Monday, March 02, 2009
... Cerita Bukit Keluang...
.. Cerita seram ini telah diceritakan pada nide semasa dalam perjalanan nide dari bukit peteri (disebut puteri) ke bukit keluang untuk makan tengahari semasa lawatan nide ke Pangkalan Udara Gong Kedak.. cerita nya bergini.. sebelum bukit puteri dibuka untuk penempatan pangkalan udara terlalu banyak gangguan makhluk halus yang dialami di pangkalan udara gong kedak ini.. almaklum bahawa berhampiran dengan landasan kapalterbang gong kedak terdapat sebuah bukit berhampiran yang amat sesuai untuk dibangunkan sebagai kuarters dan pejabat. Bukit ini terletak di dalam negeri terengganu manakala gong kedak pula di negeri kelantan.. al kisah disebabkan gangguan makhluk halus tersebut terlalu kerap dan ganas.. maka dipanggillah orang yang bijak pandai untuk mengatasi mahluk tersebut.. seorang dukun dipertanggungjawabkan bagi mengusir makhluk tersebut....
.. mengikut cerita dukun tersebut ganguan tersebut berasal dari jin-jin penghuni bukit puteri.. akibat gangguan pembenaan di tempat mereka maka jin tersebut jadi tak selesa.. jadi dukun tersebut membuat perjanjian lah dengan jin-jin tersebut... jin tersebut akan dipindahkan ke satu tempat yang lebih aman...
..so.. tudm terpaksa menyediakan 2 bas panjang untuk mengangkut jin-jin tersebut berpindah..
.. awal pagi lagi bas tersebut telah bergerak dari gong kedak ke bukit keluang.. dari cerita pemandu bas tersebut.. bas dirasakan berat dengan muatan.. padahal cuma dukun itu saja menumpang bas tersebut... bila bas terhenti disebabkan lampu isyarat merah... terdengar dukun tersebut menjerit.. jangan turun lagi.. belum sampai.. naik balik.. naik balik!!!..
perjalanan dua bas tersebut berakhir di bukit keluang... dan disitu lah menurut cerita jin-jin berkampong sekarangggg.... satu lagi syarat untuk orang tudm.. tak dibenarkan memakai uniform bila pergi ke bukit keluang... kalau pakai uniform ke sana... jin akan ikut pulang ... hehehehehehehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ye ke? x penah tau pun psl cte2 seram ni....
memang betul cerita ni tapi ianya berlaku kira-kira 8 tahun dulu iaitu selepas kira-kira 5 tahun pembukaan tudm bukit peteri tu...
miss tox..
.. i pun baru dengar cerita tu.. saja nak sampaikan kepada orang lain yang tak tahu...
anonymous...
betul ek.. kan betul...
p/s bukan u salah sorang jin tu ker?? hehehehehehe
Post a Comment