Thursday, January 05, 2012

... catatan lama....


SEJUTA WAJAH SERIBU CARA

aku pernah dipesan

tak perlu mencari kesempurnaan
jika diri tak ketahuan


aku pernah disergah dalam lamunan
bukan cuma diri ku dimamah kepayahan
masih ramai yang dihanyut kegetiran

langkah ku penuh sandungan noda dan nista
lantaran aku diingatkan
jangan terus diuji kesetiaan
ironik nasihat dari semua
kerana..

telah nyata

cinta itu pemberian dari Nya
tak perlu gusar akan
kesuciannya

tak perlu ragu ketulusanya
tak perlu sangsi pada jujurnya
jika cinta yang kau beri adalah sesuci yang dikurniakan

No comments: