hmmmm.. hari ahad lepas 6 jan 2008.. kembalilah seorang hamba allah ke rahmatullah akibat penyakit kenser... orang yang ke tiga yang nide amat kenal yang mengalami pnyakit yang serupa.. semuanya jiran nide semasa nide bertugas di labuan dahulu... Kak Pah pergi dulu.. seorang guru kanan yang amat mengambil berat tentang keluarga nide... Kak Maya menyusul kemudian seorang excutive Maybank yang amat tertib, dan penuh dengan senyuman... dan ahad lalu.. Suraya seorang ibu muda yang cantik dan bertambah cantik disebabkan hemahnya sebagai seorang sahabat... sebak, mengalir air mata juga nide ketika hari sabtu melawat allahyaharmah di hospital putrajaya... penderitaan jelas di raut mukanya... sedih kerana keluarganya merupakan sahabat baik keluarga kami... tabahkan hati ya Mej Raja Mohar.. hanya alfatihah dapat nide berikan...alfatihah
sebagai panduan kita
Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan. Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.
p/s... Suraya... seperti mana kau dan mentari..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
al fatihah....semoga rohnya ditempatkan disisi org2 yg soleh...amin
p/s dari sumber2 yang boleh dipercayai, tauge jgk dpt menghilangkan penyakit TB, sila cuba nide...
aruZi
al fatihah...smoga rohnya d tmpatkan d dalam golongan yg beriman...
ermmm.. sib baik toge tu mmg fevret aku.. sedap d goreng ngan sos tiram.. tp xleh terlalu layu.. takut khasiat dia hilang lak.. slurpsss
...alfatihah.cancer the silence killer.
ske gak makan tauge dan tauhu + kucai. thanx nide...x sia-sia jenguk blog nide hari nih.
al fatihah...
taugeh mamak mmg malas nk mkn, sndri masak yess bole mkn, ermm ptt la aku subur jer yerk kekekeke
tk cr bro.
al fatihah....tauge masak airrr makan ngan sambal belacan n ikan masin..slurppppppppppppp
suka makan kerabu taugeh... digoreng pon sodappp.. tapi masih gak sakit TB..
aruzi...
TB ni asalnya adalah untuk menjaga hati isteri agar tak terluka.. al maklum.. nide ni tak perfact..
~elly~
bila ek nak jemput nide ngan tun makan-makan kat rumah elly?? nak gak rasa taugeh goreng tiram tuh.. boleh ler andelia bawak asam pedas kerisik dia.. hmmm ((angan-angan jer laaa nide ni))
delima..
mana menghilang?? tanam kuchai ker??
hehehehehehe
tun...
memang sedap ko masak tun.. tapi nide rela taugeh tu buat ulam dari makan masakan ko..
wakakakakkakakaka..
Post a Comment