lanjutan dari post fb dr deco..
seperti biasa fikiran nide terawang-awang memikirkan tentang cerita hangat sekarang ini.. pasal pembuangan anak.. semalam terngiang di telinga nide bila mendengar dalam sehari 17 bayi yang dilaporkan dibuang.. yang tak dilaporkan entah berapa banyak.. sehari 17 bayi.. banyak tu...
tersentak juga hati ini mengenangkan amalan 'zaman jahiliah' ini telah kukuh bertapak dalam masyarakat di negara 'yang di payung keagungan islam'?.. bagi nide baby adalah hasil dari percintaan yang penuh dengan kasih sayang (making love) dan mengapa 'love product' ini harus dibuang?? lambang cinta, keagungan cinta hanya layak dibuang begitu saja??..
nide tak kira, samaada anak itu diketegorikan sebagai haram, cacat, berpenyakit (HIV ker) atau sebagainya nide tetap sayang baby tak kira anak sapa dan apa ugama mak bapa nya sekalipun dari bangsa yahudi. i still love babies.
mungkin punca masalahnya dari kita sendiri.. ibu bapa.. rasanya ramai orang yang akan marah kepada nide sebab berkata demikian.. mungkin bidasan pada penyataan ini mengatakan ibubapa telah bertungkus lumus membesarkan anaknya dengan kesenangan makan minum, tempat tinggal, lengkap berpakaian dan complete ngan persekolahan..
tapi pada pengamatan nide ramai ibubapa yang bermusuhan dengan anak remaja mereka, semua perlakuan anaknya adalah salah belaka, jeritan cemuhan, jeritan amarah dan jeritan penghinaan adalah perkara biasa dalam alam keremajaan anak tersebut, yang lebih dasyat lagi lempangan terajang, belasahan anak menjadikan kebencian pada ayah bonda timbul secara nalurinya kepada remaja yang menjadi mangsa. Hilang kasih sayang anak tersebut kepada orang tuanya. Ibubapa lupa walaupun tindakan mereka itu sekadar mengajar anak untuk menjadi insan yang lebih baik natijahnya remaja merasakan tiada lagi kasih sayang dalam hidupnya. Penderitaan akibat hilangnya keyakinan kasih sayang ayah ibu telah pudar menjadikan perasaan dirinya menjadi beban kepada keluarga mendorong remaja mencari jalan keluar di luar sana..
Lantaran kemanakah remaja tersebut mendambakan sebuah kasih sayang?..pastinya kepada orang yang menawarkan sebuah cinta iaitu kekasih. Maka dari situ lah bermulanya kisah sedih 'love product' ini.
pasti berat hati pada seseorang insan untuk membuang anaknya.. tapi dek beratnya tekanan dari masyarakat dan undang-undang.. tiada altenatif lain untuk mereka berpaling.. mengharapkan lindungan ibubapa pada masa itu dengan sikap ibubapa kepadanya selama ini adalah satu tindakan yang bodoh dan pastinya akan diinjak injak harga diri dalam londang kehinaan. Menyembunyikan kelahiran ada penjara dan denda. Nak melahirkan di rumah sakit terlalu banyak rintangan. melahirkan di klinik belum tentu selamat dan amat membebankan dari segi kewangan.. dan remaja bukan punya pulus pun untuk menghidupkan seorang baby.. nak beri pada orang istilah ' anak haram' dan ibu 'haram jadah' yang dilabelkan oleh masyarakat kita tak akan tertanggung oleh remaja itu..
pagi tadi dalam takzirah pagi KL fm 97.2 seorang ustaz telah menyatakan bahawa dalam islam sekiranya seorang ibu atau bapa tersenyum senang memandang anaknya dengan penuh kasih sayang pahalanya adalah setanding dengan haji yang makbur. Seorang anak yang membuatkan ibu atau ayahnya menyukainya pahalanya pula seperti memerdekakan seorang hamba. Anak ditegah meninggikan suaranya walaupun dengan perkataan aah!! dan berdosa besar sekiranya berbuat demikian... Sebenarnya banyak pahala jika hubungan anak dan ibubapa itu harmoni..
cuba bayangkan betapa besarnya dosa sekiranya menyakitkan hati ibubapa dengan berkawin lari..((ada berita kat paper tu)). atau cuba bayangkan betapa besar dosanya pula membenci dan memusuhi ayah hanya kerana ayahberkawin lain setelah ibu mu mati... ( yang ini cerita lain lak.. heheheheeh)
so.. sayangilah anak mu, maniskan muka mu di hadapan anak,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
betul kata Nide...salah ibu bapa atas faktor memarahi ank dgn cara memaki hamun sumpah seranah dll. Yg paling utama ialah kurang didikan agama dari ibu bapa sebab apa....bila ank dimaki hamun maknanya kuranglah ilmu keagamaan itu sendiri dari kedua org tuanya dan faktor pemakanan dan hasilnya juga adalah salah sumbangan selain dari faktor alam sekitar
btul btul btul... tapi individu tuh sendri pun salah... akal dah Allah bagi sepatutnya pertimbangan yg wajar perlu ada pada diri sendiri.. lu pikir lah sendiri...
thanks for sharing nide.... thanks a lot..
dunia duniaaaaaaaaa
Post a Comment