Wednesday, June 10, 2020

Politik Pendidikan Cina di Malaysia

Fahami Politik Pendidikan Cina Secara Menyeluruh
Jun 4th 2020, 00:00, by Sofea Amelia

Bukan terus pertahankan kerana kemaruk kuasa, kononnya undi ultra kiasu akan beralih arah
Fahami politik pendidikan Cina dalam ruanglingkup yang besar bukan sekadar menjawab dan merasionalkan bantuan kewangan RM58 juta kepada TAR UC. Jika bantuan RM58 juta adalah berasaskan kepada perjanjian yang telah dibuat, takkan kita tidak boleh tetapkan syarat demi pembangunan negara bangsa. Beza antara hak kepada yang berhak (berpelembagaan) dan hak kepada yang tidak berhak (tidak berperlembagaan).
Hak kepada yang tidak berhak, kita boleh tetapkan syarat demi pembinaan negara bangsa, kerana itu adalah matlamat sesebuah negara berbilang kaum. Bukan melihat seorang dua orang Melayu yang belajar di TAR UC. Ini jugalah hujah yang digunakan oleh ultra kiasu dalam mempertahankan sekolah Cina dengan menggunakan bilangan anak-anak Melayu yang belajar di SJKC, bagi menunjukkan Pendidikan mereka hebat.
Politik Pendidikan Cina hendaklah dilihat dalam konteks yang menyeluruh. Bagaimana mereka sanggup hidup mati mempertahankannya. Ultra kiasu ini sanggup mengenepikan permusuhan politik sesama mereka demi Pendidikan Cina. Kita bagaimana? Asyik ‘berperang’ merebut kuasa tiada kesudahan? Akhirnya hak kepada yang berhak hilang entah ke mana. Terlalu menjaga hati orang lain, hati sendiri siapa nak jaga.
Lihat politik licik ultra kiasu yang saban kali saya perkatakan dan ingatkan. Kenapa tak ambil pengajaran? Adakah saya yang salah memperkatakan?
Lihat permainan politik licik ultra kiasu MCA dan DAP sama ada dalam PH atau PN dalam soal Pendidikan Cina. Sama sahaja. Politik selfish. Fikirkan survival bangsa sendiri. Tanpa mahu sedikitpun berasimilasi dengan bangsa majoriti. Bergenerasi tinggal di bumi bertuah ini, nak cari mereka yang fasih berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu, kena cari di Kelantan dan Terengganu.
Kenapa jadi begini? Ini kerana, sendi politik Cina adalah pendidikan Cina. Utamakan pendidikan Cina sahaja. Pendidikan lain kurang penting. Ini masalahnya bila pemimpin Melayu tak faham permainan politik Cina yang selfish.
Bagi ultra kiasu Cina pendidikan bakal mencorak pemikiran seseorang. Itu sebab 90 peratus kanak-kanak Cina akan dimasukkan ke SJKC daripada sekolah kebangsaan. Bukan kerana tidak percaya akan sekolah kebangsaan. Tetapi telah dididik sejak 1990 bahawa hanya sekolah Cina sahaja pilihan terbaik pendidikan untuk kesinambungan warisan identiti Cina, walaupun sudah tinggal 60 tahun lebih di negara ini tetapi sentimen kecinaan tetap dijaga supaya tidak bercampur dengan sentimen lain.
Ketika PH memerintah, ultra kiasu DAP lebih berani meletakkan kebajikan sekolah Cina di bawah Kementerian Kewangan berbanding MCA sama ada zaman Barisan Nasional mahu pun Perikatan Nasional, kebajikan sekolah Cina diletakkan dibawah Menteri Pendidikan dengan perhatian khusus. Permainan politik selfish ini tidak kisah dengan apa yang berlaku pada sekolah kebangsaan. Yang penting, jika hendak sokongan MCA atau DAP jagalah kebajikan pendidikan Cina.
Cuba lihat keadaan sekolah kebangsaan di Sabah dan Sarawak yang lebih daif berbanding sekolah Cina. Begitu juga sekolah Tamil ada yang tidak terurus. Tetapi kenapa kebajikan pendidikan Cina diutamakan dalam setiap kerajaan negara ini.
Jawapannya mudah, manipulasi meletakkan tanpa ada pendidikan Cina, ekonomi negara akan terjejas maka pendidikan Cina amat penting disebabkan Bahasa pengantarnya Bahasa Mandarin. Anggapan persepsi ini menyebabkan sebahagian sektor swasta meletakkan syarat Bahasa Mandarin sebagai wajib dalam pekerjaan yang dimohon.
Akibatnya, Bahasa Melayu dibakul sampahkan dan lebih perit tidak dihargai. Penggunaan Bahasa Melayu hanya cuma untuk berkomunikasi bagi tujuan perniagaan sahaja, bukan untuk digunakan dalam urusan rasmi.
Amat menyedihkan melihat perangai pemimpin Melayu yang masih tidak memahami permainan sendi politik Cina ini. Pemimpin Melayu lebih rela dipergunakan untuk sokongan undi tetapi pada halnya nilai seorang Melayu yang terletak pada pendidikan kebangsaan dan Bahasa telah dibakul sampahkan secara tidak sedar.
Inikah yang diinginkan oleh generasi pemimpin Melayu hari ini. Jika jawapannya betul maka tiada harapan Melayu akan menjadi Tuan pada negara ini. Melayu akan menjadi kuli dan macai sahaja sampai beberapa generasi dengan sikap sebegini.
Orang Cina ultra kiasu amat menjaga bahasa ibunda mereka. Bagi setiap gerai makanan dan minuman mahupun urusan rasmi perniagaan, bahasa Mandarin menjadi keutamaan. Sebab itu kita lihat akhbar Cina jarang kena gulung tikar berbanding akhbar Melayu.
Teramat pilu rasany dihati apabila Utusan Malaysia dibiarkan mereput mati. Surat khabar Cina yang beroperasi sejak merdeka masih lagi hidup disebabkan mereka sanggup membeli walaupun tidak ada niat hendak membaca. Kenapa mereka sanggup membeli sebab hendak menyokong perniagaan jualan akhbar Cina supaya terus hidup.
Inilah semangat mereka untuk melihat surat akhbar Cina tetap hidup dan utuh walaupun harga yang mahal. Hidupnya akhbar Cina maka akan hidupnya bahasa Cina (Mandarin). Hidupnya Bahasa Mandarin maka akan hidupnya sekolah pendidikan Cina. Hidupnya sekolah pendidikan Cina maka akan hidup identiti keCinaaan di Malaysia.
Jangan hairan jika melihat akhbar dan media elektronik Cina jauh meninggalkan media bangsa lain, termasuk bangsa majoriti Melayu.
Seterusnya, jika TAR UC hidup maka akan hidupnya UEC. Hidup UEC akan menghidupkan identiti keCinaan dalam sekolah pendidikan Cina.
Adakah majoriti pemimpin Melayu memahami mind set atau psiki Cina ultra kiasu dengan permainan politik selfish. Jika tak tahu, bertanyalah.
Melayu tidak kisah surat khabarnya mati. Melayu tidak kisah sekolah kebangsaan hidup atau mati. Melayu tidak kisah untuk berbahasa Melayu. Anggapan berbahasa Melayu low standard berbanding berbahasa Inggeris. Akhirnya, bukan Melayu kurang menghormati Bahasa Melayu. Kenapa? Jawapannya ialah Melayu sendiri langsung tidak tahu menghargai Bahasa mereka sendiri. Jadi buat apa hendak belajar Bahasa Melayu dan utamakan Bahasa Jawi.
Mana ada nilai Bahasa Jawi hari ini. Belajar Bahasa Jawi untuk agama Islam sahaja. Inilah persepsi Cina ultra kiasu mengenai Bahasa Jawi dan Bahasa Melayu. Melayu yang rosakkan nilai Bahasa mereka.
Bila rosak nilai ini maka rosaklah jati diri Melayu. Akhirnya bukan Melayu memandang acuh tidak acuh dengan kepentingan Bahasa Melayu dan pendidikan sekolah kebangsaan disebabkan tiada nilai ekonomi pada mereka.
Sampai bila Melayu hendak menangisi nasib Bahasa Melayu, pendidikan sekolah kebangsaan jika Melayu sendiri secara terus menerus memberikan nafas hidup dan mengagungkan pendidikan vernacular (Cina) ini. Malah mempertahankannya bermati-matian.
Maaf dipohon jika saudara seagamaku tersinggung. Meskipun kita tidak sebangsa, pembinaan negara bangsa jauh lebih besar dan beerti buatku. Janganlah kerana terlalu sangat menjaga hati orang, terlalu kemarukkan undi, bagi menjamin kekal berkuasa, hati sendiri terluka, tiada siapa nak jaga dan peduli.
Prof. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Thursday, March 28, 2019

Thursday, August 30, 2018

PSYOP

Peperangan psikologi (PSYWAR), atau aspek asas operasi psikologi moden (PSYOP), telah dikenal oleh banyak nama atau istilah lain, termasuk MISO, Psy Ops, peperangan politik, "Hati dan Pikiran", dan propaganda. 

Istilah ini digunakan "untuk menunjukkan apa-apa tindakan yang diamalkan terutamanya oleh kaedah psikologi dengan tujuan membangkitkan reaksi psikologi yang dirancang pada orang lain" 

Pelbagai teknik digunakan, dan bertujuan untuk mempengaruhi sistem nilai sasaran, sistem kepercayaan, emosi, motif, pemikiran, atau tingkah laku. 

Ia digunakan untuk mendorong pengakuan atau mengukuhkan sikap dan tingkah laku yang memihak kepada objektif pemula, dan kadang-kadang digabungkan dengan operasi hitam atau taktik bendera palsu. Ia juga digunakan untuk memusnahkan semangat musuh melalui taktik yang bertujuan untuk menekan keadaan psikologi tentera. 

Sasaran boleh ditujukan kepada pemerintah, organisasi, kumpulan, dan individu, dan tidak hanya terbatas kepada pihak ketentaraan. Penduduk civilian asing samada di dalam atau di luar negara juga boleh disasarkan menggunakan kemajuan aplikasi, teknologi dan siaran media supaya dapat memberi impak kepada kerajaan negara mereka . 

Dalam Propaganda: Pembentukan Sikap Lelaki, Jacques Ellul telah membahas bahawa, peperangan psikolog
sebagai bentuk pencerobohan tidak langsung dan menjadi ancaman kepada amalan dasar keamanan antara negara-negara.

Propaganda jenis ini jika berjaya boleh mengalihkan pandangan umum terhadap rejim yang menyokong atau menentang kerajaan dengan mengagalkann kuasa kerajaan terhadap mendepani pendapat umum yang diviralkan yang diolah menjadi kritikan. 

Bentuk pencerobohan ini menyukarkan untuk subjek  mempertahankan diri kerana perbicaraan cyber telah berlaku (damage had been done) dan tidak ada mahkamah keadilan antarabangsa yang mampu melindungi pencerobohan psikologis kerana ia tidak dapat diadili secara sah.

 "Di sini para penyokong adalah [sic] berurusan dengan seorang musuh asing yang semangatnya berusaha menghancurkan dengan cara psikologis sehingga lawan mulai meragukan kesahihan, kepercayaan dan tindakan kerajaan masakini dan akan datang

Thursday, October 19, 2017

Tragedi 3 Mac 1946 – ‘Ketuanan Rakyat’



Tragedi 3 Mac 1946 – ‘Ketuanan Rakyat’ Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu 
Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Kesultanan, Kesultanan Melayu, Melayu.
trackback
 


Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia. Lima sultan di lima negeri Melayu di Sumatera Timur telah dibunuh dengan kejam. Beribu-ribu orang kerabat raja turut dibunuh kejam.

Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar.
Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai partai politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia.

Istana Darul Aman, Tanjung Pura, milik Kesultanan Langkat, di tahun 1930an. Kini ia musnah hancur akibat fitnah puak yang melaungkan 'Ketuanan Rakyat' yang semata-mata mahukan kuasa bersama-sama berbelas-belas istana kesultanan lain di Sumatera Timur. Rakyat Sumatera Timur kini menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka terdahulu.

Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra.

Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan dengan Belanda dimainkan selain kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.

Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan yang 7 buah kereta , bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.

3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.

Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.

Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.

Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah. Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana. Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.

Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.
Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.
Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.

Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka. Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci sebagai kerabat raja.

Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera. Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus ‘Revolusi Sosial 1946’ di Sumatera Timur dengan membunuh parak Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.

Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jenderal Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .

Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.
Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah.

Dipetik dari – Blog Ipoh Malay http://ipohmalay.blogspot.com/

Tuesday, September 12, 2017

Hikayat Hubungan Malaysia-Amerika


Hikayat Hubungan Malaysia-Amerika
By
 September 11, 2017 
  

Saya tak minat politik. Langsunggg tak minat. Tapi sebagai graduan Hubungan Antarabangsa (IR), saya mudah “triggered” dengan komen dan pendapat di media sosial yang jahil politik antarabangsa tapi perasan bagus.

Ada yang memetik New York Times, Washington Post dan Wall Street Journal untuk mengejek lawatan PM ke Rumah Putih. Siap suruh batalkan perjumpaan. Ingat temu janji dengan pakwe makwe kamu orang ke main batal-batal.

Dulu semasa Krisis Kwangan Asia tahun 1997-98, orang US banyak mengutuk cara Malaysia menangani krisis. Naib Presiden US iaitu Albert Gore menyatakan sokongan terhadap Reformasi semasa menghadiri Persidangan APEC di KL. Tapi 4 tahun kemudian Tun M tetap melawat US pada Mei 2002. Tun M mempunyai agenda yang lebih besar iaitu anti-terorisme.

Tapi apa yang media US buat ketika itu ialah mengutuk Bush dan Tun M seperti mana mereka mengutuk Trump dan DSN hari ini. Mereka berdendam dengan Bush kerana Bush (Republican) menewaskan Gore, calon Democrat kesayangan mereka semasa pilihanraya presiden tahun 2000. Tun M dilabel sebagai “autocrat” dan “opportunist” yang guna anti-terorisme sebagai alasan untuk tujuan “political survival”. Mereka sindir Bush dan mempolitikkan perjumpaan Bush-Tun M dengan mengajukan soalan-soalan tentang “human rights”.

Pastu ada tak habis-habis dengan teori lapuk “Malaysia jadi bidak catur US”. Kalau pergi China jadi bidak catur China pula. Tak faham betul bagaimana kita boleh boleh jadi bidak catur bagi dua kuasa besar serentak.

Lagi ada yang ingat Trump nak jumpa PM pasal isu domestik Malaysia. Come on, adakah kamu orang rasa isu itu lebih penting daripada meningkatkan kerjasama ketenteraan (sebagai “deterrent” kepada China), memelihara imbangan kuasa (“maintaining balance of power”) di Asia Timur, mencegah Daesh dan memastikan pelaburan US di Malaysia berterusan? Seriously?

Saya bagi contoh bagaimana perjumpaan ini boleh “deter” China dan memelihara imbangan kuasa.

Orang selalu bising negara kita dah dijual dekat China, asal ada kerjasama ekonomi je dikatakan jual negara. Memanglah pergantungan ekonomi kepada China bukan sesuatu yang bagus, tapi pembuat dasar negara kita pun bukannya tiada “backup plan”.

Dalam menghadapi ancaman kuasa besar seperti China, negara kecil seperti kita ni ada 3 pilihan: “balancing”, “bandwagoning” atau “hedging”. “Balancing” ialah menubuhkan pakatan dengan negara seterunya, berdasarkan prinsip “the enemy of my enemy is my friend”. “Bandwagoning” ialah bertunduk kepada negara tersebut, berdasarkan prinsip “if you can’t beat the enemy, join the enemy”.

Di kalangan negara ASEAN, Thailand adalah pakar “bandwagoning”. Daripada British, Jepun, US hingga ke China, Thailand pantas menawarkan diri sebagai macai kuasa besar. Tapi kita tak mahu jadi macam itu. Kita tak nak jadi lalang yang “bandwagoning” kepada China.

Tapi pada masa yang sama, Malaysia juga tidak terus “balancing” China. Malaysia tidak menubuhkan pakatan anti-China bersama US atau sekutunya. Apa yang Malaysia buat ialah bekerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, tapi pada masa yang sama mengambil langkah berjaga-jaga.

Itulah strategi “hedging”. Kalau guna istilah kewangan, ia umpama hubungan kita dengan China ini satu “long-term investment”: di samping mengharapkan pulangan untung jangka masa panjang, kita juga membeli “option” untuk “offset” sebarang kerugian yang mungkin berlaku.

“Option” tersebut ialah mewujudkan kerjasama ketenteraan tidak rasmi dengan US dan sekutunya. Kerjasama sebegini tidak akan “alienate” China kerana ia bersifat “informal”, tapi pada masa yang sama ia boleh memberi “countervailing effect” kepada China.
Perjumpaan US-Malaysia bertujuan memberi “signal” kepada China. US nak menunjukkan ia tidak meninggalkan Asia Tenggara seperti yang disangkakan, dan Malaysia juga ingin memberitahu China bahawa Malaysia masih berhubungan dengan US. “Signal” ini sebagai peringatan kepada China agar tidak melampaui batasan.


“Hedging” sudah lama diamalkan, boleh dikatakan bermula sejak zaman Tun M lagi. Selepas berlakunya Perang China-Vietnam tahun 1979, pembuat dasar luar Malaysia termasuk Tun M mula melihat China bakal menjadi ancaman.

Jadi, walaupun Tun M anti-Barat, Tun M tetap pergi ke US pada tahun 1984, berjumpa dengan Ronald Reagan dan menandatangani perjanjian “Bilateral Training and Consultative Group” (BITAC) yang bertujuan untuk mewujudkan “military presence” US di Malaysia.

Tahun 1994, Tun M melawat US sekali lagi, berjumpa dengan Bill Clinton dan memeterai perjanjian “Acquisition and Cross-Servicing Agreement” (ACSA). Bermula tahun 1995, US dan Malaysia mengadakan latihan ketenteraan tahunan yang bernama CARAT (“Cooperation Afloat Readiness and Training”).

Untuk apa? Untuk “deter” China yang mula menjadi agresif di Laut China Selatan semasa 1990-an. Biar China fikir 99 kali sebelum serang Malaysia dan negara-negara ASEAN. Tapi pada masa yang sama Tun M tak mahu berseteru dengan China, kerana Malaysia boleh memanfaatkan potensi ekonomi China untuk membebaskan Malaysia daripada pergantungan terhadap ekonomi US dan Jepun.

Tun M buat semua itu berdasarkan prinsip “balance of power”, bukan berdasarkan ideologi. Tun M seorang yang pragmatik dan berpandangan jauh dalam hal-hal hubungan antarabangsa, cuma sebilangan besar penyokong beliau sekarang berpandangan sempit dan suka mempolitikkan dasar luar negara.

Di zaman DSN, kerjasama keselamatan US-Malaysia diperketatkan lagi. Bermula tahun 2011, Malaysia menyertai latihan ketenteraan “Cobra Gold” yang melibatkan US, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Thailand dan Singapura. Pada tahun 2014 hubungan US-Malaysia dinaik taraf menjadi “Comprehensive Partnership”. Semua ini perlu kerana China menjadi semakin agresif, dan ASEAN tidak mampu untuk melawan China.
TPPA pada asalnya pun untuk mengimbangi hegemoni ekonomi China di Asia Pasifik. Sekarang TPPA tak jadi, Malaysia perlu memastikan Trump tidak mencabut pelaburan US keluar daripada Malaysia gara-gara nak “Make America Great Again”, kerana ia akan memberi peluang kepada China untuk mengukuhkan lagi dominasi ekonominya ke atas Malaysia.


Mampukah zombie politik yang berfikiran hitam/putih menghadam semua ini? Atau zombie lebih suka membaca dan memetik New York Times? Ingat, media US ni bukan saja tak cerdik politik antarabangsa, malah pentaksub Parti Democrat. New York Times menyatakan sokongan terhadap calon Democrat sejak tahun 1960, dan Washington Post buat yang sama sejak tahun 1992.

Dengan dendam mereka terhadap Trump (menewaskan Clinton), what do you expect? Sejak bila media US boleh dijadikan sebagai kayu ukur reputasi kita? Sejak bila kita perlu jadi apologetik dalam mempertahankan kepentingan negara?

Zombie politik Malaysia dan zombie orang putih ini sama je. Bagi mereka, dunia ini hanya pasal parti A lawan parti B. Hanya “human rights” dan “rule of law” sekian sekian saja yang penting. Bagi mereka, “balance of power” tak penting. Bagi mereka, anti-terorisme tak penting. Bagi mereka, “maritime security” tak penting.

Mereka sempitkan dunia dengan kemelut politik yang tak berhabisan. Berpolitik lah sampai armada China mencerobohi zon laut kita. Berpolitiklah sampai Daesh datang ketuk pintu kita. Berpolitiklah sampai kelam kabut dasar luar kita dan keselamatan kita tergadai.
Isu dalaman, biar tinggal di dalam negara. “International politics transcends local politics”. Utamakan kepentingan negara. Belajar untuk memahami rasional dasar luar negara.


 *kalau rajin membaca, bolehlah rujuk artikel di bawah untuk memahami hedging:

(1) Kuik Cheng Chwee & Gilbert Rozman (2015). “Light Hedging or Heavy Hedging: Positioning between China and the United States”. Joint Korea-US Academic Studies 2015.

(2) Kuik Cheng Chwee (2008). “The Essence of Hedging: Malaysia and Singapore’s Response to a Rising China. ” Contemporary Southeast Asia.

(3) Cai Dexian (2013). “Hedging for Maximum Flexibility: Singapore’s Pragmatic Approach to Security Relations with the US and China”. Journal of the Singapore Armed Forces.
Kalau malas membaca dan rela menjadi jahil, sila tinggalkan komen “macai kuat menjilat” di bawah

Wednesday, September 06, 2017

Melayu nukilan ZulSegamat




Sumber Cedokan: Pelbagai
Sesungguhnya perasaan ‘inferior’ sesetengah orang Melayu adalah kerana keputusan dari tumbesaran mereka di dalam arus sejarah yang majoritinya bernadakan kesedihan dan kemunduran umat Melayu. 
Jika kita membuka buku sejarah tempatan, atau lebih tepat buku teks Sejarah sekolah menengah yang diajarkan kepada anak-anak kita, hanya tidak sampai 30 peratus kisah kejayaan orang Melayu dipaparkan, ya anda sudah dapat membayangkan pada topik yang mana. Hanya bab Kesultanan Melayu Melaka sahaja dapat membangkit semangat orang-orang Melayu yang ‘inferior’ ini.
Sebelum itu ada juga diceritakan kerajaan-kerajaan purba lain tetapi dengan fakta amat rapuh dan teramatlah sedikit, seolah-olah tidak penting. Sebelum itu lagi,adalah kisah orang-orang gua; Paleolitik, Neolitik, Mesolitik dan litik-litik yang lain, seolah-olah orang-orang gua di Tanah Melayu ini tiba-tiba berjaya menjadi Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Syahbandar Empayar Melayu Melaka!! 
Orang-orang gua di Tanah Melayu yang berpindah-randah, mengamalkan cara hidup sara diri, hanya mampu membuat alat-alat membajak tanah,memburu binatang dan zasss!!! Tiba-tiba bertukar menjadi sultan-sultan Melaka, mampu membina pelabuhan antarabangsa yang mewah, mampu membina kapal-kapal sama ada untuk perdagangan atau peperangan, mampu menghantar utusan diplomatik dari jiran-jiran sekeliling seperti di Tanah Jawa sehinggalah ke Negeri China, Rom dan Parsi.
Hehe… semua ini membuatkan kita terfikir… Apa la yang dibuat oleh ahli sejarah negara kita di dalam bumi bertuah ini??
Adakah mereka duduk termenung di dalam bilik pejabat berhawa dingin? Atau minum-minum di kedai-kedai mamak di waktu awal pagi, pukul 10 pagi, makan tengahari dan kemudian balik rumah sambil melupakan sejarah bangsa sendiri?
Adakah waktu mereka dihabiskan untuk membaca bahan sejarah yang ditulis oleh R.O Winsted, Raffles dan seangkatan dengan mereka? 
Siapakah Stamford Raffles itu? Beliau adalah ahli Freemason peringkat tertinggi dan ditahbiskan sebagai anggota pertubuhan syaitan itu pada 5 Julai 1813 di Lodge De Vriendschap, Surabaya. 
Apa yang ahli sejarah tanahair buat di dalam pejabat-pejabat mereka? Adakah di dalam tempurung minda mereka itu masih memikirkan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light? Adoi la… 
Bangsa yang tidak memiliki sejarah masa lalu adalah bangsa yang tidak punya cerita masa depan. Bangsa-bangsa lain berusaha menuliskan sejarah bangsa sendiri, memelihara tempat-tempat warisan sejarah mereka; mereka sanggup menghabiskan berjuta-juta dolar hanya untuk memastikan sejarah bangsa mereka terpelihara. Misalnya kerajaan Sweden sanggup menaikkan kapal perang kuno Vasa yang tenggelam di Laut Baltik pada tahun 1628 untuk dipamerkan di muzium supaya anak cucu meraka dapat melihat betapa nenek moyang mereka mampu membina kapal perang hebat itu. Mengapa kita tidak berbuat begitu sedangkan Di Selat Melaka penuh dengan khazanah2 Melayu menunggu untuk dinaikkan semula… bukan setakat kapal- kapal jer.
Tetapi di manakah wang negara dihabiskan? Kononnya lebih baik wang digunakan untuk membantu rakyat marhaen dari memelihara tapak-tapak bersejarah, tetapi sebaliknya wang rakyat digunakan untuk membina projek-projek mega yang membazir yang akhirnya bukan orang Melayu yang memiliki projek-projek mega itu.
Contoh yang paling hampir di batang hidung Melayu ialah projek Iskandar Malaysia dan projek koridor Timur, Selatan semuanya milik siapa sekarang ni? Orang Melayukah?
Hakikatnya bangsa Melayu kini tidak mampu menghayati sejarah bangsa dan hilang semangat patrotik. Bermula dari atas, para pemimpin Elit Melayu yang majoritinya berpendidikan Barat tidak mampu mengangkat akal fikiran dan hujah bila berdebat tentang sejarah bangsa sendiri. Mereka terlalu lemah berhadapan dengan sejarah; menunjukkan penyakit buta sejarah juga berjangkit kepada para Elit Melayu ini.
Tidak seperti membincangkan hal pilihanraya, kuasa, projek-projek mega, kontrak dan sebagainya,apabila ditunjal sedikit tentang sejarah yang sudah jelas menjadi haknya, mereka terhuyung-hayang dan gayat dengan bangsa asing.
Contohnya kes Pulau Batu Putih, ya memang Malaysia khasnya orang Melayu sudah berputih mata, tetapi eloknya dikaji mengapa tiada seorang pun ahli sejarah yang bijak pandai di negara ini mampu menghalang wilayah sendiri jatuh ke tangan asing. ANDA SUDAH NAMPAK KEPENTINGAN SEJARAH?
Lihat, bangsa asing sanggup mendidik, mengajar dan menyekolahkan anak bangsa mereka di dalam bidang sejarah bersungguh-sungguh kerana kelak BUKAN PARA NEGARAWAN ATAU JENERAL TENTERA YANG MENGAMBIL ALIH WILAYAH NEGARA LAIN, TETAPI PAKAR-PAKAR SEJARAH. Ini adalah trend penjajahan masa kini.
Di manakah dokumen yang mengatakan dengan jelas Pulau Batu Puteh adalah hak Johor? Mengapa pula disenyapkan dokumen berharga itu? Mengapa para hakim luar negara berasa hairan pasukan Malaysia menyerahkan gambar Pulau Batu Puteh yang sebenarnya di ambil dari sebuah blog (copy paste @ download)??
Padahal pasukan Singapura bertungkus lumus mengupah jurugambar profesional mengambil gambar ‘real’ malahan menggunakan kemahiran teknik fotografinya sekali (mungkin menggunakan photoshop dan ‘superimpose’) bagi membuatkan seolah-olah Pulau Pedra Branca (nama pulau itu pada sebutan Singapura) lebih dekat dengan Singapura.
Betapa sambil lewanya mereka yang berkenaan dalam mempertahankan wilayah sendiri. Dan apabila kalah, sanggup pula mengatakan keputusan hakim itu adalah paling adil atau ‘win-win situation’ (difahamkan kata-kata ini lebih bersifat menyedapkan hati yang duka lara) padahal negara hanya layak mendapatkan terumbu batu yang bila air pasang terhapus terus dari pandangan (laksana biskut chipsmore-kejap ade kejap takde) sebaliknya orang lain pulang dengan gembira sambil menjinjing buah tangan Pulau Batu Puteh yang dapat dibina sebuah rumah api di atasnya!
Mungkin mereka berkata, ala… tanah sekangkang kera itu pun nak berkira. Hei,orang asing bermati-matian mendapatkan sejengkal tanah orang-orang Melayu tetapi orang Melayu lebih gemar mengenyangkan perut sendiri daripada melihat maruah bangsa terbela. Jika kita lihat di Pulau Pisang juga sama.Orang luar sanggup bersusah payah membina rumah api di pulau-pulau Melayu dengan harapan merekalah nanti diiktiraf sebagai Tuan Punya pulau tersebut.
Sifat orang Melayu yang suka membiarkan tanah sendiri semak samun dan sanggup bekerja di kilang-kilang berjangkit kepada para Elit Melayu. Alangkah baiknya mereka memantau setiap pulau di Malaysia dan membina rumah-rumah api atau apa saja supaya menjadi tanda pulau tersebut ada tuannya. Ini tidak, 24 jam dok memikirkan apakah lagi cara untuk menipu bangsanya sendiri bagi mengangkatnya sebagai pemimpin politik, tidak kira hujah-hujah pembangunan yang sudah basi hinggalah alasan-alasan agama, juga mahu dipermainkan sesuka hati demi sekelumit pangkat dan jawatan. Tragedi ini samalah seperti orang Melayu yang dikurniakan anak, tetapi anak tersebut dibiarkan tidak terbela,kemudian orang asing datang mencubit-cubit pipi anak kita sambil membelikan permainan dan gula-gula. Kemudian kita membiarkan anak kita tinggal dengan orang asing dan dibesarkan oleh orang asing tadi. Apabila besar panjang dan anak kita tadi sudah bekerja dan berjawatan besar, barulah terhegeh-hegeh datang ke rumah orang asing tadi supaya diserahkan kembali anak kita itu. Apa kata orang asing tadi?? Of course, NO WAY!!
Orang lain yang merampas tanah, orang lain yang dijadikan hakim, dan akhirnya orang lain yang dapat tanah…
Bidang-bidang yang dikejar oleh anak muda Melayu yang pandai-pandai biasanya sains, kejuruteraan, guaman, IT, perubatan, bidang kemahiran dan teknikal dan lain-lain tetapi berapa kerat anak Melayu yang dilatih menjadi ahli sejarah yang kritis dan dinamis (bukan menjadi pak turut Barat)?
Penglibatan anak Melayu dalam bidang sejarah amatlah menyedihkan dan ini terbukti bahawa pakar sejarah Malaysia yang popular adalah berbangsa Cina dan mendapat gelaran profesor pula! Bukanlah hendak berpandangan negatif malah cukup bagus ramai bukan Melayu berminat mendalami sejarah negara sendiri dan menjadi lebih patriotik tetapi apa petandanya kepada orang-orang Melayu? MALAH KAUM LAIN YANG TINGGAL BERSAMA-SAMA MELAYU JUGA AMAT CINTAKAN WARISAN SEJARAH MALAYSIA dan berusaha belajar sejarah Malaysia dari buku teks Tingkatan Lima sehingga berjaya mendapat PhD dalam bidang sejarah di kala anak-anak Melayu lain terkial-kial menghafal nama-nama tokoh kemerdekaan lantas menghempas buku sejarah dan mengeluh sambil memikirkan betapa bosannya ilmu sejarah itu.
Sampaikan orang lain mereka-reka cerita mengatakan pahlawan mereka sendiri iaitu Hang Tuah, Hang Jebat dan lain-lainnya adalah keturunan Cina, maka sebilangan orang Melayu sudah begitu cepat menghidap demam kekeliruan dan mula mempercayainya padahal sebutan ‘Hang’ itu adalah gelaran kepada para pahlawan tersebut. 
Agaknya jika Hang Tuah berada di zaman kita dan berjumpa dengan Tan Sri-Tan Sri Melayu maka Hang Tuah juga mungkin mengatakan ini semua orang-orang Cina dari keluarga Tan, padahal itu semua adalah gelaran-gelaran sahaja. Adakah Hang Tuah sebenarnya bernama Hang Too Ah? Haha… Of course not! Ini semua adalah pemikiran bingung lagi membingungkan. Semuanya tidak habis-habis mahu mengusik perasaan orang Melayu, penduduk pribumi The Land of The East ini.
Ada pula orang-orang lain yang berusaha mengatakan orang-orang Melayu bukan pribumi dan juga golongan pendatang sama ada dari Yunnan atau dari lain tempat. Mereka bermurah hati pula mempertahankan Orang Asli dan Jakun yang sekian lama hidup dengan orang-orang Melayu beribu tahun yang silam dengan mengatakan kaum-kaum inilah yang layak dikatakan pribumi.
Sebenarnya situasi yang sama akan menimpa Orang Asli dan Jakun jika mereka berada di posisi orang-orang Melayu dan orang Melayu pula tinggal di lereng-lerang bukit atau di dalam hutan. Bayangkan Orang Asli dan Jakun ini memegang politik Malaysia dan mempunyai raja-raja. Orang-orang ‘gila’ ini sudah pasti akan menukar pernyataan mereka dengan mengatakan Orang Asli atau Jakun ini adalah kaum pendatang dari Afrika atau Kepulauan Pasifik. Dan dengan murah hati,mereka akan membela orang-orang Melayu yang duduk di bukit-bukit tadi. SEBENARNYA MEREKA INGINKAN TANAH AIR MALAYSIA INI DAN KALAU BOLEH MAHU MENGHALAU BUKAN SAHAJA MELAYU MALAH PRIBUMI-PRIBUMI YANG LAIN.
Sesungguhnya Orang Asli, Jakun, Senoi, Temiar dan lain-lain mempunyai hubungan rapat dengan orang-orang Melayu laksana adik beradik. Sudah beribu-ribu tahun mereka tinggal serumah dengan bangsa Melayu, malah bangsa Melayu walaupun mempunyai empayar dan kerajaan tidak pula menjalankan ‘massacre’ atau membakar perkampungan pribumi yang lain. Mereka menghormati sesama sendiri, bukan seperti sesetengah pihak lain yang begitu tamakkan Tanah Melayu ini sanggup membunuh orang Melayu dan membakar kediaman mereka.
Jika hendak mengatakan orang Melayu pendatang sekali pun, ini berlaku beribu-ribu tahun dahulu dan secara automatik tidaklah dikatakan pendatang kerana sememangnya majoriti bangsa-bangsa ketika itu masih menjalankan kehidupan secara nomad hatta orang-orang ‘gila’ ini juga mungkin berketurunan Monggol atau Xiong Nu yang berpindah randah. Sejarah bangsa Melayu di The Land of The East ini melangkaui beribu tahun sehingga mencapai era anak-anak Nabi Nuh a.s, Banjir Besar dan penaklukan Nineveh oleh Babilon, Media dan Parsi. Bukan setakat sejarah penubuhan negeri-negeri Selat, sejarah perlombongan bijih timah atau pembukaan Singapura.
Sebenarnya bangsa Melayu telah hidup di The Land of The East begitu lama. Mahukah Orang Asli berpisah dengan adik beradik mereka yang menjaga mereka sejak beribu tahun ini? Orang Melayu dan Orang Asli adalah dari rumpun yang sama,istilahnya Malayo-Polynesian. Malah kaum-kaum pribumi di Kepulauan Pasifik, Hawaii atau kaum Maori sekalipun mengaku nenek moyang mereka adalah berasal dari para pelaut Melayu yang gigih berlayar.
Bahasa orang Melayu dan Orang Asli juga dikelompok dalam bahasa yang sama iaitu Austronesian. Mengapa orang-orang asing yang buta sejarah dan antropologi ini masih berdegil mahu memisahkan adik-beradik di Bumi Mala ini?? MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG BESAR. Di dalamnya terdapat beratus-ratus etnik dan bahasa. 
Bangsa Melayu sebenarnya antara bangsa asas dan bangsa utama sebelum dan selepas peristiwa Banjir Besar. Mengapa para pengembara Eropah memanggil gugusan kepulauan di garisan Khatulistiwa ini yang jumlahnya beratus-ratus dengan “Malay Archipelago” yang mengandungi lapan buah laut termasuk Sulu dan Celebes, merupakan SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DI DUNIA serta menganjur dari kira-kira 20° utara garis lintang ke kira-kira 10° selatan garis lintang. 
Ia terdiri daripada New Guinea, pulau kedua terbesar di dunia; pulau-pulau Filipina; Kepulauan Sunda, yang mana termasuk Sumatera, Jawa, Sulawesi, Borneo, Bali, dan Timor; the Moluccas (Maluku); dan beratus-ratus lagi pulau-pulau kecil.
New Guinea, Borneo, and Sumatera adalah tiga daripada 6 pulau terbesar dunia dan Jawa adalah pulau yang paling padat penduduknya di dunia. Kawasan yang dinamakan Malay Archipelago ini berkeluasan 2.8 juta meter persegi (kira-kira 1.1 juta batu persegi)!!!
Sistem pulau terbesar di dunia diabadikan dengan nama bangsa misteri ini dan ini menunjukkan hubungan bangsa ini dengan laut adalah amat rapat. Tidak hairanlah King Solomon (Nabi Sulaiman a.s) mengimport emas dari sini dan para Firaun mengimport rempah ratus dan kapur barus dari Nusantara beribu tahun dahulu. Adakah bangsa yang terkenal dengan laut,kapal-kapal, perdagangan dan pulau-pulau masih difikirkan tinggal di ceruk-ceruk hutan menganyam atap rumbia atau melukis gambar monyet di dinding-dinding gua?
Juga, mengapa orang-orang Eropah ini menggelar tanah semenanjung yang menganjur dari Thailand dan Myanmar hingga ke Selat Teberau ini MALAY PENINSULAR setaraf dengan Italian Peninsular? THE LAND OF THE EAST ADALAH BUMI ORANG-ORANG MELAYU dan ini tidak boleh disangkal langsung oleh orang-orang Barat. Mengapa? 
Mengapa sejarah lain orang-orang Melayu seperti kerajaan-kerajaan purba, pencapaian Melayu dalam perdagangan, kemahiran Melayu membina kota-kota dan istana batu yang hebat-hebat dapat dipadamkan dengan jayanya? Tetapi bab nama kepulauan dan semenanjung, orang-orang Barat tidak mampu menulis satu peta pun atau satu manuskrip sejarah pun untuk menamakan semenanjung Tanah Melayu ini sebagai ‘Thai Peninsular’ atau ‘Indochina Peninsular’ atau ‘Polynesian Peninsular’.
Mengapa orang-orang Barat ini tidak menamakan Malay Archipelago ini dengan Austronesian Archipelago atau Polynesian Archipelago atau misalnya West Pasific Archipelago? Mengapa? INI KERANA NAMA DI MANA ORANG-ORANG MELAYU TINGGAL INI (HOMELAND) TELAH TERCATAT SEJAK BERIBU TAHUN DAHULU DARI MANUSKRIP-MANUSKRIP MESIR PURBA, KERAJAAN JUDEA (YAHUDI), ASSYRIA, BABILON, ARAB, PARSI SERTA CATATAN-CATATAN PARA PENGEMBARA EROPAH, sebahagiannya tersimpan di Perpustakaan Nineveh yang musnah pada tahun 612 sebelum Masihi, juga di Perpustakaan Iskandariah yang masyhur itu, Perpustakaan Baghdad, Arkib purba Maharaja China dan arkib-arkib seluruh dunia termasuk simpanan raja-raja Perancis, Sweden, Belanda, Inggeris, Vatikan dan juga terdapat di Perpustakaan kota Ayutthaya yang musnah semasa serangan Burma pada tahun 1767.
Jika mereka melukis peta yang menamakan semenanjung Tanah Melayu dan kepulauannya dengan nama lain maka peta itu tidak akan diiktiraf oleh pakar-pakar peta Eropah yang lain dan pelukis peta tadi akan diragui kelayakan dan pengetahuan sejarahnya.
Mungkin pelukis peta itu tadi diminta belajar kembali di akademi pemetaan atau diarahkan bertanya para pengembara, pedagang dan pelayar Eropah yang berpengalaman. JIka mereka berdegil juga mengeluarkan peta yang menafikan nama Melayu ini, maka sudah pasti peta-peta purba dalam simpanan pelbagai kerajaan dunia kelak akan keluar satu persatu menafikan pembohongan ini. 
Mereka boleh mencari dan menyembunyikan segala khazanah kesusasteraan, kitab-kitab, peta-peta dan surat-surat bangsa Melayu ketika menjajah Tanah Melayu juga pulau-pulau Indonesia (rujuk dalam kisah Munsyi Abdullah yang mencatatkan di zamannya masih rancak para wakil Inggeris membeli dan mencari manuskrip dan kitab-kitab purba dari orang-orang kampung), tetapi bagaimana bukti dari tempat-tempat lain? Jenuhlah mereka mahu berkeliling seluruh dunia mencari peta-peta yang bertuliskan nama Melayu untuk disembunyikan atau dihapuskan. INI MENUNJUKKAN BANGSA MELAYU MEMANG TELAH LAMA MEMBINA EMPAYAR-EMPAYAR YANG MAMPU MENGHANTAR DELEGASI-DELEGASI KE LUAR NEGARA.
Mereka terpaksa mengakui bahawa The Land of The East ini berserta pulau-pulaunya adalah ‘homeland’ bangsa Melayu yang di dalamnya bertebaran etnik-etnik seperti Jawa, Banjar, Minangkabau, Batak, Sunda, Bugis, suku-suku kaum di semenanjung termasuk pribumi Asli seperti Jakun dan Temiar, juga The Lost Tribe of Malay yang dilupakan iaitu bangsa Siam (bukan Thai; ada beza di situ).
Orang yang pesimis akan mengatakan semua ini karut dan dongengan. Mereka masih berdegil mahu terus memikirkan orang-orang Melayu dari dahulu tinggal di ceruk-ceruk hutan membina pondok kayu beratap nipah sahaja. Orang yang berfikir akan mengkaji dan tetap mengkaji.
Seperti yang telah disentuh di dalam posting2 tentang Li Bloodline, kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu membawa misi teramat penting, kekayaan dan tanah adalah sebab kedua dan ketiga tetapi agama dan bangsa adalah sebab utama. Namun sebab-sebab agamalah yang menjadi tujuan utama kerana jika semua umat Melayu beragama Buddha atau Kristian, Inggeris tidak akan tergopoh-gapah diarah oleh The Hidden Hand untuk menjajah umat Melayu (di bahagian kepulauan, diserahkan kepada Belanda). 
Inggeris adalah pangkalan terbesar The Hidden Hand dan ‘Coat of Arms’ diraja Inggeris juga melambangkan ciri-ciri Kabbalah Yahudi dan segala kepercayaan karut mereka. 
Bermula dengan pendaratan Francis Light di Pulau Pinang, Perjanjian Pangkor hinggalah kemerdekaan Tanah Melayu, hampir 200 tahun adalah cukup untuk Inggeris dan sekutu-sekutunya memusnahkan kota-kota purba, tembok-tembok, masjid-masjid, istana-istana dan kesan-kesan sejarah yang lain, juga cukup untuk wakil-wakil Inggeris sama ada dari kalangan mereka mahupun anjing-anjing dari kalangan Melayu sendiri untuk mengumpulkan segala khazanah kesusasteraan yang tidak ternilai; kitab-kitab ilmu, peta-peta, surat-surat, manuskrip undang-undang, inskripsi, bahan sastera (puisi dan hikayat) serta watikah-watikah diraja, semuanya dimuatkan di dalam kapal-kapal besar untuk dibawa ke Eropah sepanjang tempoh penjajahan Inggeris itu dari pendaratan Francis Light 1786 hinggalah kemerdekaan (palsu) 1957.
Kita sudah tentu pernah mendengar kisah kapal The Fame yang membawa khazanah persuratan Melayu yang tidak ternilai harganya, dikatakan terbakar dan tenggelam di tengah perjalanan. Padahal segala khazanah persuratan Melayu bertebaran di seluruh muzium-muzium dan universiti-universiti Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan menganggarkan segala khazanah ini mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu manuskrip, tidak termasuk khazanah Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda.
Soalannya… Mengapakah Inggeris tidak membakar atau memusnahkan terus segala khazanah Melayu itu???
Mereka boleh meratakan kota A Famosa sehingga tinggal pintu gerbangnya sahaja (mengapa mereka tergopoh-gapah memusnahkan kota ini?), memusnahkan istana-istana purba kerajaan Melayu silam, kota-kota dan bangunan-bangunan sehingga ramai orang Melayu merasakan bangsa mereka hanya layak membina pondok buruk beratap nipah.
Berapa besar istana kota Melaka? Berapa lama Portugis membedil Kota Melaka? Apa maksud kota? Adakah sekadar kubu-kubu timbunan tanah dan daun-daun pisang sahaja? Jika Melaka hanya bertembokkan batang pisang dan pancang-pancang kayu,mengapa Portugis terpaksa merasuah para pedagang dan askar upahan Melaka? 
Mengapa armada tentera laut Melaka meninggalkan pelabuhan pada hari serangan Portugis?? Jika istana Melaka bertembokkan daun-daun nipah kering, mengapa Alfonso De Albuquerqe terpaksa membawa kapal terhebatnya Flor De la Mar dan armada tentera laut Portugis untuk menyerang kota Melaka dan pelabuhannya yang lebih hebat dan mewah dari Port Royal dan Tortuga di era Pirates of Caribbean?
Mengapa selepas mendapat Melaka, Belanda dan Inggeris tergopoh-gapah memusnahkan kota Melaka? Walhal mereka senang-senang mendapat satu kota yang hebat dan kukuh. Apa motif mereka? 
SEBENARNYA KOTA MELAKA TELAH ADA SEBELUM KEDATANGAN PORTUGIS, SIAP DENGAN TEMBOK-TEMBOK BATU YANG KUKUH DAN TERMINAL-TERMINAL MERIAM YANG STRATEGIK. ISTANA MELAKA BUKANLAH SERATUS-PERATUS DARI PAPAN DAN KAYU. Portugis hanya menambah bahagian-bahagian kota yang sedia ada, atau membaiki bahagian-bahagian tembok yang rosak akibat dibedil mereka ketika mahu menakluk Melaka. Tidak keterlaluan jika binaan pintu gerbang A Famosa itu sahajalah yang dibina oleh Portugis menggantikan pintu gerbang Kota Melaka.
Mengapa mereka tidak membuat perkara yang sama ke atas segala khazanah persuratan dan kesusateraan Melayu ini? 
Biar… biar orang Melayu tidak tahu bangsa mereka adalah bangsa yang gemarkan ilmu pengetahuan. Biar… biar orang Melayu kelak merasa lebih ‘inferior’ dan hilang jati diri. Biar..biar… bangsa ini hilang segala sejarahnya…hilang segala maruahnya… dan hilang segala warisannya. MENGAPA TIDAK DEMIKIAN WAHAI INGGERIS??
Sebenarnya,bangsa-bangsa Eropah adalah orang yang menghargai khazanah pengetahuan intelek. Bangsa Eropah adalah bangsa yang menghargai sejarah, walaupun sejarah orang lain. MEREKA TIDAK SAMPAI HATI MEMBIARKAN SEGALA KHAZANAH MELAYU INI DIMUSNAHKAN. Lebih baik mereka menjadikan segala khazanah Melayu ini bahan perdagangan dan perniagaan dari membakarnya.
LIHAT BETAPA BERNILAINYA SEGALA MANUSKRIP PURBA MELAYU YANG DIBERI ATAU DIJUAL OLEH ORANG-ORANG KAMPUNG MELAYU YANG BUTA SEJARAH DAN ALPA WARISAN MEREKA SENDIRI, termasuk para kerabat diraja yang mengampu Inggeris untuk menyokong mereka berperang sesama sendiri.
Cagarannya… manuskrip purba Melayu. Segala persuratan Melayu ini teramat bernilai buat mereka sebagai bangsa penjajah dan sehingga kini ia disimpan di akademi-akademi ilmu pengetahuan seluruh Eropah. 
Mereka meneliti, mengkaji dan memelihara segala penulisan sastera orang Melayu ini dengan penuh kasih sayang. Mereka sanggup belajar segala tulisan Melayu purba termasuk tulisan Rencong, Kawi dan Jawi sendiri semata-mata mahu menyelami hasrat hati dan kekayaan jiwa bangsa yang dijajah mereka.
YANG MENJUALNYA ADALAH PARA IMPERIALIS YANG TAMAK,YANG MEMBELINYA ADALAH PARA ILMUAN EROPAH YANG CINTAKAN ILMU, KESENIAN DAN SEJARAH.
Jika anda mengkaji dan mengembara ke seluruh Eropah untuk mencari segala khazanah Melayu ini, anda pasti terkejut segala khazanah persuratan Melayu ini terdapat di merata-rata muzium dan universiti Eropah, yang paling terkenal ialah di Belanda iaitu di universiti tertuanya di Leiden, yang diasaskan oleh William of Orange pada tahun 1575, malah di Perancis, Itali dan sudah pasti di England sendiri, sehingga menjangkau ke negara-negara Skandinavia seperti Sweden dan Denmark dan sejauh Rusia.
Para ilmuwan dan cendekiawan Eropah ini sedar para Imperalis mereka sebenarnya telah menjajah satu bangsa aneh yang amat kaya kesusasteraan mereka. Bangsa-bangsa Eropah ini bukan sahaja berusaha mempelajari segala khazanah ini malah mengajarkan segala hikmah dan rahsia bangsa Melayu kepada keturunan mereka.
Adakah universiti di Malaysia terdapat satu jabatan mengkaji kesusasteraan Viking atau bangsa Frank misalnya? Adakah Universiti Malaya ada mewujudkan Jabatan Pengajian Kesusasteraan Rusia di salah satu disiplin pengajian mereka?
Tetapi di Rusia misalnya, terdapat jabatan pengajian Melayu yang bukan sahaja mengkaji hikayat-hikayat Melayu malah mereka telah beberapa kali menerbitkan buku-buku, jurnal-jurnal dan dokumen-dokumen kajian Alam Melayu!! 
Pernahkah anda melihat tulisan paling tua Melayu, yang digunakan oleh para sasterawan Melayu purba beratus malah mungkin beribu tahun lama sebelum tulisan Jawi?Tulisan ini hanya dipanggil Aksara yang di dalam dunia ini tidak sampai 10 orang yang dapat memahaminya.DAN YANG MEMERANJATKAN TIDAK ADA SEORANG MELAYU PUN YANG FAHAM TULISAN INI! Pakar-pakar tulisan purba Aksara Melayu adalah dari kalangan orang Inggeris, Belanda dan Rusia. Mengapa terjadi perkara yang aneh dan menyedihkan ini?
Bangsa yang menghargai sejarah dan warisan sastera bangsanya adalah bangsa yang bersemangat dan kental jati dirinya. Ini penting. DAN INI RAHSIA MENGAPA BANGSA-BANGSA EROPAH, JUGA BANGSA YAHUDI MAJU DI DALAM SEGENAP LAPANGAN ILMU.
Bangsa yang melupakan warisan dan sejarah bangsanya adalah bangsa yang keliru dan cacat jati dirinya.Contoh yang paling jelas adalah BAHASA. Para pemimpin Jepun dan Korea sanggup membawa penterjemah apabila mahu bertukar-tukar pendapat di mesyuarat-mesyuarat luar negara seperti di Majlis Keselamatan PBB misalnya padahal takkanlah mereka tidak tahu ‘sepatah haram’ pun perkataan Inggeris. 
Dua bangsa ini (Jepun dan Korea) adalah peneraju industri dunia. Iran misalnya hanya menggunakan bahasa Inggeris sewaktu menyambut tetamu, tetapi di forum-forum yang dikendalikan mereka, bahasa Iran diutamakan dan para peserta terpaksa menggunakan penterjemah untuk memahami ucapan penceramah.
Dan bangsa ini mampu membina teknologi nuklearnya sendiri tanpa perlu berlutut pada Barat. Tetapi apakah yang terjadi kepada bangsa Filipina yang menjadikan bahasa Inggeris, sebagai idola mereka? Pembelajaran Bahasa Inggeris mereka lebih baik dari sesetengah pemimpin Malaysia sendiri tetapi apakah yang terjadi kepada Filipina?
Filipina cuma mampu mengeksport para pembantu rumah dan segelintir ahli ekonomi yang gagal. Sebab itulah para pejuang bahasa Melayu bermati-matian mempertahankan kedaulatan bahasa mereka sendiri (isu PPMSI misalnya). Tetapi malangnya, perjuangan mereka tenggelam oleh isu politik; sama ada pihak yang mengambil kesempatan atas mereka atau pihak lain yang mempolitikkan perjuangan mereka.
Begitu malangnya bahasa sendiri di tangan para pemimpin yang buta sejarah dan buta nilai warisan sendiri. Padahal kaum-kaum lain sanggup susah-payah mempertahankan sistem sekolah sendiri semata-mata mahu menyelamatkan bahasa dan budaya mereka tetapi para pemimpin Melayu senang-senang sahaja menurunkan tandatangan menafikan bahasa sendiri di dalam pendidikan negara seolah-olah bermain buah catur sahaja.
FIKIR-FIKIRKAN…
Semoga bermanfaat.
Allahu’alam… Wassalam.