Friday, October 20, 2006

Maaf Zahir Batin

catitan perjalanan

sekembalinya dari pulau samosir nide dapati penjual minuman di dalam feri mempunyai gitar.. jadi nak lepaskan boring nide alunkan sebuah sebuah dua lagu sebagi menghiburkan hati..
ehmm lupa nak mention..lagu dealova dengan lagu my heart.. yang lain lagu mimpi dalam mimpi dan lagu mimpi yang tak sudah..
oh ya ... gitar tu out of tune..jadi nide buat tunning ler.. patut ler budak-budak tu tak main gitar.. tak tahu tune gitar rupanya.. pas penat main gitar.. berebut mamat-mamat kat situ main gitar yang dah di tune tuh..
perjalanan dari danau toba ke pulau somasir memakan masal sejam lebih..
ni nide gambaran dengan dua petugas yang nak ganti shif petugas di pulau samosir.. nide naik 1st feri of the day.. bersaing dengan orang pergi kerja .. kul 7 pagi wib (waktu indonesia barat)
hehehehehe mencuba-cuba nak buat wajah hensem... tak hensem ler juga...
permandangan indah lanskap berastagi
penonton dan peminat nide semasa nanyi... ramai kan ..heheheheheh
..nasib feri tak diland ribut petir atau taufan.. wakakakakakak

anak-anak kecil menuntut ilmu di mana saja... keriangan mereka mengamit kenangan indah nide semasa seusia mereka... anak-anak orang batak di pulau samosir

Thursday, October 19, 2006

pesanan dari seorang teman

((nide terima pesanan ni dari seorang insan yang nide hormati.. hormat kerana hijrahnya ke arah yang lebih baik.. mungkin kita patut renungkan dan muhasabah diri terhadap catitan ini))

Kes murtad memang amat menakutkan. Para pemimpin dan para alim ulama seperti kebingungan. Tak tau apa nak buat? Tiada kaedah atau method. .... rasanya semua ini salah ibubapa. Sebab itu Allah berfirman,
"Allaikum waah'likum naaroo"-
"Jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka".
Anak kita kitalah yang tanggung dan kitalah yang nak kena jawab. Jadi liar ker, hisap dadah ke, hisap itu ke dan hisap ini ke. Jadi Yahudi ke atau Nasrani ke, itu disebabkan kesalahan, kesilapan dan kelalaian kita. INGAT JANGAN CUBA SALAHKAN ORANG LAIN. Kita sebagai ibubapa mestilah mengusahakan TAQWA.

PERANAN TAQWA
Taqwa secara umumnya adalah perkara yang telah lama hilang dari umat Islam. Ia berlaku sejak tujuh ratus tahun dahulu bermula dari kejatuhan empayar Islam. Sebab itu,mulai peristiwa tersebut, umat Islam terhina di mana-mana. Bukan kita tidak berjuang, bukan kita tidak berbuat, bukan kita tidak berusaha dan bukan kerana kita tidak berani tetapi hasil yang kita dapat dari perjuangan dan usaha kita itu tidak padan dengan tenaga yang kita curahkan dan tidak berbaloi. Ibarat orang menanam padi beratus ekar, hasilnya hanya beberapa guni sahaja sedangkan dalam Islam ada kaedah untuk mendapat hasil yang berlipat ganda. Kita boleh tanam padi satu ekar tetapi hasilnya berpuluh-puluh guni. Inilah rahsia tersirat yang mesti kita bongkar. Kita kena kaji kenapa ada orang menanam sedikit tetapi hasilnya banyak. Dan ada pula orang menanam banyak tetapi hasilnya sedikit. Umat Islam mesti mengubah cara berfikir. Kita mesti tanam cita-cita Tuhan dan cita-cita Rasul dan hendaklah kita berfikiran luas. Kita mesti ingat bahawa dalam ajaran Islam, syariat mahupun bantuan yang datang dari Tuhan ada yang berbentuk lahir dan ada yang berbentuk batin. Selama ini kita hanya tahu dan mengkaji yang lahir sahaja. Kalaupun kita dapat bantuan dari Allah, kita hanya dapat yang berbentuk lahir iaitu yang sedikit sahaja. Hanya setakat 10% maksimum. Bantuan yang bersifat batin dan ghaib yang nisbahnya sebanyak 90% kita tidak dapat. Padahal inilah kelebihan umat Islam terdahulu di zaman Sahabat, Tabiin, Tabit Tabiin dan para salafussoleh. Mereka banyak dibantu dengan bantuan-bantuan batin dan bantuan-bantuan ghaib. Mereka tahu rahsianya dan mereka tahu kaedahnya. Iaitu mereka bersandar kepada Allah dengan mengusahakan dan menjadi orang yang bertaqwa. Mereka hanya berbuat 10%. Yang 90% lagi Allah yang cukupkan. Banyak ayat dan Hadis yang menceritakan tentang hal ini dan tentang janji-janji Tuhan kepada orang-orang yang bertaqwa. Disebut bahawa orang bertaqwa rezekinya diberi tidak tahu dari mana sumbernya. Dilepaskan dia dari masalah hidup. Diberi ilmu dan dipermudahkan urusan dan berbagai-bagai lagi. Kemudian waktu susah, waktu darurat, waktu tercabar walaupun berlaku juga ujian untuk didikan tetapi tidak berlama-lama. Tuhan akan beri jalan kepada orang bertaqwa untuk terlepas dari ujian itu. Di situ ada dua maksud. 1. Bagi orang bertaqwa, ujian yang mencemaskan adalah untuk mendidik. Dalam cemas ada didikan. 2. Selepas itu, Tuhan cepat lepaskan dia dari ujian itu supaya terasa bantuan Tuhan. Itu hiburan bagi orang bertaqwa supaya mereka dapat bersyukur. Kesusahan itu berbagai-bagai bentuk. Kesusahan sakit, musibah, musuh mencabar dan lain-lain lagi. Kalau ada bala bencana di tempat kita, itu juga kesusahan. Kalau waktu itu ada orang jahat dan baik, kita boleh lihat orang baik cepat dilepaskan dari kesusahan itu. Orang jahat mungkin selepas itu akan bertimpa-timpa lagi kesusahan. Didatangkan berkat pada orang bertaqwa dalam berbagai aspek sama ada pada harta, keluarga, perjuangan, pendidikan, kebudayaan, pentadbiran dan lainlain.

Tuesday, October 17, 2006

Salah faham

nide dulu masa traning cadet kat Sebatang Kara, Port Dickson punya ramai rakan skot yang datang dari serata Malaysia.. al maklumm lah tentang dilek yang bermacam-macam gaya.. dilek kedah kena dengar betui-betui..sebab dia orang cakap tak ada fullstop.. laju semacam... orang sarawak cakap..cam sleep ngan kazen ler.. pun kena tafsirkan dengan berhati-hati.. orang kelantan kalau tak dengan ghu dia..cakap bahasa standard tapi kalau jumpa ghu dia.huyoooo susah nak pahamm... terengganu lagik.. pahang lagik..cam dragon fruit tu..bila marah mula ler keluar slang negeri dia..jawa lagi..bila exicted jer mula ler cakap penuh dengan tajwidnyer..heheheheh..
satu hal yang selalu jadi masalah ialah bila skot kelantan digandingkan dengan skot nogori.. hancusss..dua dua tak paham...sampai kena tulis apa nak cakap kat kertas..

baru ni nide terima email cerita pasal kisah ni..tu yang terkenang tuhh..


((ikah ngan sharkk.. korang hati-hati ok))

Alkisah...

Kisah ni diceritakan oleh kawan aku. Mamat ni asal Kelantan. Mmg pure
kelantan. Satu hari tu dia ceritakan macam mana first time dia dtg ke
Seremban sebab nak interview kerja dgn salah sebuah Syarikat Pengangkutan.
Nak diceritakan disini, dalam pada masa dia mencari kat mana lokasi pejabat
syarikat pengangkutan tu maka dia pun bertanyalah dgn sorang lelaki.
"Bey tumpey tanyo. Dimano pejabat syarikat pengangkutey? "
Lelaki tu tengok dia atas bawah, atas bawah. "Ekau biar bonar. Cakap tu
elok-elok sikit jang"

"Betul doh kawey kecek nih. syarikat pengangkutey, pengangkutey. ."
"Budak ni ado yg lobam nanti kang.." Brother tadi dah mula naik hangin
sikit.. Memandangkan member aku tau brader tu tak berapa faham cakap dia
maka dia pun tunjukkan alamat pejabat tu..
" Ni ha alamat dio, XXXX Transportation Sdn. Bhd...., transportation,
transportation"

"Oo... transportation. . ingat apo bondo tadi pegang kotey pegang kotey.."
Barulah brader tadi faham.. Maka brader tu pun bagilah arahan macam mana nak
gi ke pejabat tu. Walking distance jer tapi nak kena belok ikut 2-3 simpang
jugaklah. Tapi maklumlah ibaratnya sorang cakap ayam, sorang cakap itik maka
timbul lagi kekeliruan. Jadi member aku ni mintak tolong brader tu lukiskan
pelan..

"Abey buleh tunjuk peley dok?"
Lagi sekali brader nogori tuh terkojut . Sekali lagi dia tengok member aku ni atas bawah,
atas bawah.

"HESHH...! Ekau kan dah ado tu. Nak buek apo lai tunjuk den punyo!?"Brader
tu start bengang dah. Maka member aku ni pun terkial-kial lah keluarkan pen dgn
kertas sambil mintak brader tu lukiskan..

"Lukih lukih peley nok gi ke sano.."
"Oooo.. mintak tunjuk lukis polan ingat nak mintak tunjuk apo tadi... hishh
kau ni jang...." Maka brader tu pun tolonglah lukiskan pelan.
Walaupun berlaku beberapa salah faham tapi diatas keikhlasan brader tu maka
member aku pun akhirnya sampai ke pejebat yg ditujunya tu dan hasilnya dia
diterima bekerja dgn syarikat tersebut

Monday, October 16, 2006

i was here

ada seorang chatters yang pernah bergambar di tempat nih.. nide tengok tempat ni nide teringat kat dia.. jadi nide belagak ler sikit.. i pun leh ambil gambar yang sama maaa... heheheheh
ampunnnnn... hehehehehe
dari sudut lain pemandangan di airterjun sipisopiso.. belakang tu masih lagi danau toba.. model ni anak sedara i.. nama dia Nur Safiatul Naimah.. ((ada Naim gak)) masih tadika tapi pandai membaca dengan lancar bahasa melayu dan english.. mengaji pun ok.. kegemaran paling mengtop dia ialah..tukar baju .. nak pakai cantik-cantik dan posing maut bila bergambar.. tapi..banyakkkk mulut..biasa aaaa..hyper sikit
confirmm.. ni gunung berapi.. pelik aaa walau pun tak aktif tapi tak ada pun pokok besar tumbuh kat gunung nihh.. semuanya rumput gajah jer.. gunung ni dekat dengan air terjun sipisopiso.. sudut bertentangan... hujaaan aaa masa tu..jadi tak clear sangat ..low cloud..

ni pokok pisang kaki.. al maklumm tak pernah tengok pokok pisang kaki.. tau makan jer
termenung jap... rindu tak dapat keyboard hehehehehe... resah beb jadinya.. kena buat pemulihan aaa nide nih kena masuk pusat serenti disebabkan ketagihan chatting.. wakakakakakakakak.
di di pulau samosir di tempat permakaman raja-raja batak.. ada cerita menarik tentang tamadun batak di danau toba.. nide akan ceritakan nanti bagaimana sejarahnya.. dan kisahnya terhadap pekara-pekara mistik orang batak dan kisah kanibalisme ((ejaan betul ker)).. benarkah orang batak makan orang??
Danau Toba i was here to witness the impact of volcanic eruption that change the world.. the bigest so far recoded 75 000 years ago..

cantiknya kejadian tuhan...
trejadi itu rahmat tuhan disebaliknya

Wednesday, October 11, 2006

air terjun sipisopiso

Air terjun Si piso piso atau maksudnya dalam bahasa melayu airterjun si pisau-pisau.. kenapa dinamakan sedemikian adalah kerana bentuk terjunan nya begitu curam dan berbentuk pisau..

((nide lompat pagar untuk mengambil gambar... bukan nak bunuh diri tau))

air terjun sipisopiso terletak di antara perjalanan dari Danau Toba ke Brastagi, airnya mengalir ke Danau Toba sepanjang masa dan merupakan salah satu sumber air di tasik tersebut..
Pemandangannya amat cantik dan menakjubkan, tetapi disebabkan oleh masa yang tak mengizinkan nide tidak dapat untuk explore ke dasar air terjun tersebut
Keadan di kawasan ini juga sejuk, dingin kata orang indon dan menyamankan..
sesuai untuk seniman melahirkan karya seni ((gab i think u should come here again.. and produce more of your excelent articles.. i do enjoy reading it))
turun ke dasar air terjun memang ler senang.... tapii.. nak naik balik pasti menyeksaakan...

((ni kalau panggggggg ice ke dasar air terjun best nihh... biar dia tahu camner penatnya nak naik balik..hehehehe))
...........

Monday, October 09, 2006

bunga-bunga di brastagi

ini adalah pemandangan di pasar buah di Brastagi.. penuh gak dengan bunga
al maklum mat bunga nide tak lepas peluang untuk mendigitalkan nya agar dapat di postkan di blog ini..
bila tengok bunga-bunga ni nide teringat kat dragon fruit.. dia pun suka tanam bunga.. ada bonzai lagi.. banyak gak bunga-bunga yang DF tanam..cantik dan menarik.. ((cam orangnya gak))
nide ada beli benih dari sini.. walaupun salah dari segi undang-undang tapi nide tak kira..nide bawa balik gak..
dan setelah disemai di rumah nide..alhamdulilah benih-benih bunga ni dah bercambah..
oh ya ... benih yang sama kalau dibeli di Belanda.. harganya dekat USD100..tapi kat sini lagi mahal... 10 000 Rp heheheheh.. dapat ler dekat sekilo benihnya.. campur-campur bermacam jenis dan warna..

bunga-bunga ni khas untuk selendang sutera, puteri ixora tiara, ain jb, ayang mas, ice, yana, blueblack, abg husein yang ayu, honeydew, rama2 @ cengkrik dan mr cool (((.saint tak leh bagi bunga nanti dia makan bunga tuh)))......................... ZZZZ tolong siram bunga kat laman tu erk.. nanti singa mengamok kalau bunga dia mati..

buah-buahan di Brastagi

Brastagi bermaksud..beras yang sedap
tempat nya sejuk cam cameron dan hasil utama nya adalah buah-buahan..
buah mangga
salak
pisang kaki yang warna putih tuh..disalut ngan kapur .. buah cinta
markisa..
limau atau jeruk..dan lain-lain lagi
buah markisa
buah cinta
kopijuga banyak ditanam disini
ini pokok cengkih..

Sunday, October 08, 2006

indahnya pemandangan danau toba

pemandangan yang terlihat dari jalan raya menuju ke Resort
pemandangan dari Resort yang nide diami
satu sudut lain pemandangan dari Resort
kedamaian yang tak terucap
pemandangan dari atas feri menuju ke subah pulau

pemandangan dari feri juga.. garis putih di kaki gunung adalah air terjun yang dilihat dari tengah danau toba
pemandangan dari jalan raya di destinasi menuju ke tempat yang dituju
cantik dan mendamaikan...
indah kejadian Allah..
Kebesaran kejadian allah... untuk kita syukuri..

Langkah-langkah ke danau toba







Tuesday, October 03, 2006

Zaman ice

horasssss...... horasssss... horasssssssss
nide menjejaki kaki di kota medan pada 21 september... lebih tpeat lagi di polonia bersama keluarga.. tepat jam 0830 WIB... pagi tu bangun kul 4 pagi.. sampai kat LCC kul 6 pagi.. cx in pastu bfast kat situ... kul 7.30 boarding..clear passport... aduhhh mengantuknya
perjalanan dari LCC ke medan 55 minit jer.. tolak 830 sampai 830 wib...


ikuti perjalanan nide menyusuri kota medan ke danau toba dalam post akan datang.. dari danau toba nide singgah ke Brastagi sebuah kota peranginan dalam perjalanan pulang ke medan untuk menunggu flight balik

permandangan kota medan dari udara...
medan penduduknya berketurunan batak..
terdapat 5 jenis batak di daerah medan dan identiti mereka dipisahkan oleh geography.. kebanyakannya berugama keristian tetapi terdapat juga yang berugama Islam.. sebelum ini mereka mengamalkan amenisa..((betulker ejaan)).. menyembah semangat..

seperti nide kata dulu mereka punya tamadun..civilaization sendiri.. punya pemerintahan.. punya status profesional sendiri..bahasa dan tulisan sendiri..

baca artikal dibawah ni dulu mengapa medan/danau toba bergitu significant pada sejarah dunia ok..

....................................................................................................................................................
Kes 1

dalam sebuah kajian yang dilakukan ke atas bongkah ais di Greenland terdapat deposit sulfur yang banyak pada pada airbatu tersebut dari jangkaan saintis ianya terbentuk pada 75 000 tahun dahulu selama bertahun-tahun misteri terssebut tak terjawab.

Kes 2

Dalam kajian seorang saintis terhadap fosil cengkerang yang dijumpai di dasar lautan terdapat tanda-tanda penurunan suhu lautan pada cengkerang tersebut (berlainan warna) disebabkan oleh kesejukan melampau..juga kajian tersebut menganggarkankejadian tersebut berlaku pada sekitar 75 000 tahun dahulu

Dari kajian susulan yang dilakukan oleh saintis ais tersebut kehadiran sulfur tersebut adalah terlalu banyak sehinggakan bagi kelarutan sulfur sebegitu amat mustahil dalam keadaan biasa.. kajian juga mendapati sample sulfur dan debu tersebut tidak sama dengan yang terdapat di benua sebelah sana..

Kes 3

Ahli-ahli kajibumi dari serata dunia termasuk di Russia, India, Afrika, iran, china dan amerika juga telah menjumpai debu sulfur tersebut dan menganggarkan deposit tersebut adalah dari 75 000 tahun yang lain sample dari Negara tersebut sama dengan yang dijumpai di Greenland/Iceland...

Kajian kesamaan bentuk hablur debu mula dijalankan dan setelah bertahun-tahun kajian dijalankan akhirnya kajian mendapati bahawa sample tersebut berasal dari Indonesia kerana menepati struktur hablur sulfur dan debu tersebut bila dibandingkan dari tempat-tempat lain seperti dari philipine, st Helena dan lain lain lagi… yes it from danau toba.aka tasik toba..aka lake toba..


What happen in tasik toba 75 000 tahun dahulu???..

Pada masa itu terjadi letupan gunung berapa yang berskala mega ganda dua/tiga dan implikasinya.. dunia mengalami zaman ice.... yessss ice age ((not ice latte ok)).. akibat terlalu kuat letupan tersebut..sulfur yang dihasilkan telah menghalang chaya matahari beratus tahun dan menyebabkan bumi menjadi sejuk dan bermula lah zaman ice ...

((National Geography pada 26 Sep 2006 sebelah malam)))

Coincident nide menjejak kaki di Danau Toba pada 21 Sep 2006 dalam kancah lawatan suka-suka ngan family.. nide juga melawat Brastagi dan juga Medan utk menyambut ramadan disana... nide balik KL pada 25 Sep 2006 kul 2230...

Monday, October 02, 2006

Sayunya di pagi raya

dulu nide sering merasa sayu ketika mengunjungi pusara nenek dan datuk nide.. sedih kerana keadaan pusara yang tak terjaga dan langsung tak presentable.. kalau nak diharapkan kaumkerabat nide di kampung untuk menjaganya nide menjadi bertambah sebab kerana memang nide tahu mereka bukan lah orang yang berada.. di bawah pohon kemboja nide termenung memerhati keusangan batu nesan/nisan yang menjadi tanda ninda dikuburkan disitu.. lalu nide bandingkan dengan pusara-pusara yang lain.. indah dengan kepok dan nisan yang baru.. apakah nide begitu tak mampu untuk menyediakan kepok dan nisan yang baru sebegitu.. apakah terlalu miskin untuk nide sehingga tidak mampu untuk menunjukkan kasih sayang nide kepada mereka.. nak bertanya bagaimana malu.. nak tanya dimana..pada siapakah nak nide tanyakan.. kekesalan nide berlarutan setiap kali tibanya lebaran... untuk menunjukkan kasih sayang ku pada mereka yang telah pergi pun aku tak mampu... hanya doa saja yang dapat ku berikan..pujuk hati nide..
lalu satu hari nide terjumpa tempatnya.. dan nide harap semua yang terbaca blog nide ni tidak lagi berperasaan sayu seperti nide.. tempah lah untuk mereka.. sebagai merakam kasih sayang kita

nak kenal yang mana utk perempuan dan yang mana untuk lelaki??

nesan yang leper tu utk perempuan
nesan yang bulat adalah utk lelaki

jadi kalau jumpa kubur yang bernisan bulat..maknanya kubur lelaki
cam tu ler sebaliknyaaa..


kepok tu.. maknanya sepertigambar dibawah















harga nesan batu
nesan terazo Rm 150
nesan biasa Rm 80
nesan biasa budak Rm 50
nesan terazo budak Rm 60
kepok terazo Rm 350
kepok biasa Rm 230
kepok terazo budak Rm 220
kepok biasa budak Rm 100


harga nesan kayu
nesan kayu (L) Rm 350
nesan kayu (P) Rm 300
nesan kayu budak Rm 260
nesan kayu dewasa Rm 750


telefon
03-431 2422 En Kamal
03-434 9619 Puan Hanim