this is my 2nd golf prize.. it prove to me that wining the golf event is not a fluke.. i won this hamper on the 2nd chook run held with 20 points, this time i managed to par 3 holes of 9 holes.. 2nd chook run was held on valentine day febuary 14.. i played 46 stroke and managed to lowered my handicap to 10. Lepas ni susah oooo nak menang.. hehehehehe..
Tuesday, February 19, 2008
..2nd golf prize...
this is my 2nd golf prize.. it prove to me that wining the golf event is not a fluke.. i won this hamper on the 2nd chook run held with 20 points, this time i managed to par 3 holes of 9 holes.. 2nd chook run was held on valentine day febuary 14.. i played 46 stroke and managed to lowered my handicap to 10. Lepas ni susah oooo nak menang.. hehehehehe..
.. golf perpisahan..
...angin ahmar....
Sepertiman yang kita tahu. angin ahmar adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat. Penyakit angin ahmar ini tidak memilih mangsa dan mengikut pengalaman nide ramai kenalan samada ada pertalian darah ngan nide atau tidak pernah diserang dengan penyakit ini. Arwah nenek nide.. nenek esah (cucu esah.. nide ni) juga meninggal dunia kerana implikasi dari serangan angin ahmar menyebabkan arwah terlantar lumpuh.. bermacam cara digunakan untuk mengubati nenek nide ni, diantaranya adalah pengubatan menggunakan burung merpati, entah bagimana caranya nide tak tahu pula, maklumlah masa tu nide masih remaja lagi, berbagai kaedah tradisonal lain juga telah dicuba tapi tak berapa berkesan, itu adalah serangan kali pertama dan serangan kali kedua menyebabkan arwah tidak dapat diselamatkan. Lama masa antara serangan tu lebih kurang 3 tahun menyebakan butir pertuturan agak kabur, hilang ingatan tapi yang anehnya.. kalau kita berpantun dia dapat jawab pantun kita dengan penuh keindahan. Moga rohnya dicucuri rahmat.. oh ya untuk pengetahuan semua nide dibela oleh nenek sejak berumur lapan tahun sehingga umur 12 tahun sehinggalah bapa nide pencen dari perkhidmatan dan pulang ke kampung. My brother in law, abang nasir juga diserang oleh angin ahmar tapi sekarang sudah sihat walaupun beliau juga mengalami masalah pertuturan dan tidak dapat berkomunikasi dengan baik.. kengkadang dia menjadi marah kalau orang lain tidak dapat memahami apa yang dikehendakinya.. namun begitu alhamdulilah beliau sekarang boleh memandu kereta tapi masih juga mengalami kesan sampingan akibat serangan ahmar tersebut, beliau masih lemah dan tak sesihat seperti sebelumnya.
email yang nide terima dari sebuah laman yahoo group ini mengimbas kembali kenangan nide pada arwah nenek, betapa manjanya nide terhadap nenek disamping mengajar nide menjadi berdikari tanpa kehadiran parent semasa kecil. Betapa besarnya pengorbanan nenek yang sanggup memasak air panas untuk nide mandi di subuh hari untuk ke sekolah, betapa kemasnya berbaju putih yang hangat dengan kesan digosok oleh steriker arang, dan kekenyangan memakan nasi sejuk atau lempeng kelapa cecah gula atau susu. Kedinginan embun yang menyapa ketika menumpang beca pak cik samadi.. (i call him abah dee... abadi), atau kehangatan berhimpit dalam beca roda tiga ketika hujan berbumbungkan plastik lutsinar yang setia menghantar nide ke sekolah di bandar batu pahat lebih kurang 10 km itu. Semuanya kenangan indah walaupun terasa pahit ketika itu.
Tips tindakan awal ini moga boleh dicuba semasa kecemasan kepada mangsa yang diserang angin ahmar. Ianya adalah kaedah penitisan darah dan tindakan dengan kadar segera dan pantas memungkinkan, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan untuk menyelamatkan orang yang kita sayang.
Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otak menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawalah bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ketempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk. Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian denganberhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya, seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkansetitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.
Jika berlaku perubahan bentuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula.Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital. Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula." Berilah mangsa minum teh panas dan merehatkannya sebelum membawa mangsa ke hospital.
... my 1st golf reward...

just for me to remember.. this is the first "hadiah" yang diperolehi dari pertandingan golf, memang kelakar dapat hadiah seekor ayam tapi tak apa ler... bayaran masuk pertandingan pun cuma rm 10 jer.. kalau ikutkan harga ayam ni tak sampai pun sepuluh ringgit wakakakakkaa.. tempat pertama dapat 3 ekor ayam, nide dapat seekor jer.. keputusan agak baik.. 2 hole par, boggies ada beberapa dan double buggies pun ada.. in total 9 lubang dapat 48 stroke.. kalau ikut handicap 12.. kira main even lah.. (ehamm ehamm) by the way the "Chook Run" was held on Feb 7.. well done to me..

Monday, February 18, 2008
Friday, February 15, 2008
... belasah jer la ...
camer ler tak sakit TB kalau cam nih.. hehehehehe..
..HENTIKAN DERAAN TERHADAP ISTERI...
Thursday, February 14, 2008
... calar....
tak ada ilham untuk menulis.. buntu.. ini saja kali ini
p/s hati tercalar camner nak buat.. pedih sentiasa..
Sunday, February 10, 2008
... lambaian....
... seri pelangi pun ada...
... izinkan aku hilang bersama pelangi senja ini..
... nanti-nanti kalau ada jodoh...
... nide ke sini lagi..
................................. dont call me
................................. i will call u
Wednesday, January 16, 2008
... sayang ...
tapi post kali ni lain aaa dari masalah orang melayu.. ni masalah antara dua hati kekasih.. ingin nide rakamkan sejuta terima kasih kepada ixora tiara yang mengemailkan kepada nide.. banyak dah ek ixora de kolera .. eh silap ixora tiara hantar email yang bagus sekali. thanks muahhhhhhh slurrrrrrppp ix..
ni nasihat untuk kita.. hayatinya dengan tenang ok..

Bagaimana utk menyayangi seseorang
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
p/s nasihat yang ni nide tak faham kerana nide tak dapat bezakan apa itu hati dan apa itu perasaan.. bagi nide semua emosi dan perasaan terbit dari hati.. ketenangan hanya dicapai dengan fikiran.. tanpa fikiran perlakuan dipengaruhi oleh emosi.. camner ada komen tak???
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya.Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
p/s setuju betul dengan nasihat ni.. disebabkan ingin mengubah ler celotehan berpanjangan hehehehehehe bagi nide sidia adalah sangat istimewa sehingga nide rela menyerahkan kasih sayang nide kepadanya.. nide terima dia seadanya kerana nide tahu nide ni tak sempurna dan banyak kelemahan.. untung dia nak bersama nide.. sapa ler yang malang tu ek.. heheheheheh
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.p/s betul tu.. betul sesangat .. sapa ler nide ni ek.. rupa tak ada.. hitam bak arang, bongkok cam sabut, selekeh sentiasa, hartawan pun bukan.. hensem pun tak, berbanding dia yang ayu jelita, anggun, seksi, manis dan lain-lain.. sampai ada orang menaruh hati dan menguratnya... hmmmmmm.. sapa ler aku..
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak,yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
p/s .. kadangkala terasa juga cintanya kepada ku hanya lah cinta simpati.. yakinkan lah aku.. kerana sampai kini tak teryakin hati ini ianya bukan cinta simpati...
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah pun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.p/s kerana ketidak sempurnaan diri ku lah membuat aku memilih mu yang pada ku terlalu sempurna.. dan menyempurnakan hidup ku..
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
p/s bila nide nak melakukan sesuatu selalu nide bertanya.. kalau anak nide buat benda yang nide nak buat ni nide marah tak?? kalau nide tak marah apa yang anak nide buat.. nide akan lakukan.. kalau nide akan marah anak nide, nide akan batalkan... cuba lah amalkan..
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
p/s nide nak amalkan nasihat nih..
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
p/s .. cinta ku telah ku berikan kepada mu... sekarang i tiada cinta lagi..nak diberikan pada sesiapa lagi.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidupseperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
p/s yes.. itu akan terjadi pada nide... merana hingga dijemput sarikatul maut..
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
p/s .. kejayaan ku adalah hasil pengorbanan mu.. siapa aku kini adalah hasil dari mu juga..
Tuesday, January 08, 2008
... al fatihah ...
sebagai panduan kita
Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan. Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.
p/s... Suraya... seperti mana kau dan mentari..
Wednesday, January 02, 2008
.. golf time ...
Tuesday, December 18, 2007
... horrayyyy.. cuti...
sebab aidil adha dan krismas dekat-dekat tarikhnya jadi nide cuti lama sikit... mohon kebenaran untuk bercuti juga dari membolging.. hehehehehehe...ops banjir korang teruskan lah yer... nide nak masuk jadi golongan mangsa banjir jap.. see u all..
p/s.. kalau komen tak di moderate.. maaf ler.. as soon as nide boleh online i will moderate it..
... aduhai woman ....
Sunday, December 16, 2007

penghantaran makanan menggunakan pesawat nuri TUDM, guna juga pesawat fennac TLDM, begitu juga pesawat agusta dari TDM... sesekali terpaksa guna pesawat MI 17 dari bomba dan pesawat dolphin dari APMM... bukan penghantaran makanan saja.. buat juga penugasan evecutions mangsa banjir dan juga medical evacutions yang semakin kerap kerana hospital di daerah yang terputus tidak berkeupayaan merawat pesakit jadi terpaksa di hantar ke HTAA di Kuantan..
terdapat juga setakat ini dua penugasan membawa jenazah... makin sulit bila keadaan cuaca tidak mengizinkan, makin payah bila pesawat rosak dan perlu diperbaiki.. dan makin rumit bila VIP nak guna pesawat yang sepatutnya membantu mangsa-mangsa.. hehehehehehthat is part of my job... what to say??.. i am trying hard to please everybody but somebody at home is not please... cam ner ek
Tuesday, December 11, 2007
MANAGEMENT LESSON

Thursday, November 29, 2007
... teka - teki...

Teka-teki ni original.. dari pengamatan nide sendiri.
Adalah satu masa tu, anak sedara nide yang bersekolah sedang membuat kerja sekolah di rumah... soalan math.. kira-kira.. nide sedang tengok tv masa tu dekat sofa.. dia duduk kat belakang sofa atas lantai baring sambil buat latihan matematik.. bersepah buku dan alat tulis nya.. (biasa aaaa) sambil menulis dia membaca apa yang ditulisnya..begini...
11 campur 13 jadi 1
25 campur 35 sama dengan 1
48 sama dengan 2
20 campur 15 campur 25 sama dengan 1
168 adalah sama dengan 7
40 campur 40 sama dengan 1.20
halamakkkkkk kira-kira apa nih semuanya salah... nide pun cakap kat kakak budak tu.. cuba ko tengok adik ko buat kerja tu.. semuanya salah.... kakaknya pun gi ler tolong... pastu dia beritahu nide yang semua kerja yang dibuat adiknya betul semua...
soalan: adik dia tengah kira apa??
haaaaaaaaa jawabbb... uji minda anda..
Tuesday, November 27, 2007
..jangan ambil mudah...
motor yang paling best nide pernah naik adalah scooter.. senang bawaknya.. pulas jer jalan.. pickup pun ok.. kalau kat traffic lite tu motor lain makan asap ler..hehehehehe.. kebaikan scooter ni mudah di handel.. semua orang bloleh bawak.. makcik ker.. pakcik ker.. budak-budak pun boleh bawa.. consumption minyak pun sikit jer.. boleh bawa laju ler juga.. takat 120km no hal.. kesimpulannya memang ramai yang suka scooter dari motor lain.. nide kalau diberi pilihan kalau nak operate kat KL memang ler scooter nide pilih..
disebabkan mudahnya mengendalikan scooter ni.. kita sering terlupa akan implikasi keselamatannya.. kejadian dalam video ni mungkin terjadi pada kita... ambil iktibar ok..
Tuesday, November 20, 2007
... baca dan senyum lah..
Sepasang pengantin baru sedang bersiap menghadapi malam pertama mereka. Pengantin perempuan berkata,”Bang Berahim, saya masih anak dara sunti, segar bugar dan tidak tahu apa-apa tentang seks. Bolehkah abang Berahim menerangkan terlebih dahulu secara terperinci sebelum kita melakukannya?”.
”Hubungan asmara itu senang saja sayang.. kita ni umpama penjara, yang sayang punya tu selnya dan yang abang punya umpama penjahatnya. Di penjara, penjahat harus dimasukkan ke dalam sel”, terang pengantin lelaki itu. Pengantin perempuan tersenyum dan mengangguk-angguk tanda paham. Lalu mereka terus bercumbu dan mengharungi lautan asmara...
Setelah selesai, si pengantin lelaki berbaring dan memejamkan matanya, si pengantin perempuan pula berkata, ” abang berahim penjahatnya terlepas..”.
Pengantin lelaki mulalah lagi memasukkan ”penjahatnya”. Rupanya pengantin perempuan dah syok sangat dengan hubungan asmaranya yang baru pertama kali yang dirasakannya. Setiap kali selesai dia selalu mengatakan bahawa penjahatnya lepas atau penjahatnya telah melarikan diri dari selnya. Setelah beberapa kali selesai, pengantin lelaki dengan nafas termengah-mengah berkata:
”Sayang... penjahat yang ini bukan kena hukuman penjara se umur hidup” sambil terbaring lemah..
p/s nide taip sambil gelak.. sakit oooo perut...
.. new info to share..
Untuk memulakan pencarian anda sila klik :http://www.sat- gps-locate. com/english/ index.html





