Thursday, July 26, 2007

pokok aple

gambar-gambar ini didigitalkan di Cameron Highland sedikit masa dahulu..

pohon-pohon ini bukan lah ditanam secara giat tetapi hanya sebagai pohon hiasan untuk menarik pelanggan yang datang melawat


terdapat juga percubaan dari pihak mardi untuk menanamnya.. mungkin masih mencari pohon apple yang terbaik untuk diusahakan di cuaca panas seperti malaysia..


kemungkinan juga pohon ini adalah induk yang bakal dibuat kajian dengan pengubahan biogenatic.. mungkin secara umumnya dalam masa 5 tahun mungkin benih yang bersesuaian dapat dihasilkan


.. nide cam nak sunatkan jer apple tree nih..(tut ler..) muahhhhhhh apple tree

Tuesday, July 24, 2007

Brinchang

i was here.. di ketinggian 6666 kaki dari paras laut
pemandangan dari puncak brinchang
berada di menara tinjau di atas kemuncak gunung brinchang.. angin nya kuat dan sejuk sekali.. teringat masa kat sweden..

di dalam hutan berlumut di gunung brinchang.. memang penuh dengan lumut di kaki atau dari atas dahan yang menjuntai kebawah.. juga di banir-banir pokok yang bak selimut membalut banir pohon kayu tersebut
keadaan agak gelap dan terpaksa mennyalahi teknik fotograpi di mana cahaya dari belakang..
....... huh perut...

Friday, July 20, 2007

..ngaummmmm....



Wahai para sahabat ku sekelian, tatapi lah coretan ini. Kalau betui, betuilah. Tak betui kalu, lantaklah. Bukan ada rugi, mungkin ada untung.

> ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun. Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata.

Satu hakikat perihal Adam dan Hawa. Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki dan perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.

Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa. Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.

Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini. Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat! Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewatiusia empat puluhan.

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkanandaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru. Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat.

Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain. Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut. Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan dan kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun.

Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!" Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung. Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami. Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadipasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai. Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan. Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum. Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi 'trang-tang- tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain. Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macamlangsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut,bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam. Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban (ingat cantik ekr baju kelawar??). Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tanggang.

Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tanggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah. Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorangisteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang> Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel. Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba! Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah> haruman asli dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi. Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas,ubat gegat atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.

Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam. Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak airsejuk atau air panas?" Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"

Keempat, ketika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing. Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu.

Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin. Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput. Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham. Selamat mencakar ..... Aummmm !!!!..oittss jangan lak bercakaran..

Thursday, July 19, 2007

.. nide @ nite...

sepatunya keseorangan

di tepian pantai Teluk Cempedak ...

ingatnya mahu menyapa bayu laut....

inginnya bersiram sinar purnama...

fikirnya bisa mengira pasir pantai..

rasanya ingin bermain buih ombak...



ingin bersenandung irama samudera..

lirikan mata ke kaki langit...

jenuh mengira barisan badai

cuba menjamah masinnya angin....



tiba-tiba....

masih terkeliru apakah mereka ini bidadari atau sang duyong...
p/s tak sangka banyaknya belangkas kat tepi pantai pada malam itu....

Tuesday, July 17, 2007

manggis



AMARAN: PAPARAN INI BUKAN LAH NASIHAT DARI PAKAR PERUBATAN, SEGALA IMPLIKASI ATAU KOMPLIKASI YANG AKIBAT DARI MENGIKUTI PAPARAN INI ADALAH TANGGUNGAN SENDIRI.. TIADA BERIKATAN SAMADA YANG HIDUP ATAU MATI..


heheheheheheh


Nide terima email dari group taman flora berkenaan keistimewaan manggis.. mengikut cerita kulit manggis yang mahu digunakan haruslah dijemur kering dahulu kemudian dijadikan serbok dengan memblandernya.. (awas blander mungkin rosak kerana kulit manggis kering juga amat keras) atau boleh lah ditumbuk hingga menjadi serbuk..

cara penyediaannya dicampur atau direndam dalam air panas dan boleh dicampurkan dengan air yang bercampur madu...


Prevention With Mangosteen: ·

Over 40 different Xanthones have been found in the Mangosteen, which are chemically beneficial molecules, each having specific leading properties.

· These free radical fighters stop pain, reduce swelling and inflammation, and help in the body's healing process.
· They kill bacteria, viruses, and fungus
· They stop the attack in DNA and even have restorative properties.
· They help the mind think better, adapt better, and give a sense of well-being (anti-depressant) .
· They stop the damage of brain cells so they grow and divide properly and help the cell walls and the neuro transmitters function properly.
· They aid with Alzheimers, and all forms of memory loss.
· They help in the battle against degenerative diseases like cancer, heart disease, diabetes, arthritis, and all forms of brain malfunctions.
· They help the VISION process: cataracts, macular degeneration, glaucoma, and other forms of vision loss may be prevented.


alihbahasanya..

terdapat lebih 40 jenis Xanthones dijumpai dalam buah manggis di mana secara kimianya mempunyai molikuel yang amat berguna, setiap satunya mempunyai khusus kelebihan yang tersendiri ....

- ianya dapat menghapuskan kesakitan, menyustkan bengkak dan jangkitan, dan juga membantu badan dalam proses penyembuhan.

- menhapuskan bakteria, virus dan fungus.

- menyekat serangan dalam DNA dan mempunyai properti pemulihan DNA.

- membantu minda untuk berfungsi lebih baik, menyesuaikan keadaan dengan lebih cepat dan memberi tanggapan pada minda semuanya beres (anti tekanan).

- memberhentikan kerosakan sel otak dan membolehkan sel tersebut hidup dan membahagi dengan sepatutnya. Ia juga membantu dinding sel otak dan penyampaian neuro berfungsi dengan sepatutnya.

- membantu dalam menangani penyakit Azheimers dan menangani semua jenis penyakit hilang ingatn (lupa).

- membantu dalam 'peperangan' terhadap penyakit berkaitan dengan ketumbuhan seperti cancer, penyakit jantung, diabetes, arthrits dan semua jenis penyakit berkaitan disfungsi otak.

-membantu dalam menangani masalah penglihatan dalam proses penyembuhan/menghalang pertumbuhan catarcts, ketumbuhan macular, glaucoma dan penyakit kehilangan penglihatan yang lain (rabun?).


p/s hmmmmmmm bila baca yang transkrip english ok lagi.. tapi bila baca yang bahasa melayu cam tak caya lak ek... wallallah hu alammm..

Thursday, July 05, 2007

...kritikan




.. terdengar kat TV3 pagi nih..

... perokok itu bodoh.....

terfikir lak... orang yang luluskan lesen perniagaan rokok, kilang rokok, import dan eksport rokok tu apa statusnya lak..
penanam tembakau yang dibantu subsidi kerajaan pun sama ker... dan tindakan mensubsidi tanaman tembakau oleh kerajaan adakah satu tindakan yang bodoh gak??

terfikr lak yang ada satu kementerian yang menjadikan tembakau satu komoditi dalam penghasilan negara.. kategori bodoh ker???

... nide sokong untuk yang merokok berhenti merokok.. yang belum cuba merokok jangan ler merokok..

kan senang kerajaan mengharamkan terus rokok.. bakar kilang rokok, cancel lesen perniagaan rokok.. hentikan perniagaan tembakau.. hentikan terus penanaman tembakau.. dan kikis terus apa saja yang bersangkutan dengan rokok..

untungnya..tak payah kempen tak nak merokok... rakyat sehat, tak mati akibat komplikasi rokok.. jimat duit kerajaan berpuluh juta akibat pembelian ubatan dan rawatan dan dapat menyelamatkan beratus ribu nyawa...

what say u??

plucking strawberies


memetik sendiri buah strawbery adalah satu lagi perniagaan yang menguntungkan para penanam /petani buah strawbery.. pastinya ianya akan menghapuskan fungsi orang tengah disamping menjimatkan kos-kos yang bersangkutan dengan pemasaran.. nide nampak sepanjang perjalanan dari tanah rata ke kg raja banyak perkebunan menawarkan pengalaman memetik sendiri buah strawberies..
untuk maklumat semua.. pelanggan perlu mendaftar di cashier untuk masuk ke ladang strawberies tersebut, di sanan pelanggan akan di brief terhadap tatacara memetik dan kos yang bakal dikenakan..selalunya (in my case) buah yang dipetik akan ditimbang dengan kadar RM15 bagi setiap 1/2 Kilogram.. jika dibandingkan dengan buah yang siap dipetik yang dijual digerai-gerai biasa dengan kadar 3 bungkus RM10 berat ketiga-tiga bungkusan itu tak sampai 1/2 Kilogram.
Memperolihi pengalaman memetik buah strawberies adalah satu pengalaman yang amat menyeronokan.. kepuasan memilih sendiri terpancar di wajah pelanggan-pelanggan yang datang..
aktiviti ini nide bagi 4 bintang..

for cactus lover

ada dua tempat yang best sangat bila bercakap atau bercerita tentang kaktus di CH.. koleksi kaktus adalah amat menakjubkan dan nide rasa hanya di cactus valley di dunia yang memiliki koleksi kaktus sebanyak ini.. berbagai jenis dan bilangan yang terkumpul adalah amat banyak..

acutally nide agak jahil tentang kaktus ini.. jenis-jenis kaktus yang ada nide tak pernah ambil tahu pun nama-namanya apa tah lagi nam sainstifiknya jika dibandingkan dengan bunga okid yang menjadi kegemaran nide.. but this place for me is the haven of cactus maaa.. belived me..
memang ler nak masuk kena bayar rm3 seorang but nide rasa amat berbaloi dan sepatutnya kena bayar lebih... nide berani mengatakan ianya adalah yang terbaik di dunia.. ((tempat lain tak pernah jumpa dan nide tak pergi))) p/s cam katak dibawah tempurong nide nih..


tempat ni nide bagi 5 bintang... kalau nak lebih bintang.. meh nide pangggggggggg
wakakakkakaakakak



Monday, July 02, 2007

anggur from cameron

Semakin mudah anggur hidup di malaysia .. kat rumah nide pun ada sepohon dua.. subur tapi belum berbuah

gambar gambar ini adalah hasil anggur malaysia di cameron

anggur ini terdapat di Uncle Sam..

yang ini pula terdapat di mardi cameron. kajian dibuat dan berbagai jenis di tanam
ini juga hasil tanaman di mardi
lihatlah kesegaran buah-buah anggur di mardi.. satu tempat yang mesti di lawati semasa di cameron bayaran masuk rm3 saja..but worth it..
ini pula anggur yang terdapat di cactus valley

yang ini pula anggur di rose valley..

Sunday, July 01, 2007

..cameron tea..

tak sempat nak bagi ulasan orang dah komen dah.. hehehehehe

ok ni bukan permandangan biasa di bharat tea.. pemandangan ini diambil semasa dalam perjalanan mendaki ke bukit berincang

dalam perjalanan itu ada tempat-tempat yang disediakan perhentian bagi pengunjung berhenti mengambil gambar.. jalan untuk pendakian adalah amat kecil namun bertar dan cukup hanya untuk sebuah landrover untuk naik ke bukit berincang.. nanti lah nide cerita bila tajuk bukit berincang nide post kan..
i am here.. ((or i was here - mana satu nih GaB which one is write)) memang pemandangannya amat indah.. cuacanya masih sejuk dan menyamankan.. bagi nide CH masih dingin di sini

kedamaian di hati terbit dari kekaguman kebesaran Pencipta

betapa perusahan teh telah menjana pekerjaan kepada ribuan penduduk CH.. namun terbelakah kehidupan penduduk di sini ??.. satu persoalan untuk kita renungkan.. kemana kekayaan ini dijanakan adakah hanya kepada pemilik yang semakin kaya raya??.. ((ni cam ideologi marksim jer...bebaik oooo kawan ngan nide hehehehehe))




seluas mata memandang..
merakam kenangan...
hensem tak jejaka ini..??




my bonzer..