Tragedi 3 Mac 1946 – ‘Ketuanan Rakyat’ Yang Menjadi
Detik Hitam Sejarah Melayu
Posted by
ibrahimbaba in Kerajaan, Kesultanan, Kesultanan Melayu, Melayu.
trackback
trackback
Jam 12 malam
3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan
yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga
merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan
Indonesia. Lima sultan di lima negeri Melayu di Sumatera Timur telah dibunuh
dengan kejam. Beribu-ribu orang kerabat raja turut dibunuh
kejam.
Dalam satu
malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan
kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan
pendatang luar.
Peristiwa
bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur
menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai partai politik dan
juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis
Indonesia.
Istana Darul
Aman, Tanjung Pura, milik Kesultanan Langkat, di tahun 1930an. Kini ia musnah
hancur akibat fitnah puak yang melaungkan 'Ketuanan Rakyat' yang semata-mata
mahukan kuasa bersama-sama berbelas-belas istana kesultanan lain di Sumatera
Timur. Rakyat Sumatera Timur kini menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh
datuk nenek mereka terdahulu.
Akibat jarak
dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi
mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari
Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah
seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan
menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan
di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan
redaksi majalah Pemoeda Soematra.
Secara
diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki
kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian
membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu
untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi
melawan laungan ‘Daulat Tuanku’. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini
mempunyai hubungan baik dengan dengan Belanda dimainkan selain kononnya pihak
istana memeras dan menindas rakyat.
Muslihat ini
dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan
beserta rombongan yang 7 buah kereta , bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946
melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut
rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.
3 Mac 1946,
tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat
pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak
bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan
Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat
Indonesia.
Pembunuhan
terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang
dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai
pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang
dipimpin Parti Komunis Indonesia.
Penyerbuan
itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan
Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa gelar Yang
Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan
Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang
Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. Kesemua sultan ini
mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang
terpengaruh dengan dakyah komunis.Hampir
separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan
sebagai kuli di ladang-ladang.
Di tempat
lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan
dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian
besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku
Amir Hamzah. Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih
memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan
putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana. Kekejaman ini dilakukan
oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.
Kesultanan
Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai
hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih
berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.
Kerabat-kerabat
lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan
anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat
raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan
sahaja.
Mereka
kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah
terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun
dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.
Indonesia
pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi
orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka. Mereka takut mengaku Melayu,
takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka
supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan
gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci sebagai kerabat raja.
Akhirnya,
selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh
Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak
memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib
yang dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas
Sultan-sultan Melayu di Sumatera. Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia
telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti
Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus ‘Revolusi Sosial 1946’ di
Sumatera Timur dengan membunuh parak Sultan dan kerabat diraja serta merompak
istana-istana ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.
Sinar bagi
orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin
masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah
Sumatera, Leftenan Jenderal Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan
sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi
bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .
Sehingga
kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua
generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan
Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu
Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di
seluruh penjuru dunia.
Para pecinta
sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu
oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas
kuasa pemerintahan dengan jalan mudah.
Dipetik dari
– Blog Ipoh Malay http://ipohmalay.blogspot.com/