Monday, January 29, 2007

Pesta flora 2007 - putrajaya

27 Januari 2007 nide berkesempatan untuk melihat dari dekat pesta flora yang diadakan di Putrajaya.. solepas solat magrib berjemaah dengan my wife hari sabtu tu.. nide mengambil keputusan untuk pergi ke Putrajaya untuk tengok-tengok ler kereta berhias yang dikabar kan di TV tu....
memang nide rancang nak gi sebelah malam kerana nide tak mahu terlibat dalam kesesakan yang merimaskan seperti yang nide alami di Serdang dulu.. walaupun penganjur menjanjikan pengangkutan percuma dari tempat letak kereta.. nide tak nak pisang berbuah dua kali... lihat ler situasinya pada pukul 9.30 malam di dalam kemah penempatan yang berhawa dingin di mana kereta berhias tersebut ditempatkan... padat beb.. hehehehehehehe.. bayangkan kalau siang hari camner..

kita back track sikit.. sebelum langkah diatur dari rumah keadaan trafik dan situasi di jalanan perlu diketahui..jadi nide telefone Lanun si penghulu putrajaya.. bertanyakan keadaan.. dari informasi beliau keadaan adalah terkawal.. tiada jalan ditutup dan lokasi sebenar tempat parking kereta berhias adalah di hadapan Kementerian Kewangan ...

Virago buruk pun membelah malam.. cuaca beritu selesa.. tidak ada tanda hujan rintik-rintik akan melanda.. yup traffic tak banyak... masih boleh mencapai 140km sejam..and sustained.. syok ooo kena pelukk..wakakkakakak

ingat kot nak telefone ayang mas... fikir dua kali.. baik tak yah nanti dia kacau daun.. nak beromen pun kena cover line karangggg

memang tak rugi melawat pada malam tu.. tiket seorang rm 2 jer but it is more than berbaloi.. kreativiti yang dihasilkan memang menakjubkan dan pada nide setiap ciptaan adalah unik dan marveloussssss... every citizen from where the flower car originated should be proud.. every representative is a winner..

tak dinafikan seni yang dihasilkan adalah cantik dan penat lelah dalam penyediaannya seharusnya dibanggakan..

nide tak dapat ambil gambar secara landscape disebabkan oleh keadaanyang sesak dengan pelawat .. terpaksa ambil gambar secara dekat agar pak pacak yang lain tak masuk dalam angle camera.. sorry ek...

pameran tersebut ditutup pada jam 1030 malam dan nide sempat berpusing dua round dalam kemah yang disediakan..

nide sempat berjumpa dengan Lanun pada jam 11 malam setelah dia selamat tiba ke lokasi nide makan-makan dari puchong..tapi sekejap jer jumpa dia.. nide kena balik ada tugas penting yang nide kena buat..hehehehe.. untuk makluman doa aryana adnan kali ni tak makbul...wakakakakakakak.. jangan marah ek cikan..

Friday, January 26, 2007

.... ampun tuanku...silap patik


this is what i have to wear during my lunch with DYMM Sultan Pahang..

someone point out my mistake on my last blog of the salutation used.. i wont correct it as a reminder to me of the mistake that i shouldnt done in the 1st place..

Tuesday, January 23, 2007

istana pekan

nide berpeluang bersantap tengahari dengan Yang Amat Mulia Sultan Pahang awal tahun ini.. di sini nide paparkan gambar-gambar di perkarang halaman istana pekan

nide tak dapat nak ambil gambar ketika bersantap dek majlis tu terlalu offical.. dan tak sesuai nak mengambil gambar pada masa itu... juadah hidang perhhhhhhh bestt...

my work place.

Pusat Kawalan Lalulintas Udara..
in english air traffic control..
and i am air traffic controller..

what you see is the radar picture within 100 nautical miles from kuantan..


the funtions of air traffic control are to provide safe and efficient conduct of airtrafic within control area, to maintain orderly flows of airtraffic, but the main objective is to avoid pelanggaran between aircraft and between aircraft and obstructions, we aslo assisting aircraft in need in case of emergency and assiting search and rescue agency when necessary..

nak datang melawat..call me.. i am happy to be your tourist guide.. no hassle..

nanti i tunjuk lak menara kawalan..

Tuesday, January 16, 2007

Alahai motor buruk ku

hai rosak lagi ko motor..

first incident -- tayar motor pancit kat termerloh.. arah ke Kuantan

2nd incident -- wayar terbakar kat km 207.8 arah ke Kuantan

3rd incident -- tayar kena paku kat 2km after Hutan Lipur Lentang arah ke KL

banyak lagi maaa...

minyak habis tengah malam - hujung runway..

minyak habis awal malam - 2 km dari balai pengawal utama..

tak boleh start bateri problem - car park Giant Kuantan

tak boleh start bateri problem - depan rumah orang Indra Mahkota (tuan rumah tolong tolak ..hehehehehehe)

tak boleh start bateri kondem - petrolnas yang dekat tol bentong..

(1st time motor buat jumpt start.. nasib kedai motor kat bentong di buka meskipun hari ahad)

...............................

Korang gelak yer... sampai hati.. tapi nide tak kisah.. ada saja orang menolong nide.. small mater maaa.. ((( asam pedas rim virago... nak bako virago.. per ingat sedap ker motor panggang??? waaaaaaaa)))

i will keep on ridingg.. love the feel of wind blowing into my face at 150kmph.. love the chilling of rain on my body.. love the power of engine in reality... yearn the feel of satisfaction of acomplishment reaching the destination..

doakan nide agar tidak lagi mengalami halangan sebegini yer.. yana, df, nuts and dea.. ((the kampala girls))

berries dan jambu madu

pokok berries yang ditanam telah hidup subur... dan dah berbuah.. putiknya telah mekar di sebalik batang pokok walaupun pokok berries tu masih kecil.. nide postkan gambar ni sebagai ucapan terima kasih kepada im si gembala gajah dari sudan dan juga kepada airhaman dari miri yang mana pokok ini berasal ....
untuk makluman semua putik berries berwarna putih kekuningan.. ianya akan membesar menjadi warna merah dan akhirnya apabila matang ianya berwarna hitam.. berries yang berwarna hitam tu tak dapat nide postkan di sini sebab.. hehehehe dah habis nide makan baru teringat nak ambil gambar.. hehehhehhe.. tak payah minta nak merasa buah berries tu...habis dahhh.. lain kali jer laaa..tak yah kempunan ler ..... buah berries tu masih masam maaaa.. nak manis kena makan ngan gula..
cuba teka pokok apa nih... ni pokok jambu madu.. kenapa banyak plastik?? nide terpaksa sampul buah-buah ni sebab kalau dibiarkan habis luruh dan memang tak leh makan.. kena makan dek ulat walaupun di sembur ngan racun pembasmi serangga.. dek lebatnya buah nide terpaksa sokong dahan tersebut agar tak patah.. selalunya memang confirm patah..
ni ler hasilnya... geram tak..ni baru satu tangkai tau.. tengok kat atas tu berapa tangkai nide dah bungkus... memang confirm manis..almaklumjambu madu... nak ker??.. sekilo 8 ringgit... hehehehehehe.. kayooo dennnnn...

Friday, January 05, 2007

satu masa dahulu...

nide terima gambar-gambar ni dari email yang di fwd kan pada nide.. gambar-gambar ketika detik nyawa berpisah dari badan. Maaflah seandainya gambar-gambar ini menggangu sesetengah pembaca blog nide... it real man.. it happened again and again in every war.. bukan saja di zaman dahulu tetapi juga di zaman sekarang...
it all about hate.. it all about the human emotion.. it all about human.. and we are human. Ini gambar semasa perang jepun ((nide tak dapat mengesahkan)).. tapi pernahkah peristiwa ini berlaku di europe???.. hmmm.. memang pernah sudah berkali-kali ianya terulang... perang salib pernah menyaksikan peristiwa ini...bosnia juga lebih teruk lagi..
di amerika kita tahu siapa mangsanya... di sri langka ianya pekara biasa.. di cambodia ianya menjadi titik hitam sejarahnya..
di kashmir juga kita anggap ianya penghias dada akhbar.. di afganistan telah berdekad-dekat diamalkan.. dari sebelum taliban semasa soviet, semasa taliban dan seterusnya hingga sekarang...
di Iraq..nide tak perlu menceritakan.. di negara-negara balkan sejak dari zaman viking lagi... di scotland dan britain semasa zaman pertengahan..
.. mungkin rape of nanking gambar-gambar ini diambil... lalau nide teringat semasa amokan indonesia terhadap warga cina nya disana... bukan saja warga cina dibunuh sebegini..tapi tindakbalas dari kaumitu juga sama begini rupa..
di malaysia pernah berlaku???..nide kata pernah... ingat 13 mei..ingat pemerintahan komunis yang cuma seketika..ingat juga kehadiran jepun ditanah melayu...
kenapa agaknya nide postkan gambar sebegini disini???.. hmmm bagi kebudayaan samurai mati dihujung pedang adalah satu kemuliaan yang dituntut.. berani mati adalah pegangan ugama busido.. dan kematian berdarah adalh kemuliaan.. makanya jepun memancung tawanan mereka sebagai satu pengiktirafan kemuliaan terhadap musuh..
so jangan anggap jepun kejam..it their religon for respecting the enemies..


never love the love that hurt...
never hurt the love that love.. hmmm

di sebalik banjir yang melanda..catatan di pagi raya

tekala takbir adha berkumandang.. bergini lah keadaan nya masyarakat kampung nide menyambutnya.. dalam genangan air..

nide juga berada dalam genangan air juga.. setitik air mata tak sempat nide tahan mengalir di pipi...


bagaimanakah mata memandang ini dapat menyamai bahu yang memikul.. sebak nide melihatnya adakah sesebak insan-insan tua yang menanggungnya..? bukan nide meratapi nasib dan takdir tuhan yang datang menguji ini.. mungkin ujian yang mereka alami adalah ujian juga bagi nide bagi mengenal erti sengsara, menguji rasa simpati dan mendalami impati sebagai seorang insan.. bagaimanakah insan-insan yang ditinggalkan ini terus diuji setelah ditinggalkan oleh anak-anak yang merantau jauh..dalam menghabiskan umur dimamah usia?? hmmm.. di kampung nide memang terkenal dengan komoditi eksport yang paling besar... mengeksport anak kampung ker rantauan yahhhh .. benar beb seperti nide juga demi masa depan dan mengubah nasib keluarga baik untuk menuntut ilmu atau atas desakan ekonomi
adakah lambaian kesengsaraan ini dapat mengamit kepulangan seorang insan yang dinamakan anak???.. adakah pengorbanan anak dituntut kali ini atau adakah anak sedar dan sanggup berkorban untuk orang-orang tua yang telah mengukir kejayaan mereka.. ((tekala ini takbir terus berkumandang... tawaf,sa'ai, melontar jamrah terus berulang.. dari hari nahal hingga 3 hari tasrik))
di manakah hendak ditanak ketupat dan rendang.. di manakah nak dibakar lemang dan siapakah yang akan datang berkunjung bertanya kabar... di mana korban dan akikah nak diadakan.. dan pada siapa daging korban nak diberikan.. adakah seusap nasi telah mereka telan
andai api tidak dapat dihidupkan..
teringat nide pada sebuah pantun sms..
hujan rintik-rintik...
jatuh dalam paya
air mata menitik....
dengar tadbir raya
((pantun ni nide smskan pada yana pada pagi 10 zulhijah lepas.. bukan untuk yana yang tak balik raya..tapi untuk nide yang sebak ketika itu..))
pasti ada hikmah dalam menghadapi ujian dari allah.. nide harap mangsa-mangsa banjir dimana saja baik di kampung nide atau tempat lain dapat bersabar, mengambil iktibar dan perlu bersyukur akan hikmah yang akan dikurniakan..
Allah tidak menguji seseorang insan lebih dari kemampuan insan itu..
so... sudahkah anda mengambil hikmah dari situasi banjir ini??.. ini adalah peluang bagi kita untuk membuat amal dengan harapan amal kita diterima Allah.. beramallah kepada mereka yang memerlukan..
allah maha pengasih memberi kita peluang untuk menambah pahala dalam mewujudkan situasi bergi

salam untuk tapir dan insan-insan lain yang mengalami nasib yang serupa.. jangan mengeluh sayang.. pasti ada hikmah yang tersembunyi .. syukurinya..

Tuesday, January 02, 2007

banjir di batu pahat

walau pun hujan dah berhenti namun paras air banjir di daerah batu pahat tidak juga surut.. nide perhatikan bahawa air banjir tu tak bergerak kemana-mana.. stagnat.. cuba u bayangkan kalau baju yang direndam dibiarkan selama 3 atau 4 hari..camner baunya... air kat sini cam tu gak ler baunya.. hapakkkk.. berbau busuk..cam air longkang.. kesian kan mangsa banjir
pemandangan dari atas jembatan sungai simpang kiri batu pahat.. paras sungai melimpahi tebing dan membanjiri pekan parit sulong.. sebenarnya jalan ni ditutup untuk semua kenderaan kecil.. nide redah jer almaklum nide guna 4wd.. nak test hehehehehe bila lagikk..
hmmm.. camner ek kalau pokok kelapa ni mati akibat terendam selama beberpa minggu.. kesian peladang kat kg ku nihh.. habis musnah mata pencarian ... sapa nak derma boleh kasi pada nide.. call me ok.. hahahhaha (ketawa orang jahat)
ini adalah pemandangan jalanraya dari parit sulong ke yong peng dari 4wd nide.. depan tu lori.. depan lori ada teksi maaa... tu yang nide berani redah jalan nihh..

22 disember 06

tiba-tiba pada 22 hb disember hujan berhenti.. lepas sembahyang jumaat tak setitik hujan yang turun.. setelah tiga minggu hujan turun tak berhenti-henti..yes hujan yang nide rasa agak pelik.. nide berani kata kali ini hujan yang turun boleh dikatakan hujan yang turun dalam hujan....hehehehe.. mana tak nya.. hujan dah ler lebat tiba-tiba menderu lagi air hujan yang bertambah lebat..bak kata orang tua.. hujan mencurah-curah...
sat pic ini diambil pada pukul 1200 tengahari pada 20 disember 06 menujukan betapa intense nya kepulan awan hujan yang melanda semenajung.. gambar satelite ni gak ler yang nide nak bagi kat sleep tapi masa tu dia bz nak balik rumah almaklumm kuching pun teruk gak kena hujan..

maaf juga kat markerpen kerana hujan tak mengizinkan nide bersamanya..
maaf ler nide ni ada motor jer.. jadi kalau jumpa markerpen kat kuantan tempohari mesti nide dalam keadaan kedinginan.. kebasahan dan pasti nya kekecutan wakakakakak... jadi alasan dengan eksibit gambar satelite mungkin dapat menjadi alasan yang nyata..(((markerpen agaknya tak mandi..tu sebab hujan tak berhenti-henti)))..

kenapa 22hb nide ingati???.. ada dua sebab.. pertama hari itu juga tun.. telah merancang nak makan sate kat taman warisan putrajaya... haaaa koo.. puas makan sate sampai terpaksa tapau bawa balik.. (terlebih-lebih lak sate..) well done tunn.... i love u.. ramai gak yang datang.. abg bob yang ppuan hadir... labu yang macho juga ada.. lanun yang cute turut serta.. jet yang anggun sanggup datang dari ampang.. ((orang tu yang u panggil sis tu..duk kat ampang gak kan tun.... alasan )) heheheheh... ayang mas puteri putrajaya juga mencemar duli...hehehehehe.. nide datang 3 orang..my wife and my son...
ramai orang tanya tak penat ker nide pukul 4 ptg dari kuantan naik motor pastu sampai rumah terus pergi ke gathering tu??.. mungkin pada orang lain amat meletihkan bila traveling jauh-jauh cam tu.. lebih-lebih lagi menonggang motor mesti penat dan letih.. bagi nide alah bisa tegal biasa.. nide dah biasa.. penat hanya diminda..if u think u are tired.. than u will be tired.. anyway for your info... nide love riding.. benda yang nide suka nide tak pernah fikir penat..

walaupun masa nide balik petang tu nide tersalah jangka akan menghadapi hujan lebat disepanjang malam lalu nide pakai ler 2 lapis baju hujan... namun hujan tak turun... panas beb sampai seluar jeans nide pakai basah sebab peluh..wakakakakakaka..