Monday, April 12, 2010

... misai kucing ...

MISAI KUCING


Nama pokok ini ialah Pokok Misai Kucing. Dalam perubatan tradisional pokok ini amat tersohor dan telah lama digunakan bagai menawar berbagai jenis penyakit oleh para tabib, dukun mahu pun bomoh. Kemungkinan diberikan nama tu mungkin dari bunganya yang banyak sesungut macam misai kucing. Nama saintifiknya Orthosiphon Stamineus. Pokok ini subur hidup secara terbiar dan gangguan terhadapnya akan menyebabkan ianya mati. Maksud gangguan tersebut adalah sekiranya dialihkan jarang ianya dapat hidup.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Dikatakan pokok ini mempunyai ciri2 anti alahan, mengurangan tekanan darah, anti peradangan dan melawaskan air kencing. Ia juga dikatakan boleh mengubati sakit buah pinggang yang belum sampai peringkat serius. Pengamal perubatan menyarankan sekiranya pokok ini ingin digunakan sebagai ubat kepada penyakit batu karang resipinya adalah dengan menggunakan segenggam daun misai kucing,7 pokok dukung anak,10 helai daun ngokilo,10 hirisan temulawak dan 4 butir jagung muda. Rebus dgn 4 gelas air hingga mendidih. Minum air rebusan itu untuk satu hari.



Untuk mengurangkan penyakit kencing manis, jemur segenggam dun misai kucing. Bila kering rebus dengan 3 gelas air sehingga jadi segelas. Minum beberapa kali sehingga habis. Boleh juga kisar akar dan batang pokok misai kucing dengan sedikit air. Tapis dan campur dengan air suam dan minum perlahan2.

Bagi merawat darah tinggi pula ambil 2-3 helai daum misai kucing dan rendam dalam segelas air panas. Biarkan suam dan minum. Amalkan.

No comments: