Wednesday, August 29, 2007

... merdeka!!!!... merdeka!!!!! merdekaa

Catatan 50 tahun kemerdekaan malaysia. .....

hmmmm apa kah fikiran kita sudah merdeka??? fikirian yang tidak terjajah.. hanya kita saja yang dapat menjawabnya.. maksud penjajahan minda juga amat luas mungkin Gab atau izariza atau mungkin ixora tiara dapat mengulas atau mengupasnya.. mereka dari golongan akedemik yang mengkajinya.. dan kemerdekaan minda juga amat luas maksudnya.. kadangkala bagi sesetengah insan dengan angkuh mengaku telah merdeka namun begitu perlakuan mereka membuktikn sebaliknya.. manakan tidak.. rasuah seolah satu cara hidup tanpa rasa bersalah..baik yang memberi atau yang menerima.. melakukan maksiat menjadi satu prestasi yang gah dan kebanggaan tanpa sedikit pun rasa malu.. yess maybe itu lah makna kemerdekaan bagi mereka..bebas untuk melakukan apa saja... kubur masing-masing..


merdeka pada umumnya adalah kebebasan dari dijajah... bebas memilih apa yang terbaik dan bebas menolak apa yang dibenci... merdeka juga adalah kebebasan dari ugutan dan tekanan semasa membuat keputusan... bebas merancang kejayaan, bebas memilih hala tuju, bebas menjana kebahagian.. dan bebas beribadah.


tapi kalau kemerdekaan menjadi bencana seperti di bosnia, di serbia dan di kawasan sekitarnya adakah itu kemerdekaan yang dimahukan.. meski kemerdekaan dari soviet seperti kemerdekaan yang besar namun semasa dijajah tidak ada pula istilah etnik cleansing... hmmmm.. i wonder..
p/s... Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 50... hargai kebebasan, syukuri perpaduan, kekalkan kedamaian, hormati kesusilaan... pasti malaysia bahagia, cemerlang dan terbilang..
p/s.. the only united nation in the world is malaysia.. we have malay, chiness, indian, punjabi, and other races (bangla, pakistani, indon, vietnam, myanmar, philipinos etc) in one country yet live, work and enjoying life in harmonie ever after...

Mesjid Terapong

Akibat promosi oleh izariza, dan terkesima terhadap keindahan mesjid tersebut, keindahan tersebut nide rakamkan di sini merenung masa yang berlalu, sementara menuju ke destinasi yang satu, menghitung kefakiran pahala dan kemewahan dosa..... tanpa suffaat mu kekasih Allah tidak layak diri ini bersama mu di firdaus nanti...

.. moga solat ku di mesjid ini diterima walau pun ku tahu amat tidak sempurnanya ibadah ku di sisi Mu berbanding nikmat Mu yang diberikan pada ku selama ini...

.. aku hanya makhluk mu...
sepanjang jalan kenangan ini, mengajar nide betapa kejujuran selalunya menyebabkan diri dibenci namun tiada kesalan di hati.. walalupun pahit ia nya realiti.. nide tak ingin hidup dalam hipokrasi dan terus bersembunyi di sebalik tabir yang pastinya terungkap yang kononnya rahsia...


Tuesday, August 21, 2007

selamat hari jadi

selamat hari jadi

pada sesiapa yang sambut hari jadi nya

pada hari ini

21 ogos, 22 ogos dan 25 ogos

Monday, August 06, 2007

pesta makan durian

4 & 5 Ogos 2007.. sama hari ngan gathering kat dorani.. tapi nide tak boleh pergi disebabkan komitment keluarga.. apa nak buat kan.. namun begitu sempat juga meluangkan masa setelah terbaca iklan dari 'sireh lipat' kat laman ada pesta makan durian di taman warisan putrajaya.. jadi apa lagi.. nide pergi pada 4 ogos hari sabtu.. masa tu tengah demam teruk, selsema, batuk semuanya lah... tapi nide gagahkan gak ler..

manggis juga dijual dengan banyaknya dan selepas puas merasa buah manggis baru nide beli heheheheeh
buah cempedak juga menjadi satu hasil jualan yang murah

lihatlah betapa segarnya buah pulasan yang amat jarang dipasarkan kerana buah pulasan ini sensitif cepat rosak..
buah nangka yang begitu best jadinya.. yang ni kita tak boleh rasa sebelum beli.. kena beli dulu baru rasa.. orang lain sebok beli.. nide sebok makan..
adegan merasa buah pulasan sehingga kenyang.. harganya cuma rm 5 ringgit jer boleh campur ngan buah mangga dan buah jambu batu
tempat tetamu yang telah membeli kupon rm 5 ringgit makan durian sepuas-puasnya


disebabkan terlalu ramai orang nak makan durian nide mengalah dan biarkan saja dia orang berebut rebut makan durian.. lagi pun masa tu nide demam teruk.. dapat bau jer ok lah tu..

p/s balik singgah klinik jumpa dr..