1. Legasi Dalam Bidang Sains
a.) Sumbangan Dalam Bidang Perubatan
Sebenarnya orang Melayu mempunyai sumbangan yang besar dalam bidang perubatan. Sehingga hari ini, ilmu perubatan tradisional Melayu dan petua-petua orang tua kita dalam segenap hal masih lagi diamalkan, terutama di kampung-kampung. Jangan pandang rendah pada ilmu perubatan tradisional bangsa kita kerana itu ialah lambang ilmu perubatan yang wujud dalam bangsa Melayu.
Sebagai contoh, petua dalam merawat demam ialah dengan menghasilkan air kembang semangkuk. Air ini diperbuat daripada biji selayar. Selain itu, petua lain orang Melayu ialah denga menggunakan bunga raya. Bunga raya akan diramas dalam air kosong sebelum disapukan di kepala mana-mana orang yang sakit.
Kalau untuk menyembuhkan penyakit batuk pula, petua orang tua kita ialah dengan memakan bawang putih. Bawang putih haruslah dibakar dengan sehingga benar-benar masak sebelum dikuyah. Apabila benar-benar rangup bawang putih perlu dikunyah untuk menghilangkan sakit. Dalam kajian sains sebenarnya mendapati bahawa bawnag putih ini sangat mujarab. Terdapat antibodi semulajadi dan antioksidan yang berfungsi untuk mencegah kerosakan sel tubuh badan kita.
Itu baru saya kongsikan rahsiaa perubatan tradisional Melayu dengan kalian. Saya yakin likers-likers di sini mempunyai banyak petua perubatan Melayu lama yang diwarisi daripada keluarga masing-masing. Saya menggalakkan kalian berkongsikan di sini untuk kita.
Perkongsian pengubatan tradisional atau bahan-bahan ‘penawar’ di atas biasanya berdasarkan flora dan fauna yang mudah diperolehi daripada hutan. Untuk pengetahuan semua, pengubatan cara ini dipanggil ubat akar kayu. Di kalangan Masyarakat Melayu, penggunaan ramuan atau ubat akar kayu masih popular hingga ke hari ini.
Orang Melayu percaya ubat akar kayu ini mempunyai khasiat yang tinggi dan mampu mengubati banyak penyakit. Akar kayu bermaksud segala ramuan yang diperbuat daripada bahagian-bahagian tumbuhan seperti daun, bunga, batang, kulit dan juga akar kayu. Terdapat lebih kurang 6000 sehingga 7000 spesies tumbuhan peringkat tinggi yang digunakan sebagai bahan untuk ubat akar kayu oleh pakar perubatan Melayu.
Jangan dipandang rendah pada perubatan Melayu tradisional ini. Pencapaian hebat perubatan Melayu tradisional ialah penciptaan antidot untuk beberapa jenis kes keracunan selain daripada terdapat bahan-bahan untuk merangsangkan muntah (emetik) yang digunakan oleh para pengamal atau pakar perubatan Melayu sejak dahulu dan kini dalam perubatan Barat moden. Selain dari ubatan yang dibuat daripada tumbuhan terdapat juga ubatan yang dibuat daripada haiwan seperti hempedu gajah, hempedu sawa, lemak landak, tulang sotong dan seumpamanya. Sesungguhnya orang Melayu dan alam memang sentiasa bersahabat sejak dahulu lagi.
Untuk lebih spesifik, kita harus mempelajari dalam skala yang lebih besar tentang sumbangan Melayu dalam bidang perubatan. Selain petua-petua yang diturunkan dari mulut ke mulut, orang Melayu turut mendokumentasikan perubatan mereka. Antara kaedah-kaedah perubatan melayu tradisional yang terkenal ialah kitab-kitab tib. Perkataan tib ini bermaksud ubat, tukang ubat dan ilmu perubatan. Ada pelbagai kitab tib yang digunakan oleh orang Melayu. Kitab ini merangkumi mengenai penyakit-penyakit biasa seperti demam, batuk dan lelah selain daripada penyakit-penyakit seperti rasukan. Kitab tib terkenal adalah Tajul Muluk atau nama lainnya ialah Kitab Mujarrabat Melayu. Kitab ini mengandungi 500 mukasurat berkaitan 147 fasal dan perkara dalam perubatan.
Selain itu, antara buku atau kitab yang mendokumentasikan ilmu perubatan orang Melayu ialah This is The Medical Book of Malayan Medicine yang kini dimiliki oleh The Pharmaceutical Society of Great Britain. Menurut editornya sejarah penterjemahan buku tersebut tidak diperolehi atau hilang dan buku tersebut ditulis tangan oleh penterjemahnya bernama Ismail Munsyi. Salah satu daripada preskripsi yang terdapat dalam buku perubatan Melayu ini (no. 99) telah digunakan sebagai ubat untuk melegakan lelah dan bronkitis di Barat pada sekitar tahun 1915.
b.) Astronomi
Orang Melayu adalah pelaut terkemuka dunia. Justeru perlunya untuk mengkaji tentang pemikiran masyarakat awal Alam Melayu tentang cakerawala juga dimanfaatkan untuk kegunaan petunjuk arah dan penandaan musim. Untuk kegunaan petunjuk arah, pengetahuan orang Melayu tentang bintang Tujuh atau bintang Tujuh Beradik digunakan.
Terdapat dua versi berkaitan dengan bintang Tujuh, pertama yang berdasarkan pengetahuan asal Alam Melayu, merujuk kepada gugusan bintang yang terletak dalam gugusan buruj Taurus. Bintang ini termasuk dalam kumpulan buruj khatulistiwa, menyebabkannya boleh kelihatan hampir dua pertiga tempoh masa dalam satu tahun.
Oleh kerana bentuk bintang ini menarik, dengan satu dari bintang yang cerah mengadap ke arah selatan ketika berada di tengah langit, pengembara Melayu telah menggunakan sebagai panduan untuk ke utara dan selatan.
Penggunaan bintang Tujuh sebagai panduan arah utara/selatan di Alam Melayu lebih praktik kerana bintang Kutub sukar kelihatan daripada kawasan geografi ini. Apabila budaya Hindu meresap di Alam Melayu, bintang ini dikenali sebagai bintang Kutika atau bintang Kartika.
Selain itu, orang Melayu juga menggunakan kemahiran astronomi mereka dalam perkara untuk menentukan musim bagi pertanian. Masyarakat Alam Melayu yang menyedari sukarnya mengesan permulaan perubahan musim oleh Matahari, telah menggunakan pengetahuan terbitnya bintang Belantik sebagai permulaan takwim untuk menuai.
Ulamak Melayu juga memainkan peranan dalam ilmu astronomi. Soal seperti pengiraan waktu solat yang dikira berdasarkan pengiraan matematik, pencerapan anak bulan ketika menentukan tarikh bulan puasa sehinggalah ke pengiraan latidud dan longtidudu bumi semuanya dibincangkan dengan pengiraan matematik tertentu yang sangay mengagumkan. Contohnya, Syeikh Ahmad bin Abdul Latiff al-Minangkabaui al-Khatib telah membincangkan kaedah penentuan latitud dan longitud bumi dan menyenaraikan sejumlah nilai koordinat ini dalam karyanya Riad al-Wardiyyah dan al-Jauharun Naqiyah fil A’amali Jaibiyah.
c.) Matematik
Dalam bidang Matematik pula, diketahui bahawa terdapat juga kitab-kitab yang dikarang oleh ulamak terdahulu dalam bidang ini yang membincangkan pelbagai perkara dalam bidang matematik. Mereka menulis tentang Hisab al-Hind, aljabar, geometri, logaritma dan falak. Antara cabang matematik tersebut ilmu falaklah yang menjadi warisan terbesar yang ditinggalkan oleh penulis Melayu silam.
Ilmu falak ini penting dalam menentukan penentuan awal Ramadan dan Syawal, perjalanan matahari termasuk pengiraan waktu sembahyang, gerhana bulan dan matahari, kedudukan bintang Thabitah dan sayyarah, galaksi dan seumpamanya. Ilmu Geometri dan Trigonometri digunakan dalam mengira dan menentukan arah kiblat, masalah koordinat sesebuah bandar, masalah yang berkaitan sfera bumi, kompas perjalanan dan pelayaran. Kajian dalam bidang geometri ini ada dilakukan oleh Syeikh Ahmad bin Abdul Latif al-Khatib melalui dua bukunya iaitu ‘Raudat alHussab dan ‘Alam al Hussab.
Selain itu, orang Melayu turut mahir dalam ilmu Algebra. Ilmu ini digunakan dalam pengiraan zakat, sewa menyewa, wasiat, perkongsian, pajak gadai, riba, faraid dan seumpamanya yang berkaitan dengan fekah dan hukum agama. Ilmu ini juga digunakan dalam kehidupan seharian seperti pengiraan perniagaan, pertukaran wang, timbang-menimbang dan sebagainya.
Di bawah ialah senarai ulamak yang terkenal dengan kitab-kitabnya yang membincangkan dengan mendalam ilmu-ilmu matematik.
I. Syeikh Ahmad ‘Abdul Latif al-Khatib. (Raudat al-Hussab fi a’mal al-Hisab, al Nukhbah al-bahiyyah, al-Jawahir al-Naqiyyah)
II. Syeikh ‘Abdul Rahman Muhammad al-Fatani. (Minhaj al-Qawim pada mengetahui hisab dan taqwim)
III. Syeikh Ahmad al-Fatani (Ilmu Hisab dan Ilmu Falak)
IV. Haji Umar Nuruddin (Miftah al-Ta’lim, al-Durr al-naqiyy fi ma’rifat arqam al-Hindi, Syams al-Fathiyyah)
V. Syeik Tahir Jalaluddin (Pati kiraan pada menentukan waktu yang lima dengan hal kiblat dengan logaritma)
VI. Ilmu Hitungan , Ilmu Falak, Masalah Ilmu Bumi, Hitungan gedang dan Hitungan
Kecil.
Namun, sumbangan Tamadun Melayu yang paling besar dalam bidang matematik ialah penggunaan angka kosong dan sistem perpuluhan , jauh lebih awal yang pernah digunakan di India ataupun arab. Berdasarkan buku Sains Matematik acuan bahasa Melayu dan Islam, tulisan Dr Shaharir yang merupakan ahli matematik dan sejarawan terkenal di Malaysia, ada menyebut bahawa sistem angka perpuluhan dan angka kosong di alam Melayu jauh lebih tua daripada di India ataupun Arab.
Dr Shaharir memetik dalam bukunya, bahawa terdapat sebuah prasasti yang dijumpai milik sebuah kerajaan Melayu purba iaitu Funan, yang turut didakwa oleh sejarawan India, Majumdar bahawa prasasti yang berusia 609 Masihi terdapat simbol kosong pada prasasti itu. Dr Shaharir mendakwa lagi bahawa prasasti-prasasti yang dipahat oleh Empayar Melayu Srivijaya turut mengandungi sistem angka kosong, dan salah satu daripadanya ialah Batu Bersurat Kedukan Bukit yang dipahat dalam sistem tulisa Palava dan dalam Bahasa Melayu Kuno.
2. Legasi Dalam Bidang Sains Sosial
Dalam bidang sains social, sumbangan Tamadun Melayu boleh dibanggakan.Sebagai contoh, dalam perkembangan pendidikan, perkembangan linguistik, perkembangan pelbagai ilmu yang boleh dikategorikan dalam bidang sains social.
Sebagai contoh, saya suka untuk mengambil mengenai dalam bidang pendidikan kerana pendidikan juga merupakan cabang dalam kita memperkatakan tentang bidang sains social.Kenapa saya suka memulakan tentang pendidikan?Kerana dalam menghasilkan sebuah tamadun yang hebat, kita memerlukan bangsa yang hebat dan menghasilkan bangsa yang hebat, di sini pentingnya peranan pendidikan.
Menurut catatan Ibnu Battutah ketika singgah ke sebuah kerajaan Melayu, iaitu Pasai pada abad ke-14 mendapati bahawa Istana Pasai menjadi pusat peradaban ILMU ISLAM yang terhebat pada zaman itu. Para ulamak akan singgah di nusantara untuk mempelajari mengenai ilmu Islam. Dikatakan hampir setiap hari, istana Pasai dikunjungi oleh ramai orang bijak pandai dari seluruh dunia.
Kalau kita lihat pada jiran Pasai, iaitu Melaka, yang turut seperti Pasai menjadi pusat penyebaran Ilmu pada seluruh Nusantara dan dunia Islam.Melaka, dicari oleh para ulamak untuk mempelajari segala ilmu.Dalam masa yang sama, antara university terawal dalam dunia Islam iaitu Universiti Baitulrahman di Acheh. Untuk pengetahuan saudara, Universiti Baitulrahman yang sangat terkenal dalam Tamadun Melayu telah menawarkan lebih daripada 13 fakulti untuk penuntut. Antara fakulti yang ditawarkan ialah Fakulti Undang-Undang, Fakulti Akauntasi, Fakulti Perubatan, Fakulti Kimia, Fakulti Perlombongan, Fakutlti Ilmu Peperangan, Fakulti Matametik, bahkan ketika abad ke-17, seorang pengembara Perancis mengatakan tiada seorang pun yang tidak buta huruf di Acheh dan setiap orang Melayu Acheh, akan memahami lebih daripada 2 bahasa.
Tetapi… Melaka dan Pasai bukanlah permulaan keterbukaan tamadun Melayu pada apa yang bernama Ilmu. Izinkan saya membawa kalian ke era yang lebih awal daripada itu, iaitu Empayar Melayu Srivijaya.
Saudara kalau benar-benar mengkaji sejarah Melayu (dari gaya seperti laksana seorang professor), saya pasti yang saudara mengenali individu yang bernama I-Ching, kerana kita mengenali Srivijaya daripada I-Ching.
Menurut I-Ching, untuk menyambungkan pengajian dalam agama Buddha di India, setiap sami adalah wajib untuk singgah di Srivijaya yang menjadi pusat pengajian agama Buddha di dunia. Diceritakan bagaimana Maharaja Srivijaya, iaitu pemerintah Srivijaya yang digelar Balaputradeva telah membiaya pembinaan sebuah kuil di Nalanda serta 5 buah perkampungan disekitarnya bagi memastikan pembinaan tersebut berjalan lancar.
Dicatatkan juga oleh I-Ching bahawa ilmu pendeta-pendeta di Srivijaya sangatlah tinggi dan sami-sami China harus belajar di Srivijaya dna mendalami dengan mereka, Bahkan pernah dicatatkan dalam rekod China kasta sami-sami itu rendah, maka mereka harus sujud pada kaki dan minum air kaki maharaja Srivijaya yang memang diketahui berkasta Brahmin yang juga diketahui merupakan kasta orang Melayu di semenanjung.
Bahkan, Atisa, pengasas Dipankara Shrijnana merupakan salah seorang daripada guru yang amat dihormati dan tokoh yang paling dikenali didalam agama Buddha Mahayana adalah anak murid kepada pendeta-pendeta Srivijaya dan Atisa terpaksa mempelajari bahasa Melayu yang menjadi bahasa Ilmu ketika itu, dan tinggal di Srivijaya selama 12 tahun. Srivijaya dikenali oleh para pengkaji sebagai UNIVERSITI KEDUA DALAM PENGAJIAN AGAMA BUDDHA selepas UNIVERSITI NALANDA.
Bagaimana ketika zaman bangsa Melayu mengganut agama Buddha, empayar mereka menjadi kiblat kepada AGAMA BUDDHA, dan selepas memeluk Islam, maka mereka pula menjadi kiblat kedua kepada aktiviti menuntut ilmu selepas empayar Islam di barat?
Mengenai isu ekonomi, orang Melayu juga tidak kurang hebat. Bagaimana cekapnya raja-raja Melayu menguruskan ekonomi negara mereka sehinggakan diceritakan mengenai kekayaannya begitu hebat.Saya mahu ajak anda berfikir, sumbangan atau legasi bangsa Melayu dalam bidang ekonomi. Andai orang Melayu tidak tahu menahu mengenai ekonomi, masakan boleh muncul kenyataan seperti berikut:
“Malacca is such importance and profit, that is has no equal in the world. It is a city state made for merchandise, fitter than any other in the world..” – Tom Pires.
“Malacca is the richest seaport with the greatest number of wholesale merchants and abundance of shipping that can be found in the whole world..” – Duarte Barbosa
Bahkan Melaka dikatakan merupakan Venice di Timur kerana kekayaan Empayar Melaka ketika itu dikatakan sama taraf dengan Venice atau lebih kaya lagi daripada Venice. Catatan merekodkan kapal portugis Flor De La Mar membawa harta kekayaan Melaka termasuk 200 peti batu permata, berpeti-peti wang emas, barang kemas raja, mahkota emas, singgaHikayat Siakana emas, patung singa emas, keris-keris dan senjata emas, meja makan permaisuri betatah emas permata, buku-buku Melayu dan sebagainya. Disebut oleh Alburqueque kekayaan Melaka sebagai the richest treasure ever seen on earth.Tak percaya?
Sebuah laman web British (http://britainexplorer.com/feature-articles/item/172-top-ten-lost-treasures-of-the-world) telah memaparkan antara 10 kekayaan atau harta karun yang hilang dalam sejarah dunia. Tahukah anda bahawa kekayaan yang dicuri oleh Portugis dan diangkut ke dalam kapal Flor De La Mar DARIPADA KESULTANAN MELAYU MELAKA ketika itu mencecah $2.6 Billion + (54,431kg of Gold x $49,000 per Kg) dan dikatakan bahawa ianya merupakan harta karun yang paling mahal dalam sejarah yang masih belum ditemui?
Tapi sayangnya antara yang turut diangkut adalah harta sejarah bangsa Melayu itu sendiri iaitu manuskri-manuskrip Melaka.Bagaimana semua kekayaan ini dikaut andai tanpa pengurusan ekonomi yang mantap dalam menguruskan sebuah empayar yang hebat?
3. Legasi Kejuruteraan Yang Hebat
Kalau kita bicara mengenai seni bina Melayu, terlalu banyak sangat legasi seni bina Melayu yang masih ditinggalkan, salah satu daripadanya ialah Candi Borubudur. Struktur Borobudur itu juga dikatakan dalam kategori piramid apabila direka untuk membentuk gunung enam segi bujur dan mempunyai tiga tingkat. Sepanjang pembinaan Borubudur, 55, 000 meter padu batu konkrit digunakan untuk membina Borubudur. Bahkan Borobudur juga dilengkapi oleh sistem aliran dan pengparitan yang sempurna di mana terdapat 100 muncung air pancut di bina pada setiap sudut dan tingkat untuk tempat aliran air.
Bahkan, ketika Borobudur dibina, ia juga dibina bersama dengan Terdapat lebih 2672 arca dinding pelbagai aktiviti manusia dan haiwan dan 504 stupa loceng. Di setiap tingkat, arca-arca dipahat pada ketulan-ketulan baru tumpat dan disusun sehingga menjadi sebuah cerita dan pengajaran bagi mereka yang rajin mengkaji dan mentelaah.
Antara keistimewaan Borubudur itu yang harus diketahui oleh orang Melayu adalah pernah dicadangkan oleh para sejarawan bahawa pernah suatu masa, ianya dikelilingi oleh tasik purba yang sudah kering. Tasik purba ini menjadi bahan perdebatan yang hangat di kalangan hali arkeologi pada abad ke-20; dan menimbulkan dugaan bahwa Borobudur dibangun di tepi atau bahkan di tengah danau.
Pakar seni ukiran Hindu Buddha, W.O.J. Nieuwenkamp merupakan individu yang mencadangkan teori bahwa di sekitar Borobudur itu dahulunya terdapat tasik dan ianya dibangunkan di tengah-tengah tasik sebagai lambang bahawa Borubudur adalah bunga teratai yang terapung di tengah-tengah tasik.
Selain itu, sukanya saya untuk memetik salah satu peninggalan tamadun Melayu selepas merdeka iaitu Kesultanan Melayu Melaka. Di bawah ialah petikan mengenai istana Melaka yang sangat indah penceritaannya:
“Besar istana itu tujuh belas ruang, ruangnya tiga depa, besar tiangnya sepemeluk, tujuh pangkat kemuncaknya. Pada antara itu diberinya bertingkap, pada antara tingkap itu diberinya berbumbungan melintang dan bergajah menyusu, sekaliannya bersayap layang-layang berukir dan bersengkuap, pada antara sengkuap itu diperbuat daripada belalang besagi, sekaliannya bergunung-gunungan dan berjurai-jurai belaka.
Adapun segala tingkap istana itu sekaliannya dicat dan dibubuhi air emas, kemuncaknya kaca merah…dan dinding istana dengan cermin Cina yang besarbesar…Adapun rusuk istana itu sehasta lebarnya, sehasta tebalnya, diukirnya jenang pintu itu, dan empat puluh banyak pintunya, sekaliannya dicat dibubuh air emas. Terlalu indah perbuatannya istana itu, sebuah pun istana raja-raja di dalam dunia ini tiada seperti ini.”
Besar istana ( panjang) 17 ruang, satu ruang tiga depa. (1 depa =1866.24 mm) Jadi, panjang keseluruhan ialah = 17 x (3 x 1866.24mm 95178.24mm ( lebih kurang 95m).
Jadi, Panjang Istana Melaka adalah 95 Meter. Belum lagi kira tinggi, luas dan sebagainya.Berdasarkan catatan dalam Sulalatus Salatin, sekurang-kurangnya 7 tingkat tingginya. Jadi jelas di sini orang Melayu mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang seni bina?
Selain Borubudur dan Istana Melaka, bila bercakap mengenai peninggalan seni bina Melayu, kita tidak harus memandang sepi tamadun Melayu Champa. Teknologi orang Melayu Champa terkenal dengan senibina wat sejak abad ke 4 masihi lagi dan dianggap sebagai salah satu senbina yang tertua di dunia. Binaan-binaan tua tersebut kita dapat kita lihat di My son selatan Vietam sekarang. Kompleks wat My son mula dibina pada abad ke 4 masihi dan bertambah bilangannya sehingga mencecah 70 buah pada abad ke 14. tetapi kini yang tinggal hanya 20 buah sahaja setelah di bom oleh AS dalam serangan udaranya semasa perang Vietnam. Ketinggian ilmu teknologi sains Melayu diakui dunia menerusi wat-wat atau candi-candi Buddha zaman kerajaan Funan dan Champa.
Tidak hairanlah ada catatan daripada pengembara china sejak abad ke 9 masihi lagi bahawa maharaja china ada mengundang tukang-tukang, para arkitek dan jurutera Melayu srivijaya bagi membangunkan dan membaiki candi dan kuil di negara china.
Seorang lagi tokoh agung dalam tamadun Melayu yang harus disebut adalah Maharaja Srivijaya pada abad ke 11 M yang bernama Cudamanivarman yang pernah menghantar wakilnya ke negara china pada tahun 1003 untuk menghadiahkan sebuah loceng untuk sebuah candi buddha. Maharaja china sendiri telah menamakan loceng tersebut sebagai kehidupan seribu tahun yang dianugerahi syurga. Pada tahun 1079, seorang tukang rumah atau arkitek yang bernama chi lolo telah dihantar khusus oleh maharaja srivijaya bagi membaiki kuil di sana kemudian maharaja srivijaya tersebut iaitu Divakara telah dianugerahi gelaran jeneral agung oleh maharaja china.
Tukang-tukang seni bina wat atau candi Melayu bukan sahaja terkenal di China malahan juga di India dan tentunya negara jiran kita thailand. Pada prasasti yang bertarikh 1046 M, raja chola yang bernama rajaraja I, dari india telah mencatatkan bahawa tukang-tukang candi Melayu telah diundang ke india bagi membina wat disana. Prasasti dari Thailand turut mencatatkan pembinaan wat atau candi oleh tukang-tukang dari langkasuka atau srivijaya.
Jelas disini bahawa kehebatan teknologi senibina Melayu adalah melangkau batas geopolitik nusantara. Kehebatan mereka dalam ilmu sains kejuruteraan dan arkitektual adalah sesuatu yang patut kita banggakan dan jadikan sebagai motivasi kepada anak bangsa kita pada masa kini agar kegemilangan ketamadunan Melayu pada zaman silam dapat kita bangkitkan semula
4. Legasi Ekonomi Yang Berkembang Pesat
Alam Melayu adalah punca untuk berbagai-bagai – bagai rempah ratus seperti lada, kayu manis, buah pala dan cengkih. Menurut pendapat para sarjana, beras, gangsa, dan penternakan ulat sutera pada asalnya muncul di Asia tenggara dan selepas itu baru tersebar ke negara China. Menurut D.G.E. Hall (1955) ukuran sukatan dan berat di India dan China iaitu tahil dan kati adalah asalnya daripada Bahasa Melayu. Sarjana Rusia, Petrov berhujah bahawa kayu manis yang diedarkan semasa zaman kerajaan Rom adalah datang dari Alam Melayu dan India Selatan, walaupun barangan tersebut dianggap berasal dari Afrika dan Arab. Sebenarnya pedagang Arab sejak zaman Rom yang mengawal perdagangan rempah ratus dan laluan perniagaan telah meraHikayat Siakiakan tempat asal penemuan kayu manis itu.
Kegiatan ekonomi utama yang tersebar di kawasan pedalaman adalah pertanian, penternakan, perburuan, pemungutan hasil hutan, penangkapan ikan dan pelbagai jenis kraf tangan iaitu pembuatan alat kerja petani dan barang rumah tangga.
Walaupun dalam teks – teks Melayu lama tidak banyak menyatakan kemajuan pertanian secara langsung, tetapi ada dirakamkan maklumat tentang hasil pertanian, tanaman, makanan, dan haiwan. Maklumat ini membantu memahami susunan dan tahap perkembangan hasil pertanian yang paling bernilai dari segi perdagangan, selain jenis makanan yang banyak tersebar di pelbagai negeri Melayu pada waktu itu. Satu perkara yang menarik adalah makanan yang dinyatakan dalam teks Melayu adalah makanan halal. Babi dan arak tidak ditemui. Ini menunjukkan bahawa di alam Melayu sudah berkembang tamadun yang kaya makanan asli dan serasi dengan Islam.
Saudagar dari alam Melayu yang berniaga di Nusantara juga pernah melawat negara di Timur Tengah, Afrika, dan India yang terletak di sepanjang jalan pelayaran. Menurut sarjana Russia, S. Kullanda terdapat bukti bahawa penduduk Nusantara mempunyai hubungan dengan Madagascar, Afrika Timur dan negara Mediterranean sejak Sebelum Masihi (SEJARAH MELAYUsh). Pelabuhan di Nusantara pada masa itu berfungsi sebagai pelabuhan persinggahan dan pembekal perkhidmatan kepada pedagang dan pelaut asing yang melalui kawasan ini dalam perjalanan mereka ke China dan India, atau menunggu angin monsun yang berlawanan untuk meneruskan perjalanan atau pulang.
China, India dan Siam adalah antara rakan paling penting dalam hubungan urus niaga dengan negeri Melayu. Contohnya pedagang dari India terdiri daripada pedagang borong yang kaya dan mempunyai stok simpanan barang paling banyak berbanding pedagang lain. Pedagang India ini datang ke Melaka untuk membeli gaharu putih, tawas, sutera putih, mutiara, lada hitam, buah pala, dan cengkih. Setiap tahun kurang lebih sepuluh buah kapal datang ke Melaka (Lihat Ahmad Jelani 2006).
Dalam HIKAYAT RAJA PASAI, SEJARAH MELAYU dan HA terdapat banyak rujukan tentang perdagangan rempah ratus dan wangi – wangian, tetapi dalam Sejarah Johor (HIKAYAT SIAK, PERINGATAN SEJARAH NEGERI JOHOR, dan TUHFAT AL-NAFIS) maklumat berhubung rempah (Lada, cengkih, kapur barus) langsung tidak ditemui. Ini kerana Sultan Johor pada masa tersebut tidak lagi mengawal perniagaan rempah dan wangi – wangian. Barangan tersebut dikeluarkan daripada senarai perdagangan bebas yang akhirnya dimonopoli syarikat Belanda.
Mata wang adalah alat yang sangat penting dalam perdagangan. Alat pembayaran di alam Melayu biasanya menggunakan mata wang emas, perak dan tembaga. Terdapat juga pelbagai jenis bahan ganti wang seperti barang kemas dan candu. Tom Pires mencatatkan bahawa kerajaan Melayu Melaka mempunyai mata wang sendiri.
Ibn Batutta ada mencatatkan penggunaan wang emas dan wang timah di Samudera – Pasai sekitar tahun 1345 hingga 1346. Wang emas adalah emas tulen yang tidak dilebur manakala wang timah berbentuk kepingan kecil. Dalam teks sejarah Melayu – Islam terdapat banyak maklumat tentang duit dan pembayaran. Ada maklumat tentang pelbagai unit mata wang, kredit, hutang, dan cukai.
Antara unit mata wang yang disebutkan dalam teks Melayu adalah bahara, dinar, dirham, rial dan ringgit. Berdasarkan maklumat ini didapati bahawa di alam Melayu telah wujud sistem kewangan dan mata wang sendiri. Kami dapat simpulkan bahawa berlaku perubahan keadaan ekonomi di alam Melayu sejak kurun ke – 13 hingga 19. Contohnya karya dari kurun 13 – 17 (HIKAYAT RAJA PASAI, SEJARAH MELAYU, dan Hikayat Acheh) ada menyebut mata wang dari Arab dan Asia Tengah tetapi dalam teks kurun 18 – 19 mata wang tersebut tidak disebut lagi. Catatan berhubung unit mata wang hanya dijumpai dalam teks Sejarah Johor.
Mata wang dirham emas ditempa pada zaman kerajaan Aceh (Lihat Sanep dan Salmy 2012). Sultan Alauddin Riayat Shah al-Kahar telah mentapkan ringgit atau wang perak Spaniol sebagai piawai mata wang Aceh. Kadar pertukaran pada masa tersebut adalah 4 Dirham = Satu ringgit Spaniol. Selain Melaka dan Aceh, hampir semua negeri Melayu di semenanjung seperti Johor, Pahang, Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu telah menempa wang mereka sendiri, selewat – lewatnya pada kurun ke – 17.
Antara bahan pembayaran digunakan adalah emas, perak, permata, dan ringgit yang digunakan untuk berbagai tujuan bayaran iaitu ufti, mas kahwin, rasuah, perang, dan denda. Semua maklumat ini dapat dirujuk dalam teks Melayu HIKAYAT RAJA PASAI, SEJARAH MELAYU, HIKAYAT ACHEH, HIKAYAT SIAK, PERINGATAN SEJARAH NEGERI JOHOR dan TUHFAT AL-NAFIS. Sistem kredit dan perdagangan secara hutang sudah wujud di alam Melayu sejak dahulu lagi dan turut digunakan di seluruh Nusantara.
Terdapat lapan hingga sepuluh buah tongkang Cina kelihatan setiap tahun di Riau menjual barangan mereka secara kredit selama dua atau tiga minggu. Pembeli yang biasanya terdiri di bawah naungan. Orang Kaya akan berusaha menjual barang yang baru dibeli untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki oleh pedagang Cina tadi. Sistem ini menyebabkan persaingan hebat dalam kalangan pemimpin negeri dan mewujudkan medan kuasa yang hanya dipegang individu tertentu.
Maklumat tentang hubungan antarabangsa adalah terdiri daripada rujukan atau bahan yang berkaitan hubungan politik, ekonomi dan kebudayaan. Antara keistimewaan kawasan alam Melayu adalah kedudukan strategik pelabuhan di alam Melayu yang menjalankan fungsi sebagai medium entrepot dalam hubungan perdagangan antara China dengan India dan negeri – negeri di sekitar Laut Merah dan Mediterranean.
Dalam HIKAYAT RAJA PASAI terdapat maklumat perdagangan dengan negara Arab, India, dan Siam. Dalam karya Suma Oriental oleh Tome Pires, Melaka adalah sebuah kota yang diwujudkan untuk perdagangan, lebih baik daripada kota – kota lain di dunia, di hujung monsun dan di pangkal monsun yang lain. Di Melaka ditemui para pedagang yang bukan hanya dari China, Siam, Arab, India, Parsi, dan Turki.
Menurut teks SEJARAH MELAYU, negeri Arab mengekalkan hubungan dengan alam Melayu sebagai rakan perniagaan dan hubungan intelektual yang utama. Maklumat tentang India pula lebih kepada hubungan perdagangan kain, namun maklumat berkaitan hubungan kebudayaan dan agama tidak ditemui.
Hubungan dengan China pula hanya dari segi hubungan politik, tetapi maklumat hubungan ekonomi tidak ada. Dalam SEJARAH MELAYU juga terdapat catatan pertama tentang orang Eropah. Sejak Perang Salib pertama alasan paling utama orang Eropah menjalinkan hubungan dengan alam Melayu adalah untuk mengaut untung berlebihan daripada kegiatan perdagangan. Contohnya apabila Alfonso d’Albuquerque tahu bahawa Melaka adalah bandar yang kaya, beliau segera mengatur strategi untuk menawan Melaka.
Hubungan ekonomi antara alam Melayu dan tamadun luar dapat dirujuk melalui dua jenis sumber. Pertama sumber antik. Pertama sumber dari luar iaitu tulisan antik, tulisan Barat (Sepanyol, Belanda, Portugis, dan Inggeris) dan tulisan Timur (Arab, China, India, parsi dan Turki). Kedua sumber tempatan iaitu antaranya teks – teks Melayu berkaitan ekonomi seperti wakaf, perjanjian jual – beli, dan cukai. Catatan terawal tentang Nusantara terdapat dalam beberapa karya dari kurun pertama hingga kedua Masihi. Antaranya adalah buku bertajuk Horography ditulis oleh omponius Mela, ahli geografi Rom (41 – 54 Masihi) pertama kali disebutkan nama pulau Khrisa (Emas) dan Agrira (Perak).
Sumber yang penting juga untuk memahami hubungan ekonomi alam Melayu dan tamadun luar melalui karya sejarah adalah tulisan Timur seperti negara – negara Arab, China dan India. Antaranya adalah I-Tsing (Kurun ke – 7), dan tulisan Ibn Batutta. Karya – karya tersebut mempunyai maklumat tentang jalan perdagangan, pelabuhan, cukai dan pasar di alam Melayu.
Salah satu tulisan Barat yang penting adalah Dagh-Register gehouden in’t Casteel Batavia van’t passerende daer ter paetse als over geheel Nederlandts-India. Dagh Register ini merupakan kumpulan laporan harian dan dokumen tentang semua kapal yang datang dan/atau keluar ke/dari Batavia sejak 1624 hingga 1807.
Antara buku tempatan yang menarik adalah tulisan Ahmad Jelani (2006) iaitu Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka : Abad ke – 15 hingga abad ke – 18. Beliau menggunakan sumber sejarah antaranya Undang – Undang Melaka, Undang – Undang Laut, Undang – Undang Belayar, Undang – Undang Perahu, dan beberapa surat persendirian. Teks – teks sejarah Melayu dalam buku beliau telah menemukan beberapa rujukan seperti SEJARAH MELAYU, HIKAYAT SIAK, dan TUHFAT AL-NAFIS. Semua catatan tersebut kebanyakannya berkaitan hal ehwal perdagangan.
5. Legasi Seni Dan Budaya
Rasanya kalau kita bercakap mengenai legasi seni dan budaya, Tamadun Melayu harus berbangga dengan peninggalan legasi seni dan budaya mereka yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Kalau dalam seni lukisan dan ukiran, cadangan saya kita kembali melihat kepada candi Borubudur. Terdapat lebih 2672 arca dinding pelbagai aktiviti manusia dan haiwan dan 504 stupa loceng. Di setiap tingkat, arca-arca dipahat pada ketulan-ketulan baru tumpat dan disusun sehingga menjadi sebuah cerita dan pengajaran bagi mereka yang rajin mengkaji dan mentelaah.
Selain dari Candi Borobodur, terdapat banyak lagi candi di Jawa Tengah seperti Candi Gunung Wukir, Candi Badut, kelompok Candi Dieng, kelompok Candi Gedung Songo, Candi Kalasan, Candi Sari, Candi Mendut, kelompok Candi Sewu, Candi Plaoson dan Candi Laro Jonggrang. Di Jawa Timur terdapat Candi Kidal, Candi Jago, Candi Singasari, Candi Jawi, Candi Jabung, kelompok Candi Panataran, Candi Muara Takus dan Candi-candi Gunung Tua. Bahkan Candi Prambanan itu pun boleh menjadi legasi hebat seni bina bangsa Melayu.
Satu lagi seni bina terkenal di Alam Melayu ini ialah Angkor Watt di Kemboja. Ia dibina oleh raja Angkor iaitu Suryavarman II (1113 – 1150 M). Raja yang membina ini adalah keturunan Melayu Funan yang berkahwin campur dengan puteri Khmer. Tujuan ia dibina ialah untuk menyembah dewa Visynu serta melambangkan kekuatan keajaan Suryavarman II. Ia juga merupakan makam Suryavarman II.
Kawasan Angkor Wat berbentuk segi empat tepat dengan 15550 meter panjang dan 1400 meter lebar. Terdapat beberapa menara yang melambangkan puncak Gunung Meru (gunung dewa-dewa). Angkor wat mempunyai lukisan timbul yang menceritakan dua epik Hindu iaitu Mahabharata dan Ramayana dan ini sekaligus membuktikan bahawa seni bina Melayu dan Seni Ukir kita tidak kurang untuk dibandingkan dengan tamadun lain.
Kalau mahu dilihat pada zaman selepas Islam pula, lihat juga dengan senibina MENARA CHAMPA yang banyak terdapat di Vietam yg setiap satu daripadanya adalah berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain. Carilah candi begini di india memang tak akan dijumpai kerana senibinanya adalah seni bina asli milik orang Melayu terutama pada Kerajaan Champa.
Ukiran kayu pula menjadi tradisi dalam Tamadun Melayu setelah sampainya zaman islam. Ia makin berkembang dan tengok sahaja senibina istana-istana melayu di Kelantan dan Terengganu dengan hiasan Janda berhias serta sulur bayung dan rekabentuk atap singgoranya. Tingkap serta lubang angin rumah-rumah melayu diukir indah samada dengan ayat-ayat Al-Quran atau ukiran flora.
Untuk pengetahuan saudara juga, seni bina orang Melayu mempunyai falsafahnya tersendiri. Contohnya bilangan tangga ada 6 melambangkan rukun iman, bilangan atap masjid yang ada lima tingkatan melambangkan rukun islam. Kalau mengenai seni dalam bidang teknologi besi pula, cadangan saya lihat sahaja pada Kebudayaan Dong Son milik bangsa Melayu, bagaimana keris yang diukir dengan sangat cantik ditemui. Contoh terbaik adalah cross bow yang sebelum ni kita sangaka orang cina yang cipta dulu tetapi melayu champa yang cipta sebenarnya, jauh lebih awal daripada rekod di China.
Dalam bidang kaligrafi pula, kita mendapati bahawa aksara paling asli milik orang MELAYU itu ialah RENCONG. Saya pasti saudara yang memang berpengetahuan luas mengenai sejarah Melayu itu kenal bukan mengenai tulisan ini? Saya menulis untuk memberitahu kepada mereka yang membaca artikel ini.
Aksara Rencong ialah huruf-huruf Melayu asli yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba dalam sistem penulisan Bahasa Melayu Purba. Rencong adalah perkataan Melayu yang bererti ‘serong’ dan ia dikenali sedemikian kerana huruf-hurufnya yang serong. Aksara Rencong didapati telah wujud lebih awal daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi). Ia juga merupakan tulisan Melayu tertua yang digunakan dalam sistem persuratan bahasa Melayu sejak abad keenam masihi iaitu ketika zaman kerajaan Melayu Srivijaya di Sumatera. Terdapat juga rekod yang mengatakan bahawa aksara ini digunakan seawal abad ke-3 mashi lagi. Aksara ini dicipta oleh orang-orang Melayu dengan meniru bentuk-bentuk cabang, ranting, potongan kayu dan bentuk aliran sungai. Tulisan Melayu Purba ini telah dijumpai pada tahun 1892 pada sebatang tiang batu iaitu Batu Bersurat Kota Kapur di Kota Kapur, Bangka Barat, Sumatera, Indonesia.
Dalam bidang tarian, muzik dan sebagainya. Saya merasakan bahawa tidak perlu saya menceritakan di sini kerana kita sebagai orang Melayu pasti mengenali budaya ini. Bidang tarian contohnya, kita punya banyak tarian dan sebagai contoh, Tarian Zapin, Tarian Mak Yong, Tarian Gamelan, Tarian Asli, Tarian Kuda Kepang, Tarian Ayam didik, Tarian Piring, Tarian Mak Inang, Tarian Wau Bulan, Tarian Cik Siti Wan Sayang dan banyak lagi menandakan bahawa tamadun kita sangat kaya dengan budaya yang indah-indah. Ada lebih daripada 30 tarian yang menjadi lambang tamadun Melayu kita. Hebat bukan? Kita kurang mungkin kurang dalam aspek lain, tapi dalam aspek budaya dan seni, kita antara yang terhebat.
5. Legasi Ketenteraan
Dalam isu kita memperkatakan tentang ketenteraan, adabaiknya kita bercerita mengenai bagaimana empayar Srivijaya itu diluaskan. Kerana daripada sini, kita akan dapat mengetahui dan menghayati detik satu masa di mana orang Melayu menjadi bangsa penakluk.
Dalam Prasasti Kedukan Bukit, dicatatkan bahawa permulaan kepada empayar Srivijaya adalah di mana Dapunta Hyang, pengasas Empayar Melayu Sivijaya membawa 20 000 orang askar daripada sebuah tempat misteri bernama Minanga.Apabila Palembang berjaya ditawan oleh Dapunta Hyang, maka permulaan kepada sebuah kerajaan yang akan menjadi SANG PENAKLUK bermula. Tidak lama selepas penubuhan Palembang, maka mulalah Palembang mendapat saingan daripada sebuah lagi kerajaan yang tidak jauh daripada Palembang.
Kerajaan Moloyu, yang memang terkenal dengan penghasilan emas yang bukan kepalang banyaknya sehingga mengganggu perkembangan pelabuhan Srivijaya di Palembang ketika itu. Maka pada 682 A.D dicatatkan oleh I-Tsing sendiri, seorang sami dari China yang tinggal di Srivijaya bahawa Moloyu mulalah ditawan oleh Srivijaya. Tidak cukup dengan itu sebenarnya apabila selepas penawanan Moloyu, sebuah kerajaan di utara Palembang, Srivijaya terus merencanakan rancangan untuk menakluk wilayah yang berdekatan dengannya.Antara yang menjadi mangsa adalah Bangka, Sunda dan Jawa.Banyak kerajaan di Pulau Jawa terpaksa tunduk pada kekuasaan Srivijaya.Pada penghujung abad ke-7, semua rekod mengenai kerajaan-kerajaan di Pulau Jawa semuanya lenyap dan digantikan dengan kekuasaan Srivijaya melalui proksinya iaitu keluarga melayu Sailendra di Pulau Jawa.
Kemudian, pada 685- 689 A.D, terdapat rekod sejarah di mana Srivijaya mula meluaskan pengaruhnya ke atas Langkasuka atau Kedah Tua.Pernah suatu masa dalam jangka masa pemerintahan Srivijaya, Kedah Tua menjadi pusat pemerintahan Srivijaya yang berpindah daripada Palembang.Tidak ketinggalan juga di mana negara kota Melayu seperti Pan-Pan dan Tambralingga yang akhirnya terpaksa tunduk di bawah kekuasaan Srivijaya pada penghujung abad ketujuh.
Kemudian, Srivijaya mula mengintai untuk menawan kerajaan-kerajaan Melayu di IndoChina. Champa, adalah sebuah lagi kerajaan Melayu yang masyur di IndoChina.Kekayaan Champa berjaya menarik perhatian pedagang China dan pada penghujung abad kelapan, terdapat rekod yang mengatakan bahawa pelabuhan-pelabuhan Srivijaya mula kurang mendapat sambutan apabila kebanyakkan pedagang mula beralih arah ke Champa yang sedang mula meningngkat naik.
Beberapa siri peperangan mula direkodkan di mana armada kapal Srivijaya mula mendarat di Pelabuhan Champa. Pada tahun 767 A.D, Bandar Tongkin bangsa Viet akhirnya berjaya ditawan oleh Srivijaya, dan seterusnya beberapa siri Bandar di IndoChina seperti Kuil Po Nagar. Kemudian, Aya Tran pula dibakar dan segala kekayaaan seperti emas dirampas oleh Srivijaya.Nha Trang (774), Phan Rang (787) antara Bandar-bandar besar yang berjaya ditundukkan oleh Srivijaya.
Kemuncak ekspedisi Srivijaya apabila sebuah kota Kerajaan Khmer, Indrapura. Ada sebuah kisah yang dicatatkan Abu Zayd Hassan, seorang pengkaji sejarah MENGENAI KONFLIK MELAYU-KHMER yang harus dikenang oleh kita bangsa Melayu.
Pada suatu masa dahulu, terdapat dua buah empayar yang memerintah Asia Tenggara ini. Di Indochina, sebuah kerajaan bernama Khmer sedang meningkat naik. Apabila berjaya menewaskan kerajaan-kerajaan Melayu, Mon dan kaum-kaum pribumi Indochina, raja Khmer ini mula besar kepala.
Dia mengintai sebuah Empayar Melayu yang merupakan ‘rulling class’ di Asia Tenggara seperti Empayar Rom di Eropah, Empayar Islam di Timur Tengah.Dia mula berasa ego dengan kejayaannya.Lalu, ketika di satu majlis makan malam, Raja Khmer ini pun dengan megahnya berkata di hadapan para menterinya.
“Beta kepingin untuk melihat kepala Maharaja Srivijaya di dalam sebuah dulang.”
Gempar satu istana apabila Raja Khmer berkata demikian. Para menteri sudah susah hati mendengarkan apa yang keluar dari mulut Raja Khmer itu. Mereka berkali-kali menasihati Raja Khmer itu supaya berfikir kembali dengan apa yang dikatakan olehnya.
Khmer menurut pandangan mereka belum mampu memenangi peperangan dengan Srivijaya.Namun, Raja Khmer tetap berkeras.Berita mengenai kebiadapan Raja Khmer mula hinggap di telinga Maharaja Srivijaya yang memerintah pada waktu itu.
Maka, murkalah Maharaja Srivijaya.Dipimpinnya ratusan kapal besar dan ratusan ribu tentera berserta senjata peperangan yang canggih pada waktu itu untuk menyerang Khmer.Namun, hebaTuhfat Al-Nafisya Maharaja Srivijaya ini ialah baginda mampu memimpin pasukan tentera yang begitu besar tanpa pengetahuan Raja Khmer.
Apabila sudah dekat dengan Kerajaan Khmer, maka gegak gempitalah satu negara apabila sebuah pasukan tentera yang sangat besar sedang menghampiri Kerajaan Khmer. Askar-askar Khmer cuba melawan namun mereka bukanlah tandingan pasukan tentera Srivijaya.
Dalam masa yang singkat, Khmer kalah teruk dan Maharaja Srivijaya memimpin tentera menawan istana Khmer.Raja yang sombong itu menggeletar lutut ketika berdepan dengan Maharaja Srivijaya.Tanpa belas kasihan, kepala raja Khmer itu dipancung oleh Maharaja Srivijaya.
Sejak hari itu, segala urusan dalaman Kerajaan Khmer dikuasai oleh Empayar Melayu Srivijaya.Lalu, berangkatlah Maharaja Srivijaya itu dengan armada askarnya kembali ke Srivijaya setelah meninggalkan proksinya dalam Istana Khmer.
Selain itu, teknologi persenjataan orang Melayu pun tidak kurang hebaTuhfat Al-Nafisya. Di bawah ialah rekod dari seorang pedagang arab yang mengulas besi terbaik dari seluruh dunia.
“Orang-orang Zabag (Srivijaya atau Kedah Tua) telah pergi ke Tanah Sofala (kini dikenalpasti berdekatan Beira, Mozambique) dan mengeksport besi.Dari sana mereka membekalkannya ke seluruh TANAH INDIA.Tiada besi yang mampu menandingi besi-besi mereka dari segi mutu dan ketajaman.”
Berdasarkan cerita pedagang Arab tersebut,kita dapat mengetahui bahawa Kedah satu ketika dahulu bukan sahaja muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa,malahan menjadi pusat pemprosesan besi terkenal di dunia pada masa itu.
Rekod al-Kindi pada sekitar abad ke 9 Masihi menyatakan bahawa tiga besi terbaik di dunia pada masa itu boleh didapati di tiga buah tempat:
1) Yemen
2) Hindi
3) Qalai (Kedah Tua)
Selama ini,kita sering mendengar bahawa eksport utama dari tanah Semenanjung yang terkenal pada zaman dahulu adalah bijih timah dan emas.Nampaknya catatan pedagang Arab pada zaman dahulu dan dibuktikan dengan penemuan loji pemprosesan besi purba di Kedah membuktikan bahawa satu masa dahulu,besi juga termasuk antara eksport yang terkenal dari tanah Semenanjung,dan tambahan pula,besi Kedah (besi Qalai) ini pula dikatakan antara tiga besi terbaik di dunia pada masa itu! Pedang Nabi Muhammad iaitu Pedang Qalai juga berasal dari Kedah.
Tidak cukup dengan itu, mengikut Briggs, catatan dari China merakamkan teknologi persenjataan dari sebuah kerajaan Melayu iaitu Champa. Catatan Chini ini mengatakan bahawa senjata dari Champa di anggap canggih dan mengatasi bangsa lain. Jacq-Her-Goualc’h ada menyebut kehebatan tentera Champa dalam pakaian baju besi dan taktik perang yang lain dari lain.
Apabila memasuki lewat zaman pertengahan, orang Melayu tidak ketinggalan membangunkan teknologi persenjataan api sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
John Crawfurd memetik catatan De Burros dalam bukunya, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, bahawa ketika Portugis menawan Melaka dahulu, mereka berjaya merampas antara 3000 hingga 8000 senjata api daripada Melaka, dan De Burros sendiri mengatakan bahawa Portugis sendiri tidak mampu untuk menghasilkan senjata api sebanyak itu. Bahkan catatan De Burrous menjelaskan lagi kepada kita bahawa Portugis menjumpai sebuah meriam Melayu Melaka yang jauh lebih besar daripada meriam yang dipunyai oleh Portugis dan meriam itu telah dihantar ke India.
Catatan yang lain pula, seperti yang dinukilkan oleh Godinho Eredia dalam buku Asia Portugueza, karya Manuel de Faria Y Souza dalam E. Koek, Portuguese History of Malacca, sewaktu kedatangan Portugis di Melaka, jumlah meriam yang dipunyai kerajaan tersebut adalah sangat banyak. Tiga ribu pucuk meriam besar telah dijumpai dalam kota Melaka, 5000 pucuk lagi telah sempat dibawa lari oleh tentera Melaka apabila kota itu tumbang.
Albuquerque menyatakan bahawa terdapat 2000 pucuk meriam yang diperbuat daripada tembaga dan yang lain diperbuat daripada besi di Melaka. Faria y Souza mengatakan bahawa sebahagian besar daripada 8000 pucuk senjata api atau meriam yang dipunyai kerajaan Melaka adalah berasal dari Pahang. Ini bermakna Pahang merupakan sebuah negeri penghasil senjata api yang berkualiti dan banyak pada zaman itu.
Menurut Eredia lagi, semua meriam-meriam itu dihasilkan dengan amat baik dan tidak dapat ditandingi walaupun dengan meriam buatan Portugis. Daripada catatan Eredia ini, dapat disimpulkan bahawa teknologi senjata api yang dimiliki oleh bangsa Melayu Melaka pada waktu tersebut adalah sama tarafnya dengan teknologi persenjataan orang Eropah, malahan mungkin lebih baik.
Seorang berbangsa Itali yang terlibat di dalam penyerangan terhadap Melaka pada tahun 1511 menyatakan bahawa terdapaTuhfat Al-Nafisya penggunaan pelbagai jenis senjata api berat yang telah menyebabkan kehilangan nyawa yang agak ramai di pihak portugis. Menurut beliau, walaupun akhirnya tentera Melayu Melaka kalah, namun mereka digambarkan mempunyai semangat keperwiraan yang tinggi, sangat terlatih dalam ilmu peperangan dan mempunyai simpanan senjata yang bermutu serta pelbagai.
Thomas John Newbold, seorang pegawai British di Melaka pernah mencatatkan di dalam Political and Statistical Account of the British Settlements in The Straits Of Malacca, Volume 2 bahawa kilang-kilang yang menghasilkan senjata api seperti meriam-meriam milik bangsa Melayu sudah lama bertapak bukan sahaja di Semenanjung Tanah Melayu, bahkan di sekitar Kepulauan Melayu. Terengganu menjadi hub penghasilan senjata api di Semenanjung, manakala Gerisik merupakan hub untuk Pulau Jawa, dan hub untuk Sumatera pula ialah Minangkabau.
Bahkan Newbold turut mengulas mengenai pemandangan biasa yang dilihaTuhfat Al-Nafisya ketika berada di Tanah Melayu pada abad ke-18 yang dipercayai Newbold sudah lama budaya itu itu bertapak di Tanah Melayu. Katanya, tidaklah sesuatu yang menghairankan andai dapat melihat pendekar Melayu yang lengkap bertanjak dan berbusana Melayu bersama keris dan senjata api Melayu seperti Istingar.
Bukan setakat itu sahaja, bukti aktiviti pembuatan senjata api di Pahang telah direkodkan oleh W. Linehan didalam kertas kerjanya yang berjudul Some Discoveries on the Tembeling. Di tebing-tebing Sungai Tembeling yang terletak di Pahang, Linehan telah menjumpai acuan-acuan purba yang digunakan untuk membuat meriam yang dianggarkan seawal kurun ke 13 ATAU 14, iaitu lebih awal daripada kejatuhan Melaka di tangan Portugis.
Seorang pengkaji sejarah iaitu Nicholas Tarling di dalam bukunya The Cambridge History of Southeast Asia pernah membandingkan senjata api Melayu dengan senjata api buatan Jerman yang merupakan senjata api terbaik pada abad ke-15, bahkan diceritakan mengenai kehebatan senjata api Melayu yang dikatakan tidak mempunyai tandingannya, walaupun senjata api Portugis itu sendiri. Turut dicatatkan dalam buku itu mengenai bagaimana meriam-meriam yang disusun di setiap penjuru kota Melaka telah banyak membedal nyawa askar Portugis ketika mereka mula mendarat di bumi Melayu ini.
7. Legasi Falsafah Yang Membentuk Dasar Kerajaan
Kalau Dinasti China, kita pasti dapat membaca bagaimana LegaliSejarah Melayu dan ConfuciuSejarah Melayu berjaya membentuk setiap dasar dan polisi Empayar China ketika itu. Ketika zaman Qin, LegaliSejarah Melayue dijadikan pegangan sehingga penggubalan undang-undang pada waktu itu adalah berdasarkan falsafah ini iaitu hukuman berat sahajalah yang mampu menghentikan jenayah sheingg akahirnya, Qin hanya mampu bertahan dalam masa yang singkat lalu runtuh menyembah bumi, dan pada penghujung waktu Qin, maka kita dapat melihat China memasuki zaman yang dikenali sebagai Persengketaan Chu-Han, anara Xiang Yu dan Liu Bang. Sebuah kisah yang amat mengasyikkan untuk dikaji dan saya sudah pun menyiapkan banyak artikel mengenainya.
Kemudian, Han yang baru sahaja menewaskan Chu dalam peperangan berkat kebijaksanaan Han Xin dan Zhang Liang, mula mengamalkan dasar Confusius sehingga menjadi polisi dan dasar kerajaan Han itu sendiri. Namun, bilamana kita bercakap mengenai Tamadun Melayu, apakah ada falsafah yang sedemikian wujud sehingga mempengaruhi dasar dan polisi sebuah kerajaan?
Pernah dengar tentang Adat Perpatih dan Ada Temenggong? Ada Perpatih adalah Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning oleh orang Minangkabau. Adat Perpatih dibawa oleh orang Minangkabau dari Tanah Tinggi Padang, Sumatera ke Negeri Sembilan pada abad ke-17. Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Sumatera dengan nyanyian “Asal Usul Adat Perpatih”. Semua undang-undang Adat Perpatih kecuali undang-undang Sungai Ujong diwarisi secara turun-temurun. Ada Perpatih inilah yang menjadi tiang kepada dasar dan polisi kerajaan Negeri Sembilan.
Adat Perpatih lebih mengutamakan golongan perempuan. Hal ini dapat dilihat dalam soal-soal pembahagian harta benda dan jurai keturunan. Ini bukan bermakna lelaki lebih rendah tarafnya daripada perempuan tetapi mereka lebih suka mengembara atau merantau untuk mencari penghidupan baru yang lebih baik. Maka, golongan wanita mesti dibekalkan dengan harta benda sebagai nafkah. Selain itu, selepas berkahwin, orang lelaki mesti meninggalkan kaumnya dan mengikut kaum isterinya. Walaupun adat ini mengutamakan golongan perempuan, tetapi dari segi pentadbiran, lelaki merupakan pemegang tampuk pemerintah tertinggi seperti jawatan Yamtuan Besar.
Dari sudut undang-undang pula, Undang-undang dalam Adat Perpatih adalah bersifat pemulihan. Undang-undang tidak disimpan atau dimaktubkan dalam bentuk rekod bertulis tetapi berbentuk bidalan, peribahasa, pantun dan sebagainya. Dari segi sifaTuhfat Al-Nafisya, undang-undang jenayah adalah lebihbertimbang rasa, berperikemanusiaan dan bersifat pemulihan. Seorang yang membuat kesalahan akan didenda mengikut kesalahannya. Mangsa akan diberi ganti rugi. Contohnya, jika seseorang itu dilukakan dia akan diberi ganti rugi dalam bentuk ayam atau kambing bergantung kepada besarnya luka itu. Adat ini percaya bahawa orang yang melakukan jenayah boleh mengubah perangai mereka.
Adat Perpatih adalah bercorak demokrasi, iaitu orang ramai dilindungi oleh undang-undang dan pemerintah sendiri juga mesti mengikut undang-undang dan tidak boleh berbuat sesuka hati. Dalam bidang pentadbiran, kuasa pemerintah dibahagikan di antara pemerintah, Undang, Lembaga, Buapak dan orang ramai. Ini bermaksud, orang ramai memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih Yang Dipertuan Besar atau Yamtuan Besar.
Bercakap mengenai Adat Perpatih juga, kita jangan ketinggalan untuk bercakap mengenai Adat Temenggong juga. Adat Temenggung diamalkan di semua negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan. Adat Temenggung disusun oleh Datuk Ketemenggungan, iaitu abang tiri Datuk Perpatih Nan Sebatang di Palembang. Adat ini dibawa masuk ke Melaka pada awal abad ke-15. Dari Melaka, Adat Temenggung disebar ke negeri-negeri Melayu yang lain dengan perkembangan Empayar Melaka. Adat Temenggung mengiktirafkan lelaki menjadi ketua keluarga. Maka, adat ini dikatakan lebih mementingkan pihak lelaki. Dalam hal perwarisan harta, lelaki yang mewarisi harta iaitu dari ayah kepada anak lelaki. Adat Temenggung juga mengkehendaki seseorang isteri tinggal bersama dengan keluarga suaminya. Selain itu, Adat Temenggung menganggap kedua-dua pihak keluarga sama penting. Perkahwinan di antara dua orang sepupu dibenarkan asalkan kedua-dua orang tua tidak mempunyai pertalian darah.
Sama seperti Adat Perpatih, undang-undang Adat Temenggung berbentuk peribahasa, bidalan dan sebagainya. Tetapi undang-undangnya bersifat kekerasan. Setiap orang yang melakukan kesalahan, dia akan di hukum dengan hukuman berat. Sebagai contoh, seseorang yang membunuh akan dijatuhkan hukuman mati. Mereka percaya bahawa hanya menggunakan kekerasan sahaja dapat mengurangkan niat seseorang untuk melakukan kesalahan.
Antara undang-undang yang dipengaruhi oleh Adat Temenggong adalah Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang mengekalkan falsafah undang-undnag itu harus bersifat kekerasan dalam Adat Temenggong.
Namun, selain daripada Adat Perpatih dan Temenggong yang menjadi pegangan dalam dasar dan polisi kerajaan, orang Melayu juga tidak kurang berflasafah dalam kehidupan seharian mereka. Peribahasa, bidalan, perumpamaan, simpulan bahasa adalah lambang betapa tingginya pemikiran Melayu ketika itu, menggunakan alam di sekeliling mereka untuk menggambarkan situasi semasa. Terdapat ribuan peribahasa, perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan yang lahir semasa perkembangan pemikiran Tamadun Melayu.
8. Legasi Kesusateraan Yang Hebat
Kalau Babylon boleh berbangga dengan Epik Gilgamesh mereka, kalau Tamadun China boleh berbangga dengan kisah 3 Kerajaan yang sempat dinovelkan kisahnya, kalau Tamadun Yunani kaya dengan kisah-kisah kesusateraan yang melibatkan kisah mengenai dewa-dewi mereka dalam karya Homles, apakah Tamadun Melayu boleh berbangga dengan hasil kesusateraan mereka?
Saudara Melau Poyo yang bijaksana, saya percaya dalam sekelip mata sahaja saudara boleh menyenaraikan kepada saya, namun tujuan saya menulis ini adalah sekadar ingin menyampaikan kepada pembaca yang lain bagi memenuhi 10 benchmark yang digariskan oleh saya bagi menggambarkan bahawa tamadun Melayu itu sebagai sebuah Tamadun Yang Agung.
Izinkan saya untuk menyenaraikan karya-karya sastera bangsa Melayu yang sangat mengasyikkan untuk dibaca. Penuh dengan falsafah, mesej tersembunyi, struktur kisah yang hebat… untuk tatapan anak bangsa.
I.) Sulalatus Salatin
Karya agung dan merupakan kitab sejarah utama bangsa Melayu ini adalah sebuah karya sastera yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu daripada WARISAN DUNIA dan perlu dijaga. Ianya ditulis oleh Tun Sri Lanang dan episod-episod yang dipaparkan dalam karya ini memberi maklumat penting tentang keturunan raja-raja Melayu serta adat istiadaTuhfat Al-Nafisya, dan peristiwa-peristiwa bersejarah dalam perjalanan kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya.
II.) Hikayat Hang Tuah
Merupakan sebuah epik Melayu yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu daripada warisan dunia. Memaparkan kisah hidup seorang pendekar Melayu yang hebat, menjadi harapan kepada Kesultanan Melaka di samping menjalankan tugasnya sebagai Laksamana, juga menjadi saksi rakaman Melaka menjalankan hubungan dengan kerajaan-kerajaan hebat lain di dunia.
III.) Tuhfat Al-Nafis
Menceritakan sejarah kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu yang paling kompleks dan canggih. Dari segi kronologi, latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. Dari segi geografi, Tuhfat Al-Nafis meliputi peristiwa di kalangan semua kerajaan Melayu di Semenjung Melayu dan Kepulauan Riau-Lingga (termasuk Singapura), di Siak (Sumatera Timur), di Kalimantan Barat, di Sulawesi Selatan, dan di Betawi.
IV.) Bustan Al-Katibin
Bustan al-Katibin ialah sebuah karya paling awal tentang Bahasa Melayu yang disusun oleh seorang ilmuwan dan budayawan Melayu yang ulung iaitu Raja Ali Haji. Karya agung Bustan Al-Salatin merupakan satu-satunya kitab yang menceritakan mengenai sejarah kesultanan Acheh dan Melayu secara terperinci.
V.) La Galigo
Melayu Bugis seperti Raja Ariff Danial dan Tun Mohd Hilmi pasti akan berbangga bila saya menyebut mengenai La Galigo sebagai lambang bahawa kesusateraan Melayu melangkaui zaman. Saya rasa DS Najib juga berbangga dengan kewujudan La Ligo (kalau beliau mengetahui mengenai kewujudannya) kerana DS Najib adalah keturunan Bugis.
La Galigo adalah epik terpanjang dunia. Ia wujud sebelum epik Mahabharata. Ia mengandungi sebahagian besar puisi ditulis dalam bahasa bugis lama. Epik ini mengisahkan tentang kisah Sawerigading, seorang pahlawan yang gagah berani dan juga perantau. La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ia penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa. Walaubagaimanapun, ia tetap memberi gambaran kepada sejarahwan mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad ke 14.
Sebahagian manuskrip La Galigo dapat ditemui di perpustakaan-perpustakaan di Eropah, terutamanya di Perpustakaan Leiden. Terdapat juga 600 muka surat tentang epik ini di Yayasan Kebudayaan Sulawesi Selatan dan Tenggara, dan jumlah mukasurat yang tersimpan di Eropah dan di yayasan ini adalah 6000 tidak termasuk simpanan oleh orang perseorangan.
Bahkan, La Galigo juga diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu daripada warisan dunia yang perlu dijaga. Sekarang lihat, kita ada banyak warisan keusasteraan kita yang melampaui zaman, bahkan iiktiraf dunia sebagai sebuah warisan.
Tetapi sebelum itu, tahukah saudara bahawa sekurang-kurangnya terdapat 11 000 manuskrip Melayu yang disimpan oleh penjajah sehingga ke hari ini? Hebat bukan tamadun bangsa kita ini?
9. Legasi Amalan Kebudayaan Yang Memupuk Kepada Reformasi Masyarakat
Orang Melayu ialah sebuah bangsa pelayar yang maha hebat. Budaya belayar di lautan ini telah memberikan reformasi yang cukup hebat dalam pembinaan tamadun Melayu itu sendiri.
Orang Melayu dipercayai sebagai bangsa pertama yang berlayar di lautan luas menurut buku The Human Journey: A Concise Introduction to World History oleh Kevin Reilly. Menurut Lynda Shaffler dalam bukunya, Maritime Southeast Asia to 1500, pada halaman 12 ada mencatatkan bahawa orang Melayu dicatatkan telah mula berlayar di lautan luas pada seawal 1000 Sebelum Masihi lagi.
Dalam buku ini ada diceritakan bahawa orang Melayu berlayar di lautan jauh beribu batu tanpa menggunakan kompas dan sebarang carta dan peta. Lynda Shaffler ada memetik dalam buku beliau.
“Bangsa Melayu berlayar dengan bantuan bacaan angin dan bintang, melalui pembacaan akan bentuk dan warna awan, atau melalui pembacaan warna air laut, melalui gelombang dan juga alunan ombak lautan. Orang Melayu dapat mengenal pasti lokasi sebuah pulau sejauh 30 batu jauhnya melalui pembacaan pada spesis burung, ikan dan batu karang yang ada di dalam lautan, sambil dibantu oleh alunan ombak.”
Bukan itu sahaja, orang Melayu juga terkenal dengan penghasilan kapal-kapal hebat. Linda Shaffler dipetik dalam bukunya lagi berkata:
“Orang Cina juga tahu penduduk pulau ini sebagai pembina dan kru kapal laut serta akan terlibat perdagangan laut. Orang Cina sebenarnya telah banyak belajar daripada mereka. Orang Melayu mula membina kapal yang diperbuat dari tikar anyaman yang diperkukuhkan dengan buluh, sekurang-kurangnya beberapa beratus-ratus tahun SEJARAH MELAYU dan ketika masa Dinasti Han (206 SEJARAH MELAYU hingga 221 SEJARAH MELAYU), orang Cina telah menggunakan layar itu.”
Catatan yang lain pula:
“Keterangan orang-orang China berkenaan kapal-kapal Melayu adalah seawal abad ketiga Masehi, menunjukkan kapal-kapal layar Melayu,iaitu jong (perkataan Melayu),sebuah kapal dengan lambung kapal yang berlapis-lapis.Perkataan Inggeris,junk selalu dirujuk sebagai kapal orang-orang China,sebenarnya kata ambilan dari kapal jong Melayu. Orang China juga mengenali bahawa perkataan mereka bagi kapal-kapal Kunlun (sebutan orang China bagi penduduk Melayu) iaitu buo adalah perkataan asing yang dimasukkan ke dalam kosa kata bahasa China” (Manguin, 1980: 266-67, 274)
Lagi catatan dalam buku yang sama menerangkan bahawa terdapat catatan cina mengenai kapal-kapal bangsa Melayu, yang dicatatkan seawal abad ke-3 Masihi di mana Jong Melayu yang dikatakan mampu membawa myatan seberat 500 Tan sehingga 1000 tan.
Selain itu, dunia juga harus berterima kasih kepada tamadun Melayu apabila memperkenalkan teknologi “balance-lug sail”, merupakan inovasi yang menyumbang kepada dunia. Layar jenis ini kemudiannya telah mengilhamkan penciptaan triangular lateen sail.
Salah satu jenis kapal Melayu yang hebat adalah Kapal Pinisi (sejenis perahu besar dikenali sebagai Pinis Gobel di Terengganu) adalah kapal yang dibuat terutamanya dari kalangan orang Bugis,satu kaum Nusantara yang terkenal sebagai pelaut, pedagang dan lanun yang berkemahiran tinggi.
Perbezaan yang ketara dari pembuatan perahu pinisi dengan teknologi pembuatan kapal Barat adalah,jika orang Barat membina perahu dari rangkanya dulu barulah dibina dindingnya,tapi pembuatan pinisi tradisi dimulakan dengan dinding dulu barulah setelah itu dibina rangkanya.Segala teknik dan peraturan pembuatan perahu zaman dulu pernah dibukukan di dalam satu manuskrip atau kitab pembuatan kapal kuno yang dinamakan “Jaya Langkara”.
Bukti kepiawaian Bangsa Melayu dalam bidang perkapalan juga ditemui pada relief Candi Borobudur yang menggambarkan perahu bercadik – kebelakangan ini disebut sebagai “Kapal Borobudur”.
Pembinaan perahu bercadik Melayu adalah sangat unik. Lambung perahu dibentuk sebagai menyambungkan papan-papan pada lunas kapal. Kemudian disambungkan pada pasak kayu tanpa menggunakan kerangka, baut, atau paku besi.Hujung haluan dan buritan kapal berbentuk lancip. Kapal ini dilengkapi dengan dua batang kemudi menyerupai dayung, serta layar berbentuk segi empat.
Teknologi ini dipanggil sebagai ‘sewn-plank and lashed-lug’ di mana teknik ini hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya. Pakar arkeologi maritim, Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut ketika era Sriwijaya, pembina kapal Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal yang amat maju, jauh dibandingkan dengan contoh-contoh tongkang China sezaman dengannya. Kapal ini masih terpahat di Candi Borubudur, salah satu binaan hebat orang Melayu dari Dinasti Sailendra.
Akhir sekali dalam membincangkan tentang sumbangan orang Melayu dalam bidang perkapalan dan juga perlayaran perlunya orang Melayu mengetahui kenyataan berikut. Menurut pendapat daripada (http://depts.washington.edu/silkro…/…/weilue/appendices.html) diceritakan bahawa seperti berikut:
“Memandangkan tiada bukti kukuh yang dapat mengesahkan kewujudan kapal besar dari rantau lain, dapatlah disimpulkan bahawa bangsa Melayu adalah yang pertama sekali membina kapal besar (1,000 tan ke atas) bermula dari kurun pertama masehi. Pada kurun ketiga pula kapal 7 tiang yang boleh dianggarkan melebihi 2,000 tan muncul dari dunia Melayu.”
Berdasarkan catatan di atas, kita dapat merumuskan bahawa orang Melayu ialah pelopor kepada teknologi perlayaran dan perkapalan di dunia. Sekaligus, antara legasi hebat orang melayu dalam membina peradaban mereka.
10. Legasi Pengeluaran Material, Barang dan Bandar Sumber Dari Kekayaan Luar Biasa
Kalau dari segi pembinaan Bandar yang hebat, saya ingin mencadangkam beberapa Bandar yang dibina oleh bangsa Melayu yang harus kita pandang tinggi. Antara Bandar yang masuk dalam kategori sebagai legasi Bandar yang hebat adalah MySon di Vietnam, tinggalan sebuah kerajaan melayu kuno yang bernama Champa.
MySon sebenarnya telah mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai sebuah Bandar warisan dunia, yang perlu dijaga kerana ianya adalah lambang antara Bandar yang paling sistematik susunannya di Asia Tenggara dan Asia. Juga, diketahui bahawa MySon adalah antara tapak Bandar paling awal yang pernah dibina di Asia Tenggara selain daripada Lembah Bujang.
Selain itu, saya juga ingin memetik mengenai Kota Vijaya di Champa yang juga merupakan salah satu daripada Bandar yang sangat kaya raya pada zamannya sehingga menarik perhatian China untuk menawan Bandar ini pada zaman Dinasti Sui sehingga mengakibatkan perang hebat antara Champa dan Sui. Kekayaan Vijaya usahlah disangkal lagi kerana terdapat banyak catatan yang menceritakan mengenai kehebatan Vijaya.
Tetapi kita belum habis lagi. Tamadun Melayu adalah sebuah tamadun yang sangat terkenal dengan penghasilan emas yang menjadi lambing kekayaan tamadun ini.
a.) . Ibnu Kordadhbeh (844-848 SM) ada mencatatkan mengenai kekayaan Srivijaya:
Pemerintah Zabag (nama bangsa arab untuk Srivijaya) dipanggil sebagai maharaja dan saban hari, maharaja akan menerima hasil keluaran empayarnya yang berjumlah 200 man (ukuran yang tidak diketahui bagi menyukat emas di Srivijaya)
Pemerintah Zabag ini akan menukarkan emas-emas yang merupakan pendapatan Empayar Srivijaya lalu menukarkannya ke dalam bentuk jongkong emas dan melontarkan ke dalam tasik lalu berkata:
“Ini adalah harta aku!”
b). Kekayaan dan keluasan empayar Srivijaya ini adalah sangat mengasyikkan. Dalam catatan yang ditulis oleh Abu Zayd Hassan yang memberi komen terhadap buku yang ditulis oleh Pengembaraan Sulayman di India dan China menulis mengenai Srivijaya yang berbunyi seperti berikut:
“… dikatakan bahawa kekayaan yang dimiliki oleh Srivijaya bersamaan dengan 900 prasang persegi (ukuran Parsi – persamaan dengan 4995 KM). Terdapat juga pulau-pulau yang dikawal oleh rajanya yang berukuran 1000 prasang persegi…”
“…. Sesiapa yang berjalan kaki untuk cuba mengelilingi keseluruhan empayar ini dan apabila dia penat, dia akan berjumpa dengan tempat perlindungan (yakni disediakan oleh pemerintah Srivijaya)
c). Tatkala orang semua lupa pada Srivijaya, sebuah empayar yang hilang dari sejarah dunia, Al Masudi menulis:
“Di Laut Champa (Laut China Selatan) adalah empayar sang Maharaja, raja seluruh kepulauan,yang berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung banyaknya. Bahkan kapal yang paling terpantas tidak dapat menyelesaikan dalam masa dua tahun mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah pengaruhnya.Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah-rempah dan aromatik,dan tiada kerajaan lain (sebagaimana empayar ini) mampu mendapatkan banyak kekayaan dari bumi.”
Kita dapat melihat bagaimana Al Masudi menggambarkan kepada kita bagaimana luasnya empayar Srivijaya. Di katakan kapal yang paling pantas pun tidak dapat menghabiskan masa dua tahun untuk mengelilingi empayar Srivijaya. Kita dapat melihat yang Srivijaya menjadi tempat singahan pedagang dari barat untuk mencari rempah ratus. Sebenarnya, bangsa kita sudah memiliki pelabuhan bertaraf antarabangsa sebelum Melaka berdiri lagi.
d.) Al-Biruni dalam catatannya mengatakan bahawa Srivijaya dipanggil sebagai “Negara Emas” kerana emas boleh didapati di mana-mana sahaja di bumi Srivijaya dan Srivijaya dikatakan tiada satu pun kerajaan di dunia yang dikatakan sekaya Srivijaya ketika itu.
e.) Dalam catatan China pula mengatakan bahawa mereka memanggil Srivijaya sebagai Jinzhou yang kalau diterjemahkan bermaksud “Daerah Emas” atau “ Perairan Emas”. Diceritakan bahawa kawasan Bukit Seguntang itu penuh dengan emas dan patung Buddha yang bersalut emas dan perak.
f.) Pada zaman pemerintahan Maharaja Balaputradeva, I-Ching, sami daripada China yang berhijrah ke Srivijaya untuk belajar agama Buddha telah memberi gambaran bahawa Srivijaya ini juga dikenali dunia sebagai “Kepualaun Emas” sinonim dengan panggilan yang digunakan oleh orang India ke atas nusantara. Boleh jadi juga ini adalah kerana kekayaan Srivijaya.
g.) Catatan daripada Ibnu Said dalam manuskrip yang dikumpulkan daripada catatan Ptolemy dan Ibnu Fatima pula pula memperlihatkan peristiwa yang berikut:
“…setiap pagi, kami diberitahu, perbendaharaan kerajaan dibawa, seketul jongkong emas dalam bentuk batu-bata, ke hadapan maharaja yang mana untuk dilontarkan ke sebuah tasik berdekatan istana. Ketika maharaja masih hidup, tiada siapa yang berani mengusik jongkong-jongkong emas di dalam tasik itu. Apabila maharaja mangkat, penggantinya memerintahkan semua jongkong emas di dalam tasik dikeluarkan. Selepas dikeluarkan, emas-emas tadi dikira dan ditimbang, kemudiannya dibahagi-bahagikan di antara kaum kerabat diraja,para jeneral tentera,para hamba dan orang miskin. Bilangan jongkong emas dan beratnya dicatit ke dalam rekod istana dan prestij seseorang raja ditentukan berdasarkan jumlah jongkong emas yang mereka tinggalkan.”
Emas pada waktu itu dibuat mainan sahaja oleh raja-raja melayu ini.
Sekarang, saya mahu ajak kalian berfikir, siapakah kita sebenarnya? Masakan pada zaman seawal zaman pemerintahan Srivijaya sudha wujud sesuatu yang sehebat teknologi membuat emas dan menukarkan emas menjadi jongkong?
Sekarang, saya mahu ajak kalian berfikir lagi… siapakah kita sebenarnya? Kenapa tamadun luar begitu teruja untuk mencatatkan mengenai kita? Daripada China, Arab, Parsi sehingga ke Ptolemy sendiri menerangkan siapakah kita…
Kalaulah kita adalah bangsa yang bercawat di hutan sebelum Melaka, habis… siapakah Srivijaya, tamadun yang emas hanyalah maianan mereka sebenarnya?
-HE-
Terima kasih kepada rakan admin seperti Mohd Harunrashid, RAD, ASJ, dan Srikandi untuk perkongsian info artikel ini.
RELATED POSTS
Dilemma Membuat Pilihan
Tentu sekali kita semua menyedari dalam kehidupan kita, kita sentiasa berhadapan dengan situasi untuk membuat pilihan. Rata-rata manusia selalu memilih antara dua pilihan :pro atau kontra, positif atau negatif , baik atau buruk dan berbagai lagi kritiria yang ada, seolah-olah dalam kebanyakan situasi kita hanya ada dua pilihan. Kita sering terlupa bahawa di antara dua…
Tags: dan, dalam, yang, di, melayu
Jawapan Daripada Dato' Seri Idris Jusoh Mengenai Permintaan Pelajar STPM
Jawapan daripada Dato' Seri Idris Jusoh mengenai permintaan pelajar STPM 2014 yang tidak diterima masuk ke dalam jurusan medik. Kadang-kadang bukan keputusan STPM sahaja menjadi kayu pengukur, tetapi seperti kefasihan bertutur di dalam BAHASA MELAYU dan INGGERIS, aktif dalam kokorikulum dan sebagainya kerana kita bukan mencipta seorang robot di sekolah, tetapi seorang manusia.
Tags: dalam, di, dan, melayu, yang
Gergasi Lautan Timur
Pada 1513, Patih Yunus mengepalai serangan angkatan laut kerajaan Mataram di Pulau Jawa bagi menyerang tentera Portugis di Melaka. Seorang Portugis, Fernando Peres de Andrade menulis: "Jong Patih Yunus begitu besar sekali sehinggakan Anunciada (kapal perang panglima laut Portugis) yang berada di sebelah jong Patih Yunus, tidak lagi kelihatan seperti sebuah kapal". (Ahmad Jelaini Halimi,…
Tags: melayu, yang, dan, di, dalam
10 Penanda Aras Tamadun Melayu : Legasi Melayu Dalam Bidang Sains
Apakah Tamadun Melayu tidak meninggalkan apa-apa kepada dunia dalam bidang yang sains?Legasi yang boleh kita banggakan?Sebenarnya banyak legasinya, Cuma kita ini bangsa Melayu yang malas mahu mencarinya. Apabila kita bercakap mengenai peninggalan sebuah tamadun itu dalam bidang Sains, antara perkara yang kita tidak akan lupakan mengenainya adalah dalam bidang perubatan. Apakah tinggalan Tamadun Melayu dalam…
Tags: melayu, dalam, yang, dan, di
Kehebatan Ilmu Laut Melayu : Warisan Silam Yang Masih Kekal
Para pembaca-pembaca The Patriots ,tentu anda telah pun dipaparkan tentang bagaimana bangsa Melayu di zaman lampau telah pun sampai ke destinasi-destinasi sejauh Madagaskar, Hawaii, Afrika Timur malah di katakan telah sampai ke Mesir semenjak zaman Firaun kuno lagi. Tidak kurang juga bangsa Melayu telah pun sampai ke Cina , kepulauan Jepun hatta ke Kepulauan Pasifik.…
Tags: dan, melayu, dalam, yang, di
LIKE THIS ARTICLE? SUBSCRIBE TO OUR FEED!
0 comments