perasaan terbit dari hati.. ketenangan hanya dicapai dengan fikiran.. tanpa fikiran perlakuan dipengaruhi oleh emosi.. camner ada komen tak???
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya.Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
p/s setuju betul dengan nasihat ni.. disebabkan ingin mengubah ler celotehan berpanjangan hehehehehehe bagi nide sidia adalah sangat istimewa sehingga nide rela menyerahkan kasih sayang nide kepadanya.. nide terima dia seadanya kerana nide tahu nide ni tak sempurna dan banyak kelemahan.. untung dia nak bersama nide.. sapa ler yang malang tu ek.. heheheheheh

p/s betul tu.. betul sesangat .. sapa ler nide ni ek.. rupa tak ada.. hitam bak arang, bongkok cam sabut, selekeh sentiasa, hartawan pun bukan.. hensem pun tak, berbanding dia yang ayu jelita, anggun, seksi, manis dan lain-lain.. sampai ada orang menaruh hati dan menguratnya... hmmmmmm.. sapa ler aku..
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak,yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
p/s .. kadangkala terasa juga cintanya kepada ku hanya lah cinta simpati.. yakinkan lah aku.. kerana sampai kini tak teryakin hati ini ianya bukan cinta simpati...

p/s kerana ketidak sempurnaan diri ku lah membuat aku memilih mu yang pada ku terlalu sempurna.. dan menyempurnakan hidup ku..
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
p/s bila nide nak melakukan sesuatu selalu nide bertanya.. kalau anak nide buat benda yang nide nak buat ni nide marah tak?? kalau nide tak marah apa yang anak nide buat.. nide akan lakukan.. kalau nide akan marah anak nide, nide akan batalkan... cuba lah amalkan..
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
p/s nide nak amalkan nasihat nih..
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
p/s .. cinta ku telah ku berikan kepada mu... sekarang i tiada cinta lagi..nak diberikan pada sesiapa lagi.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidupseperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
p/s yes.. itu akan terjadi pada nide... merana hingga dijemput sarikatul maut..
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
p/s .. kejayaan ku adalah hasil pengorbanan mu.. siapa aku kini adalah hasil dari mu juga..
