Saturday, March 29, 2008

... achery...

21 mac 08.. lokasi FRIM..

..sedang membayangkan sasaran target adalah haiwan berkaki pendek yang halal di makan.. hehehehehe ampunnn...




.. kena paksa nanyi oleh organiser... oh fatimahhh... gadis ayuuu... (naper ko ta update blog ko ek shark... kita orang pun nak gak tengok baby tu...)


ingat tak pada eline.. anak sedara yang kawin ramai-ramai tuh... terpaksa lak nide jadi jurulatih dia dalam bab memanah nih...








Wednesday, March 26, 2008

... idola ...

hari ini nide belajar makna idola yang sebenar. Sure ramai yang mempunyai idola masing-masing samada penyanyi, pelakun, model, penari, tokoh politik dan sesiapa saja.. sanggup bersusah payah menghadirkan diri kerna cuma untuk menatap idola yang dipuja.. Harap nide selepas membaca post nide kali ini, pengunjung akan menukar idola mereka kepada idola nide juga.. insyallahhh..

hari ni juga nide menyedari bahawa tamadun agung islam mula runtuh selepas abad ke 12, berturut tamadun islam tumbang pada abad ke 13, 14 dan ke 15 (kejatuhan melaka).. dan pada abad-abad seterusnya... dan sebabnya adalah di sebabkan cap kaw ti tah.. (apa benda tuh??) . Hmmm pada zaman itu islam hanyalah pada cap=mengucap, kaw=kawin, ti=mati dan tah=tahlil.



Tapi bagaimana tamadun agung ini dapat bertahan sebegitu lama sebelum keruntuhannya?? Sebelum abad ke 12, umat islam menghayati dan mengikuti dan mencontohi rasulallah, yup nabi Muhamad SAW.. tamadun islam berkembang disebabkan power... tanpa power maka runtuh lah islam.. apa kah power dalam maksud sebenarnya?? power adalah ilmu pengetahuan, kemajuan, kekayaan, teknologi samada dalam bidang sains atau siasah ... dan ... keimanan.. keruntuhan tamadun islam disebabkan orang islam sendiri.. meninggalkan duniawi sedangkan rasulallah tidak menyuruh berbuat demikian... so bila kerajaan menerapkan nilai-nilai islam atau memperkenalkan islam hadari jangan lah kita pandang remeh... fahamlah bahawa negara ini sedang cuba membangkitkan tamadun islam yang gemilang... dan tsunami masalah sosial perlu kita tangani bersama secara intensif.... sebab ianya punca negara islam dijajah..




so sapa idola nide?




idola nide adalah insan agung yang mewariskan ucapan lailahaillallah..








p/s catatan masa ceramah maulidul rasul 2008...

p/s2 ..oh lupa ada satu soalan lagi... berapa lama hayat orang islam??

jawapan : hayat orang islam tak lama.. cuma masa antara waktu azan dan sembayang.. kenapa?.. masa kita dilahirkan kita diazankan.. masa kita mati kita disembahyangkan... tak lama.. tak lama kan....

Sunday, March 16, 2008

.. ratapan mawar putih ..

Seorang teman suka bercerita tentang warna dan nide suka membacanya, malah kagum dengan teman nide ni yang sememangnya warna warni...so kali ni sajak nide pun tentang warna...



Bercerita sang kumbang jingga pada mawar putih..
.. rerama yang cantik itu sudah tentu lupa pada mu mawar putih..
.. sedarlah kau mawar putih yang pudar warna...
.. usah lagi merindu kerana hari mu tetap kelabu..
.. semalam rerama riang bercanda dengan mawar merah...
.. kelmarin rerama gelak senda bersama mawar kuning...
.. esok katanya senyum mahu bertandang ke kuntuman mawar pink..

Bersabda pula sang kumbang hijau pada mawar putih..
..harum mu sudah hilang mawar putih..
..tidak seharum mawar merah, kuning dan pink..
..kalah sudah keharuman mu pada bunga tanjung dan kenanga..
..kalah sudah keharuman mu berbanding melur atau sundal malam..
..kelopak mu telah lemah dan bakal diterbangkan angin..
..mana mungkin rerama sudi lagi bertandang..

Berkhutbah pula sang belencas hijau muda..
.. daun mu sudah tidak enak mawar putih ..
.. sudah terlalu keras hijau mu dan sedikit keperangan...
.. duri mu juga sudah tumpul kerapuhan, tak menyakitkan..
.. lupakan saja rerama pelangi itu...
.. lupakan..

Balas mawar putih..
.. biarkan aku menunggu rerama itu ..
.. walau ke hujung hayat di hembus angin semilir...
.. kerna aku tak punya apa lagi..
.. hati dan cintaku telah di bawa pergi..

Wednesday, March 12, 2008

... munajat I ....



sepi menemani tika bermunajat
tak tersusun bait-bait doa
tak bertajwid syair lupa harkat tanpa tokmakninah
sedu gundah jadi irama
berkumit lafaz gemersik di bibir tanpa suara
bergema di qalbi tergetar nurani
gempita terasa meski diri masih kaku mengaku bermunajat..

sadis
menanti masa yang dinamakan bila
fatamogana yang acapkali datangnya menyapa-nyapa dan ketawa haloba
menguris hati bila tersingkap memori
mencalar tapa munajat ku..

bergetarlah...
bergemalah...
gempitalah.. munajat ku

sementara masa hadir mu tiba.

Tuesday, March 11, 2008

... kecundang lagi ...

sepi ini menyapa lagi
begitu setia menegur ku
walau luntur diri ini kerna penantian
sepi itu memujuk mendamaikan perih hati..

lalu sepi berlipur lara..
berdendang saat kerinduan
berdansa bersama bayang
bermentera pada sumpah janjinya...

sepi menapak lagi seiring hela nafas
menyikat sebak yang hadir
cuba meluruskan relung relung hidup...

angan-angan kah aku
mengharap satu kehadiran
yang tak mengharapkan aku hadir
sedangkan hatiku telah dibawa pergi...

ilusi yang realiti.

Sunday, March 09, 2008

....tsunami politik...

Agaknya kenapa BN tak menang besar cam pilihanraya yang lepas.. hehehehehe.. Pulau Pinang dapat kat DAP, kelantan tetap PAS, Kedah dapat gak kat PAS, Perak pun dapat menteri besar cina DAP dan rasanya Keadilan akan jadi menteri besar di Selangor..

Kenapa ek pengundi berubah arah???... haaaaaaa sebabnya pasti BN tidak dapat menawan hati rakyat.. MCA dan Gerakan gagal menjadi wakil orang cina.. MIC juga gagal menjadi wakil orang India.. UMNO??? Bahagi-bahagi kuasa dengan Keadilan dan PAS…

Pada nide sebagai orang biasa nide rasa kemungkinan besar yang rakyat terasa tertipu kerana mengundi Pak Lah masa mula-mula pilihanraya tahun 2004, mungkin Pak Lah tak sedar harapan rakyat terhadap beliau amat tinggi.. melebihi dari ketokohan Dr M, dan seperti kita tahu.. jawapanya adalah seperti keputusan pilihanraya 2008.

Antara yang perlu di kaji oleh BN adalah suara rakyat yang merintih seperti berikut..

a. “pak lah jadi naik jadi pm, harga barang pun naik..”
b. “bayaran tol naik,… penguasa tol yang kaya jadi semakin tamak… kerajaan buat tak tahu.. yang sengsara adalah rakyat”
c. “harga minyak naik.. petronas bangga mempaparkan keuntungan berbilion ringgit… kerajaan asyik mempertahankan subside yang dibayar kepada petronas”.
d. “yuran sekolah tak sampai sepuluh ringgit di mansuhkan... tapi ibubapa kena gak bayar kepada sekolah beratus ringgit… cam menipu jer”
e. “tak patut BN layan Dr M cam tuh…..”
f. “Dr M dan kita tahu sebelum meluluskan projek yang telah dirancang budget dan allocation telah dibuat…. Camner pak lah kata kerajaan tak ada duit dan membatalkan projek tersebut”.
g. " bagi buku teks percuma kat budk sekolah buat apa... bukannya budak sekolah tu nak mengundi.. patutnya tolong ler student yang lebih 21 tahun kat puasat pengajian tinggi.. mungkin paklah tak tahu berapa ramai agaknya diaorang ni yang tak dapat ptptn.."

Sebenarnya tiada isu besar terhadap kekalahan BN..Cuma BN tutup mata terhadap perkara remeh yang membebankan rakyat almaklum perkara remeh.. namun perkara remeh ni ler yang nide rasa mengubah pandangan rakyat terhadap BN.. rakyat bukan tak suka BN tapi melahirkan rasa marah kepada BN dengan cara tidak mengundi BN.. kalau kasi bonus awal tahun 2008 mungkin kekalahan tak seteruk ini...

Penganalisa politik mengatakan salahkan kepada media cyber... wakakakakakakakak.. nide rasa kelakar pula.. mungkin penganalisa politik BN nih juga tertutup mata terhadap kesengsaraan rakyat.. bukan masalah dalaman BN puncanya... puncanya adalah rakyat tak puas hati jer... rakyat marah beb... dan rakyat rasa tertipu... banyak lagi masalahnya.. cam double standard elaun antara juruterbang di JPAM dan Tentera/Polis... elaun air traffic juga berbeza antara civil dan military... sure kami tak dibayar selumayan sebagaimana mereka..

Oh ya hampir lupa.. kerajaan negeri-negeri yang baru harus lah menjalankan tugasan mentadbir negeri-negeri tersebut lebih baik dari semasa di bawah pentadbiran BN.. nide cabar nihh,,...

p/s nide leh kena OSA ker nih???

Wednesday, March 05, 2008

... pilihanraya....

nide berbangga kerana telah menjalankan tanggungjawab nide sebagai rakyat malaysia... yess nide telah mengundi secara pos pada 4 mac 08.. malangnya muka-muka korang tak ada dalam borang undi tuh.. kalau tidak.. pasti nide pangkahhh... hehehehehehe.. sebelum mengundi pastikan tempat mengundi ok... dan ingatlah rakyat bertanggungjawab memilih kerajaan.. kalau tak undi maknanya.. anda tu bukan rakyat malaysia... heheheheheeh.. kajian harus dibuat terlebih dahulu.. harap artikel di bawah dapat membantu..


DUN yg paling kaya, DUN Teluk Mas dan Pasir Mas
DUN yg paling kurang “ turn out voting” DUN Care
DUN yg langsung takde orang keluar mengundi , DUN Noh

DUN yg paling sejuk, DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa, DUN Air Tawar
DUN yg paling panas, DUN Pedas
DUN yg paling miskin, DUN Sekupang
DUN yg paling muda, DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah, DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah, DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yg banyak hantu, DUN Pucong
DUN yg ada istana, DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan, DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik, DUN Sg Ada Burung.
DUN ada binatang, DUN Kijang
DUN paling wangi, DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN Senggarang
DUN paling banyak berahsia,
DUN Tell Anybody .. keh keh keh..
.....Selamat mengundi....







Tuesday, February 19, 2008

..2nd golf prize...



this is my 2nd golf prize.. it prove to me that wining the golf event is not a fluke.. i won this hamper on the 2nd chook run held with 20 points, this time i managed to par 3 holes of 9 holes.. 2nd chook run was held on valentine day febuary 14.. i played 46 stroke and managed to lowered my handicap to 10. Lepas ni susah oooo nak menang.. hehehehehe..

.. golf perpisahan..

kenangan semasa golf perpisahan bersama Brig Gen Dato' Zainal the first air traffic general in RMAF in Astana Golf Indera Mahkota sedikit masa dulu...




...angin ahmar....

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT.

Sepertiman yang kita tahu. angin ahmar adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat. Penyakit angin ahmar ini tidak memilih mangsa dan mengikut pengalaman nide ramai kenalan samada ada pertalian darah ngan nide atau tidak pernah diserang dengan penyakit ini. Arwah nenek nide.. nenek esah (cucu esah.. nide ni) juga meninggal dunia kerana implikasi dari serangan angin ahmar menyebabkan arwah terlantar lumpuh.. bermacam cara digunakan untuk mengubati nenek nide ni, diantaranya adalah pengubatan menggunakan burung merpati, entah bagimana caranya nide tak tahu pula, maklumlah masa tu nide masih remaja lagi, berbagai kaedah tradisonal lain juga telah dicuba tapi tak berapa berkesan, itu adalah serangan kali pertama dan serangan kali kedua menyebabkan arwah tidak dapat diselamatkan. Lama masa antara serangan tu lebih kurang 3 tahun menyebakan butir pertuturan agak kabur, hilang ingatan tapi yang anehnya.. kalau kita berpantun dia dapat jawab pantun kita dengan penuh keindahan. Moga rohnya dicucuri rahmat.. oh ya untuk pengetahuan semua nide dibela oleh nenek sejak berumur lapan tahun sehingga umur 12 tahun sehinggalah bapa nide pencen dari perkhidmatan dan pulang ke kampung. My brother in law, abang nasir juga diserang oleh angin ahmar tapi sekarang sudah sihat walaupun beliau juga mengalami masalah pertuturan dan tidak dapat berkomunikasi dengan baik.. kengkadang dia menjadi marah kalau orang lain tidak dapat memahami apa yang dikehendakinya.. namun begitu alhamdulilah beliau sekarang boleh memandu kereta tapi masih juga mengalami kesan sampingan akibat serangan ahmar tersebut, beliau masih lemah dan tak sesihat seperti sebelumnya.

email yang nide terima dari sebuah laman yahoo group ini mengimbas kembali kenangan nide pada arwah nenek, betapa manjanya nide terhadap nenek disamping mengajar nide menjadi berdikari tanpa kehadiran parent semasa kecil. Betapa besarnya pengorbanan nenek yang sanggup memasak air panas untuk nide mandi di subuh hari untuk ke sekolah, betapa kemasnya berbaju putih yang hangat dengan kesan digosok oleh steriker arang, dan kekenyangan memakan nasi sejuk atau lempeng kelapa cecah gula atau susu. Kedinginan embun yang menyapa ketika menumpang beca pak cik samadi.. (i call him abah dee... abadi), atau kehangatan berhimpit dalam beca roda tiga ketika hujan berbumbungkan plastik lutsinar yang setia menghantar nide ke sekolah di bandar batu pahat lebih kurang 10 km itu. Semuanya kenangan indah walaupun terasa pahit ketika itu.

Tips tindakan awal ini moga boleh dicuba semasa kecemasan kepada mangsa yang diserang angin ahmar. Ianya adalah kaedah penitisan darah dan tindakan dengan kadar segera dan pantas memungkinkan, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan untuk menyelamatkan orang yang kita sayang.

Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otak menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawalah bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ketempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk. Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian denganberhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya, seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkansetitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.

Jika berlaku perubahan bentuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula.Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital. Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula." Berilah mangsa minum teh panas dan merehatkannya sebelum membawa mangsa ke hospital.

... my 1st golf reward...


just for me to remember.. this is the first "hadiah" yang diperolehi dari pertandingan golf, memang kelakar dapat hadiah seekor ayam tapi tak apa ler... bayaran masuk pertandingan pun cuma rm 10 jer.. kalau ikutkan harga ayam ni tak sampai pun sepuluh ringgit wakakakakkaa.. tempat pertama dapat 3 ekor ayam, nide dapat seekor jer.. keputusan agak baik.. 2 hole par, boggies ada beberapa dan double buggies pun ada.. in total 9 lubang dapat 48 stroke.. kalau ikut handicap 12.. kira main even lah.. (ehamm ehamm) by the way the "Chook Run" was held on Feb 7.. well done to me..





Friday, February 15, 2008

... belasah jer la ...

camer ler tak sakit TB kalau cam nih.. hehehehehe..

..HENTIKAN DERAAN TERHADAP ISTERI...

Thursday, February 14, 2008

... calar....

tak ada ilham untuk menulis.. buntu.. ini saja kali ini

p/s hati tercalar camner nak buat.. pedih sentiasa..

Sunday, February 10, 2008

... lambaian....

... sudah senja rupanya...
... seri pelangi pun ada...
... izinkan aku hilang bersama pelangi senja ini..
... nanti-nanti kalau ada jodoh...
... nide ke sini lagi..
................................. dont call me
................................. i will call u

Wednesday, January 16, 2008

... sayang ...

sebenarnya nide ni malas nak forwardkan email yang diterima.. hehehehehe banyak email yang best-best yang nide terima, nide baca, fahamkan maksudnya dan ambil pelajaran darinya.. kengkadang terdetik juga minda untuk mengulasnya berdasarkan pengalaman hidup yang pernah dilalui.. kadangkala menjadi cynical tak tentu pasal.. hehehehe.. contohnya.. kenapa masih ada orang melayu (islam) yang miskin tegar sedangkan baitulmal ada?.. kenapa melayu masih merempat.. buta ker mata ketua kampong??.. kenapa ada orang melayu yang mengadu kepada Michel Chong??.. pertubuhan melayu tak ada ker seperihatin cam pertubuhan MCA tu??.. aduhaii..

tapi post kali ni lain aaa dari masalah orang melayu.. ni masalah antara dua hati kekasih.. ingin nide rakamkan sejuta terima kasih kepada ixora tiara yang mengemailkan kepada nide.. banyak dah ek ixora de kolera .. eh silap ixora tiara hantar email yang bagus sekali. thanks muahhhhhhh slurrrrrrppp ix..

ni nasihat untuk kita.. hayatinya dengan tenang ok..


Bagaimana utk menyayangi seseorang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

p/s nasihat yang ni nide tak faham kerana nide tak dapat bezakan apa itu hati dan apa itu perasaan.. bagi nide semua emosi dan perasaan terbit dari hati.. ketenangan hanya dicapai dengan fikiran.. tanpa fikiran perlakuan dipengaruhi oleh emosi.. camner ada komen tak???

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya.Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

p/s setuju betul dengan nasihat ni.. disebabkan ingin mengubah ler celotehan berpanjangan hehehehehehe bagi nide sidia adalah sangat istimewa sehingga nide rela menyerahkan kasih sayang nide kepadanya.. nide terima dia seadanya kerana nide tahu nide ni tak sempurna dan banyak kelemahan.. untung dia nak bersama nide.. sapa ler yang malang tu ek.. heheheheheh

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

p/s betul tu.. betul sesangat .. sapa ler nide ni ek.. rupa tak ada.. hitam bak arang, bongkok cam sabut, selekeh sentiasa, hartawan pun bukan.. hensem pun tak, berbanding dia yang ayu jelita, anggun, seksi, manis dan lain-lain.. sampai ada orang menaruh hati dan menguratnya... hmmmmmm.. sapa ler aku..

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak,yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

p/s .. kadangkala terasa juga cintanya kepada ku hanya lah cinta simpati.. yakinkan lah aku.. kerana sampai kini tak teryakin hati ini ianya bukan cinta simpati...

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah pun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

p/s kerana ketidak sempurnaan diri ku lah membuat aku memilih mu yang pada ku terlalu sempurna.. dan menyempurnakan hidup ku..

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

p/s bila nide nak melakukan sesuatu selalu nide bertanya.. kalau anak nide buat benda yang nide nak buat ni nide marah tak?? kalau nide tak marah apa yang anak nide buat.. nide akan lakukan.. kalau nide akan marah anak nide, nide akan batalkan... cuba lah amalkan..

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

p/s nide nak amalkan nasihat nih..

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

p/s .. cinta ku telah ku berikan kepada mu... sekarang i tiada cinta lagi..nak diberikan pada sesiapa lagi.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidupseperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

p/s yes.. itu akan terjadi pada nide... merana hingga dijemput sarikatul maut..

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

p/s .. kejayaan ku adalah hasil pengorbanan mu.. siapa aku kini adalah hasil dari mu juga..

Tuesday, January 08, 2008

... al fatihah ...

hmmmm.. hari ahad lepas 6 jan 2008.. kembalilah seorang hamba allah ke rahmatullah akibat penyakit kenser... orang yang ke tiga yang nide amat kenal yang mengalami pnyakit yang serupa.. semuanya jiran nide semasa nide bertugas di labuan dahulu... Kak Pah pergi dulu.. seorang guru kanan yang amat mengambil berat tentang keluarga nide... Kak Maya menyusul kemudian seorang excutive Maybank yang amat tertib, dan penuh dengan senyuman... dan ahad lalu.. Suraya seorang ibu muda yang cantik dan bertambah cantik disebabkan hemahnya sebagai seorang sahabat... sebak, mengalir air mata juga nide ketika hari sabtu melawat allahyaharmah di hospital putrajaya... penderitaan jelas di raut mukanya... sedih kerana keluarganya merupakan sahabat baik keluarga kami... tabahkan hati ya Mej Raja Mohar.. hanya alfatihah dapat nide berikan...alfatihah


sebagai panduan kita

Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan. Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.


p/s... Suraya... seperti mana kau dan mentari..

Wednesday, January 02, 2008

.. golf time ...


kenapa nide main golf... sebab halaman ofis nide adalah padang golf.. hehehehehe.. sebelah kiri nide tu my ofis..(menara kawalan kapal terbang) belakang nide sebelum pokok sawit tu green for hole no 1, par 4... sedang aiming di tee box hole no 2, (par 4 gak...) jomm golf.. i belanja..

Tuesday, December 18, 2007

... horrayyyy.. cuti...

sebab aidil adha dan krismas dekat-dekat tarikhnya jadi nide cuti lama sikit... mohon kebenaran untuk bercuti juga dari membolging.. hehehehehehe...

ops banjir korang teruskan lah yer... nide nak masuk jadi golongan mangsa banjir jap.. see u all..

p/s.. kalau komen tak di moderate.. maaf ler.. as soon as nide boleh online i will moderate it..