Adakah Melayu itu pendatang?
Agak terkejut bila mendengar adanya dokumen bertulisan jawi yang
mencatitkanterbitan tahun 1403 di tulis menggunakan
bahasa orang sabah yang ditemui di Kudat yang mengisahkan tentang 3 bab penting
dalam islam iaitu, tauhid, ibadah dan akhlak. Dalam analisis ketamadunan untuk
mencapai tahap boleh menulis dan mengeluarkan makalah memerlukan jangkamasa 100
tahun dari penguasaan ilmu yang dimiliki. Bukan untuk membicarakan terhadap
penguasaan ilmu tetapi menjurus kepada perkembangan islam di rantau ini yang
dijangkakan lebih awal dari yang disangkakan.
Sememangnya sejarah ditulis oleh orang yang menang, terdapat banyak
unsur-unsur yang sering menafikan ujudnya
sesuatu keadaan demi kepentingan pemenang. Jika tarikh yang tercatit di
makalah itu di ambil kira, maka kerajaan islam telah bertapak pada sekitar
tahun 1300, iaitu lebih awal dari kedatangan
Parameswara ke Melaka pada sekitar tahun 1400. Dengan adanya dokumen ini
beberapa persoalan semasa dapat dirungkaikan.
Pengaruh dari Kesultanan Brunei dan
Kesultanan Sulu yang merupakan kerajaan islam yang diakui dunia, jelas terlihat
dalam makalah tersebut yang menggunakan bahasa melayu brunei dan melayu sulu
bercampur dengan bahasa orang sabah tersebut, mengambarkan telah wujud kerajaan
islam di Gugusan kepulauan Melayu lama sebelum kedatangan penjajah. Malah
sekiranya peta Potelmy menggambarkan Semenajung Tanah Melayu sebagai
Semenanjung Emas terdapat pula peta selepas Potelmy yang menunjukkan kawasan nusantara dari
Sumatra hingga Gugusan Kepulauan Filipina merangkumi Papua sebagai Malay Archipelagos (Gugusan Pulau
Melayu). Ini terbukti dengan nama Manila
itu sendiri berasal dari perkataan Arab Aman ni Allah (dibawah lindungan
Allah). Ini menangkis pendapat bahawa rumpun Melayu ini adalah pendatang,
sememang nya tak kira bangsa jawa , banjar, suluk, bugis, bajau malah semua
suku bangsa yang terdapat di kepulauan ini sepatutnya dianggap sebagai bangsa
melayu, walau pun terdapat bantahan dari bangsa Khadazan yang tidak mahu di
anggap sebagai Melayu. Ini jelas kerana Melayu (Malay) itu dianggap sebagai
berugama islam, mengamalkan budaya islam dan bertutur dalam bahasa melayu.
Kelainan anutan ini adalah sebab yang utama bantahan dari suku Kadazan yang
majoritinya berugama kristian untuk tidak dianggap sebagai rumpun melayu. Sandaran ini jugalah bantahan kaum yang bukan
islam Sabah sekarang yang dijadikan alasan yang Sabah adalah sebuah Negara yang
bergabung dengan Semenajung dan Sarawak untuk membentuk Malaysia, bukannya
sebuah negeri seperi lain lain negeri di Semenanjung.
Kita
semua tahu penjajah barat mengamalkan
dasar 3G iaitu, Gold, Glory dan Gospel.
Gold melambangkan kekayaan yang diperolehi untuk dibawa pulang ke Negara
asal. Keuntungan inilah menjadi tarikan penjajah untuk menjajah di rantau ini.
Kekayaan ini menyebabkan raja-raja atau pemerintah Europa bersungguh sungguh
menaja expidisi pelayaran seperti vasco da gama, Magellan dan lain-lain lagi. Pembenaan kota London, Portugal dan Belanda juga Sepanyol adalah hasil dari
kekayaan rantau ini yang dikaut mereka.
Glory pula adalah untuk meneruskan meraikan
kemenangan terhadap islam dengan terus menggalahkannya dan terus menakluki tanah jajahan dalam meneruskan
kejayaanmemenangi perang salib yang terakhir iaitu di Toluene Perancis yang
mana crusade telah berjaya memenangi peperangan tersebut mengalahkan tentera islam. Untuk makluman
semua terdapat 7 peperangan Salib yang terjadi dan kemenangan hanya berpehak
kepada crusade pada perang salib ke 7 itu. Dari Glory yang diperolehi maka
Spain telah memberi kata dua pada penduduk Bandar Grenada di
Sepanyol samada terus tinggal disana dengan meninggalkan islam yang
dianuti atau diusir keluar dari Sepanyol. Atas dasar itu juga Sepamyol
menakluki Filipina dan menumbangkan kerajaan Islam di Filipina. Penentangan
hebat umat islam di Flipina terhadap penjajahan Sepanyol tersebut telah
disamakan dengan penentangan bangsa Moor terhadap mereka di Geranada lantas
perkataan atau panggilan Moro diberikan pada penentang-penentang tersebut yang
melahirkan istilah BangsaMoro di sana. Ingin saya ingatkan di sini sejarah
ditulis oleh orang yang menang, jadi kerajaan islam di Filipina digantikan dan
ditulis dengan kerajaan Pagan.
Gospel adalah kitab ugama kristian yang
melambangkan pengembangan ugama kristian di tanah jajahan. Kebanyakan penjajah
Berjaya mengkrisitiankan anak bumi yang dijajah seperti yang kita lihat di
Filipina dan pada bangsa Kadazan Dusun di Sabah. Mengikut kajian mufti Sabah,
terhadap istilah penggunaan nama Allah menggantikan God dalam bible melayu yang
digunakan di Sabah, penggunaan bible Melayu di dunia hanyalah digunakan pada
tahun 1970an di Indonesia. Hanya sekitar tahun 1980an Bible Melayu dibawa masuk
ke Sabah dan penggunaan Allah dalam bible tersebut mula digunakan. Ini adalah
bukti yang penggunaan Allah dalam agama kritian di Sabah dan Sarawak belum
lama. Bidasnya mengapa hanya mahu menukar God ke Allah hanya dalam bible bahasa
Melayu sedangkan tidak ditukar God dalam bahasa Inggeris atau bible yang sedia
ada. Bukti bukti ini juga menyangkal bahawa penggunaan Allah dalam bible melayu
telah lama. Tidak pelik jika bible berbahasa arab menggunakan bismillahhirahman
nirahim sebagai pembuka kata, kerana penyebaran kristian itu sendiri mempunyai
motif untuk menyamakan bible dgn quran.
To be continue..