Wednesday, October 11, 2006

air terjun sipisopiso

Air terjun Si piso piso atau maksudnya dalam bahasa melayu airterjun si pisau-pisau.. kenapa dinamakan sedemikian adalah kerana bentuk terjunan nya begitu curam dan berbentuk pisau..

((nide lompat pagar untuk mengambil gambar... bukan nak bunuh diri tau))

air terjun sipisopiso terletak di antara perjalanan dari Danau Toba ke Brastagi, airnya mengalir ke Danau Toba sepanjang masa dan merupakan salah satu sumber air di tasik tersebut..
Pemandangannya amat cantik dan menakjubkan, tetapi disebabkan oleh masa yang tak mengizinkan nide tidak dapat untuk explore ke dasar air terjun tersebut
Keadan di kawasan ini juga sejuk, dingin kata orang indon dan menyamankan..
sesuai untuk seniman melahirkan karya seni ((gab i think u should come here again.. and produce more of your excelent articles.. i do enjoy reading it))
turun ke dasar air terjun memang ler senang.... tapii.. nak naik balik pasti menyeksaakan...

((ni kalau panggggggg ice ke dasar air terjun best nihh... biar dia tahu camner penatnya nak naik balik..hehehehe))
...........

Monday, October 09, 2006

bunga-bunga di brastagi

ini adalah pemandangan di pasar buah di Brastagi.. penuh gak dengan bunga
al maklum mat bunga nide tak lepas peluang untuk mendigitalkan nya agar dapat di postkan di blog ini..
bila tengok bunga-bunga ni nide teringat kat dragon fruit.. dia pun suka tanam bunga.. ada bonzai lagi.. banyak gak bunga-bunga yang DF tanam..cantik dan menarik.. ((cam orangnya gak))
nide ada beli benih dari sini.. walaupun salah dari segi undang-undang tapi nide tak kira..nide bawa balik gak..
dan setelah disemai di rumah nide..alhamdulilah benih-benih bunga ni dah bercambah..
oh ya ... benih yang sama kalau dibeli di Belanda.. harganya dekat USD100..tapi kat sini lagi mahal... 10 000 Rp heheheheh.. dapat ler dekat sekilo benihnya.. campur-campur bermacam jenis dan warna..

bunga-bunga ni khas untuk selendang sutera, puteri ixora tiara, ain jb, ayang mas, ice, yana, blueblack, abg husein yang ayu, honeydew, rama2 @ cengkrik dan mr cool (((.saint tak leh bagi bunga nanti dia makan bunga tuh)))......................... ZZZZ tolong siram bunga kat laman tu erk.. nanti singa mengamok kalau bunga dia mati..

buah-buahan di Brastagi

Brastagi bermaksud..beras yang sedap
tempat nya sejuk cam cameron dan hasil utama nya adalah buah-buahan..
buah mangga
salak
pisang kaki yang warna putih tuh..disalut ngan kapur .. buah cinta
markisa..
limau atau jeruk..dan lain-lain lagi
buah markisa
buah cinta
kopijuga banyak ditanam disini
ini pokok cengkih..

Sunday, October 08, 2006

indahnya pemandangan danau toba

pemandangan yang terlihat dari jalan raya menuju ke Resort
pemandangan dari Resort yang nide diami
satu sudut lain pemandangan dari Resort
kedamaian yang tak terucap
pemandangan dari atas feri menuju ke subah pulau

pemandangan dari feri juga.. garis putih di kaki gunung adalah air terjun yang dilihat dari tengah danau toba
pemandangan dari jalan raya di destinasi menuju ke tempat yang dituju
cantik dan mendamaikan...
indah kejadian Allah..
Kebesaran kejadian allah... untuk kita syukuri..

Langkah-langkah ke danau toba







Tuesday, October 03, 2006

Zaman ice

horasssss...... horasssss... horasssssssss
nide menjejaki kaki di kota medan pada 21 september... lebih tpeat lagi di polonia bersama keluarga.. tepat jam 0830 WIB... pagi tu bangun kul 4 pagi.. sampai kat LCC kul 6 pagi.. cx in pastu bfast kat situ... kul 7.30 boarding..clear passport... aduhhh mengantuknya
perjalanan dari LCC ke medan 55 minit jer.. tolak 830 sampai 830 wib...


ikuti perjalanan nide menyusuri kota medan ke danau toba dalam post akan datang.. dari danau toba nide singgah ke Brastagi sebuah kota peranginan dalam perjalanan pulang ke medan untuk menunggu flight balik

permandangan kota medan dari udara...
medan penduduknya berketurunan batak..
terdapat 5 jenis batak di daerah medan dan identiti mereka dipisahkan oleh geography.. kebanyakannya berugama keristian tetapi terdapat juga yang berugama Islam.. sebelum ini mereka mengamalkan amenisa..((betulker ejaan)).. menyembah semangat..

seperti nide kata dulu mereka punya tamadun..civilaization sendiri.. punya pemerintahan.. punya status profesional sendiri..bahasa dan tulisan sendiri..

baca artikal dibawah ni dulu mengapa medan/danau toba bergitu significant pada sejarah dunia ok..

....................................................................................................................................................
Kes 1

dalam sebuah kajian yang dilakukan ke atas bongkah ais di Greenland terdapat deposit sulfur yang banyak pada pada airbatu tersebut dari jangkaan saintis ianya terbentuk pada 75 000 tahun dahulu selama bertahun-tahun misteri terssebut tak terjawab.

Kes 2

Dalam kajian seorang saintis terhadap fosil cengkerang yang dijumpai di dasar lautan terdapat tanda-tanda penurunan suhu lautan pada cengkerang tersebut (berlainan warna) disebabkan oleh kesejukan melampau..juga kajian tersebut menganggarkankejadian tersebut berlaku pada sekitar 75 000 tahun dahulu

Dari kajian susulan yang dilakukan oleh saintis ais tersebut kehadiran sulfur tersebut adalah terlalu banyak sehinggakan bagi kelarutan sulfur sebegitu amat mustahil dalam keadaan biasa.. kajian juga mendapati sample sulfur dan debu tersebut tidak sama dengan yang terdapat di benua sebelah sana..

Kes 3

Ahli-ahli kajibumi dari serata dunia termasuk di Russia, India, Afrika, iran, china dan amerika juga telah menjumpai debu sulfur tersebut dan menganggarkan deposit tersebut adalah dari 75 000 tahun yang lain sample dari Negara tersebut sama dengan yang dijumpai di Greenland/Iceland...

Kajian kesamaan bentuk hablur debu mula dijalankan dan setelah bertahun-tahun kajian dijalankan akhirnya kajian mendapati bahawa sample tersebut berasal dari Indonesia kerana menepati struktur hablur sulfur dan debu tersebut bila dibandingkan dari tempat-tempat lain seperti dari philipine, st Helena dan lain lain lagi… yes it from danau toba.aka tasik toba..aka lake toba..


What happen in tasik toba 75 000 tahun dahulu???..

Pada masa itu terjadi letupan gunung berapa yang berskala mega ganda dua/tiga dan implikasinya.. dunia mengalami zaman ice.... yessss ice age ((not ice latte ok)).. akibat terlalu kuat letupan tersebut..sulfur yang dihasilkan telah menghalang chaya matahari beratus tahun dan menyebabkan bumi menjadi sejuk dan bermula lah zaman ice ...

((National Geography pada 26 Sep 2006 sebelah malam)))

Coincident nide menjejak kaki di Danau Toba pada 21 Sep 2006 dalam kancah lawatan suka-suka ngan family.. nide juga melawat Brastagi dan juga Medan utk menyambut ramadan disana... nide balik KL pada 25 Sep 2006 kul 2230...

Monday, October 02, 2006

Sayunya di pagi raya

dulu nide sering merasa sayu ketika mengunjungi pusara nenek dan datuk nide.. sedih kerana keadaan pusara yang tak terjaga dan langsung tak presentable.. kalau nak diharapkan kaumkerabat nide di kampung untuk menjaganya nide menjadi bertambah sebab kerana memang nide tahu mereka bukan lah orang yang berada.. di bawah pohon kemboja nide termenung memerhati keusangan batu nesan/nisan yang menjadi tanda ninda dikuburkan disitu.. lalu nide bandingkan dengan pusara-pusara yang lain.. indah dengan kepok dan nisan yang baru.. apakah nide begitu tak mampu untuk menyediakan kepok dan nisan yang baru sebegitu.. apakah terlalu miskin untuk nide sehingga tidak mampu untuk menunjukkan kasih sayang nide kepada mereka.. nak bertanya bagaimana malu.. nak tanya dimana..pada siapakah nak nide tanyakan.. kekesalan nide berlarutan setiap kali tibanya lebaran... untuk menunjukkan kasih sayang ku pada mereka yang telah pergi pun aku tak mampu... hanya doa saja yang dapat ku berikan..pujuk hati nide..
lalu satu hari nide terjumpa tempatnya.. dan nide harap semua yang terbaca blog nide ni tidak lagi berperasaan sayu seperti nide.. tempah lah untuk mereka.. sebagai merakam kasih sayang kita

nak kenal yang mana utk perempuan dan yang mana untuk lelaki??

nesan yang leper tu utk perempuan
nesan yang bulat adalah utk lelaki

jadi kalau jumpa kubur yang bernisan bulat..maknanya kubur lelaki
cam tu ler sebaliknyaaa..


kepok tu.. maknanya sepertigambar dibawah















harga nesan batu
nesan terazo Rm 150
nesan biasa Rm 80
nesan biasa budak Rm 50
nesan terazo budak Rm 60
kepok terazo Rm 350
kepok biasa Rm 230
kepok terazo budak Rm 220
kepok biasa budak Rm 100


harga nesan kayu
nesan kayu (L) Rm 350
nesan kayu (P) Rm 300
nesan kayu budak Rm 260
nesan kayu dewasa Rm 750


telefon
03-431 2422 En Kamal
03-434 9619 Puan Hanim

bonzai pilihan

pilih lah mana satu yang anda mahu.. ingatlah ini lah hasil dari ketekunan pengiat seni
siapa cepat dia dapat.. cepat-cepat
hehehehe nide nak belajar bisness nihh... mari-mari cik abang..cik adik yang manis..bonzai buat raya..
harganya..hmmmm..kena buat lelongan nih..paling tinggi dia menang
dan jangan lupa..tiap satu hanya ada satu jer..semua prototype..
pilihh ler yang ni pun ok..
dijanji ketulinannya..mari cik akak dan dato'-dato' hadiah kan untuk datin.. sebagai tanda kasih sayang
ingatlah bonzai ini adalah hasil dari cinta yang utuh.. pembelian yang tak dipertikaikan
kalau mahu satu.. kenapa tak dua baru ngam di halaman atau di singgahsana
kalau nak beli kat nusery..alamat membazir jer...

bonzai dari batu pahat

satu lagi kegemaran nide adalah bonzai.. tapi malangnya nide tak pandai membentuk pohon menjadi bonzai.. sepupu nide abang sham dan abang rosli memang pandai dalam soal penjagaan dan pembikinan bonzai namun begitu amat liat untuk menjualnya.. berkali nide pujuk dia orang supaya menjual bonzai tersebut tapi jawapan nya tetap sama... sayangg katanya..

agaknya telah termaktub kot orang yang membela bonzai ni memang cam tu sifatnya tak mahu menjual bonzai kerana sayang pada kesenian yang diilhamkan... pada kesabaran membentuk pohon tersebut..pada disiplin dan kesungguhan yang telah diberikan..

nide berkali menyatakan bahawa harga bonzai adalah amat mahal... mereka hanya tersenyum.. kalau nak jual pun pada siapa jawabnya... hmmm itu lah orang melayu.. menunduk merendah diri... pada mereka kesenian yang dihasilkan belumcukupbaik untuk dipasarkan.. mereka tak mahu membanggakan hasil yang telah diusahakan.. sedangkan bagi nide penghasilan mereka adalah setanding bonzai yang dipamirkan di hotel-hotel besar.. di rumah-rumah menteri dan di halaman vip yang nide pernah kunjungi..

u all mesti setuju ngan nide kan bila tengok gambar-gambar nih..
kalau kengkawan ada pasaran yang dapat membantu mereka ni.. nide amat berterima kasih kerana sepupu nide ni bukan lah orang yang kaya.. harapan nide agar dapat mereka ni pulangan keatas kesenian yang telah dihasilkan.. unik kan kalau hadiah untuk bos sepasu bonzai.. hehehehe