Tuesday, June 12, 2007

Kolestrol


Setiapkali membuat pemeriksaan darah, penerangan yang diberi acapkali terhadap kandongan kolestrol dalam darah dan kandungan gula dalam darah.. hampir kesemua pemeriksaan komplikasi yang diberikan adalah negatif atau hampir negatif.. jarang yang nide dengar yang pemeriksaan darah ok jer.. paling tidak pun komen dari doktor adalah kolestrol dalam darah di border line.. kalau orang yang berumur sikit lagi teruk.. ada saja yang negatif pada hal dia dah hidup lebih 60 tahun ok jer..hehehe yang harunya bila kawan nide..aktif dalam sukan..((super aktif)) pun doktor cakap kolestrol dia tinggi..

so cam ni le... untuk tidak merungsingkan hati amalkan ler makan berikut ok..
((( nasihat dari kawan dr evil>>> nide)))


Makanan Antikolesterol

SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.4. EPALMemakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlmbadan.

IKAN TUNA
Ttermasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung. ((... tapi kalau merenong kacangtanah mau gugur jantunggg maa..))

MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.


p/s ....... nide merindui senja nan merah... sayu menanti kehadiran muuu.. menanti hujan rintik-rintik yang kian lama tak kunjung tiba... menghayalkan pelangi yang mengiringi kehadiran senja nan merah... i miss u friend

3 comments:

Anonymous said...

bukan sahaja orang yg aktif sukan tapi orng yg kurus gak boleh dapat kolesterol tinggi..

untuk mengurangkan kolesterol tidah hanya bergantung pada keaktifan sukan atau tidak tetapi termasuk jugak dgn diet seimbang n cara idup yg sihat...

Nuts@Kacc said...

ahahhha nide..saboo je la...yg ko tenong tu buat apa..ahakss..

kolestrol..jaga la pemakanan,pastikan ianya seimbang..kalau makan tu ingatlah..yg pait itu ubat,yg sedap itu racun...

aku juga merindui senja nan merah itu..adakah kita merindui insan yg sama?smoga dia sihat sentiasa...amin..

m i n e r a l . . . said...

eehemm ehemm... kolesterol makna dalam bahasa biasa ialah :-

kolesterol = ko telan jer petrol [mungkin boleh menyebabkan pembuluh darah jd lebih lancar dari biasa, kurang la skit penyakit..]

p/s: sy tidak bertanggungjawab diatas segala tindak tanduk anda sekiranya anda mencuba dan tidak berjaya...kekekeke