Thursday, April 27, 2006

Sejarah hitam cambodia

Kisah sedih genocide oleh pemerintahan Polpot suatu masa dulu adalah perjalanan yang sejarah yang amat memalukan dan menjadi sejarah hitam yang tak akan dilupakan dunia. Siapakah Polpot??.. Polpot adalah singkatan “Political Potential” mereka ini adalah rakyat Cambodia yang dipengaruhi oleh fahaman komunis dari aliran Negara china. (Vietnam pada masa itu dipengaruhi oleh fahaman marksis/Lenin. Manakala Cambodia fahaman Mao Tze Tong).

Mengapa terjadinya genocide (pembunuhan beramai-ramai)??.. untuk itu kita perlu memahami tanggapan polpot terhadap fahaman mao dan keadaan semasa semasa itu. Setelah negara Cambodia dijajah oleh Perancis yang mana telah mengkucar kcair kan ekonomi Cambodia, kemerdekaan di perolehi dari perjanjian Paris… namun begitu pada waktu awal pemerintahan..pemimpin termasuk raja nya berpaling kepada amerika yang mereka anggap maju… keadaan social menjadi semakin buruk dengan meniru fahaman barat yang mementingkan kebebasan dan system kapatilis…. Pemimpin terbuai dek mimpi kemewahan hinggakan rakyat menderita….terbiar papa.
Polpot mengambil alih kuasa dengan sokongan rakyat dan setelah memiliki pemerintahan mula mengikis fahaman barat dengan cara yang radikal. Apa-apa yang melambangkan kebaratan perlu dibuang dan dihapuskan kerana barat adalah setan. Ini bersesuaian dengan fahaman mao yang menyatakan rakyat perlu disucikan dari sebarang pengaruh asing. Maka berjuta rakyat yang terpelajar hasil dari pendidikan perancis dan barat dihapuskan. Semua rakyat dikumpulkan dan dihantar untuk dibahagi-bahagikan pekerjaan dan disebabkan masalah makanan..hampir semua dikerah untuk bekerja di sawah-sawah...
Kekuasan membuatkan pengikut polpot menjadi kejam dan tidak bertimbang rasa tidak kira bayi hingga ke nenek tua... yang tidak berdaya dibunuh agar tak membebankan pemerintah.... anak-anak dipisahkan dan ditanamkan dengan fahaman mao yang radikal ala cambodia... anak-anak ini di latih menjadi ganas dan tak berperikemanusiaan.. mereka tidak mengenali ayah ibu mereka dan beranggapan hanya mereka saja saudara sesama mereka dan perlu dilindungi... (behaviour conditioning)

Tempat tempat penyeksaan bercambah atas alasan menjaga disiplin dan kiling field juga tidak kurang banyak.... cukup dulu sampai sini..((email untuk coment))

permata dari cambodia

lembah pailin merupakan pengeluar batu permata yang terbesar di cambodia.. namun begitu banyak lagi tempat permata di lombong di cambodia...
bagi org ppuan yang datang melawat cambodia...sedia kan credit card .. teknik menawar adalah seperti berikut..
tawar lah hingga 60% dari harga asal... selalunya harga akan ditawarkan dalam USD tak megapa...tawar dulu dalam USD.. kemudian minta penjual convertkan ke Cambodia Reial (matawang Cambodia)..tawar lagi kat situ... jadi dua kali tawar... ok

Friday, April 21, 2006

Sejenak dipekan baru indonesia

yessssss... akhirnya korang dapat tengok aku memakai uniform.. hhehehe..
jangan ingat aku nak berlagak lak..ok.
rezeki di tangan Allah...
bersama pangkat lebih banyak amanah yang di pertanggungjawabkan. Nide sama saja dengan kamu semua... tak ada maknanya pangkat dan darjat dalam dunia cyber..
permandangan indah di malam hari dari hotel jatra pekanbaru..tempat penginapan semasa di sana... pemandangan di siang hari tak sempat diambil... bilik hotel cuma tempat untuk tidur dan rehat di malam hari..

Siang kerja maaa....
kerjaaa lahhhh
bukan gaduhhhhh

Wednesday, April 19, 2006

Pemandangan di Kingdom of Cambodia

Tetakala tamadun barat belum terbentuk terdapat satu tamadun yang telah gemilang di tanah ini. Mengapa nide kata begitu adalah kerana semasa itu kerajaan silam tersebut telah memperolehi kepakaran dalam bidang pembenaan (akitek) dengan terbenanya angkor-angkor di serata negara. Sebenarnya kita hanya mengenali Angkor watt sahaja disebabkan kompleks tersebut adalah kompleks Angkor yang terbesar di Cambodia ini.

Namun begitu terdapat banyak lagi angkor yang lain seperti angkor thom (besar), angkor bayon dan lain-lain lagi. Angkor-angkor tersebut bukan lah sebenarnya melambangkan sebuah kuil seperti yang nide sangkakan tetapi lebih merupakan istana maharaja dan raja-raja pemerintah kerajaan tersebut.
Sesebuah masyarakat dikira bertamadun apabila masyarakat tersebut mempunyai sistem sosial mereka sendiri. Maksudnya masyarakat mempunyai kepakaran kerja seperti masyarakat petani, masyarakat tukang kayu, nelayan dll. (masyarakat berprofesion) Tamadun juga merujuk kepada adanya sistem pemerintahan seperti rakyat jelata, masyarakat pertengahan, pentadbir, ulamak (paderi/priest) dan dalam konteks cambodia raja-raja. Masyarakat juga dianggap bertamadun sendiri jika mempunyai bahasa pertuturan dan tulisan sendiri.(tulisan khmer). Mereka juga punya undang-undang sendiri.


Namun begitu tamadun ini dipengaruhi oleh dua ugama yang jelas.. pada awalnya dipengaruhi oleh ugama hindu dan kemudiannya oleh fahaman buddha. Ukiran-ukiran di kompleks tersebut banyak membuktikan pengaruh tersebut. Jangan salah sangka bahawa ukiran di dinding tersebut adalah mentera-mentera ugama...(sangkaan nide pada mulanya). Setelah diamati hampir semua ukiran di dinding adalah kisah perjalanan kerajaan tersebut. Maksudnya gambar yang diukir adalah kisah-kisah peperangan dan kejayaan kerajaan Khamer purba pada masa itu.
Ke mana menghilangnya kerajaan yang begini hebat???..nide akan ulas bila nide senang di lain masa. sekarang nide mahu terangkan bahawa ketika itu pastinya rakyat di kerajaan ini amat bijak dalam bidang matematik dan falak. Mereka juga pastinya mempunyai teknologi yang hebat sehingga berjaya membena salah satu benda yang ajaib di dunia. ((diperingatkan.. europe belum mempunyai tamadun lagi. kalau ada pun mungkin kerajaan Rom... agaknya lah... amerika...???hehehhehe)))

Wednesday, April 05, 2006

orignally sajak ni i terima dari seorang chatters.. i cuba perbaiki sikit hehehe ((harap tak jadi tikus memperbaiki labu)) penghargaan untuk chatters tersebut... dan empunya sajak jangan marah erk..


Pada suatu tika yang tersurat...
Pastinya lamaran tak tertolak..
Tak tertangguh lagi akad yang dijanjikan..
Melaksanakan pertunangan sejak dilahirkan..
Untuk roh meneruskan perjalanan..
Jasad yang perlu dipulangkan...


hantaran bukan harta yang dijunjung..
tepak sirih adalah nazak nafas menghirup
lafas indah adalah kesakitan perih yang teramat...
Senyuman maut pasrah menanti...
Sekujur tubuh di pembaringan
Untuk sebuah perkahwinan..

tamu bertandang mempersembahkan esak tangis..
takala pengantin kaku bersiram di tahta.....
sebak biduanda menahan air mata..
dihiaskan baju cantik berbalut putih.....
wangian gaharu dan cendana......

Keranda jadi pelaminan.....
pengantin bersanding sendirian.....
diarak dijunjung kelilling desa menuju ke pusara......
diiring surah al ikhlas sepanjang perjalanan..
dinyanyikan tasbih dan kalimah kudus.....

akad nikahnya bacaan talkin.....
berwalikan liang lahat.....
saksi pula nisan-nisan.....
siraman air mawar...
keluarga terdekat menepung tawar...
menabur bunga yang juga layu..

tiba masa pengantin.....
menunggu sendirian.....
malam pertama bersama KEKASIH...
dikamar bertilamkan tanah....
dan dia menuntut janji....
sucikah kita tatkala berpadu....
pernahkah taubat sepanjang hayat.....
atau terkubur bersama dosa-dosa..
dan dia KEKASIH itu.....
menetapkanmu ke syurga...
atau melemparkan dirimu ke neraka.......

Tuesday, April 04, 2006

menjejaki islam di China..

menuruni tembok besar
pemandangan yang luas di China
indahnya ciptaan tuhan..
kemahiran manusia yang dianugerah tuhan...

tinggi di permatang bukit...
teringat stategis peperangan clauswitz.. napolean

Thursday, March 16, 2006

mari kongsi bersama

Cinta yang subur sentiasa mencari kebaikan pasangan dan tidak memberi tumpuan pada kelemahan dan keburukan pasangan..hmmm ingatlah kita pun banyak kelemahan dan kekurangan....... hanya nabi yang sempurna..

Cinta yang harum tidak memaksa pasangan mengalah demi mendamaikan keadan....andai seorang terpaksa mengalah pasti terguris hatinya dan memungkinkan hubungan terancam pada jangka masa panjang

Tuesday, March 14, 2006

cucu ku..

cucu segera...ni adammm
ni kak long..

anak sedara lelaki

masih single..executive... kat petronas..
nak kenai kena kenal ngan uncle dia dulu

joe udin...
dini
ni lagi ler manja...cute kan

afiq

anak saudara perempuan

manis kan....
cute kan

rajin dan ayu kan...

sehari bersama 3 raja sehari

hensom kan anak sedara aku..
mulia hatinya...
moga rezeki bertambah..

abang dia lagi hensem..

dapat anak sedara baru pun cun cam wahida
akak dia pun cute...
dah tak boleh manja-manja tau eline
manja kat abang ko tu...
tak sangka eline pandai nanyi....


bukan aku yang kawin tau..

dia guna bahu aku untuk rest... jer.

persandingan

Persandingan Eline, Ijam dan Ayie

12 mac 06 hari ahad lalu...penat beb
sampai tiga pasangan bersanding
semua anak-anaj sedara...(nephew)
yang perempuan ni anak sedara i.. manja sangat ngan i
yang lelaki ni anak sedara i...
lagi manja walaupun agak nakal sikit..
tapi hatinya baik
yang lelaki ni anak sedara i..modal i dulu ngorat mak cik dia..(wife i sekarang nih)..
semuga bahagia hingga akhir hayat... oii tahun depan i dapat cucu lagi..horrayyaaaa waaaaaa chaaaaaa...

Thursday, March 09, 2006

nasihat nasihat cinta

Cinta sejati menjadikan pasangan sebagai kawan yang akrab. Ramai yang gagal melihat pasangan sebagai kawan rapat yang boleh diajak berbincang mengenai semua hal.

(((Petoria)))
Cinta sejati tidak mengongkong ataupun cemburu yang keterlaluan. Cemburu yang berpatutan mengukuhkan hubungan pasangan.


(((landskap on the way to cape of good hope)))

Cinta sejati sentiasa memberi dengan tidak mengharapkan balasan. apabila kita memberi dan mengharapkan balasan, acapkali kita akan terluka dan kecewa.


Cinta sejati menghargai kebergantungan kepada pasangan. Kita rasa hidup kita tidak sempurna ataupun tidak bermakna tanpa pasangan.

(((Cape of Good Hope -Tanjung Harapan)))

Wednesday, March 08, 2006

aircraft dan pesanan cinta dari ku

Cinta sejati tidak pernah rasa sunyi walaupun pasangan tidak ada di sisi. Perasaan cinta, gambaran kekasih, kenangan manis dan harapan yang positif menjadi teman dikala sendirian
Cinta sejati meyakinkan bahawa orang yang Allah kurniakan menjadi pasangan kita adalah orang yang terbaik bagi kita walaupun ramai orang yang mungkin lebih baik daripadanya.
Cinta abadi sentiasa menganggap konflik sebagai pintu mengenali pasangan dengan lebih akrab. Cari pengajaran daripada setiap konflik. Bentuk peraturan untuk berkonflik secara positif
Cinta abadi terbentuk bersendikan kejujuran. tidak patut ada penipuan dan kepalsuan dalam memupuk cinta sejati. Jangan ada dusta antara pasangan.

Tuesday, March 07, 2006

Doa ku

oh tuhan
lindungi aku dari hasutan syaitan dan iblis

kau sucikanlah hati ku
dari perasaan buruk sangka ku pada sesiapa
hapuskanlah dan lenyapkan lah cemburu kesumatku
bahagiakan hatiku pada kurniaan mu kepada insan lain

tuhan ku
limpahkan kurnia mu
agar aku terus dapat memaafkan
lindungilah aku dari perasaan marah dan dendam
lupakanlah ingatan ku pada keaiban insan..
limpahkan lah hati ku dengan kejujuran
dan kekalkan lah kemanisan senyuman ku
sucikan senyuman ku dari senyuman mengejek
sucikan senyuma ku dari senyuman menyindir
sucikan senyuman ku dari senyuman riak

tuhan ku
bersihkan hati ini dari kaldu yang hitam
bersihkan hati ini dari segala kehinaan
bersihkan hati ku pada semua persahabatan
peliharakanlah cinta ku
ampunilah aku yang tak kering dosa ini
ampunilah musuh-musuh ku
ampunilah sahabat-sahabat ku

tuhan ku
bimbinglah aku aga dapat aku membimbing
tunaikan amanahku sebagai seorang insan mu
sesunggunya hidupku dan mati ku hanya untuk mu...

aminn ya rabil alamin

Monday, March 06, 2006

sekali lagi maaf kan lah

maafkan lah... kerana aku. tak dapat menunaikan janji yang telah aku berikan... (((berdosa aku))).. selagi korang tak maafkan aku selagi itu lah aku akan berhutang dengan korang...
memang niat dihati nak pergi gathering tu..tapi rupanya aku dipermainkan orang... entah mengapa ada insan dihalaman yang tak mahu aku turut serta mengeratkan silatulrahimmm....siapa??? jawapannya..entah.. dan biarkan jer lah...aku dah memaafkan dia..
mungkin pada sangkaan nya aku akan berlaku onar jika dapat bersama dengan chatters lain... mungkin padanya aku ada agenda lain selain dari bersalaman dengan adam, apple, dan yang lainnya.... atau mungkin kah aku mempunyai program 2nd phase..
atau mungkin salah ku juga... tak membawa isteri ku sekali...menjadikan segala sangkaan buruk itu berlaku....hmmm memang salahku...

untuk semua yang ada cynide mohon maaf.... cynide terpaksa membawa anak saudara nikah....... pukul 9 malam di keramat au... gambar nanti i post kan kat blog ni...

mohon maaf semua

Thursday, March 02, 2006

Di bumi afrika selatan

merenung pertemuan ombak....
cam siapa erk penguin nih.... afrika ada penguin tau... sepesis kecik sikit
rumah api tanjung pengharapan... nak naik kena naik keretapi bukit...

dengan prof-prof
acdemy ketenteraan afrika selatan.... prof dari university berkembar... rupa cam orang melayu... ohhhh rupanya.... melayu cape town..

Di Tanjung Harapan Afrika Selatan

Dengan keizinan Allah sampai lah aku di hujung benua afrika... di tempat pertemuan dua lautan .. lautan atlantik dan lautan hindi -...yang menjadi sejarah perlautan yang mencatatkan cerita-cerita keganasan laut sejak berkurun lamanya.. walaupun sejarah sogokkan penjajah yang terkenal
seperti Vaso Da Gama dan lain-lain..kehadiran aku disini menyaksikan kebesaran ciptaannya...
yes..I was here ....
ni gambar ketika di cape town.. shooping jap lepas lawatan

i miss my friends...kenakalan teman-teman menjadi pengubat kerinduaan....
victoria wharf... tempat orang berkulit putih shooping

di pinggiran pelabuhan..cantik tempatnya
....