Monday, April 23, 2007

...tanggungjawab...

tahniah nide ucapkan pada m573.... kerana dinaikkan pangkat dari leftenan ke kapten pada jumaat 13 apr lalu... di kesempatan ini moga m akan terus berjaya dalam kerjaya..


nide hanya menjalankan tugas memakaikan pangkat untuk menandakan tanggungjawab yang bakal dipikul akan bertambah berat.. seberat gaji yang diberi... seberat rezeki allah yang dikurniakan dan bertambah amanah yang digalas... amanah yang tak tertunai menjadi dosa.. ingat tu..
bangga sangat nide kerana anak buah nide berjaya dinaikan ke pangkat kapten.. kalau tak berkaliber masakan layak ek..

menjawat pangkat kapten maknanya u all kena lah melatih anggota bawahan.. bukan hanya berkerja untuk diri sendiri lagi.. u all kena mengurus pekerja.. menentukan kualiti kerja anggota bawahan.. membuat keputusan yang tepat sebilang masa.. dan tidak mengharapkan lagi tunjuk ajar dari nide lagi... u make keputusan please tell me ok...

thaniah juga ek puteri.., faiz, raniza dan fidel

...doa..

.... hmmm takat 4 orang nak mendoakan nide agar kehadiran senja nan merah tekala nide di kajang.. hentikan jer laaa... nide pimpin ramai orang untuk mem block doa korang.. wakakakakkakakakakak

Thursday, April 12, 2007

bola panggg

nide main bola tampar sejak umur 14 tahun lagi... pernah mewakili atm ke peringkat tertinggi dan pernah menjawat jawatan setiausaha persatuan bolatampar atm.. dolu-dolu ler..

best main bola tampar nihhh... boleh lepas gerammm... hehehehhehehe..
panggggggg the ungandian girls.... wakakakakkakaka
pangggggggg df
pangggggggggg andelia... al kacc
pangggggggggg yana....
panggggggggg haniedew sekali ler.... wakakakakkakakakakak
sapa lagi nak????.... mehhhh sini...

shark.. nak ker??
iza... hmmm nide rela di panggggg


Monday, April 09, 2007

Merompak Allah

hmmm tersentuh dengan berita mesjid dipecah masuk dan barangan di curi.. dan terpanggil untuk mencatatkan sesuatu di blog ini bila terbaca komen dalam dada akhbar berkenaan perkara ini.. mesjid rumah Allah dimasuki pencuri??. Quraan dibakar.. Tabung derma dipecahkan!!!

Mengapa hingga bergini sekali hilangnya rasa hormat insan terhadap rumah Allah?? sedihnya bila merasakan bergini rendahnya keperabadian insan-insan sekarang ini sehingga sanggup melakukan kemunkaran sebegini rupa terhadap rumah ibadah.. nide percaya bahawa orang yang melakukannya adalah dari orang islam (?) sendiri... orang yang mengaku islam.. tapi tak mengamalkan islam..
pada hari ahad lepas juga nide terbaca komen seorang ulamak di akhbar berkaitan fungsi mesjid dalam masyarakat sekarang ini.. memang dari dulu lagi nide dah berfikir tentang mesjid yang pada pandangan nide under used atau tidak berfungsi dengan tanggungjawabnya yang sebenar.. mungkin kita harus persalahkan pada majlis ugama islam dan masyarakat ulamak juga yang menepikan fungsi mesjid yang hanya digunakan sebagai tempat beribadah semata-mata.. padahal pada zaman Rasullah mesjid merupakan pusat pemerintahan..
sejarah telah membuktikan bahawa mesjid menjadi pusat terhadap pemerintahan islam dimana segala masalah berkaitan dengan masyarakat setempat diselesaikan di sini.. baitulmal juga terletak disini.. pusat pembelajaran ugama dan sains juga bertapak disini.. malahan taktik dan perancangan peperangan juga dibuat didalam mesjid apatah lagi pendidikan akhirat dan duniawi juga sepatutnya seiring dan disebarkan disini.. nide sangat setuju dengan komen penulis pojok akhbar yang menyatakan mengapa ustaz geography atau ustaz matematik atau ustaz biology malah ustaz IT menggunakan mesjid untuk penyebaran ilmunya..

renungkan... sepatutnya institusi mesjid menjadi pendidik moral (ketuhanan) tetapi kini insan disekelilingnya mempunyai moral yang amat rendah hingga sanggup merompak mesjid itu sendiri...
mungkin maksud mengimarahkan mesjid perlu dipandang secara sejagat (global) dan sepatutnya mesjid bukan hanya merupakan tempat beribadah semata-mata dan menjadi tempat tradisi menyambut perayaan ugama.. mungkin juga sikap kita yang bergitu bermusuh dengan anak-anak yang hadir di mesjid kerana kebisingannya patut kita hindarkan agar nanti semasa remaja mereka tidak janggal menjejak kaki di rumah allah ini... wallallahhualam...

..(gambar-gambar hiasan dari taman orkid kuala lumpur.. di Taman Tasik Perdana)

ada cadangan camner nak perbaiki keadaan??..

Thursday, April 05, 2007

bunga dan kita

rakaman digital ini diambil di taman orkid kuala lumpur. terdapat lebih 30 gambar yang nide ambil di sana dan akan di post kan dari masa ke semasa..

kalau nak post sekali semua agak memboringkan jadi nide akan guna kan sebagai hiasan semata-mata.. . untuk kali ini nide hadiahkan jambakan bunga ini kepada semua pelawat blog nide .. ramai dah nide kasi id blog nide.. termasuk lah yang terbahru.. sukie.., suria (penuntut tahun akhir bioscience uia).. untuk pelawat lain sila ler tinggalkan komen agar nide dapat mengalukan kedatangan ke blog ini dan dapat nide ucapkan terima kasih kerana kesudian melawat..

thanks pB..

nide suka pada keindahan... keindahan dapat diserikan dengan warna-warna.. kombinasi warna seperti oren dan hijau dapat menghasilkan foto yang cantik.. malang nya nide sendiri tak suka pakai warna cerah.. cukup dengan warna hitam, biru, hijau, kelabu asap dan warna-warna pudar...
agaknya memang nide dah ditanam dengan perasaan rendah diri sejak dari kecil... mungkin berkesan juga guru agama kat johor yang mengajar nide tentang tasauf berkenaan sifat riak dan sifat-sifat lain lagi.. nide tak akan menonjolkan diri, namun sekiranya keadaan memaksa nide akan memikul tugas yang orang lain tak mahu membuatnya disebabkan kesukaran, kekotoran atau kerja yang tak glemer..

sifat yang paling ketara hingga mendatangkan effect pada fizikal nide adalah merendah diri.. guru nide mengajar nide agar tak meninggi diri.. selalu tunduk merenung bumi.. itu ler sebabnya nide agak bongkok sedikit.. melengkong kata orang.. dulu nide amat kurus.. sekurus mat pit dan tidak kurang juga orang menyangka nide ni tergolong dari golongan ini.. nide tak salahkan dia orang sebab semasa nide remaja ramai kawan nide yang tergolong dari golongan tersebut. kalau nide tak keluar dari masyarakat nide masa tu... entah apa agaknya jadinya nide sekarang.. hmmm

nide juga dinasihati guru agar tidak memilih kawan.. belajar dari kepayahan orang lain dan alhamdulilah nide masih dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.. ramai antara kawan nide yang meninggal kerana over dos.. alfatihah untuk mereka... ramai juga sebelum pemergian mereka menasihati nide agar tidak sekali-kali mengambil benda-benda terlarang... bayangkan nide janji nide kepada penagih dadah semasa nazak mereka... itu lah erti persahabatan walaupun dalam keadaan nazak dan dalam keadaan hina sempat menasihati nide agar tak menjadi seperti mereka.. pengajarannya.. ingat lah penglibatan dengan dadah amat sukar untuk sembuh, kesengsaraan akan dijanjikan sehingga nafas terakhir.. hindari dadah.. benci dadah tapi sayangi mangsa dadah.. mereka perlukan sokongan dari masyarakat .. kasihani mereka kerana telah menjadi hamba kepada dadah dan hanya segelintir kecil saja yang berupaya dan berjaya memerdekakan diri darinya..

lawatan teman

03 april 07
dinner bersama seorang teman yang datang bertandang ke kuantan..
Dinner di sebuah restoran bernama sara thai..
menu sea food..
abang yang terhensem kat situ yang bayar.. wakakakkaka
terima kasih ek...

jauh dia datang.. driving dari utara.. dengan mazda astinanya.... 9111

kononnya lepas makan nak main bowling.. nak pratices dulu sebelum 8 hb kat ampang point tapi nasib tak menyebelahi.. cuma datang tengok orang main jer kat parkson fully book ada tournement... kat berjaya mall... semuanya occupied.. tunggunyer tunggu... terlalu lama..jadi cancell...

Tuesday, April 03, 2007

Aiman and Me in Orkid garden

ni bukan aiman.. tapi anak sedara i gak.. nama nye eyan.. (((cam nama yana buyie panggil lak))) saja nide letak gambar ni kerana nide berjaya mengambil gambarnya yang unik..

haaaa ni dia aiman.. nama penuh aiman haziq.. nide gunakannya sebagai model untuk bergambar di taman orkid,,
nak sangat dia bergambar kat air terjun.. kalau lah kamera nide jenis slr mesti lagi cantik gambar air yang mengalir tu... dah digital murah nak buat camner..
sebenarnya adalah dilarang untuk memijak rumput di taman ni tapi disebabkan modelnya hensem.. jadi tak kisah ler...

masa posing nak ambil gambar ni memula tu dia tak nak ikut kata malu katanya.. bila nide dapat pujuk dia.. ramai lakk orang tumpang ambil gambar dia..

Taman Orkid Kuala Lumpur


24 Mac o7

yes mat kuntum sudah kembali... kalau keindahan dah di depan mata nide tak dapat tidak akan merakamkannya.. menumpang keindahan agar diri yang tak indah ni dapat menjadi indah hehehehehehe


tengah berfikir camner ler bunga ni boleh subur dan berbunga banyak bertangkai-tangkai.. nak beli mahal lak harganya... hmmmm
berlagak cam penjual bunga... memang aturan susunan bunganya menarik.. menjadi nilai tambah bagi kedai ini untuk menarik perhatian pelanggan...


bersembunyi di sebalik rimbunan kembang.. aduhhh mak aii cantik..


yesss i am caynide... racun perosak... rm 8 jer.. wakkakakakka
mari mari murahhh mari ler..