Saturday, May 31, 2008

...31 may 2008..

air force day
Heh its 31st May.. the very meaningful day of my life.. yup its is Royal Malaysian Air Force Day. Today is the 50th year airforce celebrations of establishment. Happy birthday, may god bless us. I have served for 27th years since I was commission in 1982 and it has been a very colorful experience since than, however there were never onces, regrets of selecting this way of life ever crossing my mind. I like my jobs. I like to served people, to help people in need and to solved and managed the crisis day in day out..

One thing about TUDM is.. we never brag… yup!! never bragging of what we had done. Humanitarian helps like earth quake in BAM. Iran…, Aceh and Nias, Indonesia.. we are among the 1st to put steps in the unfortunate areas.. the routine floods relief in Malaysia.. we are also the major player seem not been or least appreciated by nations.. the smog /smoke solving platform, doing cloud seeding without complaining of the additional work load or possibility being publicize of a good job are none (as I know) and appreciated accordingly.. (we did also cloud seeding to avoid further rains in flooded area.. cloud seeding to forced incoming rain to drop on the South China Sea)…. Etc..etc.. malas nak cerita..

In system management, we didn’t brag that we are the one who had long time establish of computer networking systems… right now the major networking in TUDM has more than 3 systems independently.. the one established earlier than putrajaya event build.. hehehehehe.. talking about procedures the department of civil aviation brag of Safety Management System (SMS) alas we had Flight Safety System long time ago and had been fine tune with inspections, schedule programs and well trained aviator in safety be it trained locally or trained oversea (like nide in stolkhom Sweden)… hehehehe.. the TQM? The ISO? Is derived from our organization.. what else?? The management tool.. the balance score card…. been in the airforce a decade ago..

…. In fact just to remind bloggers… TUDM is a professional organization.. we develop system, we manage technology .. we improve and will continues to improve… as a jet fighter we move faster than the other government agencies…

p/s we dont need appreciations



31st May… nide like to wish my wife.. happy anniversary yang ke 21.. heheheheheheh
Noooooooooooo I didn’t forget….

Thursday, May 29, 2008

.. praktis ...

untuk tidak kalah lagi.. latihan amat perlu.. kekerapan latihan juga merupakan satu aspek menentukan kejayaan...

ketepatan balingan... dan teknik badan semasa balingan perlu betul agar pin boling yang tertinggal semasa hentaman bola tidak menghasilkan 'split'


kali ini hadiah untuk 'lawan' yang kalah akan mendapat 'hadiah' seperti ini...


yang menang harus berdiri tegak menghormati lagu kebangsaan...

sambil diberi kebenaran untuk beraksi seperti ini...

p/s... ada berani???

Monday, May 26, 2008

.. lega ...

masalah nide dah selesai...
alhamdulilahhh lega rasanya
terasa bebas dari seksaan perasaan
terasa ringan bebanan pengharapan...
selamat tinggal ikatan ...
tak perlu lagi mendengar makian dan hinaan
tak perlu lagi memohon alasan
dan tak perlu lagi mendengar pembohongan
untuk menutup kecurangan yang disembunyikan
tutup telinga
dengar lagu halwa telinga...
keindahan dan kelazatan di anugerah tuhan..

Thursday, May 22, 2008

... politik jap...

... hehehehe... pandangan insan kerdil yang dinamakan rakyat



aduhhhhh President Umno ni tak tahu ker dia ditipu lagi??.. kalau orang sokongg dia atau majority ahli umno sokong dia... BN tak kalah 4+1 negeri ler dalam PRU dulu... kalau tak boleh berfikir apa yang tersurat dan apa yang tersirat.... rasanya jawatan President yang dilantik tu lepaskan lah... dilantik bukan bermakna ianya kelayakan jadi President yang berwibawa....


ampunnnn...



p/s nide nangis dulu lah...


p/s 2... still need somebody to hug me...


Tuesday, May 20, 2008

... tv3 ...

15 mei 08

bersama nurul syuhada nurul ain..
wartawan tv3 semasa nurul membuat pengambaran di pejabat nide
p/s .... i need a hug nurul....

Monday, May 19, 2008

... hug me ...

i really need a hug...
nide sedih sangat sekarang


Thursday, May 15, 2008

..celamat ari ibu...


p/s balas balik






Friday, May 09, 2008

.. yang mana satu ..


tolong nide pilih ek.. yang mana satu..

Thursday, May 08, 2008

.. pesanan ...

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."

.. tumpang boleh???....

adik.. motor abang rosak ler.. tumpangg bolehhh?????
?


cam tak boleh jer.. hitch hike kereta awek ler cam ni..

Wednesday, May 07, 2008

.. pantun nan..


sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
ajak makan nide makan
suruh mengaji buat-buat tak tahu
p/s tak baik tunjuk alim..riak namanya..
hehehehehe
.doa makan ok ler jugakk....
sorong sudu pakai tangan
suruh pelayan tambah cawan
sedap makan lazat kekenyangan
bil datang tunjuk kat kawan
p/s kawan tu kaya.. lama tak menderma
kawan tolong kawan buat pahala..
amal sedekah jariah..wal ainol jariiiiahhh
hehehehe
asam pedas kerisik berlada
baru basuh tangan asam pedas dah tak ada
mana ppuan ada situ nide ada
mana nide ada situ ppuan ada

p/s ..tak caya tengok gambar bawah..
salah nuts fatwa ko... salahhhh..
hehehehehehehe


anak sama mak dia pun sama

bapa nya tak sama sebab ada misai

adiknya manja kakaknya pun sama

malang nya pula uminya berangin tak pasai-pasai

p/s.. pantun gurauan jer tau.. terimakasih kerana jemput makan malam yang berbayar.. wakakakakakkakakakakakak








maafkan.. nide..


foot note : 6 Mei 08 at 2030H

Tuesday, May 06, 2008

.. selamat hari ibu...

nide terima lagi email yang sedih dari seseorang... terima lah ..





Ibuku Seorang Pembohong


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!! PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis=dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.


Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu...

Monday, May 05, 2008

.. musafir yang malang...

nide selalu percaya yang gambar lebih indah bercerita dari coretan yang dilahirkan.. picture tell the thousand words.. so kali ni nide nak biarkan gambar-gambar yang dipostkan di sini bercerita sendiri.. tak perlu lah nide ulas..

cerita ni berlaku pada 28 april 2008. hari isnin diantara jam 1230 hingga jam 1400...

indahnya pemandangan di kilometer 95.8 arah ke Kuala Lumpur
I
I
I
I
I

dalam kesunyian membelah angin bersendirian..

V

V

V

V


dalam kepanasan sinar mentari.. ku lemparkan jaket keselamatan yang menjamin keutuhan tubuh dalam kecelakaan yang tidak dipinta..

>

>

>

>

>

V

V

V

V

V


the end..

p/s terima kasih pada insan-insan yang sudi membantu.. moga kali ini adalah kali terakhir nide akan menyusahkan kamu-kamu.. terimakasih moga tuhan membalas budi mu...