alzikrah... jam 0645 hingga 0659 setiap hari berkerja di KL FM memang nide tak miss.. masa tu tengah traveling pergi kerja.. penceramahnya ustd wan sohor bani leman dan ada seorang lagi yang nide lupa nama nya.. almaklum tak seshohor dengan wan sohor hehehehehe..
apa yang nide nak utarakan kali ini dengan harapan mendapat maklum balas dari insan yang diketagori kan sebagai wanita.. hasil dari program alzikrah ini.. pagi tadi 26 nov o8. Program kali ini adalah berkenaan dengan suami dan hadis nabi saw, bergini bunyinya lebih kurang:
"lelaki yang lebih mulia (baik) antara kamu adalah lelaki yang berbuat baik kepada isterinya"
.. sekali pandang memang dah jelas.. tetapi bagi nide yang jahil ni agak tersentak dibuatnya disebabkan sebenarnya nide tak tahu apa makna "berbuat baik kepada isterinya".. skop berbuat baik ini amat luas bagi nide.. jadi nide mahukan maklumbalas atau feed back dari semua pengunjung blog jaketbiru nih untuk melahirkan pendapat masing-masing dan adalah lebih baik memberi contohnya sekali..
.. bagaimana nak berbuat baik kepada isteri??? para isteri sila la jawab.. sebab isteri saja yang tahu bagaimana suaminya berbuat baik pada dirinya...
p/s untung jadi isteri nih... memasak utk suami dah dijanjikan tak masuk neraka..
.....melahirkan anak dah dijanjikan syurga... untunggg nyaaa ....