Friday, September 28, 2007

Selamat hari raya aidil fitri

hari ke 14 puasa.. masing-masing sebok merancang percutian.. masing-masing sebok shoping raya.. beli baju raya, beli bahan buat kuih.. atau tengah kumpul kuih raya..(( tunjuk-tunjuk..simpan, sembunyikan, agar bertahan hingga hari raya.. kalau tak suami dan anak-anak sure habiskan.. hehehehe)

Dalam kesibukan persediaan hari raya, pasti kita lebih banyak memandu.. jadi hati-hati di jalanraya ek.. kalau dah semua memandu.. pasti jalan sesak, pasti jem dan kita pula nak cepat mengejar masa untuk mendapatkan apa yang perlu.. puasa memang ler puasa.. tapi kesabaran kita pasti ada hadnya... jadi kawal sikap gelojoh kita tu.. berperaturan di jalanraya.. ok..

masa puasa ni hantu kena ikat.. tapi masa 1 syawal tu hantu dah terlepas..jadi hantu pun beraya.. ingat jangan beraya dengan hantu atau lebih tepat jadi hantu raya.. hehehehehe

pakai tali pinggang keladar atau sabuk keselamatan kata orang indon.. tak kira walaupun dekat semasa memandu.. memang ler u tak langgar orang.. tapi kemungkinan orang lain langgar u tu besar.. jaga keselamatan... dan selamat hari raya ok.. muahhhhhhhh

Friday, September 21, 2007

cerita satu malam

nikmati lah cerita satu malam dari nide untuk semua blogger yang datang berkunjung.. kalau boleh jangan tengok cerita ni pada waktu malam hari.. boleh mendatangkan gerun... hihihihi..

kisah ini merupakan peristiwa biasa bagi insan-insan seperti nide yang sering bermusafir dengan motorsikal... aduhai virago ku... besar jasa ko kepada ku... walaupun ada kengkawang yang mengidamkan ko dibuat asam pedas.. percayalah virago ku, i tetap bersama u...

Tuesday, September 18, 2007

..berbuka puasa..

sekadar renungan..
untuk keinsafan




..................... dah bayar zakat lummm???

..nikmat berpuasa...

resepi ramadan

Agar-agar kelapa muda @ agar-agar nyok muda @ lengkong the-gan (versi jawa)

bahan-bahannya

Nyiok muda 1 biji
1/2 mangkuk agar-agar (mangkuk Corell atau sewaktu dengannya)
1 mangkuk air

caranya

Rebus kedua-dua plus daun pandan
Campur Gula satu senduk (ikut suka takat manis yang kita mau)
Nyiok ambik semua air dan isi. Dan campor ke dalam agar-agar yang mendidih tadi.
Tutup api. Tuang ke dalam bekas. Masuk ke dalam peti sejuk.

((((kechyooooo beb.. ek azooo ek ))))

=====================================================
2nd resepi ni dari mama azura

Kerabu Mangga


Bahan2nya

Mangga muda
Cili padi (kalau dapat cili kg)
Bawang merah
Sotong kering/ udang kering / ikan bilis
Halia
Belacan (Jika suka)
Kacang tanah
Fish sos
Gula


Cara2nya

Basuh mempelam dan hiris memanjang. Jgn kasar dan jgn halus sgt. Sederhana. Goreng sotong/atau ikan bilis/ udang kering. Ketepikan.
Hiris bawang besar dan halia serta cili.
Tumbuk belacan hingga lumat
Tumbuk udang kering kasar2 (jika guna udang kering) jika guna sotong hiris halus
Jika guna ikan bilis belah 2 saja
Kacang tanah digoreng dah ditumbuk kasar
Campurkan kesemua bahan.
Perah ngan limau nipis.

Amaran.. hehehehehe

  • Jika guna ikan bilis.... masa nak menghidang baru gaul sebab nanti ikan bilis kalau serap kuah kerabu jadi liat.
  • Bubuh gula secukup rasa tak payah bubuh garam sebab sos ikan dah masin.
  • Ingat jangan terlalu banyak kuah Biar sama serap.

..tukar baju...

ni tengah testing letak video.. andai kata sepantas ini wanita bersalin baju.. alangkah indahnya .. tak ler penat menunggu.. hehehe

..tulips lagi...

sementara menunggu nasi masak untuk besahur jam 0218 pagi hari ke 6 berpuasa..

seorang teman yang melawat Holland mengirim email tentang keindahan bunga tulips di sana...
paparan ini untuk semua teman nide yang mengenali nide sama ada secara realiti atau pun sehingga kini secara maya saja..


salahkan kerajaan kalau tahun ni tak ada duit raya.. jangan rayu, jangan paksa dan jangan bawa kes duit raya ni ke mahkamah rayuan.. (kes disahkan tiada prima facie) sebagai gantinya.. nah secara free.. bunga-bunga tulips untuk mu sahabatku

pada sesiapa yang nide dah sakitkan hatinya samada secara tak sengaja.. tapi selalunya dengan sengaja, nide mohon maaf dan terima lah bunga-bunga ini sebagai permohonan maaf.. nide tahu nide seorang yang kasar kerana sememang nya nide dilatih bergitu.. selalunya kebenaran tu menyakitkan.. terima nide seadanya ok

sepak terajang dalam kata-kata nide adalah perkara biasa kerana nide memang kurang ajar sikit.. tak boleh diajar dan tak pernah mengambil peduli sensitifviti perasaan orang.. tapi nide ni kuat merajuk lak tu kalau kena batang hidung sendiri.. wakakakakkaka..

pada sesiapa yang klaim brutal sorry gak ler kalau nide bercerita tentang mati.. harapan nide agar kita terus beramal banyak-banyak agar lengkap ibadah kita bila di kunjungi oleh izrail..
terima lah bunga-bunga ini sebagai ganti sementara menunggu bunga-bunga di surga nanti yang keindahannya tak terbayang..

bunga ini bukan hanya untuk teman wanita saja ek.. untuk teman-teman lelaki nide juga sebagai ucapan terima kasih kerana menghiasi hidup nide selama ini.. alam cyber adalah salah satu alam kehidupan bagi nide..



sekali lagi ampun maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki tak bermaksud nide mengecilkan hati sesiapa, melukakan perasaan, menipu (cam df kata) dan bersikap kasar terhadap teman-teman nide.. i love u all

yesssssss the flowers is for u all...

Thursday, September 13, 2007

.. islam & murtad ..

hmmm awal ramadan terjumpa lak isu orang islam nak tukar ugama.. hmmm lama dah nide fikirkan masalah ini.. setengah pihak amat sensitif bila memperkatakannya.. bagi nide kalau orang tu dah tak nak jadi islam.. lantak dia ler.. silakan saja masuk neraka nide tak menghalangnya..
di satu pihak lain kegagalan kita sebagai masyarakat islam perlu diakui kerana kita tak dapat meyakinkan orang orang itu akan kebenaran ugama islam...
ada apa-apa komen??.. kalau boleh jangan hina orang tu ek.. kita muhasabah diri kita sendiri agar tak menjadi seperti mereka..


Wednesday, September 12, 2007

.. empangan di KKB ..

keindahan panorama empangan di KKB amat mengasyikkan.. best sangat.. cantik sangat permandangan berlatarbelakangkan gunung ganang dan keindahannya setanding dengan pemandangan di Danau Toba..

patut lah buyie orangnya tenang.. manakan tidak dengan panorama sebegini dalam kehidupan harian pasti hidupnya begitu indah meniti hari.. alangkah nikmatnya jika hidup nide setenang dan sehening di sini..


secantik lukisan ... terasa damainya suasana mengamit nide untuk datang lagi ke sini..


bukan nide sekeluarga saja yang berhenti di tepi lebuhraya ini.. ramai yang turut serta termasuk pelancung dari luar negara yang begitu asyik merakam gambar kenangan di sini..


seperti nide katakan di atas.. keindahannya setanding dengan pusat pelancungan di luar negara..


.. kebesaran tuhan ada di mana-mana .. hanya kita saja yang perlu sejenak waktu untuk merenung dan mensyukuri ke Esaan Nya... jangan ko lupa nide!!!!

Friday, September 07, 2007

Bukit Fraser

31 Ogos hingga 02 Sep 07