sepi ini menyapa lagi
begitu setia menegur ku
walau luntur diri ini kerna penantian
sepi itu memujuk mendamaikan perih hati..
lalu sepi berlipur lara..
berdendang saat kerinduan
berdansa bersama bayang
bermentera pada sumpah janjinya...
sepi menapak lagi seiring hela nafas
menyikat sebak yang hadir
cuba meluruskan relung relung hidup...
angan-angan kah aku
mengharap satu kehadiran
yang tak mengharapkan aku hadir
sedangkan hatiku telah dibawa pergi...
ilusi yang realiti.
begitu setia menegur ku
walau luntur diri ini kerna penantian
sepi itu memujuk mendamaikan perih hati..
lalu sepi berlipur lara..
berdendang saat kerinduan
berdansa bersama bayang
bermentera pada sumpah janjinya...
sepi menapak lagi seiring hela nafas
menyikat sebak yang hadir
cuba meluruskan relung relung hidup...
angan-angan kah aku
mengharap satu kehadiran
yang tak mengharapkan aku hadir
sedangkan hatiku telah dibawa pergi...
ilusi yang realiti.
2 comments:
Salam sdr,
Hmm, pandai berpuisi :)
zalisa maz..
terima kasih sebab sudi bertandang.. terima kasih juga kerana pujian itu.. catatan bersahaja melayan lara sementara menanti ketibaan bila..
Post a Comment