Wednesday, August 12, 2009

..... note for nide

muhasabah diri..

entah cam ner nide nak mencoretkan di sini tentang keadaan diri nide sekarang, apa yang dirasa dalam hati memang sukar dizahirkan. Nide tak menyesal atas apa yang berlaku sebaliknya nide bersyukur atas apa yang terjadi mungkin kerana berkat dari amalan ayatul kursi yang nide amalkan dan nide dah postkan dalam entry yang lepas-lepas. Bagi nide yang sepatutnya telah matang dalam hidup namun perlakuan nide menyatakan sebaliknya. Kita tahu apa yang betul dan apa yang salah tapi yang salah itulah yang kita buat. Kononya syok dek cabaran, seronok dalam kerahsiaan dan bahagia dalam larangan.

Satu saat mungkin Allah nak mengingatkan nide yang khayal dalam kepalsuan maka terserlahlah penipuan dan kecurangan. Halangan-halangan sebelum itu mungkin tak menyedarkan diri nide, kesukaran menjadi cabaran dan menjadi motivasi untuk terus hidup dalam kesalahan tersebut. Seolah-olah matalamat hidup itu hanya untuk menyuburkan kesalahan yang dilakukan. Hanyut dalam derasnya arus dosa.

Tak sedar nide bahawa halangan yang datang itu adalah satu kurnia kerana Allah maha pengasih dan tidak mahu nide terusan begini. Halangan dalam bentuk masa, halangan dalam bentuk kepayahan, halangan dalam bentuk kesibukan baik dari pihak nide, dan pihak-pihak yang lain tidak menyedarkan nide supaya berhenti saja dari terus melakukan kesilapan.

sehingga... sifat benci timbul... mengetuk kepala nide hingga berdarah.. tersembam menyembah bumi dan nide mengerti sekarang betapa tingginya langit..

kebencian kurniaan tuhan ini membunuh semua rasa cinta, kasih sayang dan kenangan indah dek kepalsuan diri nide yang kononnya hidup nide hanya untuk nya... hahahhahahaha

alhamdulilahh nide dah berhenti hidup bergelumang dosa... cuma tunggu masa saja untuk meminta ampun dan maaf kepada .........




p/s ... i am not stupid ok..... i am very very very stupid!!!!!

2 comments:

Baby Darling said...

i got the message sebalik kesedaran ini..thxs nide...

jaketbiru said...

baby darling...

the message is not for u baby..
honestly i didnt concern u..

hehehehehehehehhehehe..
wa cayanggggg luuuu.... tetap!!!