Wednesday, June 27, 2007

..di persada Uncle Sam..

kaktus-kaktus di persada uncle sam.. yang sempat dirakam semasa.. melepaskan sejenak lelah dalam kedinginan nyamannya suasana..
uncle sam terletak di sebelah kiri jalan dalam perjalanan dari Brincang ke Kg Raja.. tak jauh dalam 2 km sahaja dari bandar Brincang
Istimewanya uncle sam ni adalah kerana disamping menjual berbagai jenis bunga-bungaan ada gak menjual chendrahati yang unik.. dah tu ada lak tempat minum kopi kat situ.. tempat lepak dalam taman... best sangat minum kopi dikelilingi oleh bermacam kembang yang mekar..

..bermacam jenis pokok yang ada di uncle sam.. harganya lebih murah dari tempat-tempat lain meskipun contohnya harga kaktus di cactus Valley atau di Cactus Point..
nasihat nide.. singgah lah ke sini..

Tuesday, June 26, 2007

..soalan bocor SPM...

cehhhh bocor lagi soalan SPM.. tak jujur betul aaaa... tapi tak apa lah nide di sini lampirkan..(((mat Lampir tul aaa))) soalan-soalan tersebut.. df ko jangan ler pulak bagi soalan SPM ni kat anak apek ok... tak baik menipuuuu.... hehehehehehe dossa sunat nanti..

ok guys enjoy..



SUBJEK: Sejarah

1. Siapakah ketua tentera Portugis yang menyerang Melaka pada tahun
1511?
A: Alfonso D' Albuquequer
B: Albontot D' Abukaki
C: Al apobondo nih
D: Al..Al..Alpa romeo

2. Apakah isi kandungan didalam perjanjian Pangkor?
A: Tidak buleh sekodeng anak dara mandi.
B: Isterimu, isteriku jua, isteriku.. isterikulah.
C: Semua awek dalam Pangkor adalah milik ketua kampung.
D: Semua orang boleh tempeleng ketua kampung.

3. Siapakah pegawai British di Sarawak?
A: James Brook
B: James Beruk
C: Jem Tat Nenas
D: James Bond Tot
E: Khalid Jamlus

4. Kenapa Hang Jebat mengamuk?
A: Kerana mengetahui Hang Tuah mati dibunuh Soltan.
B: Aweknya dikebas datuk bendahara.
C: Kalah main takraw dengan anak buah Hang Kebun.
D: Terlalu meminati Bandi Amuk, sebab tu la mengamuk.

5. Siapakah nama isteri Parameswara?
A: Parameswari
B: Parameswaja
C: Pramugari
D: Pramugara terlampau


SUBJEK : Ekonomi Asas / Perdagangan

1. Tiga perkara keperluan manusia, apakah keperluan itu?
A: makan, rumah dan pakaian.
B: makan, awek dan uwang.
C: bini, bini orang dan anak dara orang.
D: Rokok, korok dan korokmu.

2. Namakan sejenis sistem pertukaran barang.
A: Sistem Barter
B: Sistem batu bata
C: Sistem kasut Bata
D: Sistem Marjerin dan butter

3. Ketidakseimbangan wang akan berlakunya apa?
A: Nilai dolar lebih tinggi berbanding wang lain.
B: Nilai dollah akan jatuh kerana tak bekerja.
C: Nilai, Negeri Sembilan tiada pengunjung.
D: Nilai nilai murni diterapkan didalam PLKN.

4. Apakah ciri Sistem Kapitalis?
A: Duitmu duitku jua, duitku duit untuk biniku.
B: Semua orang perlu bersedekah ke masjid.
C: Makan dulu, baru bayar.
D: Selalu mengamalkan dasar pinjam wang bayar hutang.

5. Kumpulan manakah yang menguruskan kewangan pekerja?
A: Kumpulan Search
B: Kumpulan KRU
C: Kumpulan Kekanak Spastik
D: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Soalan tambahan :

Apakah bunyi sebutan bg dialek orang PERAK untuk perkataan "KOTA
MELAKA"?
A KOTO MELAKO
B **** MELEKE
C KUTAK MELAKAK
D **** MELAKAR

thank you & best regards,


p/s sapa ada soalan bocor lagikk?? sila matlampirkan di komen.. wakakakakkakaka

lupa lak... sila berikan jawaapan anda di ruangan komen..

istidraj

nide terima email dari ixora tiara yang nide rasakan amat berharga untuk diabadikan dalam blog nide ni.. bagus untuk kita baca .. renungkan dan ambil pengajaran darinya.. muahhhhhh ixora..tq very much..

.....Minggu lepas, seorang kawan bertanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? ". So, seorang kawan lain pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman. Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi.

Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa. Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT". (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!

Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah. Manusia istidraj Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong"..

..Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.
Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.


Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.
p/s foto dirakam dari Rose Valley 20 Jun 07

..salasilah nabi..


nide terima email dari GM yang mempaparkan salasilah junjungan kita.. nide belum membuat kajian berkenaan salalsilah ini samada susnannya betul atau tidak namun nide anggap ianya betul.. sekiranya ada kesilapan anggaplah ianya atas kejahilan nide.. nide sedia menerima teguran dan sekiranya ada salasilah yang lebih 'sahih' sila kirim kan kepada nide ok.. untuk kita sama-sama mendapat munafaatnya.. wallah hualamm
p/s Thanks GM

Monday, June 25, 2007

Lata Iskandar

nota-nota kecil pada tanggal 19 Jun 2007
dalam perjalanan ke Rosa Pasedena terjumpa airterjun di pinggir jalan.. cuaca semakin dingin tekala pendakian bermula.. aircon dimatikan kerana sesia saja memasangnya.. kesegaran bayu dari luar kenderaan lebih meyamankan..
irama deruan air yang mengelisah mengelongsor tebingan bebatuan menjadi bisikan lirik sebuah lagu tak bernota berlatarkan tasbihan unggas yang tak jemu-jemu melafaskan pujiaan ke hadrat Allah yang Esa

jernih aliran yang tak tercemar dek dosa-dosa manusia walau dikocak, berlari gah walau terhalang, tersenyum girang hati yang memandang.. mendamaikan..


ku damba keheningan damai ini yang begitu polos yang sudah lama tak bertandang dalam hidup ku.. Syukur ya tuhan membawa hadirnya aku dalam kedamaian ini


perut hendaklah ditekan dengan kuat agar tak nampak boroi...

sejuk, hening, indah, nyaman, aaaa kat sini..

pemandangan dari airterjun ke arah jalanraya..
perjalanan air ini masih jauh menuju ke muara..
begitu juga perjalanan ku...

Rosa Pasedena

... nide menghilangkan diri dari alam cyber dari 16 jun 07 hingga 24 jun 07 dan bersembunyi disini.. hanya menghadap secangkir kopi walaupun di kawasan ini penuh dengan rimbunan teh segar.. sila ler minum bersama.. actually nide melarikan diri ke sini dari 19hb hingga 21hb saja..

..sempat juga nide merakamkan keindahan kejadian Allah yang maha Agung.. nantikan postnya di masa akan datang.. sementara itu nikmatilah secangkir kopi... ((buat sendiri ler...))


Thursday, June 14, 2007

.. mat salleh sesat...

actually they are the grandmother of my cucu..


and maybe their uncle from england..







all in the family

Tuesday, June 12, 2007

Kolestrol


Setiapkali membuat pemeriksaan darah, penerangan yang diberi acapkali terhadap kandongan kolestrol dalam darah dan kandungan gula dalam darah.. hampir kesemua pemeriksaan komplikasi yang diberikan adalah negatif atau hampir negatif.. jarang yang nide dengar yang pemeriksaan darah ok jer.. paling tidak pun komen dari doktor adalah kolestrol dalam darah di border line.. kalau orang yang berumur sikit lagi teruk.. ada saja yang negatif pada hal dia dah hidup lebih 60 tahun ok jer..hehehe yang harunya bila kawan nide..aktif dalam sukan..((super aktif)) pun doktor cakap kolestrol dia tinggi..

so cam ni le... untuk tidak merungsingkan hati amalkan ler makan berikut ok..
((( nasihat dari kawan dr evil>>> nide)))


Makanan Antikolesterol

SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.4. EPALMemakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlmbadan.

IKAN TUNA
Ttermasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung. ((... tapi kalau merenong kacangtanah mau gugur jantunggg maa..))

MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.


p/s ....... nide merindui senja nan merah... sayu menanti kehadiran muuu.. menanti hujan rintik-rintik yang kian lama tak kunjung tiba... menghayalkan pelangi yang mengiringi kehadiran senja nan merah... i miss u friend

Saturday, June 09, 2007

..Takziah untu mama...

.. takziah dari nide untuk mama... moga dicucuri rahmat ke atas roh ayah mama...

nide terima sms dari abgbest.. tq abgbest

..Selamat Pengantin Baru untuk Haniedew..

Selamat Pengantin Baru untuk Haniedew yang manis, walaupun nide hanya tahu dan mendapat khabar yang haniedew akan bernikah dari wak parjo, StrormRaider (AmirS) dan dari DF sekeluarga.. khabarnya majlis pernikahan akan diadakan di Nibong Tebal pada hari Ahad 10 Jun 2007. Sehari selepas pernikahan Pak Lah kita (09 Jun 07). Bersyukur nide kerana Hanie menjumpai jodoh yang sesuai untuk diri Hanie. Nide doakan moga hanie bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat.. dilimpah rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..

Dan untuk hadiah pengantin baru Hanie nide hadiahkan seperti biasa bunga cyber.. istimewanya bunga ini adalah kerana nide yang tanam sendiri dan benihnya adalah dari Brastagi, Danau Toba, Indonesia...

sekali lagi

'''' Selamat Pengantin Baru'''