Thursday, April 24, 2008
..dasar wawasan negara...
Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.
Secara khususnya, DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama.
Bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh negara untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada membina negara yang berdaya tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan perpaduan dan kestabilan sosial.
Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikal seperti berikut:
- membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi;
- menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah;
- mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro;
- mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi;
- membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat; o mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan; dan
- meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.
p/s... mak aiiii .. boringnyaaa .. loosing motivation
Tuesday, April 22, 2008
..mayonnaise and 2 cup of coffee..
When 24 Hours in a day is not enough, Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee.
Thursday, April 10, 2008
.. PPDK...
PPDK adalah program yang ditaja oleh kerajaan negeri dan pusat di mana anak-anak istimewa (OKU) dijaga oleh sebuah organasasi yang rasmi.. ianya adalah seperti TADIKA atau TABIKA cuma yang membezakannya adalah tiada had umur kepada peserta-pesertanya. Program ini menggalakkan anak-anak kurang upaya di daftarkan dan dikumpulkan agar program dapat dibuat untuk mereka menyertai masyarakat... di TUDM Kuantan juga terdapat program ini.. hanya satu saja yang diuruskan oleh Angkatan Tentera Malaysia.. Bajet pengurusan adalah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan imbuhan juga diberi oleh kerajaan negeri dan juga pusat. Derma-derma dari institusi beraja juga diterima dalam bentuk sekali setahun.. derma dari para vip dan syarikat besar-besar juga sering di terima...
hehehehehehe.. peserta PPDK Jengka ni tak ler ramai.. yang ramai pengiringnya.. adik kakak, mak, makcik dia semuanya ikut... meramaikan dan memeriahkannya..
selalunya pengasuh PPDK adalah dari kaum kelurga peserta PPDK yang diberi elaun.. makan pakai peserta di taja oleh PPDK sendiri dari sumber kewangan yang nide sebut tadi.. nide suka dengan anak-anak.. tak kira macam mana keadaan nya... and peserta PPDK yang nide temui semuanya suka dengan nide... mesra sekali.. walaupun tak boleh berbicara atau mendengar mereka masih boleh berkomunikasi...
Tuesday, April 01, 2008
... boikot....
BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH
Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Wall’s - Ais Krim
Ing -Insurans
Planta -Magerin
Lady’s Choice -Magerin
Lipton -Teh
Shell -Minyak
Knorr -Perisa Makanan
Dove -Mandian
Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Kieldsens -Coklat
Slimfast -Produk Pelangsing
Lego -Kismis
Philips -Barangan Elektrik
Duyvis -Makanan Ringan
Gouda -Keju
Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
Labello -Lip Balm
Pickwick -Teh
Venz -Mentega Coklat
Kinder Bueno -Coklat
Unilever -Syarikat
Dumex -Susu Tepung
Nutricia -Susu Bayi
Sunsilk -Shampoo
Fair & Lovely -Produk Kecantikan
Lux -Mandian
Vaseline -Lip Balm
Cif -Pencuci Lantai
Surf -Pencuci Kain
Wishbone -Pencuci Kain
Doriana - Keju Krim
Bertolli -Minyak Masak
Clear -Shampoo
Breeze -Pencuci Kain
Sun -Pencuci Kain