..bermacam jenis pokok yang ada di uncle sam.. harganya lebih murah dari tempat-tempat lain meskipun contohnya harga kaktus di cactus Valley atau di Cactus Point..
Wednesday, June 27, 2007
..di persada Uncle Sam..
..bermacam jenis pokok yang ada di uncle sam.. harganya lebih murah dari tempat-tempat lain meskipun contohnya harga kaktus di cactus Valley atau di Cactus Point..
Tuesday, June 26, 2007
..soalan bocor SPM...
ok guys enjoy..
SUBJEK: Sejarah
1. Siapakah ketua tentera Portugis yang menyerang Melaka pada tahun
1511?
A: Alfonso D' Albuquequer
B: Albontot D' Abukaki
C: Al apobondo nih
D: Al..Al..Alpa romeo
2. Apakah isi kandungan didalam perjanjian Pangkor?
A: Tidak buleh sekodeng anak dara mandi.
B: Isterimu, isteriku jua, isteriku.. isterikulah.
C: Semua awek dalam Pangkor adalah milik ketua kampung.
D: Semua orang boleh tempeleng ketua kampung.
3. Siapakah pegawai British di Sarawak?
A: James Brook
B: James Beruk
C: Jem Tat Nenas
D: James Bond Tot
E: Khalid Jamlus
4. Kenapa Hang Jebat mengamuk?
A: Kerana mengetahui Hang Tuah mati dibunuh Soltan.
B: Aweknya dikebas datuk bendahara.
C: Kalah main takraw dengan anak buah Hang Kebun.
D: Terlalu meminati Bandi Amuk, sebab tu la mengamuk.
5. Siapakah nama isteri Parameswara?
A: Parameswari
B: Parameswaja
C: Pramugari
D: Pramugara terlampau
SUBJEK : Ekonomi Asas / Perdagangan
1. Tiga perkara keperluan manusia, apakah keperluan itu?
A: makan, rumah dan pakaian.
B: makan, awek dan uwang.
C: bini, bini orang dan anak dara orang.
D: Rokok, korok dan korokmu.
2. Namakan sejenis sistem pertukaran barang.
A: Sistem Barter
B: Sistem batu bata
C: Sistem kasut Bata
D: Sistem Marjerin dan butter
3. Ketidakseimbangan wang akan berlakunya apa?
A: Nilai dolar lebih tinggi berbanding wang lain.
B: Nilai dollah akan jatuh kerana tak bekerja.
C: Nilai, Negeri Sembilan tiada pengunjung.
D: Nilai nilai murni diterapkan didalam PLKN.
4. Apakah ciri Sistem Kapitalis?
A: Duitmu duitku jua, duitku duit untuk biniku.
B: Semua orang perlu bersedekah ke masjid.
C: Makan dulu, baru bayar.
D: Selalu mengamalkan dasar pinjam wang bayar hutang.
5. Kumpulan manakah yang menguruskan kewangan pekerja?
A: Kumpulan Search
B: Kumpulan KRU
C: Kumpulan Kekanak Spastik
D: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Soalan tambahan :
Apakah bunyi sebutan bg dialek orang PERAK untuk perkataan "KOTA
MELAKA"?
A KOTO MELAKO
B **** MELEKE
C KUTAK MELAKAK
D **** MELAKAR
thank you & best regards,
p/s sapa ada soalan bocor lagikk?? sila matlampirkan di komen.. wakakakakkakaka
lupa lak... sila berikan jawaapan anda di ruangan komen..
istidraj
Apakah dia istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT". (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah. Manusia istidraj Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong"..
Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.
..salasilah nabi..

Monday, June 25, 2007
Lata Iskandar
jernih aliran yang tak tercemar dek dosa-dosa manusia walau dikocak, berlari gah walau terhalang, tersenyum girang hati yang memandang.. mendamaikan..
perut hendaklah ditekan dengan kuat agar tak nampak boroi...
Rosa Pasedena
..sempat juga nide merakamkan keindahan kejadian Allah yang maha Agung.. nantikan postnya di masa akan datang.. sementara itu nikmatilah secangkir kopi... ((buat sendiri ler...))
Thursday, June 14, 2007
Tuesday, June 12, 2007
Kolestrol
Setiapkali membuat pemeriksaan darah, penerangan yang diberi acapkali terhadap kandongan kolestrol dalam darah dan kandungan gula dalam darah.. hampir kesemua pemeriksaan komplikasi yang diberikan adalah negatif atau hampir negatif.. jarang yang nide dengar yang pemeriksaan darah ok jer.. paling tidak pun komen dari doktor adalah kolestrol dalam darah di border line.. kalau orang yang berumur sikit lagi teruk.. ada saja yang negatif pada hal dia dah hidup lebih 60 tahun ok jer..hehehe yang harunya bila kawan nide..aktif dalam sukan..((super aktif)) pun doktor cakap kolestrol dia tinggi..
so cam ni le... untuk tidak merungsingkan hati amalkan ler makan berikut ok..
((( nasihat dari kawan dr evil>>> nide)))
Makanan Antikolesterol
SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.4. EPALMemakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlmbadan.

IKAN TUNA
Ttermasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung. ((... tapi kalau merenong kacangtanah mau gugur jantunggg maa..))
MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.
p/s ....... nide merindui senja nan merah... sayu menanti kehadiran muuu.. menanti hujan rintik-rintik yang kian lama tak kunjung tiba... menghayalkan pelangi yang mengiringi kehadiran senja nan merah... i miss u friend
Saturday, June 09, 2007
..Takziah untu mama...
..Selamat Pengantin Baru untuk Haniedew..
sekali lagi
'''' Selamat Pengantin Baru'''
Tuesday, May 29, 2007
gathering in my house
terima kasih kepada yang sudi datang berkunjung ke rumah nide pada hari sabtu tu..
hidangan yang disajikan adalah..
mee goreng mamak..
tomyam campur
keropok
buah tembikai
buah hanidew
dan ulam pucuk mengkudu
dan ulam pucuk buas..atau bebuas..
yang hadir adalah
attap rumbia
ayang mas dan ayang perak
sukie
hadi
dan dr evil bersama isterinya dan anaknya yang comel..
dan tak lupa juga jett
hadi datang dengan Gen2nya
attap datang dengan iswaranya..
ayang mas dan ayang perak tumpang
sukie attap ambil dia kat apartment sutera
jett datang dengan KTM komuter.. nide ambil dia kat stesen kajang.. memula nak jer ambikguna virago.. tapi kesian lak.. nide bawa dia ngan kembara akhirnya..
yang paling glemer dr evil.. naik SLK
nide seronok dengan kehadiran semua.. lagi seronok tengok semua yang datang enjoy main dart..
rasa nak buat gathering lagi ler... kalau ada masa nanti..
jommm.. semua..buat potluck pula ek..
p/s thanks attap for the choclate cake yang attap buat... bestnya.. rasa nak tempah jer lagi..
Tuesday, May 22, 2007
...Duriansssss.....
bermacam jenis durian di Malaysia nihh.. untuk semua peminat durian nide persembahkan .. the durianssssss....
yang di atas ni adalah jenis D 11 
ini pula adalah jenis D 17

D 600
D 700
ini pula durian yang mempunyai nama-nam pelik.. tapi durian ni tetap best.. unik maa nama dia.. kebanyakanya nama dari kaum cina.. orang cina memang suka sangat durian.. pasti itam dengan adotcomm tak terkecuali ek..
durian ini dinamakan
Ang jin - Red yoke durian..
durian yang kat bawah
(((bukan anjing tau.. hehehehehe))
di bawah ini pula namanya adalah

ini ada lagi duiran...
jemput lah makan lepas makan bayar aa sendiri
hehehehehe

Chaer phoy - green skin durian
durian di atas ni nama mat saleh lak namanya Coupling

'Kun poh' apa ek maknanya

dan yang paling sensasi..
save for last is...
jommm durian jommmm...
gaji dah naik nihhh..
tq ek govt..
p/s ((pilih lah nak yang mana satu.. yang tak suka durian.. tutup jer ler hidung.. jangan muntah depan kita orang.. we all nak melantak.. heehehehehe??))))











