Friday, May 15, 2009

.... adam omar...



keahlian baru dalam family tree nide.. cute sungguh.. my new anak saudara

Friday, April 10, 2009

Thursday, April 09, 2009

... bunga harapan..


..semasa nide balik kampong bulan mac lepas terpandang bunga-bunga buahan yang sedang berkembang...

bunga rambai..



bunga pulasan



bunga durian..






bunga lansat...




bunga manggis..




bunga rambutan...




p/s dalam masa 4 bulan lagi boleh ler datang kampong nide kita makan buah..

p/s2 ..... sedih hasil pekebunan tiada siapa yang mengusahakan kini, padahal hasil ini lah yang menghidupkan keluarga kami dulu....






Monday, April 06, 2009

..chinese girls in china...

selepas mendarat di Hong Kong International Airport, nide menyeberang ke tanah besar china pula.. sebuah negara super power.. tempat yang dituju... ShenZhen..

bersama seorang tourist China di kawasan peranginan yang diberinama faces of the world.. baju yang dipakai adalah disewa ditempat tersebut.. sedang dia sebok amik gambar nide mempelawa gadis ini untuk bergambar dengan nide... hehehehehehehehe.. tumpang gambaran



gadis ini bernama Ala Chu.. pengiring rombongan nide ke Kilang Hwa wei sebuah kilang peralatan komunikasi yang terbesar di China.. wajahnya manis macam artis dan perwatakanya lembut dan berbudi bahasa... Ala Chu mengiringi kami hingga hari terakhir di China..







Sebagai lambang kemewahan Hwa wei menyediakan tea lady bagi menyambut tetamu yang datang... walaupun teh China yang dibuatnya tawar jer... tapi rasa manis dan tak puas lak meminumnya... manis tanpa gula ek gadis nihh....



gadis ini pula adalah jurujual di sebuah shopping kompleks, pandai cakap melayu sebab ramai juga orang malaysia, indonesia dan brunei yang datang memebeli belah di kedai beliau. Tak sempat nak tanya nama dia pun..




gadis china ini pula adalah pelayan di restoran berputar macam kat menara KL tu, nide bergambar semasa menunggu lift untuk turun selepas dinner di sana..

Friday, April 03, 2009

... saja ..jer


sapa dah sampai hongkong mesti tahu tentang kapalterbang nih..

Thursday, March 19, 2009

... rebong ...

18 mac 2009..

lepas meeting kat TM Tower di Bangsar.. singgap jap makan tengahari kat restoran rebong.. masakanya sedap sungguh... asam pedas sangat slurrrppp.... ada rasa.. lain lain masakan pun sedap dan ada classs... siput sedut... kari kepala ikan... daging salai lemak cili api.. pucuk pakis goreng.. macam-macam ada... manisan lak ..pulut sira ngan pengat durian.. dan macam macam lagi ler..

sebab dekat bangsar.. teringat lak kat saint.. nide sms ajak makan sama.. tapi dia dah ada programm... lunch kat KLCC... dia kata nide lambat bagitahu.. hehehehehe.. (((bertuahnya nide kalau saint nak ikut join lunch..wakakakkaakak)))..

post ni saja nide nak eksen kat korang.. korang kenal tak sapa yang kat sebelah nide???..
yesssssssss chef ismail....

ini ler tukang masaknya yang mesra dan sempoiii sekali.. masih bujang... haaaaaaa per lagiii.. ngorat ler cepat..


pada chef ismail... thanks for the hospitality dan memang sedappp sungguh masakan yang chef masak... kalah nasi kerabu kuantan ((hehehehehehehe)))... dan kalah gak asam pedas kerisik halimunan...(((yang sampai tua nide tunggu)))... hehehehehehe

p/s.. chef ismail pesannn kat korang.... Janggggannn marahhhhhh...

Wednesday, March 11, 2009

....siraj hati...


lagenda siraj hati

dalam sendu rajuk
tika ashri yang kalut
menjinjing mengalas beban amanah resah
menafi kalbu rindu
menahan ocehan sindiran habibku
pada detik dakapan mu wajib bagiku
kaldu terluka lalu sayu...


Friday, March 06, 2009

.. aparteid ....

kadang kala terfikir juga nide tentang pemimpin yang jahil tapi bergegak gempita seolah tahu apa yang diperkatakan sedangkan bagi orang yang tahu ianya membuktikan kejahilan pemimpin itu sendiri.. hingga penilaian peribadi menjadi heran macam mana orang sebegini 'pandai' dipilih untuk mewakili rakyat...

kes pertama..

"demokrasi" = "majority rules.." habis cerita..

kalau dulu u rules (memerintah) sebab u dapat majority tapi sekarang u bukan lagi majority.. serah jer laaa pemerintah tu kepada majority..


kes kedua..

"apartied" = jangan marah ek kalau nide samakan bangsa cina kat malaysia dengan pengamal apartied kat Afrika Selatan sedikit masa dulu... sebab persamaannya serupa contohnya..

pengamal apartied adalah orang asing (bukan bumiputera) yang menguasai ekonomi setempat, jadi mat salleh di SA dan orang C di malaysia adalah sama.

apartied mengasingkan warna kulit dan bangsa.. sama gak..

orang c buat sekolah C, university C, persatuan-persatuan C, parti-parti politik C, persatuan kebajikan C, gengster pun C, macam-macam lagi lah...

sikit sangat pekerja bukan C di syarikat gergasi C...


bila dah berkuasa sikit.. mula lah nak menghambakan bumiputera..

contohnya :

1. kesinambungan perjuangan politik yang bermula daripada tindakan mencabar kesultanan dan ketuanan Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.

2. menolak hak keistimewaan orang Melayu, bumiputera dan kesultanan Melayu.


nasihat nide...

sila kaji suasana dan sejarah dunia.. hal hal berkaitan pergolakan di negara asing seperti di Fiji, di Zimbawe, di Sudan, di afrika selatan juga.. peperangan Balkan Serbia, Bosnia, Israel, Albania, Somailia, Sri langka dan lain-lain lagi...

Semua pergolakan disebabkan minority besar kepala sebab pegang ekonomi dan akhirnya semuanya kalah.. situasi kalah-kalah.. pelajarilah kes yang paling hampir bila orang C disembeleh tanpa kasihan di Indonesia...

Jangan mudah lupa...

'bumiputeraisme' bukan untuk menindas mana-mana kaum tapi untuk menyelamatkan kaum-kaum tersebut dari dimusuhi..

Thursday, March 05, 2009

Monday, March 02, 2009

... hujan dan bunga...

bila hujan... bunga pun kembang..





... Cerita Bukit Keluang...

bergaya di bukit puteri
(p/s.. kurusnya nide..)


pemandangan landasan kapalterbang gong kedak..
kompleks tudm di kaki bukit puteri..

.. ikan perhiasan di resort bukit keluang yang cantik...

... memang indah keadaan resot di bukit keluang..


.. Cerita seram ini telah diceritakan pada nide semasa dalam perjalanan nide dari bukit peteri (disebut puteri) ke bukit keluang untuk makan tengahari semasa lawatan nide ke Pangkalan Udara Gong Kedak.. cerita nya bergini.. sebelum bukit puteri dibuka untuk penempatan pangkalan udara terlalu banyak gangguan makhluk halus yang dialami di pangkalan udara gong kedak ini.. almaklum bahawa berhampiran dengan landasan kapalterbang gong kedak terdapat sebuah bukit berhampiran yang amat sesuai untuk dibangunkan sebagai kuarters dan pejabat. Bukit ini terletak di dalam negeri terengganu manakala gong kedak pula di negeri kelantan.. al kisah disebabkan gangguan makhluk halus tersebut terlalu kerap dan ganas.. maka dipanggillah orang yang bijak pandai untuk mengatasi mahluk tersebut.. seorang dukun dipertanggungjawabkan bagi mengusir makhluk tersebut....

.. mengikut cerita dukun tersebut ganguan tersebut berasal dari jin-jin penghuni bukit puteri.. akibat gangguan pembenaan di tempat mereka maka jin tersebut jadi tak selesa.. jadi dukun tersebut membuat perjanjian lah dengan jin-jin tersebut... jin tersebut akan dipindahkan ke satu tempat yang lebih aman...

..so.. tudm terpaksa menyediakan 2 bas panjang untuk mengangkut jin-jin tersebut berpindah..
.. awal pagi lagi bas tersebut telah bergerak dari gong kedak ke bukit keluang.. dari cerita pemandu bas tersebut.. bas dirasakan berat dengan muatan.. padahal cuma dukun itu saja menumpang bas tersebut... bila bas terhenti disebabkan lampu isyarat merah... terdengar dukun tersebut menjerit.. jangan turun lagi.. belum sampai.. naik balik.. naik balik!!!..

perjalanan dua bas tersebut berakhir di bukit keluang... dan disitu lah menurut cerita jin-jin berkampong sekarangggg.... satu lagi syarat untuk orang tudm.. tak dibenarkan memakai uniform bila pergi ke bukit keluang... kalau pakai uniform ke sana... jin akan ikut pulang ... hehehehehehehe...

... desa waterpark ...


pemandangan awal pagi pada 8 jan 09 di desa waterpark

Tuesday, February 24, 2009

... late entry ...


p/s.... wow tanned nya kulit... ((penangan golf..) hehehehehehe

Monday, February 16, 2009

....Bismillah.....

... banyak email yang diterima dari ixora tiara.. (lama menghilang dari laman..) salah satunya seperti di bawah ni.. hayatilah..



Mukjizat di sebalik BISMILLAH


BISMILLAH adalah
sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR
ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan

nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1.Yang pertama ditulis Qalam adalah BISM
ILLAH. Maka apabila
kamu menulis sesuatu, maka

tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada
setiap wahyu yang Allah turunkan kepada

Jibrail.

2."BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila
memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya
sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3.Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah
barat, angin terdiam,air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang
dan terlempar semua syaitan.

4.Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang
sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan
di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.



5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada
19 (QS.AL http://qs.al/ Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang
ingin Allah selamatkan dari 19
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."



7.Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata,
"Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat
namanya disyurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang
tuanya.

9.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.


10.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka
akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan
bala.

11.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim,
hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan
kehebatan kepada si pembaca.

Friday, February 13, 2009

... okid terbiar..

tak terjaga pokok orkid yang banyak kat halaman rumah.. anak sedara nide si sufiah pun cakap rumah nide dah macam hutan hehehehehehe.. tapi my driver cakap bukan semak tapi lanskap.. mungkin nak jaga hati bos dia kot.. wakakkakaka char ma betul dia .. (cari makan)..


walalu pun kurang dibaja dan disiram keluar gak bunga pokok ni.. unik dan cantik.. mungkin disebabkan hujan yang kerap dalam bulan januari menyebabkan ianya berbunga..


alasan yang dapat nide beri kerana kurang penjagaan ni adalah kerana kesuntukan masa.. keluar rumah 0630 pagi.. betul betul lepas subuh.. sampai rumah lak dekat kul 7 malam.. tak sempat aaa nak siram.... malam?? siram lain lak... wakakakkakakaka


.. kekerapan keluar outstaion pun menjadi sebab yang nyata... apa nak buat demi tugas..


anyway thanks ler bunga... kerana sudi berkembang di halaman walau pun terbiar..

... hari keluarga ...

8 jan 09... hari keluarga tahun 2008.. heheheheh hari ahad
di Desa Water Park ..KL..



p/s.. dapat hadiah..tuperware ori... mahal oiii.. orang lain dapat hadiah lagi best best.. siot jer

Thursday, February 05, 2009

... kelantan dalam ingatan....

13-15 Jan 09






p/s gambar di kota bahru... kat luar hujan.. penat jer usung beg golf..huh