Thursday, November 29, 2007

... teka - teki...


sebab kacc dah letak teka-teki.. jadi nide follow ler.. saja nak merehatkan minda biar tak terlalu memikirkan masalah dunia..wakakakkakaka.. jadi join sama ek ngan nide seketika melupakan masalah hidup kita nih... enjoy..



Teka-teki ni original.. dari pengamatan nide sendiri.



Adalah satu masa tu, anak sedara nide yang bersekolah sedang membuat kerja sekolah di rumah... soalan math.. kira-kira.. nide sedang tengok tv masa tu dekat sofa.. dia duduk kat belakang sofa atas lantai baring sambil buat latihan matematik.. bersepah buku dan alat tulis nya.. (biasa aaaa) sambil menulis dia membaca apa yang ditulisnya..begini...



11 campur 13 jadi 1



25 campur 35 sama dengan 1



48 sama dengan 2



20 campur 15 campur 25 sama dengan 1



168 adalah sama dengan 7



40 campur 40 sama dengan 1.20



halamakkkkkk kira-kira apa nih semuanya salah... nide pun cakap kat kakak budak tu.. cuba ko tengok adik ko buat kerja tu.. semuanya salah.... kakaknya pun gi ler tolong... pastu dia beritahu nide yang semua kerja yang dibuat adiknya betul semua...



soalan: adik dia tengah kira apa??



haaaaaaaaa jawabbb... uji minda anda..


Tuesday, November 27, 2007

..jangan ambil mudah...

motor yang paling best nide pernah naik adalah scooter.. senang bawaknya.. pulas jer jalan.. pickup pun ok.. kalau kat traffic lite tu motor lain makan asap ler..hehehehehe.. kebaikan scooter ni mudah di handel.. semua orang bloleh bawak.. makcik ker.. pakcik ker.. budak-budak pun boleh bawa.. consumption minyak pun sikit jer.. boleh bawa laju ler juga.. takat 120km no hal.. kesimpulannya memang ramai yang suka scooter dari motor lain.. nide kalau diberi pilihan kalau nak operate kat KL memang ler scooter nide pilih..

disebabkan mudahnya mengendalikan scooter ni.. kita sering terlupa akan implikasi keselamatannya.. kejadian dalam video ni mungkin terjadi pada kita... ambil iktibar ok..

Tuesday, November 20, 2007

... baca dan senyum lah..

untuk hiburan saja...

Sepasang pengantin baru sedang bersiap menghadapi malam pertama mereka. Pengantin perempuan berkata,”Bang Berahim, saya masih anak dara sunti, segar bugar dan tidak tahu apa-apa tentang seks. Bolehkah abang Berahim menerangkan terlebih dahulu secara terperinci sebelum kita melakukannya?”.

”Hubungan asmara itu senang saja sayang.. kita ni umpama penjara, yang sayang punya tu selnya dan yang abang punya umpama penjahatnya. Di penjara, penjahat harus dimasukkan ke dalam sel”, terang pengantin lelaki itu. Pengantin perempuan tersenyum dan mengangguk-angguk tanda paham. Lalu mereka terus bercumbu dan mengharungi lautan asmara...

Setelah selesai, si pengantin lelaki berbaring dan memejamkan matanya, si pengantin perempuan pula berkata, ” abang berahim penjahatnya terlepas..”.

Pengantin lelaki mulalah lagi memasukkan ”penjahatnya”. Rupanya pengantin perempuan dah syok sangat dengan hubungan asmaranya yang baru pertama kali yang dirasakannya. Setiap kali selesai dia selalu mengatakan bahawa penjahatnya lepas atau penjahatnya telah melarikan diri dari selnya. Setelah beberapa kali selesai, pengantin lelaki dengan nafas termengah-mengah berkata:

”Sayang... penjahat yang ini bukan kena hukuman penjara se umur hidup” sambil terbaring lemah..


p/s nide taip sambil gelak.. sakit oooo perut...

.. new info to share..

Kalau nak tahu di mana orang yang tersayang anda berada, cuba clik website di bawah. Masukkan no hp bermula dengan kod negara contohnya 6012 /6017 /6013/6019 /6016 diikuti dengan nombor.Teknik ini PERCUMA yang bagus untuk mengesan mereka2 yang hilang atau di kehendaki ...

Untuk memulakan pencarian anda sila klik :http://www.sat- gps-locate. com/english/ index.html

Friday, November 09, 2007

...upin dan ipin -espisod 3 ...

akan datang kalau dapat lagi cerita upin dan ipin nide akan postkan..

..upin dan ipin episod 2...

..waaa cabar lu.. penakut

hehehehe.. kemungkinan video upin dan ipin episod 2 rosak ada.. dah 3 kali nide upload.. tapi ada error bersabar lah.. episod ke 3 pun ada... nanti nide uploadkan lagi.. rosak pun rosak lah.. pedulik apa nide.. ni kan blog nide apa yang nide nak buat suka hati nide lah..

nak OSA kan nide.. sila lah.. nide cabar .. kalau besar sangat kuasa sampai boleh menjejaskan kehidupan nide atau kerjaya nide gunakan lah..sebab nide ni bukan penakut yang nak bersembunyi di balik nick anonymous atau apa-apa nick sekalipun.. hati-hati chatters dan bloggers lain.. ini lah dikatakan kawan makan kawan.. kalau dah tahu dan hadir di blog nide ni maknanya dia adalah kawan nide.. tapi kalau kawan yang menghina kawan sendiri dan menghina isteri nide atau menghina kawan dan keluarga kawan nide.. rasanya itu bukan kawan malah satu penyakit kusta dalam persahabatan, lebih hina dari penyakit Aids... jenuh nide berfikir apa salah nide padanya.. sehingga hati nya menjadi busuk bernanah hingga terbau kehanyirannya di alam cyber.. apakah ko dengki dengan status kerjaya nide?? adakah ko sakit hati sangat dengan kejayaan nide???.. atau ko benci kerana semua chatters mesra dan sayang pada nide?? .. nide nasihatkan pada ko.. niat ko tu biar lah mulia..baru lah orang lain memuliakan ko.. kalau chatting kerana nak dapat kan habuan sex.. nide faham kenapa ko jadi begini... hidup tak berkah..nide bangga kerana dari gelandangan nide dapat menjadi pemimpin yang dihormati... nide bongkak?? itu nide punya pasal.. ini nide punya blog!!!!.. nide punya suka lahh... nide tak berdosa pada mu.. hanya Allah yang mengira dosa pahala nide ok..

aku cabar ko penakut.... jangan ingat diri ko pandai..

nak ambil tindakan ke atas nide??? cermin ler diri ko sendiri.. kau belum tahu siapa aku... sebenarnya semua orang tahu ko tu .. bodo dan sifat ko amat hina... memang ko bukan salah seorang anak yang soleh yang bakal mendoakan ayah dan ibu ko.. kesian jerih perih ibu melahirkan mendapat anak yang sebegini hina... jangan sampai keturunan mu mewarisi kebiadaban dan kehinaan ko.. suruh jer bibik yang mengasuhnya...

wes cilik dok iso modarr.. wes tuek menyusakay wong

Monday, November 05, 2007

..upin dan ipin..

.... banyak pengajaran dalam video ini.. animasinya amat menarik penuh dengan tradisi kemelayuan.. perhatikan background yang amat nide kagumi.. macam ni ler patutnya kartun yang dipertontonkan sebagai 'brain washing' kepada anak-anak kita.. nak tengok episod 2 tak??

.. sepetang ramadan di Parit Sulong..

masa balik kampong untuk berhari raya tempoh hari sempat gak nide singgah di Parit Sulong sekadar melepaskan keletihan memandu siang ramadan.. kalau ikutkan nide dah musafir tapi sayang lak rasanya nak menggantikan puasa nanti.. dan seperti biasa sambil melepaskan boring memandu berhenti sejenak di Parit Sulong dan apa lagi... nak raya kan.. shopping aaaa...

kalau tak silap kueh dalam bekas tu 3 balang sepluh ringgit kot... nide tak pilih pun kueh-kueh tu.. nide tukang bayar jer..
memang meriah keadaan di Parit Sulong seronok nide tengok orang berbelanja dan seronok lagi melihat peniaga yang senyum sampai ke telinga.. satu yang nide bangga di kawasan ini adalah keramahan penduduknya... ceria dengan senyuman, gembira dengan ucapan dan bahagia dengan kehidupan... ((??? jangan tanya nide pun tak faham hehehehe))

kuih-kuih kering yang bermacam jenis dan murah.. pasti IKS di sini berkembang dengan pesat yang bakal membasmi kemiskinan seperti yang di war-warkan dalam dasar ekonomi baru..

lihat ler kekayaan melayu yang kaya dengan bermacam jenis kueh mueh.. moga pusaka ini dapat diwarisi oleh bangsa yang mengaku dirinya melayu
ayam ternak dari ladang mana agaknya.. ironinya pernah kah kita terfikir?? atau dari kilang mana kuih ini berasal.. benarkah dari IKS atau dari......

pecah beling

Kebetulan hari ni Utusan Malaysia ada siarkan artikel nih..




Pelbagai khasiat daun pecah beling.




Pecah beling atau bayam karang dan nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma) .

Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah.

Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia.

Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik. Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%).

Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin.

Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol) . Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan).

Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap.

Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus yang diaruh diabates atau kencing manis.

Hasil yang menarik lagi ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi.Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau kencing manis.
Artikel oleh:Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar.Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Sunday, November 04, 2007

..Kawal perisian ketika proses start-up..

...terjumpa article dari sebuah laman web yang nide rasa berguna untuk kita semua..

Setiap kali perisian dalam kategori Perisian Utiliti dipasang di dalamkomputer, kemungkinan besar ianya akan disetkan untuk dimulakan secara automatik setiap kali komputer dimulakan.Walaupun kemudahan memulakan perisian secara automatik ini memudahkan pengguna, namun ianya akan memanjangkan masa untuk komputer dimulakan. Lebih-lebih lagi jika perisian terbabit tidak lagi diperlukan. Kebanyakaan perisian yang dimulakan secara automatik ini boleh dilihatdi dalam kawasan 'System Tray', di sebelah kanan bawah Task Bar. Jika banyak perisian yang sudah dimulakan, maka akan panjanglah senarai ikon di dalam 'System Tray' sesebuah komputer itu.

Sebenarnya terdapat kemudahan yang mana kita boleh mengawal perisian-perisian yang muncul di dalam senarai 'System- Tray' daripada dimulakan secara automatik semasa komputer dimulakan. Untuk mencapai kemudahan pengawalan perisian yang muncul di dalam'System Tray', ikuti langkah berikut:
1. Pilih Menu Start > Run >Taip: MSCONFIG Gambar Tip1
2. Pilih Tab Startup Gambar Tip2
3. Klik diatas perisian yang kita tidak ingin dimulakan secara automatikapabila komputer dimulakan. Tekan OK apabila selesai.
4. Untuk pilihan terkini diaktifkan, komputer anda perlu dimulakansekali lagi. Tekan 'restart'.
5. Mesej peringatan akan dipaparkan setiap kali anda memulakankomputer selepas senarai diubah.
6. Jika anda ingin mengubah senarai perisian semula, ulangi langkah seperti di atas.

Selepas memendekkan senarai perisian yang akan dimulakan apabila komputer dihidupkan, anda akan dapati komputer anda boleh digunakan semula dengan lebih cepat berbanding sebelum itu. Ia juga akan mengurangkan pengunaan memori, seterusnya akan membolehkan komputer anda beroperasi dengan lebih cekap.