sebenarnya nide ni malas nak forwardkan email yang diterima.. hehehehehe banyak email yang best-best yang nide terima, nide baca, fahamkan maksudnya dan ambil pelajaran darinya.. kengkadang terdetik juga minda untuk mengulasnya berdasarkan pengalaman hidup yang pernah dilalui.. kadangkala menjadi cynical tak tentu pasal.. hehehehe.. contohnya.. kenapa masih ada orang melayu (islam) yang miskin tegar sedangkan baitulmal ada?.. kenapa melayu masih merempat.. buta ker mata ketua kampong??.. kenapa ada orang melayu yang mengadu kepada Michel Chong??.. pertubuhan melayu tak ada ker seperihatin cam pertubuhan MCA tu??.. aduhaii..
tapi post kali ni lain aaa dari masalah orang melayu.. ni masalah antara dua hati kekasih.. ingin nide rakamkan sejuta terima kasih kepada ixora tiara yang mengemailkan kepada nide.. banyak dah ek ixora de kolera .. eh silap ixora tiara hantar email yang bagus sekali. thanks muahhhhhhh slurrrrrrppp ix..
ni nasihat untuk kita.. hayatinya dengan tenang ok..
Bagaimana utk menyayangi seseorang
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
p/s nasihat yang ni nide tak faham kerana nide tak dapat bezakan apa itu hati dan apa itu perasaan.. bagi nide semua emosi dan perasaan terbit dari hati.. ketenangan hanya dicapai dengan fikiran.. tanpa fikiran perlakuan dipengaruhi oleh emosi.. camner ada komen tak???
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya.Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
p/s setuju betul dengan nasihat ni.. disebabkan ingin mengubah ler celotehan berpanjangan hehehehehehe bagi nide sidia adalah sangat istimewa sehingga nide rela menyerahkan kasih sayang nide kepadanya.. nide terima dia seadanya kerana nide tahu nide ni tak sempurna dan banyak kelemahan.. untung dia nak bersama nide.. sapa ler yang malang tu ek.. heheheheheh
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
p/s betul tu.. betul sesangat .. sapa ler nide ni ek.. rupa tak ada.. hitam bak arang, bongkok cam sabut, selekeh sentiasa, hartawan pun bukan.. hensem pun tak, berbanding dia yang ayu jelita, anggun, seksi, manis dan lain-lain.. sampai ada orang menaruh hati dan menguratnya... hmmmmmm.. sapa ler aku..
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak,yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
p/s .. kadangkala terasa juga cintanya kepada ku hanya lah cinta simpati.. yakinkan lah aku.. kerana sampai kini tak teryakin hati ini ianya bukan cinta simpati...
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah pun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
p/s kerana ketidak sempurnaan diri ku lah membuat aku memilih mu yang pada ku terlalu sempurna.. dan menyempurnakan hidup ku..
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
p/s bila nide nak melakukan sesuatu selalu nide bertanya.. kalau anak nide buat benda yang nide nak buat ni nide marah tak?? kalau nide tak marah apa yang anak nide buat.. nide akan lakukan.. kalau nide akan marah anak nide, nide akan batalkan... cuba lah amalkan..
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
p/s nide nak amalkan nasihat nih..
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
p/s .. cinta ku telah ku berikan kepada mu... sekarang i tiada cinta lagi..nak diberikan pada sesiapa lagi.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidupseperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
p/s yes.. itu akan terjadi pada nide... merana hingga dijemput sarikatul maut..
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
p/s .. kejayaan ku adalah hasil pengorbanan mu.. siapa aku kini adalah hasil dari mu juga..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
errrr...errrrr....errrrr...tak terkata kata nih..go go nide, caiyuk2..hehehehe
lihat dgn hati, dgr dgn mata, berkata dengan telinga....fahaminya.
ehmmmmm.....same le i ngan arzoo....tak terkata dah nih...but ader satu yng nak share gak ngan sume.... adakalanya perubahan itu perlu dalam sesuatu hubungan.... Sesekali manusia itu perlu berubah agar menjadi lebih baik dari semalam.... Berubahlah untuk orang yang kita sayangi nide... kalau kita rasa diri kita serba kekurangan.....cubalah penuhi segala kekurangan itu dengan segala kelebihan yang lain yang adakalanya tidak kita sedari....
ehmmmm.....best erk dapat kata-kata hikmat dari ix....
actually...itulah gunanya kawan...
kawan yang baik...sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain..
frenssssss....
nide, the key words is - Sayangi dia seadanya.............
sayang... kadang agak kelat untuk ku mendengar kata-kata itu... peace.. rinss
Salamss Nide...
Ix tu mmg arr slurrpp...
Jadi klu yg dtg dari ix tu mmg cool seteju benar... 110%...
Sayangilah... cintailah kekasih anda...
But we're talking here abaout kekasihkan... not wife ek...
keh keh keh...
arzoo..
bagus untuk panduan bagi arzoo menghadapi hari muka... kalau lah nide dapat nasihat yang matang nih masa muda-muda dulu.. mungkin nide menjadi insan yang lebih baik..
tun..
hehehehe masalahnya kan tun.. lelaki ni bodoh sikit.. lambat faham.. lepas air mata mengalir baru faham.... ((cakap...cakappp...cakappp))
frenssss
yup kita sendiri kena berubah tapi masalahnya kita ingat kita ni cukup sempurna dan tak perlu diubah.. ((i am doing my best.. but my best is not good enough))
abgbest
cayangggggg abgbest...
rinss
mendengar kekasih berkata aku sayang pada mu.. amat pahit kalau bukan ditujukan pada mu hehehehehehe
mr cool
heheheheheheh cool kita minum duluuuu....
Post a Comment