Monday, June 02, 2014

.... my malaysia, your malaysia....

by Mike Tan (the antdaily)


How many “Malaysias” are there actually?

 I believe that there are at least three, each a unique world that is vastly different from the others. The first would be the Malaysia that most of us live in – where the Malay proverb “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, loosely meaning “to live from hand to mouth” is our watchword. In this Malaysia, I, like many others eke out a living, interact with one another during the course of the day, and frequent places that may be similar or differ according to ethnicity, religion and personal preference. We share the same space, but most of all, we all share in each other’s struggle. When I travel using the bus and LRT, I smile when young passengers give up their seats for the elderly and the disabled, regardless of race. Little acts of kindness, like wishing someone good morning, or thanking your server make them pause in surprise before they break into a smile – a telling sign of how cold we expect our world to be, yet carrying around a hope that things will turn out for the better for us, eventually. We find happiness whenever and wherever we can, and with those we hold dear to us. I live in a Malaysia where breakfast is “tapao-ing” nasi lemak at the makeshift roadside stall, where co-workers talk about their families and how to balance their budgets – a simple but fun existence.

Then there’s the other Malaysia – filled with BMWs and Mercedes cars, big mansions and posh condominiums. Of Starbucks coffees, Western accents, sophistication and every imaginable luxury. Here we will find the young and glamourous, the hip and the trendy, the business suits and the eye candy. Everything is so perfect and beautiful, glittering and new. Oh how so many of us look at them with envy, yet unable to stop admiring them for all they have achieved. That is the Malaysia many of us wish we were a part of. Yet those who live there have no time for mere mortals like us, for when they move, the world moves with them.

And what of the third Malaysia?

It is truly a wondrous and exotic place filled with contrasting views, ideas and concepts. A place where words have untold power, and thoughts can become the law of the land, where unguarded moments lead to very serious consequences. This realm belongs to a unique breed, one which most of us cannot come close to understand, yet when they speak, we feel compelled to follow. These people are always in constant conflict against each other, where hateful words and insults are exchanged with glee, where negativity seems to rule supreme. This is where politicians and their ilk rule.

These three worlds intersect every day, which is unsurprising, because it is one and the same Malaysia. My greatest fear is that the Malaysia of the politicians will soon break loose, unleashing all the negativity and consume my little world.

I worry for the Malaysia I live in, and while no one might give a damn, this Malaysia is the only place I call home.

Tuesday, May 06, 2014

... siapa kita? .....

mudah untuk mencari kesilapan orang bawahan
tapi sebenarnya siapa yang salah??
 
 

Sunday, March 16, 2014

... muhasabah ....

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.
Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.
Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.
Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.
Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.
Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.
Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.
Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.
Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.
Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.
Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.
Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120923/re_01/Suara-hati-Dr-Mahathir#ixzz2w5ygYjBn
© Utusan Melayu (M) Bhd

Saturday, January 25, 2014

... Semalu ...

 
 
 
 





Thursday, January 09, 2014

Thursday, December 12, 2013

.... islam dan gugusan kepulauan melayu ..


Adakah Melayu itu pendatang?

 

Agak terkejut bila mendengar  adanya dokumen bertulisan jawi yang mencatitkanterbitan tahun 1403 di tulis menggunakan bahasa orang sabah yang ditemui di Kudat yang mengisahkan tentang 3 bab penting dalam islam iaitu, tauhid, ibadah dan akhlak. Dalam analisis ketamadunan untuk mencapai tahap boleh menulis dan mengeluarkan makalah memerlukan jangkamasa 100 tahun dari penguasaan ilmu yang dimiliki. Bukan untuk membicarakan terhadap penguasaan ilmu tetapi menjurus kepada perkembangan islam di rantau ini yang dijangkakan lebih awal dari yang disangkakan.  Sememangnya sejarah ditulis oleh orang yang menang, terdapat banyak unsur-unsur yang sering menafikan ujudnya  sesuatu keadaan demi kepentingan pemenang. Jika tarikh yang tercatit di makalah itu di ambil kira, maka kerajaan islam telah bertapak pada sekitar tahun 1300, iaitu lebih awal dari kedatangan  Parameswara ke Melaka pada sekitar tahun 1400. Dengan adanya dokumen ini beberapa persoalan semasa dapat dirungkaikan.

Pengaruh dari Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu yang merupakan kerajaan islam yang diakui dunia, jelas terlihat dalam makalah tersebut yang menggunakan bahasa melayu brunei dan melayu sulu bercampur dengan bahasa orang sabah tersebut, mengambarkan telah wujud kerajaan islam di Gugusan kepulauan Melayu lama sebelum kedatangan penjajah. Malah sekiranya peta Potelmy menggambarkan Semenajung Tanah Melayu sebagai Semenanjung Emas terdapat pula peta selepas Potelmy  yang menunjukkan kawasan nusantara dari Sumatra hingga Gugusan Kepulauan Filipina merangkumi Papua  sebagai Malay Archipelagos (Gugusan Pulau Melayu). Ini terbukti dengan nama  Manila itu sendiri berasal dari perkataan Arab Aman ni Allah (dibawah lindungan Allah). Ini menangkis pendapat bahawa rumpun Melayu ini adalah pendatang, sememang nya tak kira bangsa jawa , banjar, suluk, bugis, bajau malah semua suku bangsa yang terdapat di kepulauan ini sepatutnya dianggap sebagai bangsa melayu, walau pun terdapat bantahan dari bangsa Khadazan yang tidak mahu di anggap sebagai Melayu. Ini jelas kerana Melayu (Malay) itu dianggap sebagai berugama islam, mengamalkan budaya islam dan bertutur dalam bahasa melayu. Kelainan anutan ini adalah sebab yang utama bantahan dari suku Kadazan yang majoritinya berugama kristian untuk tidak dianggap sebagai rumpun melayu.  Sandaran ini jugalah bantahan kaum yang bukan islam Sabah sekarang yang dijadikan alasan yang Sabah adalah sebuah Negara yang bergabung dengan Semenajung dan Sarawak untuk membentuk Malaysia, bukannya sebuah negeri seperi lain lain negeri di Semenanjung.

                Kita semua tahu penjajah barat mengamalkan  dasar 3G iaitu, Gold, Glory dan Gospel.  Gold melambangkan kekayaan yang diperolehi untuk dibawa pulang ke Negara asal. Keuntungan inilah menjadi tarikan penjajah untuk menjajah di rantau ini. Kekayaan ini menyebabkan raja-raja atau pemerintah Europa bersungguh sungguh menaja expidisi pelayaran seperti vasco da gama, Magellan dan lain-lain lagi.  Pembenaan kota London, Portugal  dan Belanda juga Sepanyol adalah hasil dari kekayaan rantau ini yang dikaut mereka.

Glory pula adalah untuk meneruskan meraikan kemenangan terhadap islam dengan terus menggalahkannya dan terus menakluki  tanah jajahan dalam meneruskan kejayaanmemenangi perang salib yang terakhir iaitu di Toluene Perancis yang mana crusade telah berjaya memenangi peperangan tersebut  mengalahkan tentera islam. Untuk makluman semua terdapat 7 peperangan Salib yang terjadi dan kemenangan hanya berpehak kepada crusade pada perang salib ke 7 itu. Dari Glory yang diperolehi maka Spain telah memberi kata dua pada penduduk Bandar  Grenada di  Sepanyol samada terus tinggal disana dengan meninggalkan islam yang dianuti atau diusir keluar dari Sepanyol. Atas dasar itu juga Sepamyol menakluki Filipina dan menumbangkan kerajaan Islam di Filipina. Penentangan hebat umat islam di Flipina terhadap penjajahan Sepanyol tersebut telah disamakan dengan penentangan bangsa Moor terhadap mereka di Geranada lantas perkataan atau panggilan Moro diberikan pada penentang-penentang tersebut yang melahirkan istilah BangsaMoro di sana. Ingin saya ingatkan di sini sejarah ditulis oleh orang yang menang, jadi kerajaan islam di Filipina digantikan dan ditulis  dengan kerajaan Pagan.

Gospel adalah kitab ugama kristian yang melambangkan pengembangan ugama kristian di tanah jajahan. Kebanyakan penjajah Berjaya mengkrisitiankan anak bumi yang dijajah seperti yang kita lihat di Filipina dan pada bangsa Kadazan Dusun di Sabah. Mengikut kajian mufti Sabah, terhadap istilah penggunaan nama Allah menggantikan God dalam bible melayu yang digunakan di Sabah, penggunaan bible Melayu di dunia hanyalah digunakan pada tahun 1970an di Indonesia. Hanya sekitar tahun 1980an Bible Melayu dibawa masuk ke Sabah dan penggunaan Allah dalam bible tersebut mula digunakan. Ini adalah bukti yang penggunaan Allah dalam agama kritian di Sabah dan Sarawak belum lama. Bidasnya mengapa hanya mahu menukar God ke Allah hanya dalam bible bahasa Melayu sedangkan tidak ditukar God dalam bahasa Inggeris atau bible yang sedia ada. Bukti bukti ini juga menyangkal bahawa penggunaan Allah dalam bible melayu telah lama. Tidak pelik jika bible berbahasa arab menggunakan bismillahhirahman nirahim sebagai pembuka kata, kerana penyebaran kristian itu sendiri mempunyai motif untuk menyamakan bible dgn quran.

To be continue..

 

 

Sunday, November 03, 2013

.. colour of life ...

browsing hasil tangkapan foto dalam album semasa di Pahang terasa nak up load gambar gambar ini, saya suka warna warna yang terakam
 


saya rasa ini salah satu gambar yang tercantik pernah saya hasilkan


Saturday, November 02, 2013

...Pemerkasaan Bumiputera... Bajet 2014

... sila ambil peluang ini..
 
TERAS KELIMA: MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT

Pemerkasaan Bumiputera

174. Aspirasi untuk mencapai tahap negara maju dan berpendapatan tinggi hanya boleh dicapai dengan penglibatan bersama semua, terutamanya kaum majoriti Bumiputera. Kerajaan komited untuk terus memperkasakan penyertaan Bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara dan menjadikan agenda Bumiputera sebagai agenda Nasional.

175. Untu...k itu, program yang akan dilaksanakan termasuk mempergiat program peningkatan kemahiran kepada belia, Program Peneraju Profesional serta meningkatkan bilangan pengambilan pelajar UiTM kepada 250 ribu menjelang 2020.

176. Syukur Alhamdulillah, terkini jumlah pelajar UiTM sudahpun mencecah jumlah 180 ribu orang. Selain itu, pegangan ekuiti dan pemilikan hartanah Bumiputera akan ditingkatkan melalui Skim Jejak Jaya Bumiputera atau SJJB, Skim Amanah Saham Bumiputera 2 dan pengukuhan institusi hartanah Bumiputera.

177. Untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera, SME Bank akan menubuhkan Dana Ekuiti Bumiputera atau EquiBumi sebanyak 300 juta ringgit bagi menyediakan kemudahan pinjaman kepada syarikat Bumiputera yang berwibawa untuk mengambil alih syarikat tersenarai atau syarikat yang berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

178. Di samping itu, dana 200 juta ringgit disediakan oleh SME Bank bagi kemudahan pinjaman untuk program pembangunan semula Tanah Rezab Melayu di kawasan strategik seperti Kampung Baru, Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat. Kemudahan ini akan membantu masyarakat Melayu setempat meningkatkan taraf hidup seiring dengan pembangunan pesat di kawasan persekitaran.

179. Kerajaan terus meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan keusahawanan bagi menjana pendapatan dan kekayaan. Antara program yang akan dilaksanakan adalah mewujudkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera atau SUPERB dengan dana permulaan 30 juta ringgit.

180. Di samping itu, bagi meningkatkan pengukuhan program pembangunan vendor, Kerajaan mencadangkan perbelanjaan operasi yang ditanggung oleh syarikat anchor terutama syarikat berkaitan Kerajaan diberi potongan cukai dua kali.

181. Seterusnya, bagi meningkatkan peluang perniagaan dan pembiayaan kepada entreprenur PKS, kemudahan pembiayaan pinjaman mudah turut disediakan. Antara kemudahan pembiayaan termasuk dana Amanah Ikhtiar Malaysia berjumlah 300 juta ringgit dan dana sebanyak 700 juta ringgit di bawah TEKUN.

Wednesday, October 16, 2013

.... melayu oh melayu....

saya terbaca dalam sebuah blog terhadap ulasan penulis di akhir artikel ini untuk renungan bersama moga boleh menjawab persoalan tentang melayu terhadap mengapa dan kenapa..

Pemimpin Melayu terdahulu sedar akan kebodohan kaum Melayu yang dijajah selama 500 tahun tanpa penentangan. Bagai rela dijajah asalkan senang, Melayu telah dibangunkan dengan nilai khianati bangsa, dengki dengan saudara sendiri, gelojoh mengejar dan mengekalkan kuasa, malas berusaha, tiada cermin diri mewajahkan sejarah, tidak mahu bersatu, sanggup berkerjasama dengan Syaitan asalkan periuk nasi terjaga, visi yang pendek dan tiada perancangan dalam kehidupan melainkan menyerah kalah pada ilahi seawal minit pertama kehidupan.

Oleh kerana semangat Melayu ini halus seperti benang dan jati diri yang bacul, Melayu condong menjadi lalang menyokong siapa sahaja yang memegang senapang. Bagai hamba yang tiada maruah, Melayu menjadi balaci, tali barut, tukang jilat kasut Jepun, British dan komunis.

Sehingga hari ini Melayu masih selesa menjadi hamba kepada Cina dan India. Apakah yang terjadi ini sekadar kebetulan atau ia satu gerakan terancang si penjajah yang mahu melemahkan bangsa Melayu yang 99 peratus Islam?

Wajar kita menghargai, mencintai dan mengingati Tunku Abdul Rahman bukan hanya kerana kemerdekaan dan Singapura, tetapi juga kerana pengorbanan beliau untuk menyedarkan Melayu.

Waktu selepas merdeka adalah waktu yang amat sukar menyatukan Melayu yang telah berpecah kepada penyokong British, Jepun, Komunis, Melayu, pengkhianat, barua, tali barut, pencacai kapitan Cina, pekerja estet, penduduk kampung pedalaman dan saki baki Melayu-Indonesia yang lari bersembunyi daripada pemerintah Republik Indonesia.

Usaha berterusan ini tidak disedari oleh kita termasuk Mariam Mokhtar kerana apa yang "Maluyu" ambil berat hanya pada diri sendiri semata-mata. Bagi orang Melayu, perjuangan menyatukan orang Melayu yang tidak pernah bersatu sejak 500 tahun dahulu tidak pernah berhenti dan didokong oleh setiap Perdana Menteri melalui pendidikan, Penyata Razak, DEB, BTN dan banyak lagi.

BTN sebenarnya memang platform untuk Melayu menanam sifat perkauman yang tinggi seperti yang ada pada setiap batang tubuh Cina.

BTN mahu menyatukan Melayu, mahu Melayu cintakan Melayu, mahu Melayu kuat (dengan bersatu bukan bercerai), mahu menterjemahkan semangat Hang Tuah yang berkorban demi kesejahteraan Melayu, mahu Melayu sedar akan sifat baik dan perasaan peribadi Hang Jebat tidak memadai membadai belenggu lemah yang menyelubungi perasaan Melayu, mahu Melayu menyingkirkan perasaan "Ah, tak pe," "Cina memang pandai berniaga susah Melayu nak lawan," "Biarlah, Cina kaya, kita makan gaji dapat gaji dapat makan cukuplah."

Pemimpin yang baik mahukan kaum Melayu kuat semangat dan berniaga seperti Cina. Siapakah yang bertanggungjawab menyedarkan Melayu akan pentingnya perilaku sekarang, demi masa depan anak keturunan mereka?

Perkara sama yang telah diabaikan oleh nenek moyang kita sejak menggadai Tanah Melayu selama lebih 500 tahun!

Apakah orang Cina, India, British, Malaysiakini, Mariam Mokhtar, Sin Chew Jit Poh, The Star, MIC dan lain-lain yang akan mengingatkan Melayu supaya berjuang untuk memecah penguasaan ekonomi mereka?

Apakah Mariam Mokhtar yang begitu bangga menceritakan bagaimana BTN meracuni Melayu untuk sayangkan bangsa Melayu sendiri sebagai perkauman.

Sifat PHD (Penting diri, Hasad, Dengki) adalah sifat semula jadi orang Melayu yang ditanam oleh penjajah.

Kerana kebebalan nenek moyang kita, Melayu tidak pernah mempunyai gerakan terancang seperti Freemason, Kristian, Persatuan Cina Seberang Laut dan Parti Koumintang. Yang ada adalah parti politik UMNO, Pas dan PKR.

Untuk melahirkan Bangsa Malaysia tanpa kaum adalah perlu semua orang berkorban, Melayu perlu korbankan DEB, terima pakai meritokrasi (layakkah Mariam ditaja Mara ke luar negara jika bersaing secara adil dengan pelajar bukan Melayu yang lebih cemerlang akademik), terima pakai tender terbuka (mampukah syarikat Bumiputera menyaingi kekuatan kewangan dan mutu syarikat bukan Melayu), kuota perumahan (mampukah Melayu membayar tunai memiliki hartanah dan rumah potensi tinggi jika ikut sistem First Come First Serve), mahukah Cina korbankan Sekolah Cina yang menjadi platform menebalkan semangat perpaduan Cina tolong Cina mereka, mahukah India yang kurang serba serbi bersaing secara adil sedangkan kasta atasan mereka hampir pasti tidak akan membantu mereka.

Memang ramai orang "Maluyu" profesional seperti Mariam Mokhtar. Mereka bersemangat menawarkan diri menghapuskan nilai kaum Melayu bagi memberi laluan kepada bangsa Malaysia tanpa kaum.

Saya bangga dengan orang seperti Mariam Mokhtar tetapi tidak memadai hanya fikirkan diri sendiri sahaja tapi tidak anak Melayu 100 tahun mendatang.

MUSTAQIM ABDUL RAHMAN
Batu Caves, Selangor

Saturday, September 21, 2013

Wednesday, July 24, 2013

...RULES OF COMBAT...

hehehehe

12 MILITARY RULES OF COMBAT

* If the enemy is in range, so are you.

* Incoming fire has the right of way.

* Professionals are predictable, it's the amateurs that are dangerous.

* The enemy invariably attacks on one of two occasions: When you're ready for them and when you're not ready for them.

* Teamwork is essential; it gives the enemy someone else to shoot at.

* The only thing more accurate than incoming enemy fire is incoming friendly fire.

* Anything you do can get you shot. Including doing nothing.

* Don't ever be the first, don't ever be the last and don't ever volunteer to do anything.

* The quartermaster has only two sizes: too large and too small.

* Five second fuses only last three seconds.

* Never forget that your weapon is made by the lowest bidder.

* If it's stupid but works, it isn't stupid.


 
gambar cilok dari marina red
 

Tuesday, July 02, 2013

... saya ada apa yang awak tiada...

Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah,saya rasa saya tak sesuai lagi bersama dengan awak... saya nak mintak cerai dengan awak.....

si suami diam dan terus memandu kereta ...bertambah laju....(70km)

isteri : saya dah tak cintakan awak lagi...sebenarnya saya dah ada teman lelaki....dia akan berkawin dengan saya lepas... awak ceraikan saya... saya malas nak cerita panjang lagi.. dan saya tak nak awak cuba pujuk saya..saya dah bosan hidup dengan awak....!!

si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah...masih diam...

Isteri : bila kita bercerai,saya nak rumah kita...

si suami masih diam ...memandu dengan lebih laju.....(80km)

isteri : saya nak anak kita juga...awak bukan boleh pelihara mereka.....

si suami masih diam ..tambah kelajuan (100 km)

isteri : saya nak kereta ini,kredit card dan saving akaun kita

sisuami masih diam, membelok kereta ke arah jaya jusco.......

isteri : awak ada ingin minta apa2??

suami : tak perlu....saya dah ada apa yang saya perlukan...

isteri : ya kah?? apa yang awak ada..??

suami : si suami menjawap sebelum beliau menlanggar dinding konkrit jaya jusco... saya ada air bag.....awak tak ada..

Raja Raja Melayu BUKAN Simbol


artikel yang bagus untuk pengetahuan semua dan boleh dijadikan asas dalam kajian yang lebih mendalam..

Ketika menjadi panel pada satu forum isu semasa, seorang peserta bertanya mengenai pendapat yang menolak pembabitan Raja-Raja dalam semua hal berkaitan pentadbiran negara. Katanya, bagi negara yang mengamalkan demokrasi, Raja hanyalah simbol semata-mata tanpa tanggungjawab. Saya kongsi sebahagian jawapannya di sini.
Pendapat itu tidak tepat. Negara kita mengamalkan dua sistem berkembar, iaitu demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kedua-dua sistem ini bergerak secara bersama dan perlu lengkap melengkapi antara satu sama lain menurut falsafah atau acuan negara.

Negara kita mengamalkan dua sistem berkembar, iaitu demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kedua-dua sistem ini bergerak secara bersama dan perlu lengkap melengkapi antara satu sama lain menurut falsafah atau acuan negara.

Keduanya umpama tiang menunjangi negara. Satu daripadanya tidak boleh dilupai kerana ia boleh membinasakan keseluruhan negara. Apa yang perlu dilakukan ialah mengimbangi kedua-duanya sehingga menjadi pelengkap antara satu sama lain, bukan kompetitif atau berlawanan.

Kedua-dua sistem itu mempunyai tanggungjawab masing-masing. Namun, kita tidak dapat mengelak daripada pertembungan antara kedua-duanya. Pertembungan ini berlaku kerana keadaan, budaya serta sejarah yang membentuk latar dan landskap negara.

Pindaan kepada Perkara 66 pada 1983 dan seterusnya 1994 menjadi antara contoh pertembungan. Pindaan terbabit dianggap sesetengah pihak sebagai mengikis kuasa Raja. Tetapi, jika dilihat dari satu sudut lain, ia bertujuan mengukuhkan demokrasi.

Konvensyen Westminster
Pada peringkat Persekutuan, peruntukan asal Perlembagaan mewajibkan setiap Rang Undang-Undang mendapat mohor besar Yang di-Pertuan Agong sebelum diwartakan dan seterusnya beroperasi sebagai undang-undang. Sekiranya tidak mendapat mohor besar Yang di-Pertuan Agong, Rang Undang-Undang terbabit tidak boleh diwartakan dan tidak boleh menjadi undang-undang.

Ia kemudian dipinda sehingga kepada apa yang ada sekarang. Sekiranya tidak mendapat mohor besar Yang di-Pertuan Agong dalam masa 30 hari, rang undang-undang itu boleh diwarta dan beroperasi. Bagaimanapun, pada peringkat negeri masih ada negeri yang masih mengekalkan syarat mohor besar Raja-Raja dalam Perlembagaan negeri.

Dalam konvensyen Westminster, Raja tidak pernah enggan memberikan mohor besar kepada rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Ini bagi meraikan demokrasi berparlimen. Bagi negara kita, sejarah perundangan memperlihatkan bahawa Perlembagaan negeri meletakkan kuasa legislatif dalam bidang kuasa Raja.

Keadaan mula berubah dengan Perjanjian Persekutuan 1948, bila mana Raja-Raja bersetuju menjadi Raja Berperlembagaan dan sebahagian besar kuasa Raja, termasuk kuasa legislatif diserahkan kepada majlis perundangan. Begitu juga dengan Perlembagaan 1957, tetapi mengekalkan syarat mohor besar Yang di-Pertuan Agong dan pada peringkat negeri, mohor besar Raja.

Punca perbezaan

Pindaan kepada Perkara 40 Perlembagaan juga boleh dijadikan contoh. Pindaan terbabit memasukkan fasal (1A) yang menghendaki Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut atas nasihat jemaah menteri berkenaan apa juga peranan dan fungsi yang memerlukan baginda bertindak atas nasihat. Pindaan Perlembagaan ini juga satu cedukan daripada konvensyen Perlembagaan Westminster.

Pada peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hanya lahir ketika pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957. Institusi ini agak baru berbanding institusi Raja di Negeri-Negeri Melayu. Kita lihat Terengganu sebagai contoh. Dalam Itqan al-Muluk bi ta’dil al-Suluk Terengganu yang diisytiharkan pada 1911 itu meletakkan kuasa sangat luas kepada Sultan. Kuasa bertumpu kepada Sultan walaupun menghendaki Sultan mengendalikan pentadbiran negara menerusi mesyuarat atau perbincangan dengan Jemaah Menteri dan juga ada disebut ahl al-hal wal’ ‘aqd.

Oleh itu, sejarah dan perundangan terdahulu mungkin menjadi punca perbezaan dari segi ‘sentimen’ mengenai Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen di Negeri-Negeri Melayu.

Menjadi pelengkap

Yang pasti, Raja bukan hanya sekadar simbol dalam sistem demokrasi kita. Baginda mempunyai fungsi dan peranan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Perlembagaan negeri.

Kuasa Raja dalam soal mohor besar sebagai contoh, boleh menjadi penapis kepada ‘demokrasi mutlak’. Ia boleh bertindak sebagai mekanisme semak dan imbang kepada tindakan pihak legislatif atau eksekutif menurut demokrasi.

Maka, di sinilah timbulnya konflik antara demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Mengelak daripada Raja mutlak, pada masa sama, juga menghindari demokrasi mutlak. Kita mestilah berhati-hati dalam hal ini supaya kedua-duanya menjadi pelengkap antara satu sama lain mengikut acuan kita. Apa yang pasti kita mahukan kedua-duanya kekal bersama.

Penulis ialah Profesor Madya di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM
(artikel dijumpai dalam paparan artikel kolumnis di Berita Harian)

Monday, May 06, 2013

... melayu ..

"MELAYU"- Karya : Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
... Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Syai Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

NUKILAN
Usman Awang


Tuesday, April 09, 2013

... peringatan...

satu masa dulu
sentimen yang dimainkan oleh media atau memang kenyataan yang sebenar?



... apa yang tersirat?..

 
terjumpa dalam fb..

Friday, March 15, 2013

..UN document - Violence against women ...

Below is their list of what "decadence awaits our world" if the UN passes this violence against women document:

1. Granting girls full sexual freedom, as well as the freedom to decide their own gender and the gender of their partners (ie, choose to have normal or homo- sexual relationships), while raising the age of marriage.


2. Providing contraceptives for adolescent girls and training them to use those, while legalizing abortion to get rid of unwanted pregnancies, in the name of sexual and reproductive rights.


3. Granting equal rights to adulterous wives and illegitimate sons resulting from adulterous relationships.


4. Granting equal rights to homosexuals, and providing protection and respect for prostitutes.


5. Giving wives full rights to file legal complaints against husbands accusing them of rape or sexual harassment, obliging competent authorities to deal husbands punishments similar to those prescribed for raping or sexually harassing a stranger.


6. Equal inheritance (between men and women).


7. Replacing guardianship with partnership, and full sharing of roles within the family between men and women such as: spending, child care and home chores.


8. Full equality in marriage legislation such as: allowing Muslim women to marry non-Muslim men, and abolition of polygamy, dowry, men taking charge of family spending, etc.


9. Removing the authority of divorce from husbands and placing it in the hands of judges, and sharing all property after divorce.


10. Cancelling the need for a husband’s consent in matters like: travel, work, or use of contraception

Thursday, December 06, 2012

... di sana sini...



... Melayu ...

Asal-usul Melayu Semenanjung Malaysia

(di copy dari fb Tiara Dania)

Orang Melayu di Semenanjung Malaysia terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu Melayu Anak Dagang dan Melayu Semenanjung.

Istilah 'Melayu Anak Dagang' merujuk kepada suku-suku pribumi Nusantara yang bukan pen...duduk asal Semenanjung. Mereka berasal dari Kepulauan Indonesia, Champa, Filipina dan Brunei.

Melayu Anak Dagang merangkumi:-

* Suku Aceh

* Suku Banjar

* Suku Batak-Mandailing

* Suku Boyan (Bawean)

* Suku Bugis

* Suku Cham

* Suku Jawa

* Suku Kerinci

* Suku Minangkabau

* Suku Rawa

* Suku Yunnan

* Suku Jambi

* Suku Riau



'Melayu Anak Dagang' tidak dianggap sebagai pendatang di Semenanjung kerana penduduk Nusantara menganggap bahawa Kepulauan Melayu adalah hak milik bersama. Itu adalah sebab utama mengapa kerajaan Malaysia memberi mereka status Bumiputra.

Istilah 'Melayu Semenanjung' pula merujuk kepada suku-suku pribumi Nusantara yang merupakan penduduk asal Semenanjung.

Melayu Semenanjung merangkumi:-

Suku Kedah Tua

- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Kedah Tua pada awal abad ke-4 Masihi.

- merujuk kepada orang Melayu di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, utara Perak dan selatan Thai (Satun, Trang, Phuket dll)


Suku Perak

- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Gangga Negara pada awal abad ke-2 Masihi.

- merujuk kepada orang Melayu di Perak (bahagian tengah dan selatan)



Suku Kelantan dan suku Patani

- dua suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Langkasuka pada abad pertama atau ke-2 Masihi.

- merujuk kepada orang Melayu di Kelantan, Patani dan wilayah-wilayah lain di selatan Thailand.


Suku Terengganu

- suku pribumi Semenanjung yang asalnya dari keturunan penduduk Kerajaan Langkasuka yang berhijrah ke Terengganu (Terengganu adalah sebahagian jajahan Langkasuka)

- merujuk kepada orang Melayu di Terengganu.


Suku Pahang

- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kota Muang Pahang - salah satu kota Naksat (Naksat city) di bawah pemerintahan Langkasuka

- Kota Muang Pahang masih tidak ditemui sehingga sekarang.

- merujuk kepada orang Melayu di Pahang.


Suku Johor

- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kota Gelanggi atau Perbendaharaan Permata pada 650 tahun Masihi.

- Kota Gelanggi adalah dipercayai ibu kota pertama empayar Srivijaya sebelum berpindah ke Palembang, namun kota tersebut masih tidak ditemui.

- merujuk kepada orang Melayu Jati di Johor.



Orang Melayu, kebudayaan Melayu dan Bahasa Melayu (termasuk Bahasa Indonesia) berasal dari Semenanjung. Srivijaya juga bermula di Semenanjung dan bukannya Sumatera.

Jika benar orang Melayu berasal dari Kerajaan Melayu di Sumatera, maka siapa yang mendirikan Kerajaan Langkasuka, Gangga Negara, Kedah Tua, Kota Gelanggi, Kota Muang Pahang, Chih-Tu dan Ligor? Semua kerajaan-kerajaan tersebut wujud jauh lebih awal dari Kerajaan Melayu.

Penduduk Indonesia berhijrah dari Dataran Yunnan ke Kepulauan Indonesia melalui Semenanjung Malaysia. Menurut teori penghijrahan manusia purba, manusia berhijrah dari daratan ke pulau, bukan sebaliknya.See more