DASAR WAWASAN NEGARA
Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.
Secara khususnya, DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama.
Bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh negara untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada membina negara yang berdaya tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan perpaduan dan kestabilan sosial.
Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikal seperti berikut:
- membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi;
- menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah;
- mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro;
- mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi;
- membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat; o mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan; dan
- meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.
p/s... mak aiiii .. boringnyaaa .. loosing motivation
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
I imagine u yang bagi speech ni nide...confirmed i akan tumpang tido disebelah kucingg ngantuk nih...hehehe
huh dea..
nasib ko bukan kakitangan kerajaan.. kalau tak post ni sure ko print buat reference utk ujian kenaikan pangkat...
bestnye kucinggg tun wat bantal pelok tidoq
peluk aku laaa
Post a Comment