Wednesday, May 10, 2006
kocakkan hati
ketenangan selama ini yang ada akhirnya berkocak...
lalu ku tanyakan pada hati..
mengapa resah aku kini...
mengapa bingung aku kini...
hmmmmm
Subuhnya
aku????
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu langkah
tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu
Zohornya
aku sebok lahhhh
memikikran kelaparan & kehausan
mementingkan tuntutan jawatanku
terus bertolak ansur dengan waktu
gembira membilang keuntungan
lupa betapa besar kerugian
dengan menggadaikan ketaatan
Asarnya
kita....
warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
tika aku masih dengan secawan kopiku
leka pada panas di umbun kepala
asyik bercerita tentang si Tuah yang setia
dan si Jebat yang derhaka
Maghribnya
kami
termanggu melihat warna malam
sambil aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang sesingkat menjelang
yang bertongkat-tongkat menghisab kerugian dana
membena tahta bertingkat-tingkat
Isyaknya
biarlah dahulu
kerana masanya yang panjang
menghitung penat menghimpit dadaku
membiarkan kelesuan sebagai alasan
terlena kenikmatan
sambil menarik selimut biru untuk dicumbu dengan waktuku
((((((Pernahkah ku tanya sampai bila aku akan melambatkan terus sujudku????
Sedarkah hati ku pada seruan azan itu???
Masih sesepi kuburkan Masjid menanti kehadiran ku???
Tak teringatkah aku di hujung hidup ada mati???
Entah..... Siapa kah aku di sisi mu Tuhan ku??)))))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment